Saya tak tahu apa yang berlaku....=(

Friday, March 11, 2011

Saya tak tahu apa yang berlaku..
Hai..Assalamualaikum readers...friends and family.. Semua sihat? Saya juga..

Saya nak story sedikit satu kisah ni. Tak perlulah saya sebutkan nama sebab saya sendiri tidak pasti timeline kejadian yang berlaku.. Saya menulis kerana terkilan dengan apa yang saya dengar dan baca. Kesal rasanya hati. Andai waktu boleh diputar kembali.. tetapi itu mustahil kerana perjalanan hidup kita adalah aturan Yang Maha ESA. Siapa kita untuk menidakkan dan memutarkannya.

"Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata badan binasa"

Benarlah peribahasa ini. Perahu mungkin boleh kita undurkan dengan bantuan pendayung, tetapi kata-kata yang menyakitkan dan memberi kesan kepada orang lain, sampai bila pun tidak mampu dipadam. Kerana kehidupan kita bukan ibarat pensel dan pemadam yang boleh dipadam sesuka hati bila membuat sesuatu kesalahan.


Straight to the point.. Saya mungkin tiada di situ menyaksikan keseluruhan jalan cerita yang berlaku, tapi dari apa yang saya dengar dan baca timbul rasa kesal di hati. Ada insan yang menangis bilamana menerima mesej yang dia sendiri tak faham kenapakah.Mcm kena sound pun ada.. Kalau ayat saya.."What the?? Tetiba anta mesej cenggini. Aku buat salah apa dengan ko?"..

Terkilan bila orang membuat jasa, tidak pula dihargai sebaliknya dimarahi.. Kalau ayat saya " Kau apesal? Aku dah tolong informkan ko pun kira baik juga yang tetiba nak datang sound aku..Bukan nak kata terima kasih.Marah lagi ada.."

 Terkilan sehingga ada pihak yang mempersoalkan bayaran air mata dan sakit hati yang perlu diubati..Sedangkan di satu sisi lain, ada orang yang juga menangis dan terluka hatinya disebabkan pihak itu.. 

Kalau ayat saya..." Mahal sangat ke air mata ko tu? Brape ringgit seliter air mata tu? ada jatuh beribu? Ubat sakit hati? Nak free? Doa dan mengadu dekat ALLAH, free je ko dapat kan? Tak payah nak tanya siapa nak bayarkan.."
Tak faham kan? Yang lebih saya tak faham kenapa tetiba nak marah? Kenapa tetiba nak hantar mesej sound orang lain? Dan kenapa nak keluarkan status tak boleh blah di Facebook. Ok.. Facebook milik peribadi dan siapa pun punya hak untuk buat apa yang dia suka. But then, siapa yang bagi hak pada diri kita untuk melukakan hati insan lain sementelah hati kita dilukai?? Banyak lagi cara untuk "mengamuk" instead of melepaskan pada orang lain sehingga menyebabkan menitisnya air mata dan terlukanya sekeping hati. There are so many things that can be used. Readers jangan salah tafsir dengan KALAU AYAT SAYA.. sebab selalunya bahasa ganas seperti ini hanya saya keluarkan dalam hati. Saya sopan orangnya..hahaha...just joking..

Ini nasihat ikhlas saya.juga untuk peringatan diri sendiri.Sebelum datang minta maaf dengan insan yang terluka kerana kita, muhasabah diri dan check balik diri sendiri. Sama ada kita realize atau tidak itu kesalahan kita ataupun tidak. Tak perlulah datang minta maaf without any acknowledgement but then few years later, marah dan sakitkan hati insan itu untuk kedua kalinya. It's not worth at all. Baik ko tak yah minta maaf kalau hanya nak meraih simpati orang lain. Sebaliknya minta maaf sebab ko tahu ko memang salah. 

Dan disebabkan saya pun tak faham..saya tulis dalam blog saya..ini kan blog saya..ada masalah ke??hehe..

**mood:- Ceria..Doktor diagnose darah dan urine saya normal. No serious disease.. No kidney problem.. It just my stomach is not very well.. But then, i'm still happy..Penulisan tidak dipengaruhi sesiapa pun..

0 comments: