Internal Problem!

Wednesday, May 15, 2013




Aih...
Ini memang boleh menimbulkan internal problem pada empunya PC tahu!
Dahler tengah tensi mouse ni over sensitip sangat.. Tekan sekali tapi macam tekan dua kali...
Nak betulkan setting dekat mana tak tau...
Grrrr...




Sebening Cahaya di Pantai Morib

Tudia tajuk!
Macam nak buat novel kan?
Hikhikhik...
Ini kisah hujung minggu lepas..
Sebelum pergi berimaginasi di Trick Art Museum, I-city...
We all pergi Bukit Cahaya...
Ala...Taman Botani yang ada rumah iklim tu..
Hajat hati nak bergambar dengan bunga-bunga cinta...
Sekaliiiiii.....

Rumah iklim empat musim tu ditutup untuk penyelenggaraan daaaa...
Punah harapan..
Jadilah aktiviti berjalan-jalan melihat alam..
Secara jujurnya, Taman Botani ni indah khabar dari rupa..
Uhuk...
Maaf... Tapi itulah hakikatnya..
Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM3.
Sangat affordable..
Tapi, pada saya sebolehnya selenggarakanlah kemudahan di situ..
Saya nampak ada titian gantung di satu sudut..
Tapi tiada pengunjung di situ. Malah, kawasan yang berlumut dan dipenuhi dengan daun gugur membuatkan kawasan tersebut tampak menyeramkan...
Weeee....
Point di sini adalah;
Selenggarakanlah semula kawasan itu..
Sayang kalau kawasan yang mempunyai daya tarikan pelancong itu dibiarkan tidak berselenggara..


Dari Taman Botani Bukit Cahaya tu, kami singgah di I-city. Dah cerita dalam entrie sebelum ni..

Dari Shah Alam, kami pergi ke GOLD COAST...
Tu diaaaa...
Pergi Pantai Morib ja lah! Nak tengok apa yang awesome sangat...
Kami ikut SKVE...

Biasa ja Pantai Morib ni...
Macam Danga Bay pun ada!
Hahaha... bezanya Danga Bay tu lebih banyak entertaimentnya berbanding Pantai Morib ni..
Atau, Pantai Morib ni macam Batu Ferigghi?
ENtah...


Nampak di situ?
Tak ada kerja...
G beli belon buih lepas tu main-main tepi pantai..

Dari pantai Morib, pergi ke GOLD COAST MORIB..
Eh, salah!
Hajat hatinya nak g GOLD COAST SEPANG, tapi tersalah arahlah pula... ngeee
Tapiiiii....cantik gak GOLD COAST MORIB ni...
cumanya...
dekat sini pantai paya bakau ek?

Ok! Puas dah dapat jenjalan sekitar KL dan Selangor..
Lepas ni nak pergi main yang adventure pula..
Bubbye~
 
 



Jenjalan : Trick Art Museum @ I-city

Sunday, May 12, 2013

Assalamualaikum...
Salam hujung minggu!!!

Semalam (Sabtu, 11hb Mei 2013) saya pergi ke Trick Art Museum @ I-city. Tiket masuk adalah RM5. Affordable kan?

Dalam muzium ni ada banyakkkkkk potret-potret 3D..
Seronok dan penat!
Eheh... penat whoa nak berposing ikut apa yang dicontohkan bagi mendapatkan hasil yang betul-betul 3D!

Entrie kali ni nak curi masa untuk letakkan satu je gambaq..


Banyakkan lukisan yang sangat kreatif tu?
Teruja dan seronok!
Weeeee....

Bagi yang berada sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, jangan lepaskan peluang untuk bereksplorasi dan berimaginasi sendiri dengan lukisan-lukisan yang ada tu.

Parking pada hari minggu adalah RM2 bagi dua jam pertama, RM2 bagi dua kedua dan RM4 bagi jam berikutnya dan RM10 untuk maksimum jam..
Disebabkan saya disitu dari pukul 12:04 tengah hari sehingga 02:24pm makanya parking kami adalah RM4.

Take note!
Autopay tu accept exact value. Dia tak pulangkan RM1 saya!!!
HUwaaaaaa.....

Ok!
Itu sahaja.. 
Nanti nak kongsikan gambar dekat Taman Botani dan Pantai Morib.
Bye~
Selamat bercuti you alllssss...
 



Mr.Brownie cedera ringan

Thursday, May 9, 2013

Uhuk...
Rasa nak nangis je pagi semalam sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur..
Bukan sebab anak manja tak nak berpisah dengan mak abah...
Sebab bukannya tak biasa kan??
Eheh..

Tapi....
Rasa nak nangis bila tengok Mr.Brownie (Nisa Chik yang bagi nama!) cedera.. Dan rasa nak nangis bila bukan saya yang mengakibatkan kecederaan itu. Jauh sekali abah saya!

 

Astaqfirullah...
Allah.. bantu aku.. Jauhi aku dari sifat maki hamun dan caci-cerca...
Jauhi lidahku dari menyebut perkataan-perkataan kesat hanya kerana amarah menguasai diri....

Astaqfirullah...

Sedihhhhhh habaq kat hang!
Kereta yang dijaga dan dibelai hatta dibayar bulan-bulan disagat mereka yang tidak bertanggungjawab.
Hancur luluh!
 
Walaupun sedih, nak tak nak kena balik juga KL..
Banyak urusan yang belum selesai..
Tabah!
 Lepas brunch, bermulalah perjalanan pulang ke Kuala Lumpur...
Wilayah ilmu buat saya..

 

Berhabuknya kereta kamu cik Sara!!!
Eheh...
12:04 tengah hari. Tapi rasanya tepat pukul 12:00 tengah hari saya start enjin kereta. Ini sebelum keluar taman, baru teringat nak ambil gambar!
Hahaha...

Kononnya nak guna Touch & Go!
Sampai dekat Tol Pendang, tak boleh tambah nilai dekat lane tu. 
Redha je lah...
Touch kad tu, baki adalah dalan RM7.60..
Hahaha...
Nak sampai Sg.Dua berapa ringgit ye? Gasak jelah..
Sebagai langkah berjaga-jaga,
sampai je dekat Sg. Dua, saya masuk laluan Touch & Go dan Tunai.
Yelah kalau tak cukup yang dalam kad, boleh tambah external money.. Ye tak?
And as expected. Memang tak cukup pun!
Pendang ke Tol Sg. Dua adalah RM9.30 ye kawan-kawan..
Esok-esok kalau nak mai kenduri kahwin chek, sila take note!.. Eheh...

Makanya baki dalam kad adalah RM0.00. Terbaik!
Sampai Juru, dek kerana laluan Tunai dan Touch & Go sangat banyak kenderaan,
dan tetiba ada orang yang melambai-lambai dekat laluan Touch & Go, saya pun redahlah ke situ..
Ambil kad! Ada awek cun bagi..


Bermulalah perjalanan lebuh raya yang panjang itu.
 Sampai dekat Gunung Semanggol, berhenti kejap..
Buat apa yang patut.. Hahaha...
Nak isi minyak pun banyak lagi...
Oh ya!
Belilah Nescafe Latte dengan gula-gula mint..
Teman saya ketika memandu!
Weeeee....

Ha! Dekat sinilah saya jumpa beberapa buah trak polis yang dipenuhi dengan anggota polis!
Tak pelah...
Saya teruskan perjalanan...
Adalah hujan di satu dua tempat..
Lebat pula tu..
Huhuhu...
Sampai dekat mana ntah...
Sebelum terowong tu...
Terserempak pula dengan trak polis ni lagi.. Konvoi 5 biji guna lane kanan.
Tu diaa....
Line kiri dahler ada lori yang slow..
Dekat situ pula cuma dua lane je...
Sabau jelah...
Tetiba nampak ada kereta selamba je dia potong dan menyelit antara trak-trak polis tu..

Oh!
Boleh ek? Hahahaha...
Maka bermulalah aktiviti ala-ala minah rempit yang sedang kebosanan di atas lebuh raya itu..
Eh! rempit bukannya bawa laju pun.. 110-120km/h je.. Cuma adalah sedua kali macam tak sedar tertekan sampai 140km/h tapi cepat-cepat perlahankan semula kenderaan...
Jangan laju sangat bro!
Biar lambat asalkan selamat!
Hahaha...

Dan bermulalah episod yang macam kelakar pun ada...
Elok-elok dah potong trak polis tu, tetiba ada kereta dekat depan (lane kirilah takkan selamanya nak dok lane kanan kan?) slow.. Kita pun jadi slow..
Trak polis pun potonglah semula.. Aiseh...

70-80km/h atas lebuhraya yang tak berapa nak ada kenderaan tu sangat mengantuk ok kalau memandu seorang diri...
Apa lagi, cari kesempatan untuk memotong lagi trak polis tu!
Muahaha....
Bahagianya Saraaaa..

Dalam 4-5km sebelum terowong, hujan dengan lebatnya...
Jalan disitu macam ular kena palu ok!
Jadi, memang kena slow downlah..
Berhati-hati di jalan raya bro!
Kesian pula tengok encik-encik polis atas trak polis tu..
Pakat keluarkan baju hujan memasing...
Maklumlah..
Naik trak polis yang bumbung atas je tutup..
Kiri kanan terbuka..
Ha? Tak pernah naik trak polis?
Tak payah naik bro, tengok je dekat balai polis tu banyak..

Sampai je dekat Ipoh, terpisahlah dengan trak-trak polis tu..
Ikut perkiraan saya ada 10 buah kesemuanya...

Sampai dekat Simpang Pulai, saya berhenti sebab nak refill minyak.. Tinggal lagi dua bar je.. Kalau tak isi sesiap, nak sampai Sg.Buloh macam jauh lagi. Takut ado yang tolak kereta atas highway pula nanti...
 
Sampai dekat Tol Duta, mujurlah tak sesak lagi..
Juru - Tol Duta = RM43.30.
Terus masuk DUKE = RM2.00


Yesza!
5:20 tepat!
Saya sampai dekat hostel, Kolej Siswa Jaya, UTM.
Maknanya, 
Dari Simpang Pulai Sampai Kolej, habis dua bar minyak.

Secara total, penggunaan minyak untuk perjalanan jauh Alor Setar - Kuala Lumpur adalah full tank!
Approximately RM56.00

Now...
Back to KL..
Put your momentum back Sara!
 
 
 
 




Malaysia: Pilihan Raya ke-13

Monday, May 6, 2013

Sungguh!
Sangat mendebarkan..
Dengan peningkatan jumlah rakyat yang keluar mengundi..
Fuhhhh...
Keputusan yang sukar untuk dijangkakan..
Pada hemat saya..
Sebab kedua pihak yang bertanding, baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat punya kelebihan dan kelemahan yang tersendiri..

Namun,
rakyat sudah bersuara...
Hentikan spekulasi...
Ini yang dikeluarkan oleh SPR.

 

Tahniah buat Barisan Nasional kerana masih diberi mandat untuk memerintah kerajaan Pusat..
Namun, jangan mudah leka dan bersenang lenang..
Kemenangan anda adalah mandat dan amanah dari rakyat..
Laksanakan dengan berhemah...
Perbaiki kelemahan dan kesombongan lalu..
Tingkatkan lagi kecemerlangan sedia ada..

Bagi Pakatan Rakyat,
Tahniah juga kerana berjaya kekalkan pentadbiran negeri anda..
Ingat!
Itu juga amanah dari rakyat kepada kalian..
Usahakan yang kecil..
Buktikan anda pentadbiran yang terbaik walaupun masih di tampuk pembangkang..
Syabas kerana posisi anda membuatkan rakyat dan pemimpin di tampuk kepimpinan buka mata...
Posisi anda juga membuatkan pimpinan kerajaan tidak mudah alpa dan leka..

Sokong pada kebenaran, bangkang segala kemungkaran..
Bersama bersatu bangunkan dan majukan Malaysia..
Masa untuk berpolitik sudah cukup..
Sekarang,
bangun dan bersatulah di bawa slogan Negarawan..
Bawa negara ke mercu kejayaan..
Bukan sahaja berjaya dalam dunia...
Tapi terbukti juga sebagai sebuah negara Islam yang mampu dijadikan contoh buat negara-negara Islam dunia..

Syabas juga buat semua rakyat Malaysia yang turun untuk membuang undi..
(^____^)* 

 



Selera : Som Tam PRU

Saturday, May 4, 2013


Selera hari ini..
SOM TAM

Pernah dengar tak?
resepi asal saya jumpa dalam buku 1 hari 1 resepi.
dan seperti biasa,
kita derhaka je lah mana yang patut...
janji kena dengan selera sendiri...
weeee....




bahan-bahan yang diperlukan:

1 biji mempelam muda

1/2 biji betik mengkal
udang kering
kacang tanah
bunga kantan
9 biji cili padi
2 biji cili merah
1 labu bawang besaq
3 sudu makan sos ikan
1 sudu gula
7 biji limau kasturi tanpa biji

cara memasak:

memula sekali, kupas kulit betik dan mempelam tu..
Lepas tu, racik memanjang kedua buah tersebut...
Tahu tak racik tu macam mana?
Hiris halus-halus..dan panjang-panjang..
Cili padi + cili merah + bunga kantan + bawang besaq dihiris halus..
basuh udang kering dan kacang tanah
lepas tu goreng tanpa minyak..
then, tumbuk kasar keduanya secara berasingan.

ni nak ajaq cara nak buat kuahnya pula..
Tuangkan 3 sudu sos ikan ke dalam mangkuk
Lepas tu, masukkan pula gula dan jus limau kasturi.
kacau sehingga hablur gula tidak kelihatan.
hablur?¿
eheh...

akhir sekali...
gaulkan kesemua bahan-bahan yang diracik dan dipotong halus tu dengan kuah yang dibuat tadi..
oh ye! sila rasa untuk ikut selera kamu ye!
akhir sekali, gaulkan bersama udang kering dan kacang tanah yang ditumbuk kasar td..



dan sedia untuk dimakan...
selamat menjamu selera!

Dan....
Selamat Mengundi semua!!!
Mengundilah dengan bijak!





Review : Cinta Untuk Disewa

Thursday, May 2, 2013

Pernah rasa tak....
Sakitnya hati bila cinta tak berbalas?
Sakitnya hati bila ternyata cinta hanya bertepuk sebelah tangan?

Atau...
Anda pernah jatuh cinta pada teman baik sendiri, tapi ternyata dia bukan jodoh yang ALLAH aturkan untuk kamu?
Apa agaknya perasaan kamu ketika itu?

Kecewa saat menyedari cinta bertepuk sebelah tangan, tapi adakah itu penghujung segalanya?

Yeszaaaa..
Itulah yang digarapkan penulis Lynn Dayana dalam novel beliau yang satu ini...

Cinta untuk di Sewa..


cinta Anis Sofia kini tidak boleh disewa lagi kerana di hatinya kini sudah ada penghuni tetap yang berjanji sampai bila-bila pun selagi ada rahmat-Nya, mereka akan kekal bersama hinggalah saat nyawa terpisah dari badan. SYukur, Alhamdulillah...


Antara Iskandar, Kamarul Bahrain dah Asyraf Hadi..
Siapakan pemuda yang menjadi pemilik hati Anis Sofia?

Jeng..jeng..jeng.. 
Sila baca sendiri...
Secara keseluruhannya, saya sukakan novel ini.. weeee...

Selamat berangan-angan!