Surat bertulisan tangan dari insan bergelar sahabat..

Saturday, July 21, 2012

Assalamualaikum...

Ahlan wa sahlan, Ya Ramadhan...
Kehadapan sahabat-sahabatku yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati.. Apa khabar kalian hendaknya? Saya doakan kalian sihat dan gembira di samping keluarga tersayang.

(Sambil regangkan jari jemari untuk menaip intisari cerita..=D)

Hari ni Ramadhan pertama. Alhamdulillah.. dapat bersahur bersama keluarga di rumah. ^^,. Bagaimana dengan sahabat-sahabat sekalian. Moga sama-sama di beri peluang untuk menyambut Ramadhan yang pertama di sisi keluarga. Oh ye! hari ni, beraktiviti mengemas rak buku di bilik bawah. Urmmm..mak minta tolong kemaskan supaya lebih teratur.. Yang tak perlu, buang. Banyak juga yang dibuang sehinggalah mata terfokus pada dua beg kertas yang penuh berisi surat dan kad-kad kiriman sahabat-sahabat suatu ketika dulu.

Oh! sungguh memorable!..Rindu menggamit jiwa saat tangan membuka satu persatu surat coretan kalian. Tersenyum sendiri. Di bulan yang sangat mulia ini, satu yang boleh saya katakan, saya rindukan kalian-kalian semua. Melihat longgokan surat dan kad yang begitu banyak, membuatkan saya tersenyum lebar. Comelnya tingkah kita suatu ketika dulu kan? Sampul surat biru putih berserta setem menghiasi retina mata tika ini. Sungguh aku rindu kalian!..

Buat sahabat yang tidak pernah jemu membalas surat-surat ku ketika di menengah atas. Berkongsi cerita suka dan duka. Jarak seakan-akan tidak pernah memisahkan kita. ^^, Surat-surat dan kad itu ibarat penyembuh rinduku pada kalian. Dah lama kita tidak berjumpa kan? Apatah lagi berutus surat. Mungkin silap saya. Tidak lagi menulis jauh sekali menaip sepucuk surat saat kaki menjejak masuk ke universiti. Di tambah pula dengan kemudahan telefon bimbit, facebook, twitter dan segala kemudahan berteknologi tinggi yang sangat pintar ini..=D..Terus sahaja aktiviti berbalas surat dilupakan. Maaf.

Sahabat-sahabatku yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati...
Selamat menyambut Ramadhan yang tiba ini. Ayuh, sama-sama kita manfaatkan ruang dan peluang untuk menambah pahala kita di bulan Ramadhan ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih berwarna-warni buat kita. Seperti berwarna-warninya koleksi sampul surat dan surat bertinta tangan tulisan kalian. 

Masa sudah jauh meninggalkan kita. Tetapi, saya sentiasa berdoa dan berharap persahabatan dan memori yang kita bina akan sentiasa bersama kita. Terima kasih sebab sudi jadi BFF saya. Dan terima kasih juga sebab hadir menjadi sebahagian daripada chapter hidup Friends For Life saya...

p/s: Mak suruh buang dan bakar je surat-surat, kad raya, kad birthday yang lama tu.. Tapiiiii...sayangnya nak buang.. Apatah lagi nak bakar! Nak simpan juga.. Banyak.. Tapi sebab itulah kenangan yang ada. Sekarang masing-masing dah besar. Tak lagi bertulis surat jauh sekali berutus surat. Surat yang datang, kalau bukan bil broadband, penyata bank. Surat hutang je belum lagi sebab tak buat apa-apa pinjaman beli kereta mahupun rumah lagi..

Korang rindu tak zaman tulis-tulis surat, masuk sampul, pos..then tunggu kawan kita balas. Berkongsi suka duka cerita. Yang tahu, hanya dia dan kita.. Tak lupa juga, bila tiba bulan puasa dan raya, mesti saling exchange kad raya. Tapi zaman sekarang, exchange SMS je.. tak pun wish di Facebook,twitter dan adik beradik dia yang lain.. Ha! Ini yang nak pos kad raya tahun ni! hehehe...
 

 



1 comments:

aamalinaazman said...

hehehe
meh tulih utk saya meh
saya balas pulak nnti
kekkekeke :p