25GB for 2 Years.. Hooray!

Wednesday, November 28, 2012

Hooray!!
Daebakkkk!!...

Hehehe... apa yang gembira sangat??





tadaaa....


Ha! Akhirnya..kini pasti 25GB dalam genggaman. Total ada 36.4GB..Wink..wink..
Jadi..untuk adik-adik dan kawan-kawan yang sedang belajar di UTM, tak kiralah kampus KL mahupun kampus skudai asalkan dari UTM, cepat-cepatlah sign up untuk DROPBOX ni. 25GB untuk 2 tahun. berbaloilah kan?
Enough to store all the academic matter during that year..
InsyaALLAH...

So, after two years it is said that this 25GB is not ours anymore.. Tapi, tak apa.. 36.4GB - 25GB, i still have 11.4GB.. Big enough.. tapi saja suka-suka nak dapatkan 25GB tu..hahaha... Sambil-sambil kumpul referral..hikhikhik..

p/s: petang ni kena g JB yo! Turun UTM Skudai...
Rindu..rindu..rinduuuuu... 



FREE GAZA! : Photo

Tuesday, November 27, 2012




Can you see what i see?
Duduk Diam Untuk Gaza..
At KLCC..

p/s: Tak dapat pergi sebab selesema dan demam teruk.. huhuhu...



MAHA 2012 : #1

Sunday, November 25, 2012

Bersin penghapus dosa. Acccchhhhhuuuummm!..

Itulah.. semalam memang dah ada tanda-tanda nak selesema. Tapi saja pejam mata gara-gara teruja sangat nak pergi MAHA 2012 tu.. Excited nak pergi, tapi jalan tak tahu! Hahaha.. Tapi, thanks to my friends dalam FB yang begitu baik dalam menunjukkan arah. Ngeee....Saya ni kurang percaya sikit dengan GPS tu.. Wahaha.. GPS suka bawa jalan jauh! Pening saya dibuatnya. Dahlah dengan banyak keretanya.. Oh my! Dari Jalan Semarak nak ke MRR2 pun satu hal juga. Phew! Minta tolong lagi. Ehehe... Akhirnya..alhamdulillah..sampai juga ke UPM Serdang tu..

Alang-alang sampai waktu zohor, kita singgah masjid UPM tu solat dulu. Sebelum balik pun, singgah juga. Solat asar sesiap. Tahu, tak sempat nak kejor solat dekat bilik. Maklumlah, maghrib kan dah awal sekarang? Buat apa kat UPM Serdang? Huhu.. Nak pergi MAEPS.. Nak tengok MAHA 2012 tu lah.. Haaa...dalam entrie sebelum ni, ada yang tinggal komen tanya macam mana nak pergi ke MAHA dari KTM Serdang. Dan dari pemerhatian saya semalam, pihak MAHA ada sewa bas CITYLINER tu untuk trip KTM SERDANG --> MAHA dan vice versa. Jadi, kalau naik train, cubalah intai-intai bas CITYLINER ni ye! Kalau cara lain, hambo tak tahu. Kena tanya pok cik teksilah kot.



Besaq sungguh kot MAEPS MAHA ni.. Lelah nak pusing semua tempat. Dengan hidung yang tak selesa. Dok cari tisu ja! Wahhhh...macam makin parah ja selesema hambo ni.. huhuhu..Dan secara jujurnya, tak habis pun lagi pusing MAHA ni. banyak tempat lagi yang tak sempat nak masuk.. Dah lah besaq! Jauh-jauh pula.. Fuhhhhh... Phewww... Hari ni kena rehat! Otak dah ting tong. Selesema makin worse. Badan makin panas. Dannnn perut makin lapar (?).. Errrr...
 



Kenapa kena Boikot???

Saturday, November 24, 2012

Enough for tonight. Non-academic-research-work!.. =__="

Hidung pun macam dah gatal-gatal. Tanda-tanda nak selesemakah? OoooMMMmmmGGggg!!.. Tapi sebelum tidur, nak rungkaikan semua persoalan yang berada di minda ala-ala lagu adik Najwa Latif tu.. ^___^..

Persoalan apa? Persoalannya... Kenapa nak kena boikot? Apa hubungannya produk-produk tu dengan Israel? Macam mana pula kita membeli menyebabkan kita menyumbang kepada tumpahnya darah-darah rakyat Palestin dek dibedil Israel puak Yahudi laknatullah itu?. How come? Macam mana duit kita boleh sampai ke sana?? Owh! The hardest thing adalah untuk istiqomah dalam memboikot when you don't even know why. Memboikot tanpa ilmu. Hasilnya? Sekejap boikot, sekejap off. Sekejap beli, sekejap boikot. Bila isu dah reda,pakatlah pi beratuq beli barangan-barangan tu semula. Ye dak? Positif.

 
Sebabnya, kita tak nampak. Dan kita tak faham. Jadi, kita tak komited dengan apa yang kita lakukan. Bila orang dok bising-bising dalam facebook/twitter/blog/instagram barulah kita pun kalut nak berhenti membeli. Bila dah senyap, kita pun mula membeli semula. True? saya tak segan silu untuk mengaku. Sebab saya akui saya tak pernah faham. Selalu dapat brochure tentang boycott that thing and this thing. Tapi, no explaination. Akibatnya, hari ni saya boikot, esok saya beli, lusa saya boikot semula. Nampak tak? Betapa tak istiqomahnya. Jadi, malam ni saya spend masa about 1-2 hours to really understand why!



Produk Yahudi
Hasil pencarian saya, saya temui ini. Our Jerusalem.com. Menurut laman sesawang ini, 729 adalah angka pada BARCODE yang menunjukkan produk itu dari ISRAEL. Dan saya difahamkan, negara kita iaitu Malaysia memang tak menjalinkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan Israel. Jadi, untuk menemui produk yang mempunyai angka 729 pada barcode mungkin agak susah. Tapi tak mustahil! Hehehe..kot ada yang tersesat dan terlepas masukkan? Jadi, apa kebendanya produk Israel yang kita nak boikot??? Hoho.. tak paham..tak paham..

Saya baca..dan baca lagi. Rupa-rupanya, yang bising-bising suruh BOIKOT ni adalah BOIKOT BARANGAN/PRODUK/SYARIKAT yang menyumbang DANA kepada ISRAEL atau lebih tepatnya Jewish atau Zionis. Macam yang author blog ni tulis.


Mereka dan Zionis/Jewish serta Israel
Saya jadi tak puas hati pula bila tengok dalam poster boikot tu ada Nestle dan lebih tepat adalah MILO. WHat deeee... Milo tu favaourite hambo! Biar betul. Tak buleh jadi.. Bukan tak nak boikot, tapi nak tahu asbab untuk memboikot. Macam yang saya tulis di awalnya tadi, memboikot tanpa ilmu susah nak istiqomahkan diri. Jadi, cari punya cari.. Jumpalah satu forum ni.. Lengkap bicaranya.

Dan hasilnya..saya menota-memokan ruangan komen dalam facebook sendiri.. Hahaha..

 


Dan sekarang, tanpa ada rasa ragu..saya yakin. InsyaALLAH..untuk asbab dan alasan yang sudah saya temui ini akan membuatkan diri saya lebih istiqomah untuk memboikot barang-barang ini. Mungkin lepas ni, instead of MILO and other NESTLE products saya bertukar kepada minuman lain. Yang pasti bukan CHOCOMALT. Hehehe... minuman itu buat saya dahagakan air masak yang amat. Tapi kalau minum air masak 24/7 pun apa salahnya kan? Hehehe.. Sekali-sekala pergi cari minuman buah ye dak? Kita ada pilihan, kenapa tidak mahu memilihkan? Selain tu, mungkin ramai-ramai boleh bertukar ke produk VICO, HPA dan bermacam-macam lagi yang ada di pasaran.

Dan sebagai penutup (hidung dah berair beb! So, kena tutup terus penulisan ni dan tidur!), Saya kongsikan link power point slide presentation tentang penjelasan 25 companies yang menyumbang secara langsung kepada DANA ISRAEL yang akhirnya membuatkan ekonomi Yahudi semakin stabil dan akhirnya, DANA itu dipusing dan dileburkan dengan pembelian peluru dan bom untuk mengebom saudara seagama kita di PALESTIN. Sebak! 

Saya ada terbaca (kalau salah, tolong betulkan).. Pada zaman Rasululullah, Selepas perang Uhud (kalau tak salah), Puak Yahudi yang kalah dalam peperangan tu merancang untuk membuat serangan balas dengan cara standby diatas sebuah bukit (bukit apa ek?) Rasululullah yang terlebih dahulu maklum tentang situasi itu, segera memaklumkan pada sahabat dan syuhadah untuk mengelilingi bukit itu sekaligus menyekat bekalan makanan puak Yahudi yang berkumpul di atas bukit. Akibatnya, Yahudi menyerah kalah kerana tak tahan dengan sekatan makanan dan senjata itu..

 
Dan secara realitinya, itulah yang sepatutnya kita lakukan sekarang. Nak angkat senjata dan beramai-ramai pergi berperang macam tak berapa nak rasional. Possible! Tapi kurang rasional. Nanti perang tak sudah-sudah. Darah melimpah-limpah. Jadi, kita guna perang psikologi. Sama-sama kita boikot produk-produk yang menjadi penyumbang besar pada ekonomi Yahudi/Israel/Jewish ini. Atas dasar kemanusiaan juga, ayuh kawan-kawan tak kira bangsa dan agama..Kita boikot produk-produk itu. Supaya ekonomi mereka lumpuh. Supaya mereka tidak lagi mempunyai sumber kewangan untuk membeli segala senjata pemusnah itu.

Okkkk...Oyasumi Nasai. Gud Nite! Selamat Malam..
"BismiAllah wani'malwakil...10x... Cukuplah Allah bagiku..."
"Bismikallahummaahyawaamut...Ayat Qursi..3 Qul..Al-fatihah..Sleep.." 

 



Photoshake : Langkawi!

Friday, November 23, 2012

Photoshake!
Shake to add photo..
Let's shake your body!!
Hahaha...
Perisian dalam telepon pintar. Baru jumpa. jadi, baru cuba.
Kalau yang ini, cuba dulu baru tahu tak pa. Tak merugikan dan mendatangkan musibah pada anggota badan.. ^^,

Cuba dan hasilnyaa.....


Let's shake it shake it!!
^________^
 



Kahwin Muda

Urmmmm.... Kahwin muda tu tak salah. Saaaangat bagus. Saaangat digalakkan. Tapi yang tak bagusnya asbab, atau penyebab, atau punca kepada wujudnya perkahwinan tu. Maaplah nak kata, tapi dari sudut pandangan saya, saya ulang. Dari sudut pasangan saya, anak muda remaja zaman sekarang ni tak sematang zaman mak,ayah,tok, nenek kita dulu. Sangat. Tak matang. Noktah. Jadi, kahwin muda di kala belajaq pun dah tak mau bukanlah sesuatu yang bagus. Iya. Sudut pandangan saya tak bagus!..

Barakallahumma! Saya doakan perkahwinan yang dibina kekal ke akhir hayat. Membawa ke syurga Ilahi. Tapi, satu yang saya kesalkan bila perkahwinan itu terjadi kerana mengikut kata si anak yang tak mahu balik ke rumah sendiri dan nak duduk rumah pak we. Aih, kalau zaman saya sebaya dengan diorang dulu, umoq baru setahun jagung dah pandai buat perangai lagut tu memang nak dapat "hadiah" rotan dan tali pinggang tentera tu lah jawapnya. Makan pakai mak ayah yang dok bagi, kalut nak duduk rumah pak we tak mau balik kalau tak dapat kahwin. Adoi! Stress hambo baca... Oooopppss.. tapi, cooll bebeh! kawan-kawan saya pun banyak juga kahwin muda. Habis je degree pakat kahwin. Kahwin muda juga tu. Tapi dah matang sketlah akai pikirnya..

=___=". Siyes beb! Tapi, itulah kan? Budak zaman sekarang ni, berani! Advance! Tak bagi kahwin karang, dia pun buat onar sampai kembung perut buang sana sini pula. Ok. masuk isu lain pula. Penulisan saya memang selalu lari tajuk, jadi tak payahlah nak kerut-kerut dahi ek. Ha! Wahai anak-anak remaja! Anak-anak muda! (saya pun!). Sudah-sudahlah tu bergaul bebas sana sini. Sudah-sudahlah berpeluk macam belangkas. Sudah-sudahlah. Penat tahu tak? Jeles? Errrr..tolonglah..tak kuasa eden.. Bukan jeles, tapi jelek. Paham dak? Jelek.

Tak kan dah terlanjur nanti baru nak insaf? Maaf kalau ada yang terasa. Tapi realiti hari ini, anak muda remaja ni macam dah terlalu sebati dengan pepatah "Belum cuba mana tahu.." Haaaa..dah cuba apa perasaannya? Sebab dah cubalah, ramai yang jatuh terduduk. Menangis menginsafi keterlanjuran masa lalu. Sebelum cuba, tak rasa. Cukup-cukuplah tu dengan prinsip "cuba dulu baru tahu..". Dah banyak sangat fakta kes untuk semua itu. Tak cukupkah bukti yang terbentang? Tak cukup lagikah pengalaman yang dilalui mereka yang terlebih dulu tersasar tu? Tak cukup? Tak cukup sampai kena test drive touch and go body sendiri?

Tak cukup lagi ke berita bayi dibuang? Pelajar ditangkap khalwat? Pelajar lahirkan baby dalam tandas. Tak cukup lagi ke berita-berita ini yang sentiasa memenuhi dada akhbar dan televisyen? Tak cukup lagikah peningkatan angka-angka bayi dibuang, bayi luar nikah yang bukan semakin kurang adik-adik, kawan-kawan.. tapi semakin bertambah. Saya ulang. semakin bertambah. Tak cukup lagikah realiti yang terhidang di depan kita ini? Saya bukan bicarakan berita luar negara. Tapi berita dalam negara saya sendiri. Sesak dada. sebak. Bila melihat anak-anak luar nikah ini. Apa nasib mereka bila dewasa nanti? Menangis saya bila melihat dan membaca berita bayi dibuang, bayi dibaling dari tingkat tujuh, bayi dibunuh, bayi ditinggalkan. Astaqfirullah.. Semakin tipis nilai kemanusiaan manusia zaman sekarang. Tidak perlu sampai bicarakan soal keimanan kalau nilai kemanusiaan pun sudah tidak wujud lagi.

Jump. Masuk isu lain pula. Maaf. Saya bukan pro-kerajaan. Anti-kerajaan pun bukan. Tapi, rasa sesak jiwa tengok sesama rakyat berbalah. Seolah-olah tak tahu nak menghargai keamanan yang kita miliki. Sedangkan di dunia luar, mereka bersatu untuk menegakkan hak milik mereka yang tinggal. Di saat saudara seagama kita di Palestin berjihad mempertahankan negara mereka yang dicuri Israel sedikit demi sedikit itu, Kita di Malaysia sibuk berbalah antara parti politik sehingga lupa duduk persamaan kita iaitu agama yang kita miliki. Kalau tadi saya jelek, kini saya jelak. Jelak dengan sikap pemimpin parti-parti yang ada. Jelak juga dengan sikap pengikut-pengikutnya yang semakin hari terlalu obses dengan pemimpinnya. Seolah-olah sudah hilang nilai-nilai murni yang sepatutnya dicontohi, diteladani dan dipraktiskan. Kerana terlalu obses pada pemimpin yang memimpin, sana sini pakat mengeji, mengutuk, memburukkan dan menegatifkan satu sama lain. Inikah budaya kita? Di facebook, twitter bagaikan medan mengeji sesama bangsa. Media sosial ini ibarat pentas memburukkan satu sama lain. Pentas untuk mengaibkan sesama mereka. Medium untuk menjatuhkan kedua-dua pihak.

Awas! Jaga lidahmu. Jaga tutur bicaramu. Jaga perilakumu. Jaga tingkah bicaramu. Awas! Jangan terlalu taksub dengan pemimpin yang memimpin. Jangan terlalu alpa dengan kesenangan yang kamu miliki. Awas! Jangan sampai melihatkan segala aibmu. Jangan sampai lidahmu begitu lantang bersuara tanpa kamu mengetahui batasnya. Awas! Jaga pergaulanmu. Jaga tatapemakaianmu. Jangan sampai ada mata yang memandang apa yang tidak sepatutnya. Jangan sampai ada tangan yang pantas mengambil sesuatu yang bukan hak mereka. Jangan sampai kamu kehilangan segalanya. Jangan sampai kamu menjadi pendatang di negaramu sendiri.

Awas! Jangan sampai ketaksubanmu pada si pemimpin menjeratmu ke lubang dosa. Jangan terlalu mengikutkan keseronokan kerana keseronokan itu hanya seketika, sakitnya kelak bakal berpanjangan. Awas! Awas! Ayuh kita saling ingatkan. Ayuh kita saling perbetulkan. Ayuh kita saling bersatu padu. Ayuh! Bangun! Bangkit! Sedarlah! Jangan lelap begitu lama. Jangan terlena dengan keseronokan.

Sudah chek habaq. Penulisan memang tak selalunya selari dengan isu yang dikeluarkan. Ibaratnya, melepaskan apa yang terkarang di minda dalam bentuk sebuah penulisan di dalam blog milik sendiri.. Muahaha... Sekian terima kasih. Maaf, anda bicara ini mengguris mana-mana pihak. Sungguh penat rasanya tulis berlapik-lapik. Kadang-kadang kalau "tembak" tepat pada sasarannya, ada juga hasilnya. ^^, 



Tentang Palestin.

Thursday, November 22, 2012

Gencatan Senjata!

Baca untuk tahu lebih lanjut..
Jangan duduk diam buat tak tahu jerrrr...
Tapi duduk diam dan ambil tahu!

 

Dok sibuk like/follow facebook artis..
Jom follow/like facebook-facebook ini..
dan banyak lagi..
Supaya kita buka mata..
Buka hati..
Buka minda..
kesesangraan mereka harus kita rasai..
Ibarat cubit paha kanan, paha kiri ikut sakit!.
Ambil tahu! Ambil Tahu! 
 



Ayuh! Bantu Palestine!

Bukan tak mau menulis. Bukan tak mau berkongsi. Cuma terlambat sedikit. Tapi, biar terlambat jangan sampai tak buat apa-apa langsung. Setuju?!


Tak banyak pun, sikit apa salahnya? Betul tak? Daripada duduk tak buat apa-apa langsung.. Ok! Lepas ni no more McD delivery. No more McD takeaway. No more bubur McD. No more! No More! Istiqamah! Istiqamah! Bukan hari ni boikot, esok dah redha isu ni, kembali membeli.. No! No! No! Istiqomah bebeh! Trust yourself. Love your brothers and sisters yang dizalimi Zionis Laknatullah..

Teringat kisah nabi tentang burung ababil yang dihantar ALLAH bagi melindungi mekah dalam peperangan lalu. Semoga...semoga doa kita diterima ALLAH.. Dan hadirnya ababil untuk memusnahkan zionis laknatullah yang tahu guna bom ja!

Kita yang duduk dekat Malaysia ni, bersyukurlah. Gunakan keamanan yang kita ada sebagai platform untuk berdoa, bersolat hajat semoga sahabat seagama kita di Palestine sentiasa dalam rahman dan rahmat ALLAH. 

"
Apabila Allah menyeru agar kita usaha dan berjuang, di akhirat nanti Dia tidak akan bertanya berjayakah kita? Dia akan tanyakan kembali BERUSAHA kah kita?

Cakna diri semula, apa usahamu untuk palestine? adakah hanya seka
dar marah? memaki hamun perbuatan laknatullah Israel?

Jangan kita mnjadi mereka yang tidak peduli akan tanah Gaza yang mana di Akhirat nanti para Syuhada yang syahid mmpertahan kan Al-Aqsa KITA bertanya balik kepada kita di Masyar nnt ''APA YANG SUDAH KAU LAKUKAN UNTUK MMPERTAHANKAN AL AQSA KITA? MEMBELA NASIB SAUDARA SEAGAMA KITA?"


BACALAH LUAHAN HATI SEORANG anak palestine Fathi Abzinah kepada mereka yang MASIH TIDAK PEDULI Palestine. Allah... T.T

''Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara, aku yakin yang dia akan MENJERIT memarahi kalian yang sedang duduk bergoyang kaki, membiarkan aku dan seluruh penduduk Palestina ini menderita.

Kamu tahu,kalaulah dinding-dinding rumah yang ada di Palestin ini boleh bersuara, pasti mereka akan melaknat kalian yang tidak mengendahkan akan keadaan kami di sini.

Kamu tahu,kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara, batu-batu itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian hari ini.

Tidakkah kamu tahu bahawa,nanti bayi-bayi kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat?

Hari yang Allah telah janjikan untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama-sama.

Mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan Allah atas apa yang telah kalian lakukan kepada kami hari ini. Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti.

“ YA ALLAH, MEREKA SAUDARA KAMI TETAPI MEREKA TELAH MEMBIARKAN KAMI!.”

Apakah kamu menyangka Allah akan melepaskan kalian?

Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai bukti perjuangan dan penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti kasturi. Kerna kami syahid dalam mempertahankan deen Allah yang Allah redhai.

Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu? Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh Allah. Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya...''

MOOD: SEBAK N SENTAP! Allah..... T.T

Apa Khabar Palestine hari nie? dah cek belum?

Ayuh terus tembak doa! O Allah save gaza
"
 



Jom pi MAHA 2012..

Wednesday, November 21, 2012

MAHA 2012...
Pheeewwwiitttt....
Jumpa anda di sanaaa...
Di mana???
Di MAEPS... Kan?? Kan??

Jangan tanya banyak kerana saya tak ada jawapan. Yang mampu saya katakan, saya dah dapat jadual bertugas untuk MAHA 2012. Tapi, hakikat yang ingin saya tegaskan di sini... Saya bukan petugas rasmi MAHA 2012. Jadi, jangan tanya apa tentatifnya.. Apa pameran yang ada di sana.. Kerana, yang mampu saya katakan, ini kali pertama saya mendengar tentang MAHA!!!!... 

Dan untuk kali pertama ini, saya perlu menjaga booth di MAHA.. Maaf, cerita lebih-lebih saya tak tahu.. Kalau nak tahu, jom ramai-ramai datang ke MAHA 2012. Kita tengok sama-sama apa yang ada dekat sana. Kalau jumpa, jangan lupa say hai! hai!.. Eheh..

Counting Start!


Update! 23/11/2012 : Dimaklumkan. Tak perlu pergi jaga booth. Sebab booth pun kecik ja~
Nice~ Kita g jenjalan je lah..hehehe

Jahitlah sendiri...

Sunday, November 18, 2012

Weee...alhamdulillah..selamat sampai.. Hampir 7 jam jugalah dari aloq staq nak sampai kuala lumpur ni. Habis 4 bar minyak. Memang penggunaan minyak yang effisienlah guna cvt ni..ngeee...rasa berbaloi-baloi j travel jauh-jauh camtu.. Jimat duit minyak.. Makanya, perjalanan pergi balik as-kl cuma rm200. Ni sebab naik sensorang..huhuhu...

Trafik mulai perlahan waktu sampai dekat changkat jering sampai ke kuala kangsar. Trafik perlahab sebab hujan lebat. Jadi, pandu perlahan. Biar lambat asalkan tiada kemalangan yang berlaku. Lepas tu sampai je rnr terus g isi full tank balik.. Padahal baru jatuh 3 bar. Tapi melihatkan pertambahan kenderaan di atas highway secara mendadak tu, adalah baiknya kalau isi sesiap kan? Ngee... Lepas terowong, dah rasa lega.. Ha! Nak sampai ke tapah pun hujan lebat dan trafik perlahan tau! Kejang dah otot kaki tangan semuanya..kebekuan dalam kereta.. Huhuhu...gigil!

Eh, apa kaitan pula dengan tajuk ni??? Lalalla...

Itu ayat mak..
"belajar-belajarlah jahit baju tu sendiri angah.. Mesin jahit dah ada.. Pijak je.. Takkan itu pun x boleh nak buat?"

Wink**
Dan saya hanya tersenyum. Entahlah kenapa. Saya nak belajar mengait. Belajar memasak, belajar menganyam. Tapi satu j yang sampai sekrang saya x minat.. Belajar menjahit baju kurung! Hahaha... Kalau setakat jahit jelujur, silang pangkah, sembat...semua tu tak de hal.. Tapi yang jahit guna mesin jahit tu yg problem sket.. Muahaha.. Terbayang mesin jahit tu berubah jadi transformer lalu mendatangkan musibah pada si tukang jahit.. Hahaha... Ridiculous!!!  sungguh x matangkan?

ok..time to sleep..nuniteee

Jalan-jalan Langkawi~

Saturday, November 17, 2012

Test ambil gambaq guna kamera tepon.. Layan je lah ek.. Kalau nak besaq-besaq, klik dekat gambaq tu ok!





Hehehe.. no editing..
Tengah dok belajaq lagi ambil gambaq cenggini...
Maklumlah tak gheti-gheti lagi.. ^^,



Repellent needed

Any ideas x? Macam mana nak halau semut liar dari bilik kita ek?? Boleh stress setiap kali bawa makanan masuk bilik. Ye lah, nama pun dok hostelkan? Huhuhu... Bayangkan...korang bayangkan ek..pukul 6ptg beli makanan bawa ke bilik, dalam pukul 10-11malam kalau x makan lagi makanan tu, sesemut liar ni pakat mai buat pesta beb!!! Wahhhhh..stress!! Jadi kerja pula nak menyapu n mengemop bilik tu tgh2x malam... Grrrr.....

Haaaaa??? Semut liar tu mcm mana? Besaq sket dari semut biasa, kecik sket dari kerengga..sekali dia gigit, fuhhhhh...berbisa... Dan bila dia bergerak dalam koloni dia, fuhhhhh....meremang den dibuatnya..geli ooooooo.....

Nak letak apa ek nak halau semut-semut ni? Bukan setakat halau, kalau boleh nak cegah terus dari masuk ke bilik.. Semut ni ye keluar dari celah-celah rekahan antara simen dengan kayu tu.. Rasanya dah beranak pinak bercucu piuh dah semut tu dalam bangunan tu..ngeeee.... Mujur bangunan buat dari simen, kalau dari kayu, agaknya dah mereput.ek? Itu bukan anai-anai ke?



Rasa nak menyumpahhhh je!

Monday, November 12, 2012

Hahaha.. coooooollll bebeh.. Jangan cepat sangat melatah! Jangan cepat sangat menyumpah! Buat tambah dosa kering je sat lagi.. Dosa sedia ada pun tak minta ampun lagi.. huhuhu... Siapa yang menyumpah???

Haaaaa....dulu saya suka memerhati.. dan sekarang, hampir-hampir kena dengan batang hidung sendiri.. Ceit! Beza tahu perasaan duduk dalam kereta sebagai co-driver dan sebagai driver ni. Eheh.. Masa jadi co-driver a.k.a penumpang, tahap kesabaran tu menggunung je rasa. Kalau kawan kita yang dok memandu tu nak sumpah-sumpah, kita pun cuba "cool down" kan dia.. Tapiiiiii... Bila kita yang memandu..... Rasa nak marahhhh.... "What theeeeee....." Ok.. cepat-cepat berhenti.. Mengucap..mengucap.. Astaqfirullah al-azim...

Jangan cepat marah Sara.. Jangan cepat menyumpah...Bisikan syaitan semua tu.. Astaqfirullah al-azim... Adoi! Bawa-bawa beristighfar! Tapiiii...siyesly, hampir-hampir dah nak menyumpah tadi.. Wink wink.. Mujurlah cepat sedar diri.. Kalau tidak? agaknya dapat dosa dah kejap tadi. Bahaya juga kan? Bawa kereta dan tambah dosa? Aigoooooo...takut! Nak menyumpah seranah marah-marah tadi bukannya apa... Sejak dua menjak ni, makin teruk pula jalan-jalan raya dekat area kampus-kolej-wangsa maju. Berlubang sana sini! Tak macam jalan bandor dah! Eh, jalan raya balik kampung tok hambo pun lagi cantik tahu!

Ini berlekuk, berlubang.. Alahai...sayangnya KDH ai.. Sian dekat dia.. Huhuhu.. Ada kawan pernah cakap, "nanti lama-lama rosak kereta. Lari balancing tayar dia.." Huarghhhh... Kena bawa Ford Ranger agaknya dok KL ni.. Baru steady.. Hahaha... Huhuhu...ampun...Bukan maksud hambo nak melingkupkan KDH tu.. tidakkkkkkk... Tapi, kalau tak lalu situ, mana ada laluan lain dah aih..Bila kita slow dekat situ, boleh pula kereta belakang main lampu. Ceit! Kamu ingat saya suka-suka je nak slow kereta ke? Tengok jalanlah der.. Lagi pula, bawa-bawalah bersabar.. Tak lari rumah kamu tu..

Serabutkan orang macam ni? Tak reti bersabaq! Boleh bikin orang lain pun ikut hilang sabaq! Eheh... Aigooooo.. Eh, apa motip tulis ni?? Motipnya...bawa kenderaan ni memang banyak ujiannnya.. Jadi, ayuh kita belajaq bersabaq. Barulah hati dan jiwa ceria selalu... ^^, Marah-marah tu tak elok. Pupuk hati kita untuk banyakkan bersabar.. Semai-semaikan juga hati kita dengan ungkapan-ungkapan yang baik.. Tak salahkan kalau kita banyak-banyakkan berzikir waktu rasa amarah menjelma? Boleh tambah pahala.. Boleh basahkan jiwa.. Boleh jernihkan hati.. Lepas ni, kalau rasa nak menyumpah waktu memandu tu, cepat-cepatlah beristighfar ye.. Bisikan syaitan tu.. Jangan diikut-ikutkan sangat...

Ok..daaa...Esok Deepavali kan? Buat semua kawan-kawan India saya, Happy Diwali guys and girlsss....



Places i wish to go..

Kalau bab melancong, cuci mata memang serah kat hambo. Tak payah dok pikiaq dua tiga kali dah.. laju jaaa... Tapi bila tak da duit tu, pikiaq jugalah.. hahaha.. Sero tak ado orang nak sponsored. Kenalah self-sponsored. Bila self sponsored, tak reti-reti nak pikiaq dua tiga kali?? Hahaha....

Banyak-banyak tempat dekat Malaysia ni, adalah satu dua tempat yang pernah sampai.. Orang lain siap dah pusing satu dunia beb!! Tak pe..tak pe...slow and steady.. Yang penting, hargai dan syukuri nikmat kurniaan ALLAH. titik.

I've been here...
1. Genting Highlands (f4 ke f5 ek? tak ingat.. tapi belum ada blog, so tak ado link.. ^^,)
2. Sarawak (dari umoq tak kenai hurup sampailah tahun 1998..so, tak ado blog juga.. gambaq lama banyak, tapi jenuh pula nak scan masukkan? hehe)
3. Padang Besaq + Kuala Perlis + Chuping!
4. Lumut + Pulau Pangkor
5. Pulau Langkawi
6. Melaka Bandaraya bersejarah (f2 ke f3 ntah.. gambaq stok kamera filem lagi.. blog pun nan ado lagi..so, cerita semua dalam kotak memori je so called ingatan.. eheh)
7. Merbok Arkeologi Lembah Bujang (zaman hingusan masa dekat maktab dulu..)
8. Tanjung Leman + Tanjung Piai + Zoo Johor, Johor
9. Singapore
10. Korea
11. Istana Negara Lama
12. Air Terjun Gunung Pulai
13. Kuantan, Pahang
14. Kota Bahru, Kelantan
15. Taiping, Perak
16. Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan..
17. Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok. Johor
18. Pantai Batu Layar, Kota Tinggi
19. Ice Skating, Sunway Pyramid
20. Petrosains, KLCC
21. Penang
22. Floria, Putrajaya
23. Broga Hills
23. Aloq Staq, Kedah

Hahahaha... banyak rupanya tempat-tempat menarik dekat Malaysia ni..ceit! Selalu lupa diri.. Muahaha.. Tetiba terfikirkan, alang-alang dah dok kolumpo ni, apsallah tak terfikir nak ronda-ronda KL? Daripada hujung minggu dok terperuk ja dalam bilik, baiklah pi jalan-jalan.. Dapat juga isi masa lapang + menikmati keindahan alam dan belajar erti syukur!...


Atas bantuan Prof.google, i'm start thinking of all this places..
1. Bukit Nanas Forest Reserve
2. Butterfly park
3. Merdeka Square
4. Taman Tasik Perdana
5. National Monument 
6. Planetarium
7. National Science Centre
8. Orchid and Hibiscus Gardens
9. Bangunan Sultan Abdul Samad
10. FRIM Tours
11. National Museum
12. Kampung Kuantan Fireflies

Tudia... tang KL ja tu.. Itupun dah tolak KLCC dengan KL Tower.. Hahaha.. Eh, dalam 12 tempat ni, yang mana je masuk free ek? Muahaha... Cuti-cuti bajet.. Mahu pikir yang free je lah.. Nak buat self-outing! Huhuhu.... Petang-petang KL hujan, so... kita jalan waktu pagi je.. "Boyprend" baru i temankan.. Eheh... ^^,



#ASK 2012 + Crochet..again(?)

Saturday, November 10, 2012

Fiuuuu...
Almost four o'clock..
No wonderlah mata semakin kuyu..
Its time to sleep!!..
Terkhusyuk pula nak siapkan benda alah ni...

Benda apa???
Haaa... Inilah jadinya bila pusing Carefour tak jumpa apa yang dicari.. Pusing Jusco Wangsa Maju pun tak bertemu apa yang diminati.. Sudahnya minta bantuan Prof.google.. Dan Do IT YOURSELF...


Terbaiklah.. 1 thing that can help me to focus..
Hahaha...
Focus tak focus jugalah...
ASK layan juga...
Komen? 
Malaslah nak komen.. Nak kata bosan dan hambar, ada juga part yang tak semena-mena aku pun ikut gelak juga...
Tapi, overall...first impression aku pasal ASK 2012 ni...
Macam tengok filem P.Ramlee dolu-dolu tu...
Jula-Juli Bintang Tujuh.. Do Re Mi (Kerajaan bawah pokok)..
Ingat tak?
Fairytale zaman tok kaduk dulu.. Hehehe...
Tapi..apa-apa pun aku puji diorang sebab berani bawa kelainan...
Nak kritik, semua orang pun boleh kritikkan?
tapi,
daripada berbakul-bakul kritikan tak membina, lebih baik fikirkan satu solusi untuk garapan yang lebih baik di masa hadapan. Ye tak?

Haaaa....
Apa yang aku dok kait tu???
Haaa...wait and seelah nanti ye..
Kalau jadi, aku post gambaq banyak-banyak...
Kalau tak jadi, buat senyap dah lah ek...
Muahaha...
Okkk...nak tidoq.. Banyak benda nak buat lagi esok...
Selamat malam you all~



Saya sayang KDH...

Friday, November 9, 2012

Salam Jumaat...
Wahhhhh...Jumaat dah? Cepatnya masa berlalu.. Ini jumaat terakhir untuk 1433H kan? Urmmmmmm.... Dah nak berlalu pergi tahun Islam ini.. Lagi beberapa hari dah masuk tahun islam baru.

Dalam kesibukan membaca, menulis, menaip dan menyiapkan baki-baki proposal, macam-macam yang berlaku dalam hidup ni.. baik yang menggembirakan atau menyedihkan. Cerita Langkawi dah habis kan? Duit pun dah habis. Tak boleh nak bercoti-coti lagi.. Kena berhenti sekejap. Fokus pada penyelidikan. Kata nak jadi penyelidik kan? Heeee....

Jadi.....hari ni...malam ni... nak kongsikan ini!..


Tadaaaaa...
Hehehe.... dengan ini, secara rasminya..bertambahlah tanggungjawab yang terpikul di bahu.. Description:

Date of Birth : 18/10/2012 (eh, sama birth date dengan adik kayu! hehehe)
Place of born : Aloq Staq
Made in Malaysia...
Of courselah PROTON.. Saya sokong barang buatan Malaysia...Eheh..

Overall...saya suka harta yang satu ini.. InsyaALLAH saya akan gunakannya ke arah yang lebihhhh bermanfaat.. ngeee...
Haaa...selepas 13 hari dari tarikh keluar, dah boleh 1st Service. Upah service percuma. tapi alat ganti? Keluaq duit lagi..muahahaha....


Lepas ni kena menabung untuk next service pulalah.. huhuhu.....
Haaa... tadi pagi..first time.. pertama kali isi minyak secara berdikari di kaki sendiri.. ^^,..
Kenapa?? Haaa...selama ni, balik rumah je...kereta abah selalu minyak full tank je.. Jadi, i tukang drive je lah.. eheh.. tak pernah tahu dan ambil tahu macam mana nak isi minyak.. Muahaha.. Dan stesen minyak Petronas dekat Aloq Staq, mostly ada orang kerja yang tolong isi. Kita g je kaunter cakap nak isi berapa. Tak pun, biasanya my lil brother yang buat kerja-kerja pam minyak masuk kereta ni..

Jadinya, al-kisah hari ni..kenalah berdiri di atas kaki sendiri.. Pergi stesen Petronas baru buka dekat dengan Aeon Jusco Wangsa Maju tuuu... Abah tak bagi isi minyak sikit-sikit.. Hehehe..membazir. Jadi, kita isi Full Tank terus. Lagipun, minyak ada lagi 2 bar. Jadi, pergilah kita ni ke kaunter....
Saya : Cik, nak isi minyak Full Tank. No.9
Cik Petronas : Kena letak deposit RM100.. nanti baki kami pulangkan..
Saya : Ek? Saya ada RM70 je cik.
Cik Petronas : Bolehlah.. adik isi dulu..

Tu dia.. kena letak deposit sampai seratus ringgit. Ikut pemahaman saya dengan KDH ni, satu bar baru RM10, jadinya untuk penuhkan 6 bar baru RM60.. Manalah saya nak pegang sampai RM100 tu.. huhuhu... Plus, masa isi full tank dekat Aloq Staq, tak ado pula dia minta deposit. Dia suruh isi je dulu, lepas tu baru bayaq.. Tak palah..pengalaman semua tu..

Haaaa...part nak isi petrol masuk tangki minyak kereta ni memang problem besaq. Big problem! Hahaha.. Untuk orang amatur macam saya, memang big problem! Muahaha... Sempat lagi i bebel sorang-sorang sambil isi minyak... "Apsal adik aku buat senang ja...".. "Eeee...kuatnya bau petrol niiii.. tak tahan..tak tahan.."..."Eh, dah penuh ke? Lagi sikitlah.."..."Alamak!! Terlebih sudah...Ooopppss..."

Eheh... Ini first time isi minyak full tank semula lepas isi dekat Tapah tempoh hari (balik KL dari Kedah).. Jadinya, next Friday kita tengoklah seminggu guna berapa bar.. Eheh..

Eh, dah malam.. Nak tengok Anugerah Skrin kejap lagi.. Next time nak cerita pasal USRAH TAUTAN KASIH Ustazah Fatimah Syarha pula.. Kenal figura ini? Nanti saya ceritakan ek.. ^^,
 



Langkawi... Ending~

Thursday, November 8, 2012

Untuk hari terakhir di Langkawi. Chek akan cuba jadikan satu post ja.. Let's cut the crap. Straight to Jalan lurus ja lah noooo.. Tak payah kona-kona dah.. Hari kedua dekat Langkawi, memang cuba plan sebaik mungkinlah.. Nak gunakan masa seoptimum yang mungkin! Seawal 7.30pagi kitorang dah check out dari hotel! Hahaha... Memang masuk hotel untuk tidoq ja.. 


Dari hotel, kami cari jalan untuk ke Oriental Village. Lebih tepatnya, ke Gunung Mat Chincang. Puncak tertinggi dekat Pulau Langkawi tu. Jalannya tak lah susah sangat. Peta yang dibekalkan pun sangat-sangat membantu. Lebih kurang setengah jam nak sampai ke sana. Disebabkan kami semua sampai terlalu "awal", lepak dekat parking dulu sambil makan-makan nasi lemak Pantai Cenang.. (^o,^)

Seronok jalan dalam Oriental Village pagi-pagi ni.. Orang tak ramai. Nak ambil gambar pun lebih privacy! Hahaha.. Nak tau dak, cable car tu boleh masuk pukul 10.00am!!! Perghhhh... lambat lagi tu.. Kalau public holidays, ye buka pukul 9.30pagi. Disebabkan masih terlalu awal dan dah puas ambil gambar dekat Oriental Village tu, kami sepakat nak pi Ayaq Terjun Telaga Tujuh. Seven Walls Wells..


Sampai dekat Telaga Tujuh tu, tengok-tengok kena panjat-memanjat kalau nak tengok ayaq terjun telaga tujuh tu.. aigooooo..chek ni, bab panjat memanjat bukit apatah lagi gunung, memang fail! Tak sangguplah.. Tanya adik-adik pun, pakat-pakat tak mau dah. Tak mau panjat. Ngeee.... Konklusinya? Kita tengok SEVEN WALL WELLS tu dari atas cable car je lah. Setuju tak?? 

Pukul 9.50 pagi, pakat dah beratur depan kaunter. Nak beli tiket cable car. Oh ye! Jangan lupa sediakan kad pengenalan ye! Tak ado kad pengenalan tak dapatlah harga 1Malaysia. Beza RM10 kot! Dengan kad pengenalan, harga cable car cuma RM15 seorang. Jadi, kenapa pilih yang mahal kan? Selesai beli tiket, masa untuk naik cable car!! Yuhuuuu... I like! Cable Car ni ada 2 stesen. Stesen yang pertama tu, nak turun boleh, tak mau pun tak pa. Boleh teruskan perjalanan ke puncak..


Menuju puncak impian yang nyata~ ^^,. Sampai je dekat Puncak Gunung Mat Chincang tu... subhanallah! Indahnya!! Tak payah penat-penat nak panjat bukit/gunung tu.. Dapat juga menikmati keindahan bumi ciptaan Allah.. Gunung-ganang, pulau-pulau, pantai dan laut yang biru... Speechless! Terlalu mengkagumi ciptaan ALLAH. yang cukup sempurna. tiada cacat celanya. Tapi.... unfortunately.. Sky Bridge di tutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.. Huhuhu... Nak lalu dekat Sky Bridge tu!!! Uarggggghhhhh... Lain kali nak g lagilah.. Mana-mana yang tau Skybridge  tu dah buka, btau ek! Nak pergi lagi!..


Dari Cable Car, lanjut pergi cari Pantai Pasir Hitam pula. Nak pegi Pantai Tengkorak tapi macam tak sempat nak kejar masalah pula kan? Jadi, terus ke Pantai Pasir Hitam.. Ku sangkakan pantainya panjang macam Pantai Cenang tu, sekali yang dijadikan tumpuan tu, secoet je kata orang.. Penat mencari! Huh!.. Malaslah nak story pasal Pantai Pasir Hitam ni. Banyak sangat kisah dongengannya. Nak tahu, g baca sendiri! Eheh. Lepas tu, terus ikut signboard ke Padang matsirat. Sibuk dari semalam nak tengok Padang Beras Terbakaq kan? Ngeee...


Hasinya? bak kata adik-adik.. "Kak Ngah, bukan beras terbakaq.. Tapi duit kami yang terbakaq ni!" Hahaha... mahunya tidak.. kiri kanan orang berjual. Dari keychain, batik, t-shirt, fridge magnet sampailah ke Gamat! Semuanya ado. Tinggal nak keluaq duit, bayaq ja. Itu yang dengan duit-duit ikut terbakaq tu.. Eheh.. Saya tak syorkan anda ke sini unless anda betul-betul nak bakaq duit! Hahaha.. Maap ye!

Masa on da way nak balik, terjumpa kedai makan. Apa lagi? Singgah jalah. Jom Ikan Bakar. Masa baca-baca dalam blog, ramai yang rekomen restoran ni. Murah dan berbaloi-baloi. Jadi, alang-alang dah jumpa, kita stop makan dululah kan? Total untuk 5 orang makan baru RM39.00.. Murahlah kan? Ikan bakaq dua jenis, sambal udang semangkuk, sup daging semangkuk, kangkung goreng semangkuk, ayaq dengan nasi. Berbaloi-baloi..

Lepas tu, pergi Pekan Kuah. Cari coklat lah der.. nak buat apa lagi?? Yang lebih penting, nak pulangkan kereta pukul 3 juga. Kalau tak, nanti duit deposit burn lagi! Tak mau!! Kena jimat!!! Hahaha... Pilih punya pilih.. Borong punya borang, habis dekat RM70 juga untuk coklat! Dasat aih... Boleh pengsan macam ni! Hahaha...

Tunggu apa lagi? Buang duit beli coklat sudah, pi hantaq keretalah pula. Selesai urusan memulangkan kereta, abang sewa kereta tu hantaq kami pi Dataran Lang. Upon Request. Sebab sampai ja Langkawi pagi semalam, dah beli tiket balik K.Kedah sesiap. Ambil tiket last kot. Tiket pukul 7.15pm. Amek kau!! Betapa dekat Dataran Lang tu seawal pukul 3.30petang. Dengan matahari membahang di atas kepala!! Hahaha.. Sudahnya, dengan selamba duduk dekat mana-mana yang teduh. Nak lepas lelah sattt.. Dalam pukul 4.30petang macam tu, ke awal lagi ntah.. Kami berjalan pi Taman Lagenda. Best!



Dari Taman Lagenda tu, lanjut pi dekat Dataran Lang. Bergambarlah..sambil lepak-lepak tunggu boat terakhir tu..


Dannnnnnnnnn...berakhirlah sudah percutian bajet di Pulau Langkawi selama dua hari satu malam...

 
Yeay! Akhirnya... tamat juga kisah Langkawi ni.. Nak cerita pasal KDH pula lah.. eheh.. Nantilah bebila dah tak sibuk.. ^^, Selamat malam semua.. Nak tidoq! Mata dah berat dah ni.. Cerita setakat itu sahaja.. Nak lagi, sila tanya..dan saya akan jawab! Hahaha...

Eh, kalau buat giveaways macam best juga kan? Terlebih beli fridge magnet dengan keychain!! Hahahaha... Gara-gara beras terbakaqlah ni!

Untuk imbas semula, jom baca:



Langkawi Lagiiii... III

Wednesday, November 7, 2012

Hallloooooo..Hai.. Hai..Hai....
Terbantut lagi cerita pasal Langkawi tu.. Aigoooo.. nak buat macam mana.. Kengkangan masa.. Jadi, malam ni kita cuba. Cuba untuk habiskan cerita yang tak berapa nak panjang..dan tak berapa nak pendek tu...

Waittt... where are we?? Jom usha balik jomm... Haaaa....kita berhenti dekat Island Hoping kan? Sebelum tu, dah baca pasal dilambung ombak?? Sambungannya?....


Untuk Island Hoping ni, harganya RM25 seorang. Pakej ni boleh dapat dekat mana-mana ja dekat Pulau Langkawi tu.. Dekat Jeti ado.. dekat hotel-hotel pun ada.. Tinggal nak pilih mana yang berbaloi ja. Macam pakej yang chek ambil ni, diorang pick up dekat hotel. Jadi, tak perlulah susah payah nak bawa kereta cari jalan pergi port diorang. Katanya pukul 2.30 nak datang pick up.. Sekali pukul 2.00petang abang pick up dah telefon katanya dah tunggu dekat hotel...


OMMMMMMGGGGG... cepat-cepat patah balik hotel..dengan kaki... Hahaha.. Sebab tadi dok berjalan dekat Pantai Cenang tu.. Tak sempat dah nak tukaq-tukaq baju. Tukaq seluaq ja.. Itu pun dekat jeti untuk naik bot ke pulau-pulau. Mahai ooooo tandas dia.. Padahal nak tumpang tukaq seluaq ja.. Sabaq betol!.. Hehehe... tukaqlah dari seluar jeans kepada tracksuit! Hahaha.... Ok..cut the crap!.. Biasanya satu boat dalam 10 orang. Jadi, kami berlima campur 3 orang budak perempuan yang tengah cuti semester dan dua orang mamat foreigner. 

Destinasi pertama untuk Island Hoping ni adalah Pulau Dayang Bunting.. Have you ever heard about it? Pernah? Gooooddd... Best ooooo naik boat tu... lajuuuuu... beranginnn je.. Terbaikkkk... Subhanallah.. cantik sungguh ciptaan ALLAH.. Pulau-pulau kecil yang ada berdekatan Pulau Langkawi. Pernah baca tak yang Pulau Langkawi dikelilingi 40 ke 100++ buah pulau-pulau kecil yang menjadikan Pulau Langkawi ni yang terbaikkkkk... Muahahaha... Google lah sendiri ek.. Ngeee...

Nampak tak? Kenapa dipanggil Dayang Bunting?
Ha! Sebelum sampai ke Pulau Dayang Bunting tu, bolehlah menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH yang begitu sempurna ni. Rasa macam nak snap everything! E.V.E.R.Y.T.H.I.N.G! Abang yang bawa boat tu berhenti dekat tengah-tengah laut. Sebab nak tunjuk dekat kitorang DAYANG BUNTING tu. Subhanallah.. lain rasanya tengok dalam gambaq dengan tengok pakai retina mata sendiri! Sebab tulah nama pulau tu Pulau Dayang Bunting!..


Sampai dekat jeti, kitorang diberi masa sejam untuk keliling pulau Dayang Bunting tu. Pulau Dayang Bunting kan popular dengan Tasik Dayang Bunting. Jadi, memang tak sabaq-sabaqlah nak pi cari Tasik Dayang Bunting tu.. Sekaliiii.... perghhhhh... Kena memanjat dululah!!! Arggghhhhh!!! Stressss! Hahaha.. Menapak anak tangga sambil ditemani kera di kiri kanan tangga. Jadi, be careful! Jangan sampai kera rebut makanan sudahlah ye!. Yang pasti, nak naik memang penat. Nak turun pula, mak ai! Curamnya!!!....


Tapi, hasilnya? Terbaikkkk.. Kagum.. Subhanallah..Indahnya tasik di tengah-tengah pulau.. Orang kata air tasik ni, tak masin dan tak manis.. Errrrr... bila tengok foreigners buat high jumping masuk mandi dalam tasik tu, pikiaq dua tiga kali juga oooo nak rasa betui ka ayaq tasik tu tak masin.. Tapi, konklusinya! Tak rasa pun!! Hahaha.. Erk! Tak menyesal pun tak rasa ayaq tu..  Tak sanggup! Hahaha..

Dari Pulau Dayang Bunting, kami dibawa pula ke Pulau Singa Besar. Tapi tak turun dari boat pun. Boat berhenti tengah laut. Tengok Eagle Feeding.. tengok Burung Helang.. Tengok Helang!! Real! Depan mata oooo... H.E.L.A.N.G! Depan mata! Terbaikkkkk... Selama ni dok tengok dalam zoo ja! Hahaha..Dari Pulau Singa Besar, kami dibawa pula ke Pulau Beras Basah. Subhanallah! Pasir pantai dia!! Tak tahu nak cakap macam mana.. Tapi tekstur pasir dia sangat lain dari pantai-pantai yang chek pernah pi. Dekat Pulau Beras Basah ni boleh buat aktiviti pantai macam Banana Boat, Snorkelling dan Parasailing.. Tapi sebab tak ado bajet lebih, kita jalan-jalan tepi pantai je lah.. Ayaq dia biru. Kebetulan pula ayaq tengah surut.. memang boleh berjalan sampai ke tengahlah.. batu karang pun banyakkk..

Nampak tak helang tu?
Ha! Beware!! Sila bawa keropok-keropok dan air sendiri. Sebab air dan keropok dekat Pulau Beras Basah ni, gila mahal! Satu botol kecil pun dekat RM3.00!! Perghhhh... Ha! Dekat Pulau Beras Basah ni pun dapat sejam juga.. Tapi tak strict pun.. Nak lepak lelama pun boleh.. Abang tu steady ja.. Ha! situ memang ramailah yang buat sunbathing.. Seksa mata chek tertengok! Hahaha..
 
Itu jalah aktiviti Island Hoping. Berbaloi dengan bayaran RM25. Balik hotel pun, dihantar. Jadi, tak ada apa yang perlu dirisaukan. Sampai hotel, terus check in masuk bilik.. Disebabkan adik-adik nak mandi pantai. Dan peralatan elektrik perlu dicas semula.. Handphone kehabisan bateri langsung! Huhuhu.. Makanya, terpaksalah saya lupakan aktiviti mandi pantai tu dan stay dalam bilik.. Bagi adik-adik je lah.. Ngeee...

Malam tu, lepas maghrib.. keluar jenjalan cari makan dekat pantai cenang. Jalan kaki je. Cari punya cari, kebanyakkan kedai masih tutup. sedih! Jumpa satu kedai makan ni. Not bad. Selesai makan-makan, jenjalanlah lagi tengok kedai-kedai dekat sekitar Pantai Cenang tu.. Sekaliiiiiiiiii......

Hujan!!! Lebat!!! Hahahaha... Sudah!! Stranded dalam kedai cenderamata. jauh juga dengan hotel. Tunggu punya tunggu, tak ada tanda-tanda nak berhenti pun. Barang dalam kedai tu pun dah tak larat nak dibelek. Sudahnya, redah jelah. Basah. Kuyup... Nak buat apa lagi?? Sampai bila, tukor bajulah jawabnya.. dah kuyup dek hujan..

Next?? Oriental Village dengan Cable Car!! The Most exciting activity in Langkawi..