Urmmmmm.. apa yang nak diherankan sangat?? Ye tak?
Zaman berubah. Sekarang ni handphone tu bukan lagi satu kehendak. Tapi dah jadi satu keperluan. Keperluan hidup! Tak ada handphone, nanti tak boleh hidup. Skeptikel!. Beberapa tahun kebelakangan ni pun, masa kerajaan dan pihak sekolah keluar "arahan" di larang membawa handphone apatah lagi gadget yang lain ke sekolah, bising juga kan?? Pung pang pung pang keluar kat paper. Bila sekolah bertegas juga tak bagi budak bawa handphone datang sekolah, ingat budak nak ikut ke? Tetap songlap bawa telefon datang sekolah. Terutamanya yang duduk hostel. Betul tak?? Tak payah nak gebanglah. Saya pun pernah masuk sekolah juga. Cumanya zaman saya masuk sekolah, telefon yang ada tak adalah berapa nak pintar macam telefon-telefon pintar yang ada sekarang nih.
Tepuk dada, tanya diri. Berapa ramai antara kita yang dulunya cikgu kata "dilarang bawa handphone,walkman, kamera and bla bla bla ke sekolah", tapi kita still bawa. Tak kiralah yang stok duduk sekolah harian ke, sekolah separa harian+asrama ataupun sekolah asrama penuh. Mesti ada jugalah. Peraturan kan manusia buat untuk dilanggar? Hahaha... Sedangkan peraturan ALLAH pun ramai yang langgaq ikut suka hati jiwa raga, inikan peraturan manusia?? Gila ayat kontroversi aku tulis hari nii..
Ok, pasal kerajaan benarkan handphone dan gadget di bawa ke sekolah mulai sesi pembelajaran tahun depan. Saya tak kata saya setuju. Cumanya, kalau kerajaan dengan pihak sekolah kata jangan, budak tetap bawakan? Mak bapak tetap belikan handphone untuk anak-anakkan? Ada tu, siap topupkan lagi untuk anak-anak. Jadi, apa nak heran kalau kerajaan keluar arahan benarkan?? ehehe.. Itulah cabaran yang perlu di hadapi cikgu-cikgu muda zaman sekarang. Zaman dah semakin berubah. Teknik pengajaran dan pembelajaran pun perlu berubah.=D
Tentang budaya menunjuk-nunjuk, hasad dengki, kes curi mencuri.. Haaaa...di sinilah peranan ibu bapa, guru dan pihak sekolah kena mainkan. Bukan main-main. Tapi, cari SESUATU untuk disuntik dalam diri pelajar ni agar dapat memanfaatkan seluruh kemudahan dan keselesaan yang disediakan. Eh, SESUATU untuk disuntik itu bukan bermakna sesuatu yang bersifat materi dan fizikal, tapiiii..... yang bersifat rohani, intellektual dan spiritual. Sebab cara seseorang itu berfikir dipengaruhi sifat dalaman yang diperolehnya. Kalau dalaman itu pun dah rosak, of courselah cara berfikirnya asyik negatif je.
Yang mak bapak pula, dah belikan anak-anak telefon pintar seorang sebiji tu, kalau rasa nak suruh anak bawa pergi sekolah, bagilah tazkirah rohani dulu. Agak-agak dah lulus, baru lepaskan anak-anak ke sekolah. Jangan nak harap cikgu je didik anak-anak tu. Sambil-sambil tu, pantaulah keputusan akademik anak-anak tu juga. Kalau rasa keputusan tak memberansangkan, tunggu apa lagi? Catulah handphone tu. They want something, they need to give something. Betul tak? Biarlah berapa banyak pun arahan yang keluar dari kerajaan pasal penggunaan handphone dan gadget lain di sekolah, kalau ibu bapa tahu main peranan, anak-anak tak akan nak buat aktiviti tunjuk menunjuk handphone dekat sekolah. Tak adalah kes mencuri, apakah lagi perkara negatif yang lain.
Sungguh! Pendidikan yang sebenar bermula dari rumah. So, jangan mudah goyah dengan kebenaran yang kerajaan baru keluarkan. Kerajaan dah mainkan peranan dia. Pihak sekolah pun perlu ada garis panduan untuk mainkan peranan mereka. Cikgu-cikgu pun tak terkecuali. Ha! Ibu bapa? Lagi..lagilah..lagilah kena mainkan peranan yang sangat-sangat penting. Jangan asyik nak membentak dan membantah, tapi fikirkan akibat, musabab dan apa solusi yang boleh diambil? Tak salahkan? Sesekali fikirkan apa solusi yang boleh di ambil??
Pssttt:// Majalah solusi baru dah keluar ke ek? nak g beli nih..ha! Jangan telefon je pintar. orang yang guna pun kenalah "pintar" juga..eheheh..
0 comments:
Post a Comment