Selamat Hari Abah!

Sunday, June 17, 2012





Masa kecik-kecik dulu, abah suka bawa kami adik beradik pergi airport. Bukan masuk dalam airport tu. Tapi berhenti kereta dekat luar pagar airport. Lepas tu tengok kapal terbang turun naik dekat runaway tu. Bukan kami sekeluarga je. Ramai je lagi yang lepak dekat luar lapangan terbang tu untuk tengok kapal terbang. Al-maklumlah, masa tu tinggal dekat Sarawak. Jadi, setiap kali tengok kapal terbang turun naik macam eksaited sangat-sangat. Nak balik semenanjung bukan boleh selalu. Tunggu abah punya giliran, baru naik kapal terbang balik semenanjung. Jadiiii... pengubatnya, tengok kapal terbang on the runaway!..


 
Bukanlah tetiap hari.. Tapi selalu jugalah. Seronok kalau naik kapal terbang. Tengok awan-awan yang macam gula-gula kapas tu. Awesome! Especially kalau naik MAS. Sebab untuk budak-budak, MAS selalu bagi games. Antaranya replika kapal terbang! Suka sangat. Dan yang paling saya ingat adalah, dapat pergi kokpit jumpa pilot! Masa tu last flight kami sekeluarga dari Sarawak ke Kuala Lumpur. Sebab abah yang request kata anak-anak nak tengok tempat pilot bawa kapal terbang! Eheh...

Terima kasih abah! Sebab bawa kami merantau jauh. Dan sampai sekarang saya suka merantau. Cumanya, tak boleh nak naik kapal terbang selalu walaupun hati nak sangat-sangat naik kapal terbang biarpun hanya dari KL ke alor setar. Tapi... One important things, saya belajar tentang hidup. Saya belajar untuk merantau.. Dan saya belajar untuk menjadi seorang anak yang matang. Semuanya saya belajar dari Abah.



Terima kasih abah atas ruang dan peluang yang diberikan dari saya kecil sehingga kini. Terima kasih atas sokongan fizikal dan material dan segalanya untuk saya berada di mana saya berada kini. Terima kasih abah... untuk segalanya. Walaupun ungkapan ini sukar terucap di bibir.. Tapi tak pernah putus dalam doa. Selamat hari Abah! Abah!.. ^^,
 



3 comments:

fa said...

rasa sayu pula bila baca..
ohh.. fa sayang ayah fa juga.. all dad always the best dad ever an :)

zaujah until jannah said...

hai.. bapak ni byk pengorbanan nye!!! tetibe rse sedey

maszull said...

assalamualaikum sara...seronoknya bila teringat nostalgia lama2 dulukan...:)