"Pengantin puteri itu sebaiknya tidak mempertontonkan kecantikannya untuk pandangan mata lelaki lain.."
Ratuku...
Inginku luahkan apa yang lama ingin kuluahkan..
Tentang kebimbanganku ini..
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran..
Dipetik tangan-tangan ganas lagi bernafsu serakah..
Ratuku..
Kebimbanganku ini masih menebal..
Apabila kudengar dengungan kumbang perosak..
yang cuba menyedut madumu..
Walau tanpa relamu..
Ratuku..
Kebimbanganku bertambah lagi..
Bila ku melihat bunga
Yang tak segan silu melampiaskan kecantikannya..
Ketika sedang mekar..
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya..
Ratuku..
Aku masih terpinga-pinga..
Masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku..
Kerana apa yang kulihat hari ini..
Semakin banyak bunga-bunga gugur..
Bagaikan tibanya musim luruh..
Ratuku..
Bukanlah kuharapkan..
Kau segigih Siti Hawa..
Yang berlari-lari antara Safa dan Marwa..
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiya..
Menanti kekasih dipintu Syurga..
Ratuku..
Akuilah hakikat yang tersurat..
Engkau bukanlah Siti Khadijah..
Mahupun Siti Fatimah..
Engkau bukan Aishah bukan juga Rabiatul Adawiyah..
Wanita suci terpuji ..
Kerana aku tidaak layak berharap sedemikian rupa..
Cukuplah sekadar kau mencontohi bunga-bunga itu..
Kembang mekar mewangi..
Sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga..
** Dari seseorang untuk seseorang.. Jom jadi Kuntuman Bunga Syurga..
Sesuai dengan url blog..hehehe..
0 comments:
Post a Comment