Sambungan dari entrie ini..
Jangan kau risau ratuku..
Kadangkala musim berganti...
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar..
Tapi itu hanya ujian buatmu..
Ratuku..
Esok musim bunga pasti akan tiba..
Dan kau akan mampu berkembang lagi..
Cuma yang kuharapkan ketika itu..
Kau jaga kelopakmu itu..
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi..
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu..
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu..
Kerana Kau ratu idaman kalbu..
Ratuku..
Aku bukanlah memandang kecantikanmu..
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya..
Tapi bukan itu kuharapkan..
Aku yakin Ratuku..
Masih ada sinar harapan yang bisa membuatku tersenyum lega..
kerana akanku temui..
RATU YANG BENAR-BENAR RATU..
1 comments:
ratu
ratu di hati ayah dan ibu :)
Post a Comment