Garage Sale!

Sunday, July 15, 2012

Seriously...
Susah nak jumpa Garage Sale dekat Malaysia ni. Kalau dekat Obersea, selalu je kita dengar orang update story pasal Boot Sale, Garage Sale etc kan? Tapi kat Malaysia? Bukan tak ada. Tapi susah nak jumpa!.. Haaaa..nak dijadikan cerita, Jumaat lepas (lepas anto K.ena naik bas), abah bawa singgah dekat Pasar baru dekat Jalan Putra(?).. Errr...ala, yang tak jauh dari Royale Hotel tu.. Orang Aloq Staq mesti tahu tempat ni. Memula ingatkan itu pasar hari macam yang dekat Simpang Empat setiap hari khamis tu..

Tapi bila jalan-jalan, pusing-pusing ada sesuatu yang menarik perhatian. Jualan barang-barang terpakai!.. Macam-macam. Dari koleksi baju, beg, pinggan mangkuk sampaikan ke barangan antik macam seterika lama tu pun ada tau!.. Teruja sekejap. Ye lah, susah kot nak tengok orang jual barang-barang terpakai ni. Selalu yang dok dengar adalah Bundle. Jualan bundle. Alaaa... Bundle yang paling popular of courselah yang dekat Gunung Keriang tu.


Ok.. berbalik kepada Garaje Sale atau boot sale atau lebih popular sebagai jualan barangan terpakai.. Haa...setyle lah kan?? Yang baju-baju bergantung. Seterika lama, rim motor apa ntah lagi, semua boleh dapat kat situ.. Jumpa blouse labuh. Harga pun not bad, around RM30-45.. Tapi, konon-konon nak tengok tempat lain, sekaliiiii...melepas.. Nak patah balik dah tak tahu dekat mana khemah yang jual blouse tu.

Haaa...alhamdulillah..dah selamat sampai ke kolej.. Nak baca paper sikit, pastu nak tidoq.. Oyasumi nasai minnasan!



0 comments: