Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Ilahi. Masih diberi nikmat dan iman untuk terus berjalan di bumi-NYA. Subhanallah.. Maha suci Allah.. KAU pertemukan lagi Ramadhan padaku. Syukur YA ALLAH..
Alhamdulillah.. selesai sudah kita berterawih tadi. Berbekalkan motosikal bertayar dua yang ditinggalkan Cik Q, saya telah pun merempit ke MSI bersama-sama Cik Fye. Merempit tanpa memakai helmet dengan niat nak berterawih di masjid. Sungguh! matlamat itu tidak menghalalkan cara. Mujur lalu depan pak guard tak kena saman atau kena tahan. Kalau tak, tak ke haru? hahaha...
Tinggalkan cerita pasal merempit dan juga helmet. Saya nak kongsikan sedikit tazkirah yang saya dapat pada malam 1 Ramadhan ini. Malam-malam lain, saya tak janji. Jika ada ruang dan peluang akan saya menuju ke masjid UTM untuk bersolat terawih lagi. Yelah, nak tak nak harus ke masjid. Kat Dewan Astana KTC mana ada solat terawih dah. Student degree pun tengah bercuti lagi. Memang tak berorang sangat UTM ni sekarang..
Tazkirah malam ini bertajuk Ramadhan. Mungkin dah ramai yang tahu pasal ni. Bagi yang tak tahu, jom baca. Kalau dah tahu, dok diam2x.. hehehe...
a. 10 malam pertama Ramadhan adalah kerahmatan
- Masa nilah peluang untuk kita menkoreksi atau memperbetulkan kembali diri kita dari segi rohani, fizikal mahupun spiritual. Ramadhan merupakan bulan Al-Quran. Jadi, antara cara untuk mempertingkan lagi termometer diri ke tingkat yang lebih tinggi suhunya,
ambillah peluang di Bulan Ramadhan ini untuk mengkhatamkan al-Quran. Buat satu target atau matlamat dalam sebulan Ramadhan ni nak khatam berapa kali.
Saya tak targetlah tinggi-tinggi sangat sebab Ramadhan yang lepas tak berapa berjaya
mengkhatamkan al-Quran dek "Cuti" dan tak sempat nak kejar Juzuk.
So, kali ni saya nak cuba lagilah untuk mengkhatamkan Al-Quran walaupun hanya untuk sekali.
Yang penting ada usaha dan ada peningkatan daripada Ramadhan sebelumnya..
Semoga dipermudahkan.
Ayuh! kamu-kamu diluar sana. Yok kita sama-sama bertilawah dan bertadarus.
Ganjaran Allah untuk umat-NYA berbeza-beza bergantung pada usaha dan pengorbanan yang kita lakukan dalam kehidupan masing-masing.
Allah jua yang Lebih Mengetahui Segala-galanya..
b. 10 malam kedua adalah keampunan.
Ketahuilah bila Ramadhan tiba bererti pintu syurga terbuka seluas-luasnya.
Dan pintu neraka tertutup serapat-rapatnya.
Syaitan dan iblis diikat erat-erat.
Yang ada pada kita hanyalah nafsu.
Bila nafsu merajai diri, kelak sesal yang tak sudah.
Mungkin sebelum ni bersusun dosa yang kita buat. Menipu orang. Solat tak cukup 5 kali sehari. Derhaka dengan mak ayah. Mencuri duit kawan dan sebagainya.
Tapi, itu tak bermakna tiada keampunan buat kita. Rebutlah keampunan dari ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..
c. 10 malam terakhir adalah pembebasan.
Setelah memperoleh kerahmatan dan keampunan dari ALLAH, bukankah pembebasan dari api neraka itu lebih didambakan?
4 langkah yang harus dipraktiskan sepanjang Ramadhan ini iaitu:
1. Solat 5 waktu secara berjemaah.
(Hamba tak yakin mampu ke masjid setiap waktu untuk berjemaah. Tapi hamba akan tetap lakukannya di bilik.)
2. Solat terawih berjemaah sepanjang bulan Ramadhan
(InsyaALLAH.. melainkan ketika tidak "diizinkan ALLAH".)
3. Qiamullai dan solat sunat yang lain.
4. Bertadarus dan bertilawah al-Quran.
Teettt...mesej masuk ke handphone;
" Assalamualaikum..Nama saya Syaa'ban.. Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezeki dan kedua2 anaknya iaitu Sahur dan Iftar.. Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah & Keampunan... Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki Eidul Airlines. Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda!! InsyaAllah..Amin.."
Penghantar : Unknown.
By the way, Selamat menjalani ibadah puasa dengan hati yang ikhlas!!