SEGMEN : JOM EXCHANGE BLOGLIST APRIL 2012

Saturday, March 31, 2012


Assalamualaikum!..
Kita tinggalkan seketika sindrom "like" untuk dapatkan Kamus Besta tu, dan masuk ke segmen baru.. Errr... tapi, kalau ada yang nak tolong "like" supaya saya boleh dapatkan Kamus Besta tu, sangatlah dialu-alukan..=D.. Scroll bawah lagi.. Tak pun Klik je LINK ini.. Terima kasih..Arigatou~

Ok.. Kembali kepada motif asal entrie ini dihasilkan.. Cheewah!..Hikhikhik...
Hari ini dah 15hb kan? Maknanya dah tengah bulan. Betul tak? Betul tak?? Dan buat julung kalinya saya nak buat segmen.. Heee.. SEGMEN apa? SEGMENnya, 

JOM EXCHANGE BLOGLIST APRIL 2012.

Tengok tajuk pun dah tahu kan??? Maknanya, saya nak ajak bertukor-tukor URL blog. Eh, silap! Maksudnya, saya nak ajak kamu-kamu join bloglist saya yang dah lama tak bertukor-tukor tu. Nak blogwalking pun dah susah sekarang ni. Macam mana nak join? Mudah je.



1. Buat entrie + letak gambor tu kemudian jangan lupa backlink ke entrie ini.
2. Follow? Terpulang pada kamu-kamu.. (^______^)
3. Dah siap no.1? Tinggalkan link kamu di ruang KOMEN ini..
4. Dah nama pun Exchange kan? Jadi, sila masukkan blog saya ke dalam bloglist kamu.. TQ!
5. Ajaklah kengkawan blogger yang lain sekali ek.. Lagi ramai, lagi best..



Segmen ini bermula pada tengah bulan iaitu hari ini "15hb Mac" dan berakhir pada hujong bulan ini "31hb Mac".

Notakakilima: New interfaces untuk blog selalu hilangkan reading list dekat dashboard, jadinya tak dapat nak berblogwalking selalu. Tapi, disebabkan interfaces untuk POST sangat ohsem, saya nak wujudkan segmen bloglist ni.. Jemput ye ramai-ramai memeriahkan segmen ini.. Bloglist akan dikemaskini setiap 5 hari sehingga hujung bulan ini..

Dan bloglist akan kekal selama 5 bulan. 5-5-5-5-5-5... 

Alahai! Tidak berbahasa melayu dengan betul! Ampunnnn..
  


"LIKE" "LIKE" Symptom (?)

Friday, March 30, 2012

Petang-petang ni, dah macam tak betul pula buat research ni.. Boleh consider as brain teaser tak?? Hahaha..ngarut sudah.. Tapi dah rupa kena symptom kejar "LIKE" pun ada.. Kenapa??

Semuanya sebab Kamus Besta ni..



^
|
|
|
Ate, kamu-kamu.. Jomlah tolong meriahkan lagi slogan saya tu.. Tolong Klik "LIKE" Pada slogan tu. Kalau boleh "LIKE" juga pada FB Kamus Besta tu ek.. Terima kasih daun keladi, lain kali tolong lagi..

(^_________________^)

Ini adalah post tidak bergerak.. jadi, nak tengok entrie yang terbaru, turun bawan sket je lagi ye..

Post tidak bergerak sehingga 30 Mac 2012..

Girls Generation here at KLCC!!

Friday, March 23, 2012

Well..well..well...
Mungkin macam kuciwaaa je bila baca news regarding to Running Man and Malaysia..

Tapiiii... the truth is
Girls Generation!!!

Do you still remember Running Man Episode 64? When those girls come as the guests?
Aha.. This time, Girls Generation(SNSD) are said to be here.. Here.. and Here!

Here at KLCC! For the concert!

"But today the organizers bought us some good and pretty shocking news too, which they has confirmed that the Girls’ Generation (SNSD) and Nicole Scherzinger will make their way here on the 23 & 24 March 2012."


Free to access at public area..

Biasalah beb! Kalau nak tengok dekat-dekat, bayaqlah dulu.. ahaks.. Kat mana public area yang free access tu? Check this out..


Berdasarkan tentatif yang diberikan, konsert akan bermula malam ini, 23hb Mac 2012 at 8pm.. But SNSD will performed at 8.30pm..


Ahaaaa....here to KLCC, naik PUTRA baru RM2.00..
Nak pergi ke tak?? nak pergi ke tak??? Heee....




Punah Harapanku~


Sorryyyy???? Bianata????

I repeat!!!
Running Man will NOT COME to Malaysia this APRIL




Omo..Omo..omo... Kuciwaaaaaaaa.....
Punah harapan~ ahaks...
Tapi kannnn..

Macam mana member kata Twitter Jae Suk ada kata nak mai Malaysia?? Ke Twitter Jae Suk itu pun purely Fanmade juga???? 

Aih...
baru ingat nak berkampung dekat KLCC jumpa Running Man.. Sigh~

Sooooo many fanmade fanpage... Tak ada ke yang officially made from them?? Yang kita tahu berita itu sahih dan benar?? 

On the other side:
Mungkin tak semua ini hanya untuk mengurangkan jumlah peminat dari menyerang KLCC pada waktu dan ketika itu?? Ahaks..
Yelah, kalau ramai peminat berkumpul, nanti shooting Run RUn Run tak boleh nak buat..
Ahaks..
Just my assumption~



RM come to Malaysia this April!

Thursday, March 22, 2012


Omo!! Omo!! Omo!!..
Daebak!
It is true???
They are coming here in Malaysia.. Shooting at KLCC..
Awesome!!
Keep the date~
13th to 14th April 2012..

Love Running Man!!






Sepagi di Iran~

Tuesday, March 20, 2012

Untuk seketika saya rasakan seperti tidak berada di Bumi Malaysia.. Untuk seketika saya dapat rasakan sedang mengembara ke satu daerah baru yang sebelum ini langsung tidak terlintas di benak untuk ke sana. Dan untuk seketika, saya belajar sesuatu yang baru. Budaya baru. Suasana baru. Mungkin itulah kelebihannya menjadi sebahagian daripada komuniti di CAIRO ini. (^______^)

I though it's arabic language but then someone told me, "It's Persian!". Kagum! Sebab tak perlu mengembara beribu batu jauhnya untuk mendengar dan melihat semua itu. Tidak perlu setia di depan televisyen untuk menikmati keindahan bicara mereka. (^_____^). Sepagi di Iran. Ok tak kalau letak tajuk macam tu? Sepagi bersama rakan-rakan penyelidik dari Iran untuk bersama-sama menyambut Tahun baru. No-rooz. Untuk lebih lanjut, cubalah google. Kalau malas, baca ajelah ye..


No-Rooz, in word, means "New Day". It is the new day that starts the year, traditionally the exact astronomical beginning of the Spring. Iranians take that as the beginning of the year. This exact second is called "Saal Tahvil". No-Rooz with its' uniquely Iranian characteristics has been celebrated for at least 3,000 years and is deeply rooted in the rituals and traditions of the Zoroastrian (This was the religion of ancient Persia before the advent of Islam in 7th century A.D.).  


Haaaa.. faham tak?? heee..copy cat je... penat ooo nak pikir buat ayat sendiri.. Ayat nak tulis jurnal pun tak siap-siap lagi.. Jadi, jangan menambah kerja! ahaks.. Kebiasaannya kalau orang cina sambut Chinese New Year, permulaan kalendar mereka dan kita sebagai umat islam sambut 1Muharram sebagai tanda permulaan kalendar Islam. Dan bagi Iranian, 21hb March adalah permulaan kalendar mereka..(err..kalau tak salahlah..) bermulanya musim bunga.


Perkara utama dalam sambutan Tahun Baru mereka adalah New Year Ritual setting. Apa tu? Meh baca...


But a major part of New Year rituals is setting the "Haft Seen" with seven specific items. In ancient times each of the items corresponded to one of the seven creations and the seven holy immortals protecting them. Today they are changed and modified but some have kept their symbolism. All the seven items start with the letter "S"; this was not the order in ancient times. These seven things usually are: Seeb (apple), Sabze (green grass), Serke (vinager), Samanoo (a meal made out of wheat), Senjed (a special kind of berry), Sekke (coin), and Seer (garlic). Sometimes instead of Serke they put Somagh (sumak, an Iranian spice). 


Ok..sekarang nak tunjuk pula gambar yang ambil dalam CAIRO semalam.



Itulah Haft Seen. Ada persembahan lagu dengan iringan gitar dari salah seorang pelajar penyelidikan dari Iran. Osem! Bak kata Kak Ena, rasa macam tengah naik gondola dekat Venice tu..ahaks... Nak story pasal apa lagi ek? Cukuplah setakat itu. Sekurang-kurangnya kita tahu tentang satu perayaan utama masyarakat Iran. Happy New Year Iranian~


  



Tsunami Jepun selepas setahun berlalu

Monday, March 12, 2012

Terlepas nak tengok Majalah 3 edisi Jepun selepas setahun dilanda tsunami tu.. huhuhu.. Bila ek siaran ulangan?? 

Tapi, sempat juga layan gambar-gambar dari Yahoo news ni..(^__________^)
Jom layan gambar naaa...






Nak lagi? pergi dekat link di atas ok! Ada lebih kurang 30 gambar semasa dan selepas setahun berlalu...

Setahun dah rupanya ek??




Pantulan alam

Saturday, March 10, 2012



Kembali ke tanah kelahiran, Taiping Perak..
Selalu dengar orang cerita pasal Taman Tasik Taiping.
Akhirnya sampai juga..
Walaupun tak dapat bersiar-siar pusing satu Taman Tasik tu, tapi ohsem habaq hang..
Luaih sangat taman tasik tu.. Berjalan sekerat pun dah rasa semput-semput.. Fizikal tak cukup mantop! (-_____-)"

Cuaca hari tu pun cantik. Subhanallah.. Langit sangat cerah...

Mode: jom bercuti! ahaha...




Musafir

Friday, March 9, 2012



Berjalan.. Bermusafirlah... Melihat kebesaran Tuhan-NYA..

Sedar tak sedar, hampir 5 tahun saya bermusafir. Kalau 4 tahun yang lalu, perjalanan musafir saya jauh ke selatan. Utara-selatan. Dan sejak 5 bulan yang lalu, saya mula bermusafir dari tengah-utara..

Berdoa sementara diberi kesempatan..
(^________^)"





Field Work! dan Hama!


Field work!
Ayam.. bermacam ayam..
Heee... sambungan dari entrie ini. Saya diarahkan pergi untuk meneman. Sambil meneman, hirup udara kampung yang jauh lebih segar berbanding udara di kota KL. Sambil meneman, sempat juga hulurkan bantuan mana yang perlu. Sebab ini bukan projek saya.

Field work a.k.a Field trip ini adalah di bawah satu geran projek berkaitan dengan Chicken Farm. Itu sebabnya kami berada di Ladang Ayam milik seorang usahawan muda bumiputera ini. Seawal jam 8.15pagi kami semua dah terpacak di hadapan ladang ayam itu. Siapa kami tu?? Yang pasti members of the project. Supervisor, RA Supervisor, two master student and an undergraduate student.  


Kedatangan kami ke Ladang Ayam ni, lebih kepada untuk mendedahkan member of the project kepada realiti sebenar ladang ayam tersebut. Di samping memberi peluang kepada mereka untuk mengumpul data-data yang diperlukan. Macam-macam data. Yang pasti, bukan projek saya so macam malas je nak ulas panjang-panjang kan? Heee...

Sesi pagi, kami cuma "bermain-main" di luar reban. Nak masuk, fikir 1000 kali. kenapa?? ahaks.. sebab dalam reban tu anak ayam yang baru berusia 13hari. muda lagi beb! Kalau salah tingkah, boleh mati anak-anak ayam tu. Aih, seriau tau!.


Selesai lunch dan solat, macam tak patut pula dah sampai tapi tak masuk reban kan? So, tepat pukul 2.30pm, masuklah kami berempat ke dalam reban ayam yang besar itu. Terkezut i dengar bunyi ribuan anak ayam yang bertempiaran lari sebab ada orang masuk! Bunyinya... Fuhhhh..bingit jugalah telinga ni.. Heee..

Kitorang pilih reban yang kosong. Senang sikit nak gerak sana sini. Kalau buat dekat reban yang berisi anak ayam ni, mahu ada yang mati kena pijak karang. Nauzubillah. Walaupun reban ni kosong, tapi tetap beralaskan jerami. Sekam. Apa-apa jelah yang kamu panggil. Kejap berdiri, kejap bertenggek. Dan macam-macam lagilah.


Reban kosong dengan reban berisi ayam ni, bersebelahan je. Dalam satu tingkat. Satu Row. Around 4.30pm, kitorang keluar dari reban tu. Perghhhhh... 2jam jugalah berkampung dengan ayam-ayam tu.. Keluar je dari reban, dapat habuan! Apakah??

Hama! Sudahlah saiznya kecil lagi tidak kelihatan. tapi setiap langkah binatang kecil itu sangat dirasai. Mulalah tergaru-garu. Aih, g mana boleh lupa yang hama itu wujud dekat sekam jerami tu??? Aigoooo... Macamlah first time main jerami. Masuk reban tu memanglah first time!.

Itulah pengalaman sehari di Ladang Ayam yang mengundang 1001 perasaan. 
Next Destinasi : Taman Tasik Taiping, Taiping.




"Outstation" at Parit Buntar




Isnin lepas, saya pergi ke Parit Buntar. Temankan Nisa, labmate di CAIRO. Pergi atas arahan supervisor yang sama. (-___-)" 

Memandangkan hari Selasa, sama dengan lepas subuh supervisor ajak berkumpul, kami bertolak ke Parit Buntar selepas makan tengah hari di UTM IC. KL dengan Parit Buntar, adalah dalam 4 jam. Bergantung pada pemanduan dan cuaca.

Dalam perjalanan, kami singgah di RnR Rawang arah Utara untuk solat. sambil-sambil "recharge" apa yang patut.. Pergi "Outstation" 3 hari 2 malam, dengan kapasiti 3 orang ke daerah sempadan 3 negeri.. Hahaha...semuanya 3. Kalau tak salah, masa dekat Ipoh, hujan lebat mencurah-curah ke bumi. Selaku co-pilot yang tak bertauliah ni, haruslah mata ikut kuyu. Ye tak? Hujan kat luar beb!.. Tapi bertahan juga. Sampai di Hentian Rehat Sg.Perak, kami berhenti lagi. minum-minum.

Sampai di Pekan Parit Buntar dalam pukul 6.30pm. Sesat jugalah nak mencari Parit Buntar Inn. Maklumlah, banyak sangat paritnya. Di tambah pula dengan aktiviti menambah baikkan jalan di sana-sini sinun tu. Lagilah bertambah sosat! Nak refer google maps pun tak membantu sangat.

Kami check in dekat Parit Buntar Inn sekitar pukul 7malam. Rehat-rehat. Lepas mandi dan bersolat, keluar ronda Pekan Parit Buntar sekejap sambil cari makan. 
Next destinasi : Ladang ayam, Kampung Kedah, Parit Buntar..

Kita story next entry ok!..

Oh ya! Bayaran untuk semalam di Parit Buntar Inn untuk Superior adalah RM98 dan kena charge RM20. Tapi RM20 ni akan dipulangkan bila nak check out nanti. Affordable. Tapi memandangkan Parit Buntar Inn ni terletak di kawasan Pekan Lama, sunyilah amat!.





Biarkan tali itu putus, jangan sampai nyawa yang terputus

"Biarlah tali beg tu putus! Jangan sampai kita yang putus nyawa!"

Benar. Ajal maut semuanya urusan ALLAH. Tapi, tak salah kalau kita prevent rather than cure. Betul tak? Nasihat ini khas untuk kaum wanita di luar sana. Juga ingatan untuk saya. Wanita yang membawa tas tangan sama ada dalam bentuk handbag mahupun sling bag mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi mangsa ragut. Tak salah nak bergaya, tapi jangan sampai hilang daya!

Peragut kalau nak ragut, tak kira tua atau muda. Yang penting dapat apa yang dihajatkan mereka. Dan kita sebagai seorang perempuan, antara tas tangan dan nyawa mana satu nak selamatkan dulu?? Kalau ikut nafsu, konfem akan selamatkan tas tangan meskipun nyawa dah dekat hujung tanduk. Tapi, kalau ikut hati nurani dan akal mestilah selamatkan nyawa dulu!. Harta, wang ringgit boleh dicari ganti, tapi nyawa yang satu kalau melayang memang tak ada ganti dah.

Jom, saya kongsikan langkah-langkah keselamatan dari menjadi mangsa ragut. Bak kata omputih, Better prevent than cure!.. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. aip!

1. Kalau kamu seorang pejalan kaki tegar seperti saya(eeewaaahhh..), make sure ambil walk+path yang melawan arus kenderaan. Tapi, kalau incase destinasi kita tu mengikut arus kenderaan ulang alik, make sure tas tangan kita berada di sebelah yang bertentangan. Pahe dok? Kalau lawan arus pun, beg kena lawan arah.

Senang kata, kalau kenderaan dok pi mai pi mai belah kiri, sangkutlah tas tangan tu sebelah kanan. Bak kata inspektor polis dalam Nasi Lemak Kopi O, kita kena jarakkan sedikit tas tangan dengan peragut ni.

2. Amalkan memakai beg tangan yang murah! Kenapa? Sebab yang murah, mudah putus. Bila beg terputus, nyawa pun selamat. Katalah kan, dok menunjuk-nunjuk pakai beg tangan mahal. Sekali kena ragut, beg tak mau terputus.. Dengan kita-kita kena heret. Akibatnya, koma berhari, berbulan dan bertahun. Siapa yang susah?? Fikirlah sendiri..

3. One more things, kalau boleh handphone, kad bank dengan kad pengenalan tu, tak payahlah simpan dalam handbag sangat. Bukannya apa, kalau handbag kena ragut at least tak adalah tinggal sebatang kara di tepi jalan menangisi nasib malang yang satu tu. Tapi, Siap boleh tersenyum lagi dengan peragut tu..(^_______^)

Nak simpan dekat mana kalau tak dalam handbag? Urmmm.. kalau yang pakai seluar, boleh juga simpan dalam poket seluar kan? Kalau yang pakai baju kurung pun, boleh je design poket kat tepi tu. Tapi kalau pakai baju-baju stylo yang lain?? Urmmm... Ini ada satu idea dari Inspestor polis dalam Nasi Lemak Kopi O pagi tadi. Buat satu small pocket inside your cloth. Buatlah di mana-mana pun as long as those items are with you! Sebab matlamat peragut ni, nak ragut handbag je. 

4. Haa.. yang ini penting. Dalam keadaan kecemasan, jangan minta tolong pada manusia! Tak payahlah nak bazir-bazir anak tekak dok jerit "Tolong! Tolong! Tolong!". Dalam keadaan darurat, bukankah pertolongan ALLAH itu lebih diharapkan?? Jeritlah "Allahuakbar! Allah! Allah!" InsyaALLAH, akan datang pertolongan dari ALLAH.

Ok. itulah sedikit sebanyak intipati perkongsian untuk hari jumaat ini sempena dengan Hari Wanita Sedunia!.. Go! Go! Wanita seluruh dunia ku ingin kau tahuuuuuuuuu.....

Selamat hari wanita buat wanita-wanita di luar sana. Jagalah diri kita sebaiknya..=D

 



Pilihan hati..

Friday, March 2, 2012

Kalau mahu menghadiahkan sesuatu....
Buku adalah pilihan yang terbaik...
Boleh tambah koleksi sedia ada..
Dan paling penting boleh tambah ilmu pengetahuan..
Biarlah miskin harta dunia, tapi kaya dengan ilmu di dada..

Kalau mahu memberi...
Buku adalah pilihan yang terbaik..
Bukulah medium terbaik untuk sebarkan ilmu tanpa putus..

Dan kalau ada yang bermurah hati...
Hadiahkanlah saya buku!
Supaya saya boleh terus membaca....
Pokok pangkal entrie hari ini adalah...
SAYA CINTAKAN BUKU..SAYA CINTAKAN ILMU...

Aisy, ini yang rasa nak serbu kedai buku lagi ni.. Eh, salah!.. Ini yang rasa nak g ngedate dengan kekasih nombor dua tu.. Kekasih pertama of courselah ALLAH dan Rasul-NYA..
Kekasih nombor dua?? Books! Hahaha... Buku..buku... i want to buy bookss.. tapiiiiii...

Kupon dah habis.. Elaun tak masuk lagi.. Aisy, sabaq2x..
Tak de ke yang nak hadiahkan i sedozen buku?? heee...

"Its hard to forget someone who gave u so much to remember. Esp yr teenagers dream.. Even if u think u forget them, yr subconscious mind w remind u, in yr dream...." -Betul tu.. Thanks Ersha, macam tahu-tahu je..ahaks..




Sepucuk surat..

Assalamualaikum w.b.t..

"Kehadapan sahabatku yang jauh di mata tapi sentiasa dekaaaat di hati. Apa khabar? Dah lama kan kita tak berutus surat.. Dari jauh, ku doakan agar kau sentiasa sihat di samping keluarga yang tersayang..."

Ahaha... kalau 8-9 tahun yang dolu, ayat ni sentiasa mendahului isi surat yang lain. Cantik dan indah bertulis tangan. Hari ni hantar, seminggu dua ternanti-nantikan balasan dari rakan yang jauh di mata tu. Duduk di asrama, surat akan sampai ke pejabat maktab. Pagi-pagi, masa morning assembly BWP akan announce nama yang dapat surat. Telinga sentiasa alert. Kalau-kalau nama sendiri di panggil..=D..

Dengar je nama disebut, senyum sampai ke telinga. Surat dari teman yang dinanti. Indahkan perasaan itu? Walaupun posmen jadi pengantara, tapi sentiasa rasa dekat je dengan teman yang jauh di mata tu. Sampai sekarang pun masih tersimpan rapi surat-surat bertulis tangan. Tak kiralah yang dihantar melalui posmen atau yang bertukar tangan. Sebab, sekarang ni kalau posmen yang muncul depan rumah kalau tak surat AEON, mesti dari Courts Mamoth tu... Yang best sikit, surat dari Universiti. Bukan surat gantung pengajian, tapi keputusan peperiksaan lah..=D

Rindu pula nak tulis surat. Rindu nak cerita macam-macam dalam surat. Dan yang paling penting, rindu nak membaca macam-macam cerita tentang teman yang jauh di mata.. Zaman sekarang mana nak ada dah semua ni. Orang semua dah guna Facebook, Twitter, BBM, Yahoo Messenger, Gtalk, skype dan apa-apa ntah lagi. Advance kan? Tak payah nak tunggu 2-3 minggu untuk dapat balasan. Taip, enter kalau orang di sana tengah online, terus dia reply. 

Nak yang cepat? Hantor SMS baru 1 sen. Komunikasi secara real data. AHaks.. Hantar. terima. Send. Reply. Kalau hilang phone yang secara langsungnya hilang nombor-nombor telefon? Berserah je lah pada takdir, muga dipertemukan semula.. Dalam masa yang sama, simpan cerita banyak-banyak. Nanti bila dah jumpa balik nombor telefon tu, bolehlah sambung bercerita..

Aih, pendek cerita, semuanya mudahlah! Tapi kenapa saya tetap rindukan kaedah yang konvensional atau konservatif itu??? Hohoho.. tak kisahlah.. yang penting saling berhubung dan mengekalkan persahabatan yang pernah terjalin.. Tak baik putuskan silaturahim. Koleksi surat-surat lama boleh simpan masuk muzium untuk kenangan di hari tua.. ahaks...

Sepucuk surat, se_____ email, se______ sms, se________ chat. Ok. tak tahu imbuhan apa yang sesuai untuk di isi untuk penghantaran maklumat di zaman moden ini..




Wujud ke?

Salam Jumaat buat semua rakan-rakan blogger.. Juga buat rakan-rakan yang sedang bertamu di alam maya ini.. Heeeeee... Alang-alang korang dah singgah tu, naklah juga tahu pendapat memasing. Pada pendapat koranglah kan, zaman purba tu betul-betul wujud ke? Zaman logam, zaman paleolitik segala bagai yang kita belajar dalam buku sejarah tu betul-betul wujud ke? Betul ke manusia zaman purba dulu tak tahu berpakaian? Tak tahu bercucuk tanam? Tinggal dalam gua?


Tak delah kan, bila pensyarah bangkitkan persoalan ni, terfikirlah juga barang sejenak. Seperti yang kita sedia maklum, manusia pertama yang dijadikan ALLAH di muka bumi ini adalah Nabi Adam. Dan apabila dijadikan Hawa, maka berkembanglah umat manusia di bumi ni. Tapi, pensyarah tu kata Nabi Adam berpakaian masa di bumi. Malaikat yang ajar bagaimana nak buat pakaian yang menutup aurat. Pada zaman Nabi Nuh pula, dah terciptanya Bahtera yang sangat besar. Maknanya penciptaan pengangkutan tu dah ada. So, dekat mana sebenarnya letak duduk zaman purba ni? Zaman sebelum nabi adam dijadikan?


Ataupun, sebenarnya zaman purba yang diilustrasikan kepada kita dalam buku-buku sejarah itu adalah hasil momokan dari teori Darwin yang mengatakan manusia ini asalnya dari beruk. Sebab kalau kita tengok ilustrasi masyarakat purba yang tinggal dalam gua, tak pandai berpakaian tu, memang ada mirip-mirip evolusi manusia dari beruk. Apa pendapat korang? Urmm.. kalau nak dikaitkan zaman purba dengan sirah nabi, macam tak tahu je nak letak celah mana zaman purba ni.


Urmmm.. tapi macam mana pula dengan penemuan artifaks tu? Hohoho.. entahlah labu.. Eden pun tak tahu.. Mungkin zaman purba itu benar-benar wujud tapi bukanlah seperti yang diilustrasikan ala-ala tarzan tu. Dan bukan juga hasil kebangkitan evolusi beruk kepada manusia. Sebab manusia dan beruk tidaklah serupa. Mungkin di masa hadapan, sirah nabi dan sejarah manusia perlu seiring? =D



Conteng-conteng 1hb Mac

Thursday, March 1, 2012

Back from a Longggg Holiday.. ahaks.. Longlah sangat kan? Tapi, tup2x dah masuk bulan Mac. Aiyak! Apa yang saya buat sebulan yang lalu? Pengsan! Ok! Kenapa cuti panjang? Hee.. taklah panjang mana pun.. Dalam 6 hari? Jumaat lepas(24hb Februari) ambil bas dekat PUDU CENTRAL. Sampai Terminal Bas Shahab Perdana around 12.15am, 25hb Februari. Of courselah my super duper beloved daddy mai amik. Sampai rumah around 12.30am.. Buat apa lagi? Mandilah beb! Tak kiralah tengah malam ke, tengah pagi ke.. Dah seharian berlumuih dengan peluh, takkan tak mandi kan? Dah siap mandi, tidoqlah..

Sebenarnya, balik Alor Setar sebab hari selasa(28hb Februari) ada conference dekat Pulau Pinang. International Conference on Biomedical Engineering(ICoBE 2012). Nantilah saya story pengalaman yang seciput tu.. Hahaha...

Eh, ce nak tanya sket. Apa perasaan korang kalau tiba-tiba ada yang bertanya tentang _______.. sila isi tempat kosong.. ahaha.. Sentap 10 saat bila orang tanya pasal dia. Ex ke? entah.. Dah jadi ex- ke?? ahaks.. Kenapa sentap 10 saat? sebab dah lama tak sebut, ingat, teringat-ingat dan seadik beradik dengannya.. Jadi bila ada yang bertanya siap menyebut namanya, tak ke jadi sentap kejap. Neuron dalam brain macam kena pause. PAUSE. lepas 10 saat barulah... oooooowwwhhhhh kkkkkkkkk...."kenapa tiba-tiba?"

Hahaha..gtulah.. Tapi yang paling tak best adalah... Bila neuron tentang itu diaktifkan, susah weh nak deactivate balik! Isy, rasa nak ketuk je orang yang mengaktifkan neuron-neuron ingatan itu. Aci tak? Sekarang susah nak deactivate, siapa yang susah? hambo juga. Dah ghupa DVD Adnan Sempit 2 dok bermain dalam kotak minda hambo ni. Eh, dah kuar DVD ke? Heee..

Hee.. tak suka..tak suka..tak suka..(sambil hentak-hentak kaki ke lantai bilik).. Tak maulah hidup dalam kenangan lalu. Dah ghupa hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Orang tak ingat kat kita, kita pula yang menggedik nak ingat!. Eh, salah! Mana ada saya menggedik nak ingat! Orang tu yang ingatkan saya untuk ingat ke dia!! Please2x.. deactivatelah semula. Tak seronok tahu dak bab syok sendiri ni.. Err, kalau hantuk kepala ke dinding, agak-agak boleh deactivate tak? Takut lepas hantuk, semua neuron deactivate, tak ke naya?? Journal apa pun tak tulis lagi.. aih....

Kalau dulu sayang sungguh-sungguh kan senang. Bolehlah benci sungguh-sungguh sekarang. Err.. kalau. mean tak percaya pada qada dan qadar ALLAH! Astaqfirullah.. Bawa mengucap Cik Sara. Apa pula kaitannya ni? Islam pun tak anjurkan umatnya saling berbencian apatah lagi bermusuhan. Eh, salah masuk column ni. Bila tahun pula bermusuhan. No! Nehi Kabhi Nehi!. Dulu ingatkan iklan CHIPSMORE tu bohong je. Kejap ada, kejap tiada.. Tapi ghupa-ghupanya boleh apply kat manusialah! Dulu ada, lepas tu dah lama tiada tetiba ada balik.. Dan sekrang dah tiada semula.. Betul2x macam biskut chipsmore tu. 

Ok2x.. relax.. tarik nafas dalam-dalam..lepas.. Lepas tahu! Kalau tak lepas, putuih nafas pula sat g. Tarik nafas lagi.. Lepas... Ok.. relax.. calm your mind Sara.. focus on your work dear..

Tadi, Ust. dalam kelas Falsafah Sains dan Ketamadunan ada cakap. Hukum ALLAH tulis kalau mencuri, hukumnya potong tangan. Err.. kalau dia mencuri hati, aci tak potong juga?? =D Kalaulah mencuri "hati" itu satu kesalahan dari mencuri, mesti dah ramai yang tak ada tangan sekarang ni kan?? Hohoho....