Salam 27 Ramadhan...
Tup tup..dah seminggu dok rumah.. Ahaks.. bercuti sungguh noo..satu apa pun tak buat.. Bukannya tak da kerja, saja buat2x macam tak da.. Hahaha.. Skip this part..
Hujan sepanjang hari. Hari-hari pun hujan. Tak da lah hari yang tak da hujan.. Kedah dok basah ja.. Risau gak kalau banjir. Kan Aloq Staq pernah ada rekod banjir.. Ingat lagi tak? Lumpuh seluruh pekan Aloq Staq tu.. Apa kebendanya pula yang saya merepek ni? Aih..
Ok.. Sekian lama tak meng"update" blog.. Hari ni nak berkongsi cerita tentang semalam. Apa yang berlaku semalam? Semalam saya dan keluarga tour satu Perlis. Tak besar mana pun Perlis tu. Kalau ambil Highway, tak jauh pun dari rumah saya..
Simpang Empat ----> Aloq Staq -----> Jitra ------> Kodiang -----> Arau -----> Mata Ayer -----> Beseri ---------------> Padang Besar ------------------> Back to Home.
Sampai rumah setengah jam sebelum waktu berbuka. Ikut perancangan nak singgah bazaar Stadium.. Tapi disebabkan pukul 5.30pm masih di Masjid Negeri, Arau, Perlis. Makanya, kami singgah di bazaar area Kodiang sahaja untuk membeli juadah untuk berbuka puasa..
Sebenarnya, abah ada kerja kat Perlis. Dah alang-alang nak g perlis tu, abah ajaklah pergi sekali. Bagai pucuk dicipta ulam mendatang, eh salah peribahasa.. Hahaha.. Terus bersiap nak ikut. Masa on da way nak g Padang Besar, lalulah Empangan Tasoh. Abah tanya, nak singgah tak? Terus jawab tak mau.. Hahaha.. Nak g Padang Besar sebab tak pernah sampai lagi..
Dan..akhirnya..menjejak juga kaki ke Padang Besar yang tak da padang mahupun taklah besar sangat.. =D. Sebelah tu ada imigresen. Kalau bawa passport bolehlah seberang masuk Thailand. Kalau kat JB, seberang masuk Singapore. Yeay! Dah sampai end to end. Suka..suka..suka..
Dah sampai Padang Besar, cam rambang mata pula. Tak tahu nak beli apa. Kebanyakkan barangnya made in Thailand. Betul tak? Entah. Tapi dekat Padang Besar ni tak banyak pilihan tudung.. Mewah lagi dekat Pekan Rabu nun. Tapi kalau nak cari kemeja wanita, blouse, jersi, skirt labuh memang masyuk beb.. Suka saya tengok skirt-skirt labuh yang banyak tu.. Rasa nak cekup beli semuanya.. ahaha...
Dulu tak suka pakai seluar. Suka sangat pakai skirt labuh, maxi or gaun. Kalau seluar pun, prefer slack and track suit. Tapi..masa banyak merubah manusia.. =D.. Tetiba jadi pandai pula pakai jeans. Lupa terus dengan skirt labuh.. Dan hasilnya, saya rembat 2 helai skirt labuh. Purple layer and grey.. Wahaha..
Tapi...dah ada skirt labuh, tak reti pula nak mix and match dengan baju yang sedia ada.. Eh, dah macam story pasal skirt labuh pula...
Nak tahu tak? Hujan dari Aloq Staq sampai ke Padang Besar.. Jadi, tak singgah banyak tempat sangat. Kan dah bagitahu awal-awal tadi, abah ada kerja.. Tak pe.. Lain kali datang lagi..
urrmmm..nak masak apa pula ye untuk juadah berbuka kejap lagi?
2 comments:
akak duk kat mana?
salam aidilfitri
http://cheritasesuatu.blogspot.com/2011/08/kad-rayanak-tak.html
Post a Comment