Jom Pergi Karnival Kerjaya!!

Thursday, March 17, 2011

Assalamualaikum pembuka bicara,
Yeay! masuk hari ni dah 5 hari saya deactivatekan FB.. Tahniah3x.. berjaya mengharungi 5 hari ini dengan jayanya.. Sepatutnya hari ni ada 3 kelas start dari pukul 8 sampai pukul 1.00. Tapi..tapi..semua kelas dibatalkan..Hip hip hoorey!!.. Wait, dah nak pukul 9 lah..kih3x..tak sedar cepatnya masa berlalu kan?? Tadi, buka laptop.Online. SInce dah tak de fesbuk, mende pertama yang saya buat adalah buka dashboard blog. Moderate komen yang ada. Balas semula kunjungan rakan-rakan dari komen dan shoutbox dan akhir sekali nak menulis kesah semalam. Lepas tu? G mandi daa..dah pukul 9 ni tak mandi-mandi lagi..apalah nak jadi dengan diri ni??


16hb Mac 2011.. Ini tarikh semalam kan? Ye! Jangan menafikannya. Sekitar pukul 10 am macam tu, saya dan kengkawan pergilah ke DSI untuk melihat dengan mata kepala sendiri apa rupanya career carnival ni. Disamping pergi "menjual diri". Eh, tak3x..bukan jual yang itu daa.. Maksud saya, pergi drop resume. Kalau bahasa melayunya pergi jatuhkan resume ke dalam kotak-kotak syarikat yang datang. 

Masuk-masuk je DSI, "Wow, banyaknya booth! Orang pun berganda ramai..!". Tanpa berlengah, kami memulakan ekspedisi di dalam DSI itu dengan melawat dari satu booth ke satu booth. Booth pertama yang kitorang singgah adalah booth National Instrument. Tahu tak company apa tu? Kalau budak electrical confirm tahu. Selalu sangat deal dengan product dia. Dari multisim, LabView sampailah ke NiDAQ. Ada job vacancy yang menarik, apa lagi drop resume.. Kalau di 'shortlisted', pergilah interview. Kalau tak, tak ada rezeki namanya.


Karnival Kerjaya dan Program Penempatan Pekerjaan 2011 ini adalah anjuran Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama JobMalaysia.gov. Maklumat lanjut, korang singgah dekat link ni.


Perjalanan di dalam DSI diteruskan dari satu booth ke satu booth. The best part is...
...............
........
.....
....

Tadaaaa...

Hasil tuaian yang diperoleh dari DSI
Hasil tuaian yang diperoleh dari booth-booth yang banyak tu lah..Kih3x..nampak sangat pergi bukan nak cari kerja sangat tapi sebab nak kumpul menatang-menatang ni.. Lawak kan? Tapi dari berbelas resume yang saya bawa, tinggal dalam 3-4 je.. Yang lain semuanya dah selamat tinggal dekat booth-booth yang ada tu. Muge3x adalah rezeki di salah satu company tu.. Tapi..tapi..

SHELL~ Inilah penaja saya..turut di sana rupanya.
Tapi kan..itulah halnya..saya dah ada penaja.. Sesuka hati je drop resume merata alam tanpa mengetahui hakikat wujudnya "bonding" antara saya dan SHELL selagi dia tidak menceraikan saya.. Bagaimanakah? Ok..ok..PA (Penasihat Akademik) pesan suh tanya dengan coordinator saya pasal status tu. Macam mana keadaannya lepas habis belajar ni?? Saya tak mau tanam anggur sebab konfem tak de buah.. Nak tanya dekat booth SHELL ni..Tapi..mak ai, ramai giler lelaki yang serbu booth tu. Tak boleh nak selit langsung..(T____T)..


So, buat masa ni tunggu dan lihat je lah dapat panggilan untuk temuduga dari syarikat mana. Agak-agak ada yang nak tawarkan saya kerja nanti, baru saya deal dengan SHELL nak buat macam mana.. Boleh ke ek macam tu?? Kejap lagi saya try buka website shell tu..nak tulis dalam resume besar-besar SHELL SCHOLARSHIP YEAR 2007-2011. Mana tahu, dia tengok terus berminat nak ambil kerja dengan dia..kih3x..

So, korang-korang semua yang duduk dalam UTM mahupun sekitar UTM yang rasa dekat untuk sampai ke DSI, silalah jengah ke sana. Mana tahu ada rezeki yang menanti anda.. Err..maksud saya bukan hasil tuaian tu, tapi job yang menarik hati. Ada yang nak urgent dan ada juga yang open sampai this July.. 

Terutamanya kepada pelajar tahun akhir.. Jangan lepaskan peluang yang ada untuk menjual diri drop resume anda. Dari 10 company yang kita hantar resume, siapa tahu ada 1-2 tempat untuk kita. Ayuh! Segera..Hari ni last ok..17hb Mac 2011.. Esok dah tak de..jangan menyesal tak sudah pula nanti..saya sudah..anda bila lagi??

5 comments:

fyna said...

waaaa..beshnye...tak sempat nk g...



jom singgah n follow belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/

Amy Syaquena said...

Menariknya tapi jauh sangat la..kalau dekat dah pergi dah nie..

Nobita Sensei said...

keje dengan perodua best. bonus 8 bulan ohhh.

Nadhirah-chan said...

karnival kerjaya pun saya selalu gi sebab nak kumpul pamphlet bayak2 , haha . takde niat langsung nak melopong dengar ceramah dorang lalala~

fRaMe+LenSeS said...

cam seronok ja ni.. ;))