Episode 68: Kyoto City Bus

Sunday, November 2, 2014

Assalamualaikum!!

Salam hujung minggu. Bersiaran dari Aloq Staq Kedah. Tetiba mood nak update blog mencanak-canak naik. Mungkin sebab dalam mood short escape, jauh dari data analysis dan buat-buat pejam mata tulis thesis. (Oh! Bila nak habis penulisan thesis ekau Sara?!)

Ini entry sambungan untuk episode sebelumnya.

Episode 67 : Percutian Bajet ke Kyoto dan Osaka

Klik pada link untuk baca kisah episode sebelumnya. =D

Dan sebelum saya pergi jauhhhhhh ke tempat-tempat menarik yang saya lawati di Kyoto, saya nak kongsikan dulu Nadi Pengangkutan utama di Kyoto. Kyoto City Bus!




Dalam entry sebelum ni puas saya dok membebel pasal 1-Day City Bus Pass kan? Macam mana berbaloinya untuk beli bus pass ni untuk menikmati keindahan bandar Kyoto. Harga untuk 1-Day City Bus Pass ni adalah 500Yen. Dan boleh digunakan sepanjang hari. Unlimited bus ride.

Dekat mana nak beli?
Bus Pass ni boleh didapati di stesen subway, convenient malah di hostel yang ada diami! Macam saya hari tu, saya beli dekat subway stesen terus. Dan dia bagi map laluan bas untuk kita. Nasihat saya kalau pergi melancong ramai-ramai, at least adalah seorang yang tahu baca peta! Kalau tidak, sosat ajelah tak tahu nak turun dan naik di mana. Sungguh!

Tak pun, boleh je klik dekat link atas tu untuk tengok map laluan Kyoto City Bus ni. Macam yang saya bagitahu sebelum ni, tak semua tempat dalam laluan 1-Day City Bus Pass ni. Dalam erti kata lain, bila keluar je dari laluan yang sah kenalah tambah coin sket sebelum turun tu. Contohnya kalau nak ke Higashiyama Bamboo Grooves. Next time saya cerita ok!


Macam mana nak naik bas dekat Jepun?
Urmmm.. kalau dekat Malaysia, biasanya kita naik dari depan. Ye tak? Ke macam mana? Dah lama tak naik bas. Ngeee...

Dekat Jepun, naik bas dari belakang. Dan ada dua jenis bas. Non-flat rate dengan flat rate route. Untuk flat rate route, biasanya 220Yen sekali naik tak kisahlah berhenti dekat mana pun. Dan untuk flat rate route nilah 1-Day City Bus Pass sah untuk digunakan.

Seriously, map kitorang hancur lebur masa hari last dekat kyoto. Bersungguhnya kami berdua bergantung pada Map laluan bas ni. Bas dekat Jepun sangat punctual. Tak tahu waktu bas? Jangan risau, Kyoto City Bus ni kekerapan dia sangat tinggi kalau nak dibandingkan dengan bas dekat Yonezawa tempat saya tinggal tu. (^_^)

So, just terjah dan tunggu je bas dekat hentian bas yang sepatutnya. Hah? Apa? Tak tahu kanji Jepun? Tak ada hal beb. Bas dekat Jepun ni dah tulis romanji untuk maklumkan penumpang destinasi berikutnya.

Oklah.. cukup setakat tu. 
Enjoy your weekend beb!

Selamat merancang percutian anda!     



Episode 67 : Percutian Bajet ke Kyoto dan Osaka

Saturday, November 1, 2014

Assalamualaikum..

Salam dari bumi Malaysia.
Punyalah lama perap cerita. Hari ni baru tergerak nak berkongsi cerita dan mungkin sedikit perbelanjaan sepanjang 7 hari 5 malam di Kyoto dan Osaka.

Sebelum tu, jom tengok tempat-tempat yang saya sempat pergi sepanjang di sana.


http://cintakuntumansyurga.blogspot.com/2014/04/episode-30-haru-yasumi-trip-2014.html

Nak mudah, klik je pada gambar di atas.
Cerita dan bajet saya ni adalah tidak termasuk Tiket Kapal Terbang dari Malaysia sebab saya memang sudah di Jepun. Saya ambil tiket kapal terbang dari Sendai Airport ke Osaka je. 12000Yen return ticket (Lebih kurang RM385). Kebetulan Peach buat sale sempena end of winter. Gitu..

Ok. Saya mudahkan itinerary percutian saya. Mungkin boleh bagi Idea dekat kamu-kamu semua.

8th March 2014 
Flight petang dari Sendai ke Kansai Airport. Untuk jimatkan kos penginapan, tidur di airport. =D

9th March 2014
Gerak ke JHoppers Kyoto (Hostel) untuk tinggal bagasi. Dari Kansai Airport ke Kyoto Station boleh naik bas. 2500Yen per trip (Lebih kurang RM80). Perjalanan dari Kansai Airport ke Kyoto Eki lebih kurang 85minit. Bolehlah sambung tidur lagi. Kenapa ke Kyoto dulu? Sebab flight return ticket. Jadi, better berjalan di Kyoto dulu.

Untuk maklumat lanjut tentang jadual bas dari Kansai Airport ke Kyoto Eki boleh refer sini:
www.kate.co.jp/pc/e_time_table/e_kyoto_tt.html#from

 Nak naik train pun boleh. Tapi mahal beberatus yen lah. Eh, tadi kata nak yang bajet kan?

Ok. sampai je Kyoto Eki, saya ambil subway untuk ke JHoppers. Sepatutnya jalan kaki pun boleh sampai. Dalam 9 minit gitu. Tapi masa tu macam blurr je tak tahu bas berhenti dekat timur-barat-utara atau selatan. Jadi, yang terbaik naik subway ajelah. Dalam 220Yen (RM7).

http://kyoto.j-hoppers.com/


Sampai dekat JHoppers, isi form dan tinggal bagasi sambil tunggu kawan saya dari Nagoya. Meet up dekat Hostel. Mudah sket. Oh ya! Satu malam dekat JHoppers kyoto ni dalam 3000Yen (RM100) untuk twin room share bathroom. Sengaja ambil twin room sebab mudah nak solat tak ganggu orang. =D Kalau datang bertiga boleh ambil triple room. 

Tips : Elak waktu peak holiday. Sebab macam dekat malaysia jugalah. Masa peak time, rate jadi tinggi. Sila rujuk website.

 
Sumber: Google

Out of 10, 6 je aktiviti yang saya buat.

Dari JHoppers, saya dan kawan terus ambil 1-Day City Bus Pass (Only 500Yen). Dekat Kyoto lagi best dan lagi mudah naik bas berbanding subway. Jadi, 1-Day City Bus Pass adalah pilihan yang terbaik. Peta laluan bas turut diberikan. Jadi, bolehlah rancang perjalanan anda nak naik bas dari mana dan nak turun di mana.

First day ni singgah Toji Temple, which is beberapa stop dari JHoppers. Maksudnya, sangat dekat dengan tempat penginapan kami. Dah kata guna 1-Day City Bus Pass kan? Makanya, naik turun bas berapa kali untuk sehari tu pun tak ada masalah.

Nak masuk Toji Temple kena bayar ye adik-adik tuan-puan sekalian. Sebetulnya, area ni sangat luas. Ada kawasan yang tak perlu pun bayar. Masuk dan ambillah seberapa banyak gambar pun. Tapi, kalau nak menghampiri pagoda tinggi ni, kenalah bayar sikit.

 

Oh ya! Toji Temple ni merupakan salah satu kawasan di Kyoto yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak bersejarah. Kau rasa nak datang tak? Ngeeee.. Ticket masuk adalah 500Yen (RM16)

Dari Toji Temple, kami berdua laju-laju ke tempat sewa kimono. Dua minggu sebelum turun kyoto, saya dah buat pre-book online sesiap. Bukannya apa, ramai sangat umat yang nak pergi pakai kimono ni. Dan kebiasaannya untuk satu-satu sesi, jumlah pelanggannya sangatlah terhad. Yang bestnya, pakai kimono sambil berjalan-jalan ke Kiyomizudera. Yo!


Dekat mana kami menyewa kimono ni?
Here we are:

Yumeyakata

http://www.yumeyakata.com/english/kimono-rental.html
 

Klik gambar untuk ke website berkenaan. 
Sewa Kimono dengan harga 2,500 Yen (RM80) dan boleh pakai sampai pukul 7:30 malam. Maksudnya, pakai dan pergilah ke mana-mana jua yang anda ingin pergi.

Kami berdua memilih untuk berjalan di Kiyomizudera. Terkedek-kedeklah pakai geta tu.

 

Hiu~Pengalaman tu memang sangat berharga.
Siap ditegur oleh sekumpulan pelancong dari Malaysia dan Indonesia. Katanya
"Inilah ikon kimono muslimah. Berhijab tapi masih boleh menggayakan kimono"

Senyum. Hehehe.. Kalau korang rajin dan kreatif, bolehlah lilit cantik-cantik dan letak bunga-bunga sket. Tapi, saya ni suka yang simple. Malas nak melilit bagai. Ngeee...

Sepetang juga kitorang dekat Kiyomizudera tu sambil menikmati matahari terbenam. Weee.. Sempat juga ditegur beberapa pelancong asing. Mungkin tertarik dengan penampilan kami yang bertudung dan berkimono. Yo lah. Ini Jepun. Bukan Malaysia. Nak nampak yang bertudung pun 1 dalam 100. Ini kan pula berkimono. ye tak?

Oh! Saya ambil pakej photography juga. 1,500 Yen (RM48). Hiu~Kalau dekat Malaysia ni, memang tak ambil dah! Hahahaha...

Balik dari Kiyomizudera, kitorang jalan-jalan cari makan. Sambil memikirkan untuk aktiviti keesokkan harinya. 

Eh, lupa! Dari Yumeyakata nak ke Kiyomizudera, kitorang naik teksi. Ate, puas tunggu bas tapi bas tak muncul. Heran! Another thing, nak ke kiyomizudera ni laluan bas adalah di luar 1Day-Buss Pass tu. Next time saya cerita. 

Cuma nak bagitahu, dari Yumeyakata nak ke Kiyomizudera, naik teksi sekitar 800Yen per trip. Pergi balik dalam 1600 Yen (RM51)

Jadi, perbelanjaan sehari kami di Kyoto adalah:
1.  Bas (Kansai Airport ke Kyoto Eki) = 2,500Yen
2. Subway = 220Yen
3. JHoppers = 3000Yen (semalam)
4. 1-Day Bus Pass = 500Yen
5. Toji Temple = 500Yen
6. Kimono Rental = 2,500Yen 
7. Photography = 1,500Yen
8. Teksi = 800 yen (share half each)

Total = 11,520Yen! RM368.70

Gulp!
Sekian dulu. Lain-lain, next entry pula. Bye! 





Episode 66 : Bila masuk dapur

Urmmmm..
Ada tak yang macam terpinga-pinga je bila mak mentua suruh masuh dapur? Atau pun diperli dengan nada baik punya..

"Hai, goyang kaki je dekat ruang tamu ni?"

Dalam erti kata lain dia nak bagitahu,
"Tak reti-reti ke nak masuk ke dapur buat apa-apa yang patut?"

Hahaha.. Ok! Saya bukan menantu siapa-siapa. Cuma saya seorang yang suka "menguasai" dapur bila balik ke rumah. (^_^)

Maklumlah, tak payah tunggu dapat mak mentua, mak sendiri pun dah selalu sangat bising-bising suruh masuk dapur. Kata mak, dia tak halang anak-anak dia nak belajar tinggi-tinggi. Nak gaji ribu-raban. Tapi, tetap merendah diri dan tahu buat kerja dapur. Beb! Kalau gula dengan garam pun kau tak tahu beza, haru! Kerja pilah juta-juta pun. Tak guna juga. 

Bila masuk dapur untuk sediakan juadah tengah hari, kebiasaannya....

1.  Membasuh
Saya akan basuh semua pinggan-cawan-periuk kotor yang tak terbasuh sebelumnya. Manalah tahu sisa-sisa pagi tadi. Kan berkecah dapur tu. So, first thing to do haruslah basuh dan bersihkan semuanya. Kalau boleh, singki kena kosong dari apa-apa barangan. =D

Beb! Sekalipun kau tak reti masak, kalau dah buat step pertama ni mak mentua pun tak jadi nak berangin. Kihkihkih..

2. Kenal pasti menu masakan
Tengok barang-barang basah yang ada dalam dapur rumah atau rumah mak mentua kau tu, lepas tu buat quick decision nak masak apa. Penting tau! Sebab kalau kau pun tak tahu nak masak apa, macam mana nak siapkan bahan-bahan masakan. Ye tak?

Benda paling mudah, kau jumpa je mak mentua dan cakap lek lok,
"Mak teringin nak makan apa? Chek boleh masakan"


Walaupun dalam hati kau menyumpah-nyumpah tak reti masak. Hahaha.. Niat dan usaha kena ada. Tindakan datang kemudian. Tapi, biasanya kalau kau dah biasa dengan suasana dapur dan tahu masak yang asas, setakat nasi beriani dan nasi arab tu kau google je. Tak pun youtube. Zaman dah moden beb! Dari handphone tu bawa ke dapur duk buat main facebook, baik cari resepi. Ikut je step by step. InsyaALLAH menjadi punya.

3. Masak Nasi
Yup! Perkara paling utama kena buat adalah masak nasi! Tak kisahlah tengah hari tu nak makan nasi putih, nasi hujan panas warna warni atau nasi beriani pun, yang paling penting kau kena tanak nasi dulu. Sebab tanak nasi ni lama. Sementara tunggu nasi masak barulah boleh buat yang lain.

Dan nak masak nasi ni kena ada skills juga. Yang paling penting, selawat banyak-banyak. InsyaALLAH, menu tengah hari yang kau masak akan jadi sedap dan paling sedap dalam dunia. Sebab dimasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Wahhh..gitu! Ahaha...

4. Food Preparation
Masak tu kejap je. Tapi yang lama dekat prep ni. Fuh! Ponat weiii.. Kalau ikan tu baru balik dari pasar, kena pesiang dulu. Pastu basuh pula. Fiu~ Mujur mak kandung chek yang buat semua tu. Chek tinggal nak kupas bawang, potong sayuq dan masak ja.

Realiti mak mentua? Wallahualam.
Kau ada mak mentua kan? Fikir sendirilah. Yang belum ada mak mentua tu, tak payah nak serabutkan otak. Spend your time well with your own mom! 


Masakan paling asas dan paling mudah nak masak macam ayam masak kicap, kari ikan, gulai lemak cili padi, sambal sotong, kangkung goreng dan etc. Eh, banyaklah yang basic dan mudah sesangat untuk masak. Antara nak belajar dengan tidak je. Kalau nak lagi advance macam daging masak hitam, rendang ayam dan entah apa lagi tu, google jelah dekat laman sosial ye? Pak cik Google sedia berkhidmat untuk anda.

5. Masak!
Dah siap food preparation bolehlah mulakan aktiviti memasak. Biasanya, sayur masak last. Sebab sayur ni kalau masak awal-awal nanti tak sedap. Kihkihkih..

Kalau dekat dapur tu ada dua port masak, guna dua-dua sekali. Memasak ni kena parallel. Kalau nak masak satu-satu, jenuh weiiii.. Lainlah kalau memang ada 1 je dapur memasak. Kalau ada 2-3, guna aje serentak. Jimat masa. Mak mentua pun tak bising dok tanya bila nak boleh makan. Ahaks..



Tapi, bila dah guna banyak dapur tu janganlah pula pi dok berangan. Ado juga yang goreng ikan hangit karang. Dari elok-elok mak mentua nak upgrade jadi menantu kesayangan, terus kena downgrade jadi menantu tak reti masak. Ohnomnomnom..

Kalau dengan mak sendiri, biasanya kena bahan ajelah. Nak masak pun sibuk lagi berfacebook, twitter bagai. Mahunya ikan atas dapur tu tak hangit! Kihkihkih..

Lagi?
Oh ya! Dah siap masak tu, rajin-rajinlah kemaskan dapur semula ye. Dah reti guna, takkan tak reti nak kemas? Tak gitu?
Lepas tu, Hidanglah siap-siap makanan tu atas meja (kalau u olls makan atas mejalah). Siapkan semuanya lepas tu dengan lemah lembut pergilah panggil
"Mak, jomlah makan. Chek masak asam pedas ikan pari. Abang cakap, favorite mak"

Hahaha.. Korang dah kahwin kan? Pandai-pandailah buat ayat. Ayat standard saya,
"Mak, jom makan! Angah dah lapaq ni"

Muahahahaha... Dengan senyuman mak mai duduk dekat meja dan menikmati hidangan tengah hari. Wahhhh gitu!



Pandai ke masak Sara?
Perghhh.. soalan cepu mas tu. 
Jawapannya.. Bolehlah.. setakat nak hidup. 

Kalau kau tanya nama ikan selain kembong, pari dan jaket, saya pun menganga juga. Yang saya tahu, bila masuk pasar, ikan ni buat gulai. Ikan ni sedap buat sambal. Bla..bla..bla.. Kalau tanya nama ikan, hanya mampu sengih je.

Apa yang penting!
Jangan malu bertanya. Dan jangan segan untuk belajar sesuatu yang baru. 
Praktis make perfect!
Setinggi mana pun ilmu yang kita ada, sehebat mana pun kerja dan jawatan yang kita ada, dan sejutawan mana pun duit dalam bank, biarlah perut mak abah suami dan anak-anak kita diisi dengan air tangan kita. Sekali sekala ok je makan luar! Not a big harm dude!

Tapi kalau selalu? Lu pikirlah sendiri! Ok. itu je. Bye!