Saya pilih keamanan.Weeeee.... saya suka iklan tu..Walaupun temanya adalah jom turun mengundi, tapi saya suka pada ayat "Saya pilih keamanan.." Eh, lek luuuu.. Bukannya nak berpolitik atas pentas blog sendiri.. Tidak..tidak.. Saya tak ada niat pun nak berpolitik. Sekadar berbicara mengikut rasional akal. Tak salahkan? Takkan saya nak pilih Perpecahan? Haruslah saya pilih untuk kekalkan keamanan yang dikecapi sejak berpuluh tahun yang lalu.
Rupa-rupanya, banyak juga isu dekat luar sana ek? Isu artis wanita yang semakin ramai berhijrah memakai hijab (alhamdulillah), isu air selangor yang tak tahulah siapa betul siapa salah, isu logo kemerdekaan dan lagu tema kemerdekaan yang saya tak berjaya mendengarkannya lagi, isu olimpik sudah semestinya. Belum kira isu artis berhijab yang lantang bersuara. Isu itu ini. Banyaklah. Sampai tak terkejar nak mengambil tahu tentang semua isu. Belum tengok isu dunia lagi.. isy..isy..isy..geleng-geleng kepala..
Semalam, member saya story pasal kenyataan yang dikeluarkan ABBY ABADI. Tentang artis bertudung + job + kerajaan yang memerintah. Dan saya yang pada mulanya tak berapa nak follow cerita tentang ABBY ABADI ni, mulalah menggoogle.. Apakah statement yang dikeluarkannya. Sampailah ke Blog BeautifulNara.. Saya baca dalam keadaan yang neutral ok... Dan apa yang saya bakal tuliskan juga adalah sesuatu yang neutral. Sebab saya tak berminat untuk berpolitik di sini.
Saya baca. Tapi, siyesly..saya tak faham pun statement yang dikeluarkan ABBY ABADI tu.. eheh.. Tak tahulah rakan blogger yang lain. Lagipun sekarang ni bahaya sket kalau nak komen pasal artis. Salah cakap, jatuh kelompok fitnah. Kalau tak pun, tak pepasal kena saman dengan artis. Ko nak?? Ngeeee...scary.. Tapi, satu perkara yang saya faham dan saya belajar sejak kecil adalah:
Rezeki itu milik ALLAH. Sama ada kita bertudung atau pun tidak, rezeki itu tetap milik ALLAH. Kalau niat kita ikhlas nak berubah kerana ALLAH S.W.T, ALLAH akan buka pintu rezeki untuk kita. Ada banyak pintu-pintu rezeki dari ALLAH. Tapi, kalau rezeki kita disekat, jangan cepat menunding jari meletakkan kesalahan pada orang lain. Sebaliknya, re-check diri kita. Muhasabah kembali. Mungkin ada kekhilafan dan dosa yang kita buat sehinggakan ALLAH menjauhkan rezeki itu dari kita. Tepuk dada, tanya iman.
Dan honestly, saya suka ikut perkembangan artis-artis bertudung. (^o,^) Tapi saya lebih suka kalau kelompok artis bertudung ini berdakwah untuk mengajak rakan artis lain ke arah kebaikan (kembali kepada yang HAK) tanpa menggunakan politik. Sebab, politik itu kalau disalahgunakan hanya membawa kepada perpecahan. Sedangkan islam sangat menganjurkan umatnya untuk bersatu dan saling menyayangi. Antara artis yang berhijrah tapi masih mendapat tempat di kalangan penerbit dan pengarah mengikut lensa mata saya adalah: Sheila Rusli, Aida Khalida, Diana Amir, Catriona Ross, Irma Hasmie, Farah Beep beep, Natasha Hudson, Raja Farah dan ramai lagi.
Lagipun, sekarang ni bukan artis wanita je yang terkena tempias hijrah. Penerbit, penulis skrip, pengarah lakon layar, pengarah even manusia biasa pun ramai yang mulai merasa untuk berhijrah. Buktinya, drama-drama dan talk show di televisyen. Terutamanya di TV Al-Hijrah. Belum ambil kira majalah-majalah yang menampilkan model muslimah. Malah artis bertudung pun boleh jadi duta produk. Buktinya Liza Hanim dan Azizah Ariffin (Pengacara TV3). Eh, even Wardina pun masih diambil jadi Duta London Weight kan? Jadi, tak perlu tunggu kerajaan bertukar pemimpin. Sekarang pun boleh dapat banyak job kalau hati kita ikhlas..=D
InsyaALLAH.. Kalau hubungan kita sesama manusia baik, ALLAH akan permudahkan jalan untuk ke pintu-pintu rezeki itu. Jadi, jangan cepat melatah. Relaks and cools.. ALLAH kan ada?
Sebagai peringatan untuk diri sendiri juga..Maaf zahir dan batin kalau ada tersalah bicara. Sekadar berbicara dalam keadaan rasional akal.=)
0 comments:
Post a Comment