Duit Bersepah

Tuesday, August 9, 2011


Entrie bertaip di petang hari. Ace kome maghi masuk bilik saya ni.. Konfem nampak duit rata-rata. Cam bersepah bagai je duit dia. Atas meja ada. Atas lantai pun ada.. Dalam kantung beg pun ada. Seluk kocek jaket, keluar duit. Amboi, banyak benor duit dia.. Ace buka dompet, mesti juta-juta...


Daaa....empty! Hahaha..Itulah al-kisahnya. Dompet tak pernah reti nak guna isi duit.. Semedang kosong. Ce cari IC dalam tu. Konfem tak jumpa juga! Hahaha.. Seperti mana dompet yang susah nak jumpa duit, begitu jugalah IC. Tapi...di mana ada IC, insyaALLAH di situ ada duit.. Wee.. Jadi, kalau orang nak rompak dompet ke tak pun kena songlap tengah jalan ke, macam tak terkilan sangatlah. Sebab tahu dompet tu tak de wang pun! heee... Sian kat orang yang songlap tu.. Dosa dapat, duit tak da.


Tetiba rasa macam ada keinsafan masuk dalam diri. Bangun pagi, teruslah g kemas duit-duit yang berselerakan tu.. Hahaha.. gaya cam banyak je kan? Mengemas2x sekali jumpa 5 keping duit RM10.. Wah..eden kaya! kaya! Ingatkan dah tak ada duit.. Waduh2x.. sekali mengemas, keluar RM50, masyuk gak tu.. Hahaha.. Dah jumpa duit ni, mulalah tangan rasa gatal je. Masa tak nampak duit tu, tak pula nak gatal-gatal kan? Ngada sungguh!

Terus teringat kat perbualan dengan member tempoh hari.

"Aku dapat bayangkan, kalau esok kau kahwin mesti husband kau yang bawa beg tangan kau."

"Ha, elok juga tu. Tak de lah semak tangan ni nak pegang-pegang beg segala bagai.."

"Tapi aku tak suka lelaki bawa handbag perempuan walaupun isteri dia."

"Ok. Kau tak suka. Tapi kalau future husband kami pun tak mau bawakan, Tak payah bawa beg. Bagi je IC dekat husband. Shopping mana-mana suami lah yang bayarkan kan? Kami tak payah bawa beg pape.."

Hahahah..meletus ketawa dekat tengah-tengah Giant yang permai itu. Sungguh! Bila kau nak belajar jadi ayu lagi lemah lembut berjalan membawa beg tangan,Sara? Hatta dompet semata? Kalau bawa dompet pun, mesti sebulan dua je lepas tu kembali ke tabiat asal..No dompet..hahaha.. 

Tapi, tak rasa rimas ke bawa handbag segala bagai? Bila sampai kaunter, nak kena buka handbag, gagau pula cari dompet, pastu nak buka dompet, cari duit lagi.. Fuhh..lama. Renyah beb! =D 


Ok..itu hanya persepsi diri sendiri.. Tapi sungguh weh, dompet hilang tak risau sangat. Boleh lagi buat nanti-nanti. Tapi kalau cari IC tak jumpa rasa berderau je darah. Mahunya tak? IC + Duit + Kad bank semuanya satu tempat. Dan tempat itu bukanlah di dalam dompet.. hahaha...

Kat mana? Adalah..k.nak bersiap untuk berbuka...adios~





7 comments:

sizuka[Izzati] said...

HAHA.mcm2 btul.tp selamat jgk duit kalo cmtu.tak bsepah dibelanjakan LOL.

aimie amalina said...

hehehehe
kak air2..
x penah berubah..heheheh

Cik Sara said...

@sizuka[Izzati]

Hahaha..bulan puasa ni kurang sket bersepah dblanjakan..=D

Cik Sara said...

@aimie amalina

Hahaha..sabau ajalah..biar masa mengubah segalanya..yaw!

athirah said...

hehehe..sy ad purse tapi duet merata dalam poket seluar n handbag..heee:P

CikMiMiey said...

sy lebeh suke simpan duet lam tabong !! hehehehe ~

shafiqabdshukor said...

blom duit syiling lg tu..