Episode 55 : Seindah Ramadhan di Bumi Jepun

Monday, June 30, 2014

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...

Ramadhan datang lagi. Dan kali ini, Ramadhan saya di perantauan. sobss..sobss..sobs.. Another two months to going back to Malaysia. Maksudnya, raya juga di perantauan.. 

Seindah Ramadhan di Bumi Jepun yang tiada deretan bazar ramadhan yang mampu menganggu gugat nafsu makan..

   
Alhamdulillah..
Walaupun diperantauan, tetap ada solat terawih berjemaah. Cumanya, kalau dewan kaikan ada orang lain nak guna terpaksalah kami mengalah dan berterawih secara sendiri di bilik masing-masing.

Jemaah tak ramai. Memang kenallah muka sorang-sorang. Sebab itulah juga muka-muka yang main bersama, bergurau bersama. Eh? Hahaha...

Sebelum terlambat,
Salam Ramadhan buat keluarga di Malaysia, sahabat handai dan rakan taulan. Baik di alam realiti mahupun alam maya. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 rahmat dan berkah buat kita semua.. InysaALLAH..



Episode 54 : Tanbo Art

Sunday, June 22, 2014

Yang bermaksud, Paddy Field Art.

Lukisan padi. Macam mana tu? Macam ni:

 

Benda ni start dari bulan 6 sampai bulan 9 kalau tak salah. Ke bulan 10. Maksudnya sebelum End Autumn dan Early winterlah. Dalam erti kata mudah, sepanjang musim panas ni. Sampai masa, padi akan dituai seperti biasa. Eh, tuai ek? Dan diorang buka pada orang umum untuk sama-sama menuai padi tu dan dapatlah hasilnya iaitu beras jepun. =D

Ok. Tak banyak pun nak cerita. Sebab penerangan semua dalam kanji jepun. memang konfem tak faham. Tapi, teknologi ni sangat menarik. Sangat-sangat.
Dan terletak tak jauh pun dari kaikan saya.   
 



Episode 53: Sakuranbo Gari

Seminggu sebelum puasa..
Completing two things from my Japan's Bucket List.
Which is Sakuranbo Gari (Cherry Picking) and Tanbo (Paddy Field) Art.

 

Alhamdulillah..

Tak jauh pun kitorang g Sakuranbo gari ni. Area Yonezawa gak. Dalam 10-15 minit perjalanan menaiki kereta dari Kaikan. Kitorang pergi pun tak ramai, 1 kereta je. Family Kak Ami (with Aki dan khayra-chan) dengan Nad dan Diza. 

Untuk pengetahuan, buah cherry ni mahal sesangat kalau nak beli dekat supa. Fiu~. Mungkin sebab buah ni bermusim. Dan all over Japan, Yamagata no sakuranbo adalah yang terbaik. Ichiban. Dekat Tokyo boleh cecah 800Yen untuk sepaket kecik yang dalam dia tak sampai pun sepuluh biji kalau tak salah. 

 

Bayaran untuk masuk adalah 1080Yen per entry untuk sejam. Dan dalam tempoh masa sejam tu, makanlah berapa banyak pun yang kamu rasa nak makan. Berbaloi kan? Sebab cherry ni mahal kalau nak beli. So, masuk sini, bayar 1080Yen, panjat tangga dan makan puas-puas. Sampai sebu perut. 

Dikatakan bahawa buah ceri ni anti-oksidan, boleh merawat imsonia, memperlahankan proses penuaan, mengubati penyakit kanser dan juga berupaya mengurangkan kesakitan dan kecederaan dalaman. Buah ceri juga dikatakan mampu mengurangkan kesakitan daripada penyakit atritis, gout dan sakit kepala.

 

Banyak kan khasiat buah ceri untuk kesihatan. Patutlah mahal. Boleh kira cenggitu?

 

Eh, ada buah ceri warna ungu lah! Sekali pandang macam grape. Dua kali pandang, ok. Buah ceri. Tapi tak manis sangat yang ini.

Oh ya! Buah ceri, walaupun dari satu pokok, bukan semuanya manis tau. Yang manis dan sedap, yang dekat dengan batang utama. 

 

Sambil makan cherry, sambil bergambor. Aktiviti yang tak tahu lagi bila nak buat kan? So, grab the chance when you can. (^____^)

Oh! Tanbo Art?
Next entry lah.. Baru boleh lambakkan cerita dalam blog sendiri. Ye tak?
Ok.. bye~ 
 
 
 
 
 



Episode 52 : Ichigo Gari

Friday, June 20, 2014

Atau dalam bahasa melayunya, 
"Mari memetik Strawberry"

Eh?


Lama dah pergi Ichigo gari ni. Bulan 5 hari tu. 24hb May kalau tak salah. Pergi Ichigo Gari dekat Sagae-shi. 

Tak banyak pun nak story maklumlah, nak ichigo gari dalam Malaysia pun boleh kan? Pergi Cameron nun. Tapi, dua tahun lepas g Cameron abah tak bagi daaaa ichigo gari.. Sebab dah tak banyak buah. Mahal. Makanya, beli je yang dah siap dipetik.

Ichigo kat sini manis. Oishii sangat. Banyak giler saya petik dan makan. Rasanya dalam seminit tu entah berapa biji dah masuk mulut sambil tangan sibuk memetik. Samalah dengan budak kecik dekat atas tu. =D

 



Episode 51 : Lepas dapat VISA?

Assalamualaikummmmmm...

Hari ni nak kongsikan pengalaman 8 bulan yang lepas.. Fiu~ Doakan saya berjaya tulis dengan jayanya. Sekarang nak ke Jepun dah mudah. Rakyat Malaysia tak lagi perlukan VISA untuk ke Jepun kalau pergi dalam tempoh masa kurang dari 3 bulan. Mudah dah nak melancong ke Jepun lepas ni. Ye tak? Tapi, yang saya nak kongsikan hari ni adalah bila mana datang Jepun lebih dari 3 bulan dengan VISA. 


Kebiasaannya kena dapat VISA dulu baru boleh duduk Jepun more than 3 months. Sebagai contoh, saya dapat VISA untuk stay di JEPUN selama 1 tahun 3 bulan. Expired pada January 2014. Maksud expired date ni adalah, VISA ni hanya valid kalau kita masuk Jepun sebelum January 2014. Bila kita embark dari kapal terbang dan pergi ke kaunter Imigresen, pegawai Imigresen akan tampal landing permission sticker dekat passport kita. Kalau ikut landing permission yang bertampal dalam passport saya ni, Date of permit valid until February 2015. Ok.


Lepas tu, terus pegawai Imigresen buatkan Kad Alien atau Residence Card untuk kita. Tapi, perlu diingatkan bahawa Residence Card ini perlu didaftarkan di Shiyakusho (City Hall Office) tempat anda tinggal. Macam kes saya ni, kena berdaftar dengan Yonezawa City Hall lah. 

Ok. Selesai dah urusan wajib dekat Imigresen Airport. 
Bila dah sampai University tempat buat attachment, perkara pertama adalah pergi ke Gakusei Support Centre. Sebab sensei dekat Gakusei Support Centre tu yang uruskan attachment kita ke U situ. Kalau nak terus jumpa co-SV lab lepas tu baru pergi Gakusei Support Centre pun tak ada masalah. Macam kes saya, kebetulan sensei outstation. Jadi, saya pergi Gakusei Support Centre seperti yang diminta, dan diberikan kad matrik student. Lepas tu, admin call lab minta bebudak lab turun jumpa dan jemput saya ke lab. Fiu~ Lab tingkat tiga daaa.. Bunyi macam dah rendah. Tapi, maaflah escalator tidak disediakan. Maka, dengan gigihnya menapak naik ke lab. Sampai lab, semput.


Lepas sampai Lab, jumpa labmate baru dan sensei tugas berikutnya adalah melantik seorang tutor untuk bantu kita dalam komunikasi dan lain-lain hal. Seterusnya pergi buat hanko a.k.a personal seal. Penting ni. Tak ada hanko, urusan dekat city hall tak boleh dibuat. sedih. Hanko ni buat yang semurah-murah harga dahlah. Bukan nak pakai lama pun. Cukup syarat je kata orang.

Lepas dah ada hanko, baru boleh pergi Shiyakusho (City Hall) untuk berurusan. Borang semua kanji dan Nihongo. Kalau ilmu bahasa Jepun belum penuh di dada, janganlah terjah shiyakusho tanpa teman yang boleh berbahasa Jepun. Cari nahas namanya tu. =D 
Dekat shiyakusho ni, antara perkara yang diorang uruskan untuk kita adalah:



1. Pendaftaran Residence Card.
Perlu diingatkan, andai kata anda berpindah hatta no.bilik sahaja yang berubah perlu pergi dan update residence Card dekat Shiyakusho. Fiu~ Macam renyah. Tapi, sangat sistematik. Sebab maklumat sentiasa up to date dalam sistem.

2. Pendaftaran Ninken (Japan Pension)
Yang ini,entah kenapalah diorang g daftarkan juga? Tak faham aih. Memula macam dah kecut perut gak sebab bukan murah nak bayar ninken ni. Sebulan dah dekat 15,250Yen. Dalam peruntukkan duit yang diberi, tidak pula dinyatakan Ninken ni. Jadi, langkah seterusnya adalah, bila dah dapat buku biru isi borang pengecualian ninken. Hiu~ Banyak kerja dah jadinya. Tapi, lebih baik isi borang pengecualian daripada kena bayar?

 


3. Pendaftaran Health Insurance
Not really sure about this. Tapi apa yang saya faham, semua orang wajib daftar untuk dapatkan "discount rate" masa berurusan di hospital mahupun klinik. Lepas daftar, ye akan hantar pada kita kad kesihatan. Fungsi kad kesihatan ini adalah, bila sakit demam jumpa doktor dekat klinik bila tunjuk kad kesihatan ni, jumlah yang perlu kita bayar hanyalah 15% daripada jumlah keseluruhan. Tapi setiap bulan, wajib bayar sebanyak 1000Yen dan 4700Yen untuk bulan pertama. Jumlah ini hanya sah untuk pemegang kad pelajar sahaja. Ngeee



 


Rasanya ini sahaja yang saya daftarkan dekat Shiyakusho dulu. Lepas tu g bank pula. Buka account bank. Actually, kalau tak buka account bank pun tak ada masalah sebab bil semua boleh bayar dekat kombini Family Mart je. Tapi sebab masa tu blur dan ingatkan wajib juga buka, makanya bukalah buku bank. Buka bank JP bank. Fungsi buku bank ini hanyalah untuk membuat auto payment bil-bil yang wujud.

Oh! Ada yang tanya, bil apa je dekat Jepun ni? Fiu~ Fiu~..
Antara bil yang akan datang berkunjung ke rumah adalah:-
1. Bil Gas
2. Bil Elektrik
3. Bil Air
4. Bil Internet
5. Bil Health Insurance


Dan bla..bla..bla.. Hiu... Dah fefeling macam iolss berdikari u ollss.. Sebab apa? Selama ni dok hostel bayar bil hostel je. All-included. Tak payah pening-pening kepala nak bayar bil. tapi, sekarang pun tak pening sebab buat autopayment. 

Uih, panjang lebor. Sekian sahaja dari saya tentang permulaan kehidupan di bumi Yonezawa sebagai Kenkyusei a.k.a research student. (^_____^)*



Episode 50 : Earthquake!

Monday, June 16, 2014


 

Saya ni memang jenis tidur lambat. Tak reti nak tidur awal. Ngeee...
Jadi, disebabkan subuh dekat sini pun awal, saya akan berjaga sampai subuh which is pukul 2:25 pagi. Sebab kalau saya tidur pukul 12am, potensi untuk terus tidur dan tidak subuh adalah tinggi sebab syuruk dekat sini pukul 4:17 pagi, which is baru pukul 3:17pagi waktu Malaysia.. 

Sekarang musim World Cup kan? Tapi, saya tak layan world cup. Gomen ne..
Ha! Pasal tajuk tu.
Pagi tadi earthquake! Kuat gak r. Tengah sedap-sedap tidur, rasa katil macam digegar-gegarkan orang. Tengah best-best mimpi, berlari keluar dari mimpi dan celik di dunia nyata. Tapi sebab tak dengar bunyi siren kecemasan di mana-mana, saya tidak menggagahkan diri untuk bangun. Dang!

 

Kan saya cakap yang saya tidur lambat. Itupun, gegaran pertama saya dah tak sedar sebab baru je masuk fasa deep sleep. Gegaran kedua tu, memang agak kuat jugalah dan agak lama pada firasat saya. Bila lama tu, maksudnya more than a seconds. Tapi idaklah sampai an hour bagai kan?. Maybe 2-3 minutes?

Lebih kurang gitulah.
Lepas dah tak ada gegaran lagi, saya cubalah untuk kembali tidur. Walaupun di luar sudah kesiangan, tapi saya masih kemengantukkan. Baru nak pejam mata terasa-rasa macam katil bergoyang. Hahahaha... Cenggana tu?? Lepas tu, elok nak lena lagi sekali tetiba dengar mak cik-mak cik dekat luar dok bertegur sapa kot. Rasanya diorang keluar jogging. Rajin nihonji ni. Saya buat kuak lentang je. Hahaha...

Ok. Dah, sambung buat kerja.  
 





Episode 49 : Selamat Pengantin Baru

Sunday, June 15, 2014

Omedetou!!!

Tahniah buat teman-teman yang dah pun melangkah ke alam berumahtangga baru-baru ini.
Fiu~ Tujuh bulan tinggalkan bumi Malaysia, berpuluh-puluh undangan kahwin datang bertamu di Facebook. 
Maknanya, berpuluh-puluh jugalah terlepas nak makan nasi minyak dan gather ramai-ramai.

Tetiba rasa dah bertapak-tapak orang melangkah. Dan, adakah aku masih di tempat yang sama? Ngeh! Dari segi perhubungan je.. Dari segi lain, insyaALLAH, berkilo-kilometer dah melangkah. Sampai semput dibuatnya. Fiu~

Ucapan teristimewa buat teman istimewa ikhlas dari hati, dari bumi Yonezawa, Jepun.

 

Dear Siti Zubaidah yang selalu dipanggil CT,
Weeee... Finally! You are a married woman beb!
Tahniah! Tahniah! Tahniah! 
Omedetou ne CT-chan..
Semoga ikatan yang dibina kekal sehingga jannah..
Buat siti dan suami, selamat bercinta sampai syurga ALLAH..

Uhuhuhu..
Sebak tau hari Jumaat beberapa minggu yang lalu waktu hari akad nikah kamu. Sedih sebab tak dapat being there on your "hari bersejarah". 
But at the same time, sangat-sangat-sangat gembira sebab kawan saya sudah selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya. wink..wink..wink

Thanks juga pada mimito-chan sebab wassap dekat saya gambar CT-chan on her solemnization day. 

Jumpa di Malaysia, pengantin baru!
InsyaALLAH..

Selamat Pengantin Baru!!!
Semoga bahagia sampai syurga Ilahi.
Dan selamat meniti alam rumah tangga yang pastinya penuh cabaran. =D 
 



Korean Drama : Master's Sun

Friday, June 13, 2014

Master's Sun

Weeeee... Ke Korea ke kita?
Best juga Drama Korea yang satu ni. Tapi....Seeeraammmm..
Macam-macam jenis hantu keluar dalam cerita ni. Mahu tak seeerraaammmm??

Master's Sun ni kisah tentang seorang wanita, Tae Gong Shil atau dikenali sebagai Tae Yang (sun) boleh nampak dan berkomunikasi dengan hantu. Fiu~ Bayangkan korang boleh nampak apa yang orang biasa tak boleh nampak. Seeerrraamm kan??

Dan juga kisah seorang lelaki, Joo Joong Won yang tak boleh membaca disebabkan oleh trauma pada kes penculikkan yang berlaku 15tahun yang lalu. Hubungan antara Joo Joong Won dengan Tae Gong Shil? Hubungan sangan special. From strangers they become a lovers. Bila Tae Yang sentuh Joong Won, terus kelibat hantu tu hilang. 


Gambor? Dapat dari Encik google.

Menarik gak r cerita ni. Along the journey of both of them, misi Joong Won untuk tahu siapa dalang disebalik penculikkan diri dia 15tahun yang lalu. Tae Yang ni ibarat radar untuk dia berkomunikasi dengan hantu ex-girlfie dia yang mati dalam kejadian tu.

Uih, kalau nak cerita panjangggg.. Ce lah tengok sendiri. And Soundtrack drama ni best r.. Thumb up!!