Assalamualaikum...
Halloooooo....Korang buat apa? Haa..Jangan ponteng puasa ek melainkan mereka-mereka yang dibolehkan.. Heee.. Eh, jap! Ada dengar bunyi tak? Alamak! Malunya.. Bunyi dalam perut! Hahaha..Berkeroncong versi rock punya.
Ok2x.. tak mau berleter panjang punya, petang nan indah ni saya nak share satu artikel tu. Original artikel tu bahasa Indon. Aduh! Susah banget mahu difahaminya. Makanya, jom tengok versi bahasa melayu mengikut fahaman saya.. Dush2x!! Kalau salah, sila betulkan. Maklumlah, belajar bahasa indon dalam Sinetron ja..
Ok. Tajuk artikel itu adalah : 5 Bekal Istri Aktivis Dakwah . Dah lama tak menulis sesuatu yang bersifat ilmiah. DOk merepek je banyak. hehehe..
Tengok tajuk, dah faham ke belum? Maksudnya, nak jadi isteri kepada seorang lelaki yang berjihad di jalan ALLAH bukanlah sebarangan. Bak kata penulis tu, isteri para aktivis ni bukan yang biasa-biasa. Tapi luar biasa. Ek? Haha..jangan fikir pelik-pelik beb. Luar biasa ni bukannya bermaksud kau kena ada kaki empat atau mata sepuluh ke. Tak tak. Bukan yang itu. Tapi apa yang ada pada diri sebagai seorang wanita yang menjadikannya luar biasa. Nak jadi wanita luar biasa untuk lelaki yang luar biasa ini? Nak? nak? Jom usha apa bekalan yang dikatakan tu..
1. Understanding. (Speaking London plak dah..). Pemahaman. Fikrah.
Pentingnya seorang wanita yang hendak menjadi isteri kepada seorang aktivis dakwah, malah isteri kepada seorang lelaki untuk mempunyai bekalan Understanding yang tinggi. Dalam kes ini, isteri seorang aktivis. Sebagai isteri, dia kena faham yang suaminya tak sama dengan "model" suami secara umum di luar sana. Macam yang saya dah tulis awal-awal tadi, aktivis dakwah adalah lelaki yang berjihad di jalan ALLAH. Makanya, seluruh hidupnya adalah untuk menegakkan agama ALLAH dan meraih redha ALLAH. Ketahuilah, tiada yang dicintai seorang aktivis Dakwah melebihi cintanya pada ILAHI. Jadi, bersedialah untuk menjadi cinta 'kedua'nya. Sebab yang pertama adalah jihad dan dakwah di jalan ALLAH..
Urmm..pada saya, cinta seorang lelaki pada isterinya tidak akan melebihi cintanya pada ibu yang mengandung dan melahirkannya. Dan pastinya tidak melebihi cintanya pada ALLAH s.w.t. Jadi, sama ada anda isteri seorang aktivis dakwah mahupun tidak, letaklah pengertian yang tinggi buat suami anda. Malah ikhlaskan setiap tindakan dia selagi tidak bertentangan dengan syariat ALLAH.
2. Ruhiyah. Roh.
Macam mana nak ikhlaskan diri? Haa..Itulah pentingnya Ruhiyah. Yang bersifat Roh. Err, betul ke penggunaan ayat ni?? Urmm.. yang pasti dan yang saya faham, perlunya bekalan yang bersifat spiritual ni..urrmm..bekalan hati mungkin? Selemah-lemah manusia, ALLAH adalah tempat untuk bergantung. Connection antara kita dengan ALLAH adalah wireless. Tak kira tempat dan masa. Anytime. Jadi, berusahalah untuk mendekatkan diri kita kepada-NYA. Tak payahlah jadikan Facebook, twitter and etc sebagai tempat meluahkan kekecewaan dan terlalu bergantung harap kepada semua ini sebaliknya, jadikan ALLAH tempat bergantung semata-mata. Yakin dengan setiap ketentuan ALLAH. Yakin pada Qada' dan Qadar-NYA. Sebab bila yakin, kita akan rasa tenang je nak melepaskan suami berdakwah di jalan ALLAH. Masa nilah, wujudnya keikhlasan dalam diri.
Selain tu, bekalan Ruhiyah ini sangat penting untuk membantu kita menjalani kehidupan secara bersederhana dan tidak dilimpahkan dengan kemewahan yang bersifat material. Beb, kalau yang ini tak kuat, mahu rasa nak memberontak je bila tengok orang naik kereta mewah, kau naik kereta lembu. Ye tak?
Tapi andai kehidupan kita dikelilingi dengan kemewahan material, bekalan Ruhiyah ini akan membuatkan kita sedar diri, tidak kufur nikmat, tak menjadi seorang yang lalai dan takabbur. Sebab kita tahu, rezeki ini datangnya dari ALLAH. Kalau DIA tak lapangkan rezeki kita, macam mana boleh dapat semua ni kan?
3. Ma'nawiyah (Mentaliti)
Aih, panjanglah plak.. Hehehe..Eh, mentaliti tak sama ke dengan pemahaman dan Ruhiyah? A'a kan? Berbezakah? Jawapannya TIDAK.. Ada orang, bekalan ruhiyahnya sangat tinggi tapi mentalitinya lemah. Tak kuat. Tak cukup bertabah. Owh, sangat tidak selari!. Orang Indon cakap "Tahan Banting"! Hahaha...demi ALLAH beb, saya pun tak faham. Tapi yang saya faham, mentaliti ni lebih kepada kita melatih minda kita. Dalam nak mencapai sesuatu dalam hidup, kita kena gigih dan kuat berusaha. Jangan cepat putus asa. Jangan terlalu mudah melatah dan bersifat cengeng. Atau mengada-ngada. Yang penting, pandai bawa diri!
Sebagai seorang isteri aktivis dakwah, Bekalan Ma'nawiyah adalah sangat penting terutama sekali bila suami keluar berdakwah. Tadi dah ikhlaskan kan? So, tanpa kehadiran suami di sisi, kenalah pandai bawa diri. Jaga maruah diri dan suami. Kena kuat. Tak boleh lah nangis-nangis sebab tak jumpa suami dekat sebulan. Nehi kabi nehi. Mentaliti kena kuat juga!. Eh, suami tak aktivis dakwah pun kena macam ni juga kan?.
4. Aqliyah (Intelektual)
Penulis sebenar artikel tu bagitahu, seorang aktivis dakwah itu bukan sahaja memerlukan seorang pendengar yang setia tetapi dia juga memerlukan seorang isteri yang boleh diajak menyambung perbualannya, atau bertukar-tukar fikiran mahupun untuk berdiskusi. Err..maknanya, bila balik rumah dari dakwah si suami masih boleh berbicara dengan isteri perihal-perihal tersebut. Oleh itu, sebagai isteri yang taat pada suaminya, takkanlah kau nak biar suami cakap sensorang kan? Jadi perlunya ilmu pengetahuan tentang agama, fiqh, akidah dah sebagainya. Juga untuk bekalan diri sendiri.
Macam mana? Belajar! Belajar! dan Belajar!. Belajar dalam erti kata menghadiri majlis-majlis ilmu dan juga melalui pembacaan. Kalau ada yang kita katakan salah, bukankah tanggungjawab suami untuk membetulkan? Jadi, melalui bekalan intelektual atau ilmu ini, kita akan dapat berdampinganan dengan lebih selesa.
5. Jasadiyah. Fizik.Fizikal
Haa.. sampai pun pada point yang terakhir. Ada lagi ke yang membacanya? Hehehe.. Bekalan yang terakhir adalah bersifat Jasadiyah. Atau fizikal. Pentingnya kesihatan diri yang tip top. Sebabnya, bila kita sihat sejahtera, kita boleh buat banyak perkara. Hatta menguruskan suami yang sedang sibuk berdakwah! Sihat fizikal ini bukan sahaja sihat tubuh badan tapi juga menjaga wajah. Biar menjadi isteri yang "sedap dipandang suami." Cantiknya kita di pandangan suami lebih penting daripada cantik di mata lelaki-lelaki lain. Harap maklum. Hehehe..
Haa..ambik kau..panjang kan? Baca artikel asli pun tak sepanjang ni.. Hahaha..Ha? Apa dia? Isy, bukan bercakap berdasarkan pengalaman. Suami pun tak da lagi beb. Ini semua adalah penulisan berdasarkan pembacaan dan pemerhatian. Mata diberi untuk memerhati dan menganalisa. Jadi, jangan sia-siakan peranan mata itu. Sekadar sebuah perkongsian untuk direnung-renungkan bersama. Bukan untuk dibuat bekalan termenung ya!
Persediaan untuk diri sendiri? Urmm..macam mana nak cakap ek? Kang semangat kata itu ini, tup tap jadi kot lain, haru juga kan? Korang baca dan faham je lah. Nak tahu itu untuk persediaan diri saya atau pun tidak, stay tune sampai keluar entrie walimah saya nanti..ahaks..Bila? Andai ada jodoh dan dipanjangkan usia untuk melangkah di bumi ALLAH..InsyaALLAH.. Tiada yang mustahil kan? *wink('o,')
Note : Tak menjadi isteri seorang aktivis dakwah juga boleh jadikan bekalan-bekalan ini sebagai persediaan diri sendiri..
K..adios~
2 comments:
ok... akak suka.... entry ni....
weee=)
suke ini jugeee!
Post a Comment