Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia..
Selamat Menyambut tahun baru!! Youkoso 2011!
Akhirnya tahun 2010 melabuhkan juga tirainya.. 0 berganti 1. Jam dan waktu terus berdetik.. Masa yang berlalu tak akan kembali lagi. Niat asal saya, nak review apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2010. Dari pelajar tahun 3 kini dah pun bergelar pelajar tahun akhir. Dari sebuah angan-angan, kini dah pun jadi realiti. Dari sebuah azam yang tak seberapa, kini dah menjadi sesuatu yang digapai.. Itulah 2010. Masam manis semuanya bergaul rata. Tapi, since saya ada aktiviti yang lebih menyeronokkan pada hari terakhir tahun 2010 ini, ingin saya kongsikannya..
31hb Disember 2010..
Sebelum ia melabuhkan tirai kenangannya..
4.45pm - Mock Interview untuk course 'How To Get Employed' bagi Degree ++.
Balik dari temuduga, layan cerita "Cuti-cuti Cinta" tapi tak sempat nak habis.. Nantilah sambung balik.. petang sket ada member ajak makan Lamb Chop aka western food. Dalam keadaan diri yang tiba-tiba tak tahu nak ambil keputusan apa, akhirnya saya hanya menurut kawan-kawan yang ikut serta.
Adalah dalam 3 buah kereta. Kali ni tak ramai sangat. Ada yang tak balik UTM lagi.. masih berseronok di rumah. Nada jeles di situ ok.. hehehe.. kesebelasan kami bergerak dari UTM menuju ke Bandar Baru Uda. Tak jauh. Atas sikit dari Angsana, bawah sikit dari Danga Bay..
Buat apa g BBU? Of courselah pergi makan.. Menunya adalah seperti di bawah..
......
Err.. ada yang terliur ke tengok makanan ni? Kalau lapaq, cepat-cepat g cari makanan. *wink 8 orang member siswi plus 3 orang member siswa.. Yang siswi semua pakat pilih Grilled Chicken Chop. Harga sepinggan adalah RM8.00. Dan yang siswa pula pilih Grilled Lamb Chop. Harganya dalam RM10-RM12. Tak ingat. Saya pilih Fresh Orange yang harganya RM2.00. Jadi total malam ini adalah sebanyak RM10.00.. Berlakulah penambahan kg. =(
Tengoklah gelagat diorang makan. Sungguh berselera. Yang lelaki-lelaki ini..Meh saya kenalkan.. Dari kiri, Yen, Nafis dan juga Ijad.. (promote nama korang.. hahaha).. Perempuan yang 2 orang tu, Intan dengan Majidah.. dan dalam gambar terakhir tu, Ili dan Aimie. Ada lagi 3 orang iaitu Dila, Naz dan juga Eqyn. Dan yang paling penting, saya juga di situ. Kalau tidak, macam mana nak berceritakan?
Kalau disuruh bagi rating untuk makanan ni, saya bagi 6.5 dari 10.. hahaha.. Bukannya apa, coeslaw dia tak berapa menarik. Tesktur ayam dia lembut. Senang dipotong. Tak delah kejadian ayam terbang dari pinggan kan? hehehe.. Sos lada hitam pun tip top. Kentang goreng? urmm..kentang KFC lagi sedap kot..hahaha... Overall.. Kenalah dengan selera.. Tapi kalau makan selalu, mahu boleh overweight saya nanti..huhuhu..
Grilled chicken Chop ni kitorang makan dekat Restoran Angah D&C stand for Delicious and Cheap. Memang pun. Slogan yang sangat tepat. Restoran ni terletak bersebelahan dengan Stesen Petronas Bandar Baru Uda. Dekat bangunan kedai yang menghadap sebuah kawasan perumahan kat situ. Pastikan anda ikut jalan menuju ke pusat bandar. Tak susah pun nak cari kedai ni..
Selesai makan, agenda kami tidak berakhir di situ sahaja. Perancangan awal mereka hendak pergi ke Tambak Johor. Nak duduk lepak sana sempena malam tahun baru. Tapi disebabkan kami tidak dimaklumkan terlebih dahulu dan waktu malam yang membuatkan semua kereta nampak serupa je, kami yang menaiki kelisa terus mengambil jalan menuju ke Danga Bay dengan niat hendak membuat U-turn di situ untuk pulang ke UTM atau lepak di Danga Bay. Sementelah 2 buah kereta lagi menuju ke Pusat Bandar yakni CS. Dalam kekeliruan dan ketidakketahuan, kami teruskan perjalanan dari Danga Bay menuju ke pusat bandar. Jam baru pukul 9.00. masih awal. Jalan pun belum sesak lagi. Dataran Bandaraya pun kosong lagi.
Kata mereka, bertemu di hadapan JB Sentral. Ini bangunan baru ok. Cantik. Superb! Amazing! Moden! dan tak terkata lagi. Jalan di JB sangat rumit. U-turn sangat jauh. Kalau sesat memang sangat jauh untuk buat pusingan balik walaupun dah dekat dengan tempatnya. Endingnya, kami bertemu juga dengan mereka yang lain. Memandangkan jalan yang sudah semakin sesak dengan lambakan kereta dari Johor dan Singapura, perancangan untuk ke Tambak Johor terpaksa dibatalkan.
Selesai mendapatkan parking berdekatan Balai Polis JB Sentral, kami berjalan kaki menuju ke Bazaar JB yang hanya 150 meter dari parking kereta. Eh, yeke? hahaha..betul rasanya. Bazaar JB waktu malam dah macam Syorga membeli belah je. Macam-macam ada. Yang mahal. Yang murah semuanya ada. Tinggal pilih dan bayar je. Orang pun makin ramai. Di satu sudut ada persembahan kebudayaan dari Tourism Johor. Interesting kan?
Akhirnya, kami kembali juga menapak ke CS (Central Square) pada malam tahun baru ini. Seingat saya, kali terakhir saya ke CS adalah ketika di Tahun 1. CS yang jauh. sebelah je dengan Singapore. Kalau bawa passport dah boleh seberang tambak. Naik bas boleh tertidur. sebab tu malas nak ke sana selalu. Tapi malam tahun baru ni, saya ke sana. Berjalan-jalan di sana. Mengukur tanah.. hahaha...
Lepaks dengan kengkawan kos yang sudah pulang ke UTM..ada istilah tidak seronok ke? Mestilah keseronokan je yang bertamu di hati. Fuhh..dah tak tahu nak story apa.. mata pun dah semakin kuyu. Kerisauan pada Mock Interview petang tadi membuatkan diri tidak tidur petang..
Hari ini sudah pun 01.01.11.. Selamat tahun baru buat semua rakan dan taulan. Buat kawan-kawan yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati dan ingatan. Selamat tahun baru!! Youkoso 2011! Youkoso 2011!
4 comments:
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm~~~~~~~
sedapnye~~~~~~~~~~~~~~~ hehehe...
Hehehe..g lah cuba.. dah alang-alang dok Johor ni.. hehehe.. nyumm..nyumm..
mizi nak ajak baca
http://contengcorner.blogspot.com/2010/12/tahun-baru-dan-kerja.html
Selamat tahun baru Cik Sara...thanks sudi visit. Best2 semua makanan...dah follow
Post a Comment