The End~

Monday, December 31, 2012

Tinggal lagi 20minit sebelum tahun baru. Nak tulis entrie penutup. Weee... Setiap yang bermula pasti ada penghujungnya.. Betul tak? Kalau sebelum-sebelum ni, sibuk nak buat sorotan 2012.. Tapi, kalau saya yang sorotkan, mungkin saya cuma ingat peristiwa 6 bulan terakhir sahaja.. Jeng..jeng..jeng..

Tahun 2012...

Ok. Tak mau sorot.. The timeline, biarlah menjadi rahsia hati saya..Eheh... Nak cerita kisah dekat Proton Edar tadi.. Ngeee...

1. Booking time
Ha! Serius! Jujur weh.. Chek tak tau pun kena booking dulu sebelum hantar services kereta. Ingatkan main walk in je..Hahaha.. sebab masa 1st services dulu, walk in je.. Muahaha...
Akibatnya? Kena datang semula pukul 2.30petang. Kira pagi tu pergi SC untuk booking services kereta pukul 2.30petanglah.

2. Sendiri
Ha! Disebabkan abah ada urusan dekat Padang Terap, dan kebiasaannya mak akan ikut abah. So, sendirianlah saya ke SC. Mahu atau tidak, kereta perlu dan harus diservis sebelum pulang ke Kuala Lumpur esok. Harus! Makanya, pergilah saya sendirian ke pusat SC. Hanya ditemani beberapa helai kertas jurnal untuk dibaca...
Muahaha...

3. FU + FB = e-voucher
Perghhh..nganga kejap dengan akak SA tu. Laju dia cakap.. seghupa peluru keluaq dari mesin gun! Hehehe.. Saya baru dapat e-voucher untuk kereta saya tu. e-voucher maksudnya totally free bila hantar service kereta. Dan e-voucher boleh guna 3 kali. Yang sepatutnya digunakan ketika odometer 1KM, 10KM dan 15KM (Kalau tak salah).. Setiap e-voucher bernilai RM134~RM290.
Disebabkan saya tak tahu pasal e-voucher ni dan dia tak update lagi dalam sistem dekat Proton Edar, jadi masa servis 1KM hari tu kenalah saya bayar RM133.00.
Dan tadi untuk servis 5KM sepatutnya saya kena bayar RM190. Tapi bila tanya-tanya balik, saya boleh guna e-voucher tu. But yet, e-voucher yang bernilai RM134.00 tu cover beberapa barang je termasuk minyak hitam dan apa ntah. Jadi, saya perlu tambah sekitar RM60 lagi untuk ganti apa yang SA cadangkan seperti screen wash dan air-conditioner compressor. Muahaha... Dalam purse, cash cuma ada RM30 je. Bila tanya boleh bayar guna kad tak?, akak SA kata boleh pilih untuk tidak buat kalau tak ada cash money. Lain kali buat.. Hahaha...
Disebabkan saya masih ada baki 2Free Upah dan 3Free Barang, saya guna kedua-duanya sekali. Dan saya tambah screen wash. Jadi, untuk servis kali ni cuma bayar RM5.70. Jeng..jeng..jeng.. untuk permulaan memang best woooo...

4.Penghujung..
Okkk.. Itulah al-kisahnya.. Eh, dah tinggal 15minit ke tahun baru.. Tak dapatlah nak tengok bunga api malam ni.. Huhuhu... Jom mengemas... Selamat tahun baru!! Farewell 2012.. Welcome 2013..

with love:
#gadisberlesungpipit
 



Flowers. Bunga. Hana

Flowers
Bunga
Hana

They give the same meaning.. And girls love these.. 





Selamat tinggal 2012..
Banyak kenangan manis yang terukir..
Tak lupa juga kenangan pahit yang menguji perasaan..
Semoga kalendar 2013 akan memberi 1001 kegembiraan buat kita semua...

 
 



Selamat Tahun Baru!

Tinggal beberapa jam sahaja lagi tahun 2012 bakal meninggalkan kita. Dan tahun 2013 bakal menggamit kita. Tak nak berceloteh panjang... Terimalah ucapan dari #gadisberlesungpipit ini..

Selamat Tahun Baru 2013!!

 
Duduk rehat malam-malam..Abah pun berceritalah perihal seorang pekerja abah ni. Bagi saya dia seorang gadis yang comel. Tapi kata abah, gadis itu lebih banyak bermasam muka. Macam tak tahu nak tersenyum dan menyebarkan senyuman. Lalu abah bersuara:
"Muka kalau tak cantik tak apa angah..Asalkan kita sentiasa manis dengan senyuman.."
 
.(^_______________^).

Saya mungkin tak secantik mereka diluar sana, tapi saya harap saya akan sentiasa manis dengan senyuman.. Dan untuk tahun baru yang bakal datang ni..saya nak senyum...senyum sehingga nampak lesung pipit di pipi.. Weee...tak semua orang ada lesung pipitkan?
 
Selamat Tahun Baru 2013
-ikhlas dari #gadisberlesungpipit



J to J

Sunday, December 23, 2012

J2E and now J2N..
Bismillahirahmanirahimmmm...
Jom tidoq awal..

Ethics

Friday, December 21, 2012

Whoaaaa...speechless..
Tarik nafas dalam-dalam...hembus.. Take a breath. A deep breath..

Fail the mission..hahaha..what mission? I have a plan to drive to any dbkl branches. Just for settle down the compound. To clear everything. I thought i could go to menara dbkl with the aid of gps and wazee...

But..unfortunately..i couldn't. Suddenly it become tooo difficult for me to read the map..even to understand the map.. Ohhhh mannn!!! What happened to you sara?? Plus, driving in kl make me loss my patience..muahaha...everyone are too eager to use their hon pon pon to sound other user road..grrr..make me sick with all those noises.. If you drive slowly, then they press their hon ethusiastly(bantai jelah ejanya)..
Ingat suka-suka hati je ke nak drive slowly like mr.kura2x? Sebab x tahu jalanlah orang bawa perlahan. Nak tengok jalan dan signage! Yang lagi buat hilang sabar tu.. When people give signal to change their lane, guess what?? Bukannya gheti nak slow kereta bagi kita tukar laluan..lagi dihonnya kita adalah. Tak ke rasa macam nak keluar dan hentuk je orang yang dok hon tu?? Halloooo... I give the signal ok! Kot ye pun nak cepat, x salahkan you give the road. Lagipun tukar lane sebab baru realise dok lane yang salah and neek to turn to left/right.

Commonlah malaysia peoples..especially kl drivers...

Not all lah..but certain like nila setitik rosak susu sebelanga..haaaa gitu perumpamaannya..

Akhirnya?? Berpatah ke bumi yang nyata.. Kembali ke realiti..cari jalan pulang ke utm n cross to LRT DAMAI. And to be good, i park my car inside the car park area! Muahahaha... And i take the train to titiwangsa as i've been told dekat situ ada dbkl sebijik.. Huhuhu...masa tu dah pukul 4ptg! And guess what???

I manage to go there but unfortunately its already 4.36pm and the counter just closed a moment ago.and sila datang kembalilah maksudnya!

Ohhhhhoooo... Saya perlukan tenaga.. Saya belum lunch and i think i need brunch+dinner all in one! And here klcc..i come..

Last..last..last...last episode!

Thursday, December 20, 2012

Hari ni episod akhir untuk slot akasia CINTA ITU MILIKKU.. Hari ni juga episod akhir samarinda TENGKU RAYYAN. Adakah malam ini juga episod akhir bagi slot seram DENDAM SARAKIT? FUIYoooo...let`s just wait and see yo¡!

Ok! Saya mmg suuuka sangat menonton tv. Tak kisahlah telemovie atau drama rangkaian yg berepisod mahupun drama2x yang seminggu sekali jumpa macam slot lestari dan zahra tu.. I'm in love with those lil things..

Tapi... Saya suka tengok awal dgn akhir je...ngee...kalau sempat saya tengoklah episod yang tangah2x tu..layannnnn kata orang.

Ok..cerita akasia petang td.. Endingnyaaaaaaa...grrrr...blur hambo! Cerita tu memang lain dari yang lain. Walaupun saya tak follow setiap hari, tp masih boleh follow that storyline. Ada part yang saya tak berapa nak faham.. Seolah2x pengarah meninggalkan satu kagi persoalan untuk penonton.. Huh!
Persoalannyaaa... DR.SHAFIQ dah kena tangkap masuk mental hospitalkan? How come within 3months dia dah dibebaskan sedangkan jelas2x jiwa dia masih unstabble. Lepas tu, ending dia...gilerrr psiko dak zara tu.. Dgn gincu merah dkt bibir.. Fuiyooooo... Tapi apa motip ending dia yg sebenar ek?

Ok..that's all about akasia. Now pasal slot samarinda pula. TENGKU RAYYAN. Ending diaaaaaa...kenapa pandangan bonda rayyan tu macam psiko ek? Dia ke penyebab kepada kematian tengku suraya??? Yelah... Kan tengku suraya tinggalkan diorang dua beranak waktu mereka berdua sakit..kot nak balas dendam ke kan?

Tapiiii...siyes beb! Satu hari..dua cerita yang episod akhir with ending yg sangat psiko.. Both adik qish noryl ang zila bakarin.. Eh, betol ke tidak eja nma dia??

Huhuhu....

Ok..ngantuk sudah..lets sleeppp...esok..masuk lab! Oh ya! Esok juga nak kena setelkan kompoun dbkl tu sebelum terlupa.. Huhuhuhu...duitttttttt....

Pelangi petang

Wednesday, December 19, 2012

Keluar dari lab..
Walk leisurely to the car park near MJIIT building...
And...

I met this beautiful scenery..
Pelangi petang..
Such a beautiful scenery...


Few seconds after that...
angin tiup dengan kuat...
And its rainy!
Wahhhh... i have to rush to my car..
Otherwise..
basah kuyuplah jawabnyer..
Elok je masuk keretaaa...
Hujan mencurah dengan lebatnya..
Good timing!

Pelangi itu indah.. Seindah kehidupan yang kita lalui sehari-harian..
Semoga pelangi itu akan terus ada untuk kita menikmati keindahannya...
Lebih-lebih lagi di celah-celah kesibukan kota ini.. ^^, 



Berhati-hati dalam setiap langkahmu!

Masya ALLAH!!!
Pagi-pagi lagi dah dapat berita ni:

"Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, mangsa seorang diri berjalan kaki menuju ke stesen transit aliran ringan (LRT) Sri Rampai sebelum seorang lelaki berumur lingkungan 20-an tidak dikenali menekup muka mangsa dari belakang sebelum menariknya ke dalam semak berhampiran."

Fuhhhh... LRT Sri Rampai! Laluan utama tu.. Ya ALLAH! Ya ALLAH! Semoga kami sentiasa dalam lindungan-MU. Amin..

Nak berita penuh, klik link bawah ni:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/dirogol-ketika-balik-kerja-1.113712
 

Kena selalu berhati-hati. Tak kiralah dekat mana pun. Dah terlalu ramai sangat manusia yang bertopengkan binatang. Sanggup buat apa sahaja demi memuaskan nafsu serakah..

Wahai gadis-gadis di luar sana.. Pelihara akhlak mu.. Pelihara adab berpakaian mu.. Semoga kita sentiasa dalam redha dan barakah Ilahi.. Semoga kita sentiasa dalam lindungan-NYA dalam setiap derap langkah kita..

Omo..omo... semakin hambo takut nak keluaq sensorang dekat situ.. Dua hari lepas ada kejadian rompakan dekat Pasaraya KK Mart Taman Sri Rampai tu kan? Fiuuu.. I always take that road kalau nak pi pekena mamak Ali Maju, tak pun Cendol Wahab. Doakan saya selamat dari semua musibah ini ye awak-awak..

p/s: Dah ler hujung minggu dok buat tak do kijo jenjalan dalam JJ Wangsa Maju sensorang..Huhuhu... Semua tu black area!!



Hari iniiiii...

Tuesday, December 18, 2012

Yo! Today i learned new thing lagi.. Selepas dua bulan bersama Mr.Elegance. Eheh.. Mende  apa yang new thing tu? Stereng lock! Hahaha...

Bukan pakai external lock tu.. Tapi external lock tu ada beli juga. Cuma bila tengok member boleh lock stereng without the external lock dekat kereta persona dia, i pun jadi eager juga nak tahu. Dalam manual kereta pun ado. 

Ikut arahan yang diberikan.. Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya..petang tadi berjaya juga! Ngeee....Dah tahu cara nak lock stereng, tapi tetiba macam blurr pula macam mana nak unlock stereng tu. (+___+)"

Ok.. No prob.. Manual kan ada?? Eheh.. Tunggu apa lagi? Buka manual lagi.. Itulah gunanya simpan buku manual kereta dalam kereta kan? 

Godek-godek.. Akhirnya.. Yes! I did it! Tahniah Mr.Elegance.. See you tomorrow morning ya! Laa ni, chek na layan Running Man episod 124 dolu.. Penat g window shopping dekat KL Festival City Mall.. Dasat weiiii...Sale sana sini..Fuh..fuh.. 

Gud nite everyoneee...

Oh ye! Gigih tadi nak printscreen nilai niii..

 

88888 <- ahaks..oyasumi="ahaks..oyasumi" favourite="favourite" font="font" nasai="nasai" ni="ni" number="number">

 



Kepala paip menyala daaaa...

18.10.2012

18.12.2012
....
...

Eh, dah cukup dua bulan..patutlah my Mr.Elegance buat hal ye? Pandai kamu tarik perhatian i. (^____^)

Memang fikiran jadi tak tentu hala dahlah sebab fikirkan u.. Tak tenang jiwa oooo..
Apa yang berlaku? Hikhikhik...

Bangun pagi, buka mata dan mandi. Biasalah tukan? Rutin tetiap pagi. Lepas dah bersiap bagai, turun carpark start enjin kereta. But then, kepala paip tu dok menyala juga walaupun enjin dah start. Kenapa? Kenapa? Is there something wrong somewhere? Oh ya! Sebelum tu, tetiba enjin kereta mati.. Oh mannnnnn!!...

Cooolll bebbeh.. Off. Start again.. And it happened again..Wallaweh...Hai Mr.Elegance, jangan buat perangai pagi-pagi ni..

Bismillahirahmanirahim....
Gerak jugalah ke kampus.. Eheh..
Sampai kampus, matikan enjin, keluar kereta, lock.
Then, unlock balik, start enjin kereta..
Alaaaaa...kepala paip tu menyala lagiiii... 
Sabar...sabar...

Tengah hari, dah hilang sabar. Sebelum my Mr.Elegance buat hal di persimpangan dilema jalan, lebih baik i hantar ke Service Center. Baca dalam google, mostly kata sebab wiring system ada masalah.. Erk?

Call Proton Hotline: 1-800-88-8398
Exec tu cadangkan pergi ke SC for further inspections.
Ai ai captain!
Tanya exec tu dekat mana SC wakil sah yang berdekatan? Kena bayar tak kalau buat pemeriksaan je.. Hehehe... Bajet mahu jaga beb!!..

Kakak Exec kata dekat Jalan Pahang, Setapak. Where is it? Redah je ikut aliran traffik. Masa nak pergi SC, start enjin..Eh, dah tak menyala. Ngada-ngadalah u ni. Nasib I sayang, kalau tak memang ketuk-ketuk dah.

Sampai dekat Proton SC, bagitahulah orang tu apa yang berlaku pagi tadi..
Dia masuk, ambil laptop dengan wayar..wahhhhhhh...guna laptop! Eheh..jakun tetiba~
Entah apa yang dia cucuk dan sambung ke laptop tu pun tak tahulah..

"You pernah tukar apa-apa ke sebelum ni?"
"Errr..tak kot.. Tapi ada hantar service 1000km yang pertama tu.."
"Dekat mana?"
"Proton SC Alor Setar.. Kenapa dengan kereta saya?"
"Wiring problem..bla..bla..bla..tapi i dah reset balik. If menyala lagi, you datang baliklah.."
"oooooooooooooooo..So, ni tak kena bayar apa-apakan?" Eheh...
"Tak perlu.." senyum.
"Ok. Thank you!"

Oh yea! Please behave yourself Mr.Elegance.. I ni dah lah lemah bab enjin +wire dalam kereta..
Next service, i'll make sure Orang dekat Proton SC Alor Setar check juga my kepala paip tu.. Ahah... 
Cuak bebbbbbb...

Okkk..itu sahaja entrie panjang untuk tengah hari ini.. ok bai!





ada yang tanya...
kepala paip tu apa?
Allllaaaaaa...simbol yang iniiii...


p/s : Tak pepasal pagi-pagi buta lagi i dah buka buku manual kereta sebab nak check apa simbol ni! Hahahaha...
 



Jom Terbanggg..

Eheh.. Again????

Air Asia buat sale lagi!!!
Grrrr...meroyan kejap.. Hahaha...
Kalau ada yang nak merancang bercuti tahun depan, bolehlah menjenguk website air asia ni..

Nak bercuti dekat dalam Malaysia ke, Luar Malaysia ke.. Just name it! Hahaha.. Janji poket teballah ye!

Jom terbanggggg bersama air asia.. Boleh pergi Tokyo dengan harga serendah RM299 yo! Less than RM300 jerrrr...
Eheh...


 Murahhhhhhh...tapi poket dah kering...
Plusssss
Ada perancangan lainlahhhh....Huhuhuhu...
Jadi..tunggu apa lagi?
Terjah website airasia.com.my dengan segeraaa...

Travel from 1 Jun-30 Sept 2013..
How i wish i can buy some air asia's ticket as self-present for my birthday next year..
~sigh..



Friendship~

Monday, December 17, 2012


I love this quotes


And sometime i just realise...
Friends come first then my schedule..
Eheh.. Masuk lif tekan button naik..

Orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata ayuh kotakan sahaja!
Kadang-kadang macam terlupa yang diri sendiri ada jadual+schedule, laju je mulut ni haa kata ok! 
Hahahaha...

Yelah.. Bila tak ramai kawan, kita akan sangat appreciate what we have. Friends that we love. Dan saya akui kawan-kawan memang ramai.. Tapi the real one, difficult to find. So, once you gather them, do appreciate them..

Never ever break the friendship even though each of you have get your own spouses. Because, friends always there when we need.
And i hope, i'll be that kind of friends..
The one who never see their schedule when friends need them..
InsyaALLAH..

Ukhuwah fillah abadan abada~
 
 



Ku sangkakan...

Wahhhh..kusangkakan hujan hingga ke petang..rupanya matahari di persimpangan. Eh! Salah pepatahlah..

Siapa pernah makan cendol wahab dekat Sri Rampai business park tu? Please put your hands up! Hehehe..ini kali ketiga.ngeee....

Konon-kononnya ai nak trylah cendol wahab's special sebab cendol biasa dengan cendol kacang merah dah pernah rasa... Sekaliiiii....

OoooooMmmmmmGggggg...penuhnya..sila tengok gambaq di bawah.. Terkedu untuk seketika. First, macam mana nak makan ni? Second, eh ada durian! (=_=)
Third, boleh ke aku habiskan semangkuk ni? Macam banyak giler bahan warna-warni dia..
Fourth, Ya Allah..ampunkan aku kalau x mampu nak habiskan. Aku x bermaksud untuk membazir.
Fifth, apa benda ni ek? Ubi kayu ke?

Jeng..jeng..jeng..banyak giler bermain dalam kotak fikiran saya masa tu.. Sambil membelek2x cendol tu. Aiskrim? Xde hal.ok je makan.. Durian dalam cendol? Errr..tak retilah nak makan..ok..letak dalam piring kat tepi..
nota: makan durian tapi bila dalam cendol, konfius kejap nak makan macam mana..
Pulut? Haaa..pun x reti juga.. Ke tepi juga.. Yang macam ubi kayu rebus tu pun letak tepi dulu.. Weeee... Yang lain-lain kita makan!!!! Ha! Satu lagi. Bola yang macam pearl dalam coolblog tu....tolak tepi juga! Hahaha...giler mewah sungguh cendol wahab's special ni..ok..saya x mau beli dah.. Tak mau..don't want.. Never try something new if you don't recognize your own selera! Hahaha..

Last part, ingat nak rasalah sikit benda yang i kata macam ubi kayu rebus tu...sekaliiiiii.... Ooooommmmmggggg...ini tapai ubi! Never eat it but i know how it taste! Ya Allah..weeee...malunya..respon spontan yg tak mampu dikawal.. Grrrr..

Moral of the day : beli cendol kacang merah atau cendol biasa je. Tak payah nak special sangat. Serabut otak tengok bahan yang sangat berserabut..

Hobi jeeeeee...

Saturday, December 15, 2012

Salam hujung minggu u olllsss...
Eheh... tetiba rasa hari ni sangatlah comotttt..
Konon nak g lepak dekat Taman Tasik Titiwangsa yang tak berapa nak jauh tu.. Tapi, buka je mata, hujan! Weee... terbatal hasrat. Dok dalam bilik.
(=________=)"

Terkadang tu rasa..kalau tetiap minggu dapat invitation wedding kan best? Eheh.. tak adalah dok sensorang dekat hostel ni. Buhsan tau! Kalau tak baca jurnal, tengok TV sambil pegang benang bulu tu. Eh, dah macam anak kucing pula.. eheh. Bukan..bukan..

Semalam tengok Rush Hour III. Fiuuu..favourite actor tu.. Jackie chan! Ngee.. Mata tengok TV, tangan dok godek menatang ni! Wee... 


Tapi tak siap lagi. I mana ada button nak letak dekat tepi baby booties tu. Bunga pun tak kait lagi. Kalau nak bagi baby girl lah. Kalau buat hadiah best kan? Nak beli hadiah untuk new baby born pun mahal ooooo... Tak tercapai duit poketku! Eheh..

Practice make perfect. Jadi juga booties ni! Alhamdulillah.. Kalau letak bunga dengan button, bolehlah bagi dekat baby Nabihah Insyirah (adik sepupu yang baru lahir tuu..). Disebabkan nama baby ni saya yang bagi, haruslah nak sayang ketat-ketatkan? Eheh.. Boleh ek, Pak Lang?? Weee...

Urrrmmmm... nak try buat headband pulalah.. *Wink..wink..
Eh, jangan risau! Ini semua hobi masa lapang je. Fokus utama tetap pada research. Kalau esok-esok jadi full time housewife, barulah i jadikan hobi ini satu karier. Boleh? Ahak! Macam impossible je.. Tapi... nothing imposibble. Nak dengan tidak je!

Ok..Bai!



1.2.34

Friday, December 14, 2012

Muharram, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal..
Jamadilakhir..Rejab, syaaban, Ramadhan, Syawal..
Zulkaedah, Zulhijjahhhh....

Baca sambil menyanyi. Ingat lagikan nasyid ni? Thanks to that person. Until now, i can still remember bulan-bulan Islam dalam kalendar Islam.

Ramai yang pilih tarikh 12.12.12 kan untuk berkahwin.. Tapi tak ramai yang sedar, tarikh hari ni pun cantik juga. Tapi tadi dah maghribkan? So, tak valid dahhh.. Weee..
 Ha? Menarik tang mananya?

Hari ni 1 Safar 1434 Hijrahkan? Kan?  Safar, kalau tak salah saya bulan kedua dalam kalendar Islam. Jadi, kalau kita nomborkan mereka......
1/2/34 H

Tadaaa... cantikkan?? Hehehe..Tapi..sekarang dah masuk 2/2/34 H...

 

Ok.. nak tulis tu je.. baiiii...





Makan : How to make simple Pecal!

Salam Jumaat!
Penghulu segala hari..
Perut lapar. Ok fine! Tengah tunggu bebudak ni g sembahyang jumaat baru nak terjah cafe. Sabar ye perut! Weee...

Godek-godek gambor dalam telepon, sekali jumpa gambaq-gambaq pecal. Nyumm..nyummm... Tetiba rasa nak makan pecal homemade version.. Ngeee


Inilah bahan-bahan asas untuk buat pecal. Vegetarian-look! Hehehe.. Saya suka!
The best part kalau guna sayur kangkung liar atau kangkung kampung. Tak tahu nak explain macam mana. Tapi Kangkung ni lagi sedap dari kangkung bandar.erk? Macam mana nak bezakan? Kangkung yang sedap ni, daun dia besar dan lebar. Yang kureng tu, daun dia panjang-panjang. If you go to market, then you can see the difference..

Kangkung liar a.k.a kangkung kampung ni, kalau beli dekat pasar hari murah je. Seringgit boleh dapat segenggam lebih. Makan pun puaslah habaq kat ang. Kalau saya g pasar hari, memang saya cari kangkung kampung ni. Bahan lain, ada timun, kacang panjang dengan sengkuang. Sengkuang dengan timun ni sejuk. Best makan!


Lepas tu, timun dengan sengkuang tu hiris halus-halus cenggini. Kalau malas, guna sagat je. Cepat sket kerja. Lambat-lambat karang kebuluq pula. Susah! Kacang panjang dengan kangkung tu celuq dulu naaaaa.. Jangan celuq lama-lama, hilang zat dia nanti! Hehehe.. Lepas tu potonglah. Jangan besaq sangat, jangan kecik sangat. Sedang-sedang ja orang tua kata. Kalau besaq sangat, mak saya kata "Nak jamu anak gajah makan kaaa??" Hahaha...

Ha! Nampak tak yang dalam plastik sebelah itu? Ha! Itulah rencah untuk buat pecal yang saya suka ni. Rempah Instant. Tapi kampungmade lah. Idaknya nak jumpa dekat Tesco, Jusco, Billion bagai. Ini beli dekat kampung mak. Sepaket tu boleh berapa kali makan ntah. Tuang ikut kadar sayur-sayuran kita, then tambah air panas sket. Sikit je tau.. Sebab nanti bila dah gaul, timun dengan sengkuang tu bagi ayaq juga. Bancuh ala kadar, lepas tu masuk semua bahan-bahan yang dah dipotong-sagat-celuq tu ke dalam bancuhan pecal tu..
Gaul sehingga sebati kesemuanya...

Dannnnnn
Sedia untuk di makan!


Siap untuk dimakan.. Sedap! Makan macam gitu pun boleh.. Nak makan dengan nasi pun boleh. Terpulang kepada selera masing-masing. Oh ya! Kalau nak bubuh tauge pun boleh. Tapi make sure celuq dulu tauge tu naa.. Disebabkan chek yang jadi chef in da house, dan chek tak makan tauge, makanya no tauge inside my dishes! Hahaha.. Tapi kalau big boss a.k.a my abah suruh letak tauge, terpaksalah chek asingkan bahagian chek sesiap. Dan selebihnya tu bubuh tauge. tapi biasanya orang dalam rumah tu tak demand pelik-pelik. Apa yang ada, itulah yang di makan. Muahaha...

Ok.. entrie hari ni ada ala-ala i miss my home.. Waaaa...nak balik ghumah!!!
Salam Petang Jumaat U ooollllssss....
 



Malaysia 1 - Thailand 3 (=__=)"

Thursday, December 13, 2012

Berakhir sudah....
Gajah mengamuk..harimau terduduk...
Akhirnya..Thailand menang dengan agregat 3, Malaysia 1.
Fiuuuu...

Saat-saat yang sangat mendebarkan. Sampai hambo pun ikut terjerit! Muahahaha... Bahaya betul kalau tengok bola sensorang ni. Tak reti nak cover-cover dah..
Tapiiiiiii... how come pemain Malaysia sampai kena kad kuning merah ni?? Aigooo.. stress pula hambo tengok!

Dari pemerhatian saya yang tak berapa nak reti main bola ni, corak permainan pemain-pemain Thailand memang kemas sehhh... Sorry to say. Pemain Malaysia banyak yang terlepas bola. Especially bila siapanamadiatu kena kad kuning dan sekaligus kad merah. Memang nampak macam berterabur habis.. Hahaha...Ke orang main bola memang berterabur macam tu? Ok! Saya yang baru tahu..

Tapi, saya suka penjaga gol Malaysia.. Hebat tu.. Walaupun lolos dua goal pada Thailand, tapi boleh nampak kesungguhan dan kecekapan penjaga gol Malaysia mengawal gawang gol tu. Kalau saya? Saya lari dah.. Hahaha... 

Saya ada baca dalam internet. Jurulatih Thailand dah kata nak kawal Shahruladha(?) ala yang pofular dengan nama Mat Yo tu.. apako namanya? Ha! Itulah. Diorang nak kawal ketat Mat Yo dari dapat bola pada jarak 50-60 meter. sebab tandukan Mat Yo tu berbisa kot.. eheh.. Tapi siyesly, kalau tengok game malam ni, memang terkawal habislah Mat Yo malam ni. Dia sorang pun nampak berapa orang  yang jaga sungguh-sungguh.

Apa-apa pun...good job team harimau Malaya.. Harimau mati kan meninggalkan belang? Eheh.. Apa nak bimbang..



p/s:: Menurut Prof.Madya Dr.Harlina Haliza dalam semanis kurma malam ini, purata paling subur seorang wanita adalah pada usia 24 tahun.. Waaaaa....nak kena kahwin cepat ni.. Bulan 9 tahun depan dah 25tahun.. Huhuhu.. Ustazah Bahiyah kata, wanita disarankan berkahwin sebelum usia 30 tahun. Bukan apa, nak elakkan menjadi "Perempuan tanpa rahim".. Sedih woooooo... 

Eh, dah salah topik! Hahahaha...



Popup message

Weeee...suka bila dpt message a.k.a sms.. Sebab nanti keluar macam giniiiii.....

Tapi ini sms dari celcom! Hahaha...celcom je yang sudi berbalas mesej dengan i..erk?

Speechless Wednesday

THing that make me speecless and wordless..its yesterday!!



Grrrr.. tak mau bawa kereta dah! Luluh hatiku..

Pengajaran : Orang parking kat situ tak pe.. Kau jangan ikut. Bila ikut inilah jadinya..
 Walaupun sebelum ni selamat, apa nak buat kalau hari yang kau parking tu kurang selamatkan?

Tapi kannnn...kereta saya tu Proton Saga BLM ke? Konpius..konpius.. Mana pejabat DBKL?? Saya nak g bayar! Ada diskaun tak? Students rate?? hahaha..plus saya ni orang luar.. manalah chek nak tau menda-menda ni. Lagi pula..tak khatam pun lagi baca kesalahan lalu lintas luar jalan raya dan jalan highway ni.

Kira oklah tu saya tak parking dekat tempat yang tulis "Area kunci tayar!" sebab saya tahu membaca. Yang dekat situ, tak tulis. Itu yang otak saya kata, boleh parking! Sekaliiiiiiiii...uhuhuh...12.12.12
For the first time in my life!
Speechless tapi banyak word!

  

Kisah Geng Simpang Tiga!

Wednesday, December 12, 2012

Eheh..
Kenapa simpang tiga? Bukan simpang empat? Urmmm... Sebab dekat simpang tangga tu cuma ada tiga bilik je.. sebab tu i olls panggil geng simpang tiga. Dolu zaman belajaq sesama dekat U suka lepak dekat simpang tiga tu buat aktiviti masak-masak, makan-makan dan gosip-gosip.. Hahahaha...

Ber"gila-gila" dengan diorang. Tapi itu kisah dulu.. Ini kisah geng simpang tiga yang terkini. Ala-ala the latest storylah.. Muahaha...

Out of 5...
Memula.. Ucap tahniah dulu.. Yeay!! Clap your hand.. dah dewasa dah diorang ni rupanya.. kihkihkih.. I remaja lagi..=D

27.10.2012 (check it here!)
Yang paling sulunggggg dah bertunang dengan Encik Tunang beliau. Sat naaaa..curik sekeping gambaq dari blog Siti.. Eheh..



8.12.2012
Adik kedua bongsu pula yang dah dirisik dan bertunang dengan encik tunang beliau juga.. Nah..nah..nah..Tengok ja naaa...

 


12.12.2012
Adik yang paling bongsu tapi paling matang dah berkahwin! Yo! Hebakkk.. Lafaz diucap..akad dikabul.. Alhamdulillah..12.44pm sahlah dia sebagai Puan Ershadiah.. *Wink wink..


Wahhhhhh... dah semakin dewasa rupanya kalian semua..Eheh..saya remaja lagi.. ^^,. Seorang demi seorang. Pengakhiran kepada babak pencarian cinta.. Dan permulaan kepada sebuah kehidupan baru..

Anyway, saya doakan kalian semua bahagia.. Bahagia kalian, bahagialah saya.. *wink..*wink..

Ukhuwah fillah abadan abadaaaa....
(^_______^)

Eh, baru perasanlah.. I memang tengah-tengah. Siti, Akmal, Me, Aimie dan Ersha.. Urutan ikut birthdate since we on the same years.. OOoooopppppssssssss...
Hahahahaha...



Jodoh

Jodoh itu sangat misteri...
Kekadang...
Ia di luar batasan pengetahuan sedia ada kita...
Terkadang ia mampir tanpa kita menyedari kehadirannya...

Jodoh itu sangat misteri..
Menjadi rahsia yang dipegang Ilahi..
Tak siapa pun mengetahuinya..
Tiba saat dan ketikanya..
Ia hadir dan terus mengikat erat...

Jodoh itu sangat misteri...
Terkadang kita mencari di kejauhan...
Tanpa menyedari ia sudah di depan mata...
Terkadang kita hanyut dgn cinta tak berkepastian...
Tanpa menyedari kita sudah mengkhianati cinta yang dijanjikan..

Jodoh itu sangat misteri...
Bertahun cinta digenggam...
Namun, kuasa Allah...
Dia tetap bukan adam dan hawa yang dicari...
Bertahun mengenggam janji, belum pasti dia yang bakal didampingi...

Sungguh!
Jodoh itu tersangat misteri..
Semakin kita cuba menjejaki...
Seolah-olah semakin jauh dia pergi tanpa kita sedari..
Namun...
Jodoh yang tertulis pastinya akan ditermeterai...
Hanya waktu, masa dan ketikanya masih menjadi sebuah rahsia...
Siapa dan bila hanya ALLAH Yang Lebih Mengetahui...

"Ya ALLAH... Andai dia jodoh yang KAU tuliskan untukku, KAU bukakanlah jalan dan permudahkanlah perjalanan kami menuju redha-MU........KAU satukanlah hati-hati kami..... Andai dia bukan jodohku, KAU hapuskan segala rasa yang wujud di hatiku agar cintaku hanya berlabuh untuk-MU..."

Puisi balas..jawapan untuk kamu miss izyan iryani..hope you enjoy it!

Her E-Day

Tuesday, December 11, 2012

Tahniah! Congratulation on your engagement..to both of you.. Aimie Amalina dan Siti Zubaidah...wahhhh...one step closer! Saya doakan yang terbaik buat kalian berdua!
Siti bertunang masa cuti raya haji hari tu..if i'm not mistaken..dan aimie bertunang hari sabtu lepas. 08.12.2012 Saya doakan perjalanan kalian dipermudahkan Ilahi.. In sha Allah..

Babak tentang pencarian cinta~

Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu

Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya

Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya

Ku tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi

Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya

Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat

 

Aku juga merasa ketakutan bercinta
Percayakan pada kita oohhh...

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya

Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka


Lirik ada makna tuuuu... Ok bai!



Social Networks

La ni.. nak berhubung tak payah lagi nak pakai burung merpati macam dolu-dolu. Nak tanya khabar, tak payah dok atuq ayat dalam surat lepas tu pos guna setem, tunggu kawan balas dekat dua minggu juga..

Zaman sekarang, within 2 seconds je kita dah tahu apa khabar kawan di perantauan, mak ayah di utara, dan kawan-kawan di selatan. Maklumlah, maklumat hanya di hujung jari anda sahaja.. eheh.. 

Macam-macam medium social network yang kita kenal. Baik dalam internet mahupun perisian Android dan window. Semuanya ada. Nak kongsi-kongsi gambar, boleh guna facebook, Instagram.. Ha! Blog ni pun berguna juga. Tak payah pakai dakwat pen dan kertas nak tulis panjang berjela-jela.

Saya sendiri pun macam culture shock jumpa mende-mende social network ni.. Eheh.. Tapi yang bestnye, bila kita chat lelama, kredit telepon tak jatuh! Jimat kredit tepon ai.. Hehehe... Saya dah stop guna Facebook!. Ye! Saya ambil keputusan untuk stop berfacebook.. hahaha.. nanti kalau rindu, i activate balik facebook tu.. wahahaha...









Sekarang niiii...
ada LINE, Skype, WhatsApp, Instagram and bla-bla..bla...
Banyakkan aplikasi yang buleh menjimatkan kredit kad, eh salah.. kredit telepon.. Dan peratus privacy dan provokasi yang tinggi dan rendah.. Err..paham ke apa yang saya tulis ni? Maksudnya privacy tinggi, provokasi rendah! Hahaha...

Apa-apa pun, i can't stop blogging! It's like my virtual diary yo! 

Oh! Lupa pula.. Super Junior M buat konsert dekat Kenanga WHolesale City hari ni beb! fiuuu.. nak bagi tahu tu je. Ok bai!



December 2012 Blog Giveaway

By Sis Lin.

 
The best thing, setiap bulan Sis Lin akan buat Giveaway. Ada masa saya join. Kekadang melepas juga. Wee.. Hopefully i got it this time! Yeeehaaa...
 
Eh, kalau ada yang nak join giveaway ni, klik gambar tu ek.. Dan masuk ke blog Sis Lin Handmade sendiri.. Dan habaq kat hampa...hasil tangan sis Lin ni memang awesome! 



Doctor Heli

Monday, December 10, 2012

Walla...
It's for real babe!
Saya ingatkan sekadar sebuah fantasi yang diwujudkan dalam drama dan filem. Tapi, this is real!

Tengah-tengah saya buat survey senarai universiti-universiti bawah program JUC MJIIT, sampailah saya ke satu webpage University ni...
Whattttt?
Doctor Heli is for real??!!


This is what people call on-site treatment!
Bagaimana realiti Doctor-doctor heli ni taklah pula saya tahukan.. Melainkan diberi peluang untuk berada di hospital universiti itu dan memerhati.

Ha? Apa doktor Heli tu? Saya tahu pun dari sebuah drama bersiri Jepun. Doctor Heli. And i always thought that it just for drama. Tapi, bila jumpa webpage ni, oh! Its for real!

Ok.. sambung balik buat kerja.. itu sahaja update untuk masa dan ketika ini.. *wink..*wink



Untuk sementara....

Sunday, December 9, 2012

Untuk sementara?
Ya! Untuk sementara waktu...
Biarlah aku menyepi dari dunia laman sosial facebook!
Bukannya apa..
I've just realized that i've spend too much of my precious time on this thing!
Really!


Sampaikan satu tahap...
Saya rasa begitu jelous pada mereka yang langsung tidak tergoda dek godaan facebook ni..
Sangat jelous!
Terfikir... Kenapa mereka boleh tapi tidak aku?
What soooo special about Facebook sampai aku addicted tak kira waktu?
Ridiculous! Sampaikan kadang-kadang tu, masa tengok facebook lagi banyak dari masa yang sepatutnya digunakan untuk buat research..
Astaqfirullah al azim..
 Sungguh! Aku sudah menzalimi masa research aku sendiri!
Sehinggalah bangun satu suara kecil dalam diriku

"Hello cik Sara! Engkau ni betul ke buat Phd? Ate, banyak benor masa kau dok ngadap Facebook tu. Ada bahan research ke dalam tu? Helloooooo!!!"

Ya ALLAH! Dah Setahun! Aku takut! Sungguh!. Kalau dulu aku begitu berani membuat keputusan. Begitu lantang dan yakin dengan keputusan itu. Tapi hari ini aku takut. Aku mulai terduduk mengukur kemampuan diriku sendiri..
Ya ALLAH! Mampukah aku?
Takut.. takut.. takut..

Oleh itu...
For the time being, i think this is the best..
Nak kurangkan aktiviti dalam facebook aku tak mampu. Jadi, jalan yang terbaik adalah deactivate terus.. sehingga satu masa. Ya ALLAH! Moga aku terus istiqomah. Fokus. Fokus..dan fokus..