Mengantuknya lah pagi ni. Nak kata tak cukup tidur, standard je. Semalam pukul 12.30am dah lena. Siap dapat salad buah lagi dari Cik Q tengah-tengah malam tu.. Tapi tak larat nak makan, simpan untuk sahur...
"Urmmm..baru 4.30, awal lagi.. jap lagilah bangun.."
Terus sambung tidur. Tak pula tergerak nak kunci jam tepon ke pukul 5.00am kan?
Tiba-tiba..
"Sara..sahur.."
Pintu ditolak dari luar. Terkejut. Kenal suara tu. Tapi...
"Ya Allah! aku tidur semalam tak kunci pintu? Astaqfirullah.."
Terkejutlah tengok member tolak pintu sedangkan pintu bilik saya tu jenis yang pakai lock tolak-tolak tu..
Bangun. Terduduk atas katil jap. Cam mamai pun ada. Tapi fikiran masih waras untuk berfikir yang pintu bilik memang tak berkunci semalam. Mujurlah bulan puasa ni syaitan semua kena ikat kan? Kalau tak, kena pecah masuk masa tidur tak ke haru?
Dah normal sikit, bangun g basuh muka segala bagai, buat milo then masuk bilik siti. Dia tengah panaskan asam pedas ikan pari yang kitorang beli lepas balik dari terawih semalam. Yeay! bersahur makan nasi..('o,')
menu bersahur hari ini |
Ada lebih kurang 20 minit je lagi sebelum masuk waktu imsak. Cepat2x makan.. minum milo..
Dengar je azan, terus ambil air sembahyang. Masuk bilik terus lock pintu. Lepas subuh, tak boleh lah kalau tak tidur balik.. ngantuk yang amat.. Baca quran pun rasa cam mamai je..=( .. Aih, boleh ke tidak nak khatamkan Quran kalau gini gayanya?
Pengajaran hari ini:-
Nak tidur, sila pastikan bilik berkunci. Kita tak tahu bila perkara tak elok nak jadi.. Jadi, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Yeay!
Salam 3 Ramadhan~
3 comments:
nsib xde pape...huhu..selamat b'puasa...
bahaya..
pergh sedap tu sahur..
mcm mne boleh lupe, penat sgt la kan. hihi. sedapnye mkn bsahur. lain kali kunci pintu ye. nasib baik x jadi pape.
Post a Comment