Poskad Kayu : Unik + Berseni + Cantik!

Tuesday, April 30, 2013

Assalamualaikum....

Macam mana orang buat tajuk entrie bombastik ala-ala kebabom tu ek?
Susah sungguh nak fikirkan tajuk...
Baiklah gasak ajalah...
Janji sampai maksud..

Petang ni saya nak kongsikan beberapa gambar yang saya snap masa ke Pasar Seni hari Ahad yang lepas.
Eh, no!
Kalau nak tengok gambar-gambar tu,
Mehlah jemput datang ke sini:




Dan dekat sini,
saya nak kongsikan satu lagi yang macam Awesome lah pada pandangan saya..

Poskad Kayu!


Perghhhhh...
Serius!
Tertarik gila wa tengok habaq kat LU!
Eh!

Teruja saya tengok!
Hehehe...
Selalunya dah biasa tengok poskad versi kad yang biasa tu..
Inilah pertama kalinya saya jumpa poskad yang diperbuat daripada kayu.
Siap ada ukiran mercu tanda dan "gambar" yang melambangkan TRULY MALAYSIAN~



Sekeping poskad yang dibuat daripada kayu ini harganya hanyalah RM8.90
Murah kan?
Affordable lah!


Menarik kan?
Ada yang berminat??
EHeh..
Saya tak jual. Bolehlah pergi cari dekat Pasar Seni..

Selamat Malam you ollsss....





Kedai bunga Yo!

Kihkihkih...
Ok..
Ini namanya kerja buang masa...


Menarik pula GOAL dalam FLOWER SHOP kali ni..
Macam-macam sungguh diorang ni kan?
Sabaq jalah..
Goda i suruh main selalulah tu...
~sigh...

Siap ada buku laporan lagi..
Tak percaya?
Nah...







427km to the north

Assalamualaikummmmm...

Hai olllssss!!!
Eheh... Bersiaran dari aloq staq kedah... Awesome!

Heavennya dapat balik rumah.. Tengok wajah bonda dan ayahanda.. Makan masakan rumah.. No more air tangan Indon! Eheh...

Nak tau dak? Chek balik Aloq Staq pagi semalam. Puas dok golek-golek atas katil, end up chek ajak adik-adik bangun mandi and kitorang gerak pukul 4:30 pagi.. Kihkihkih... Setyle... Tak pernah buat sebelum ni..

Mujur pak guard kolej tak banyak tanya, kalau tak chek tak taulah nak jawab apa. Eheh...

Sampai ja dekat Tapah, betui masuk subuh.. Berhenti kat situ untuk rehat.. Pakat sambung tidoq balik sampailah matahari terbit.. Muahaha...

Perjalanan dari KL ke rumah.. Menggunakan lebuhraya utara selatan. Puasss...

Masuk dekat Tol Duta, exit dekat Tol Juru. Lepas tu masuk semula Tol Sg.Dua dan exit dekat Tol Pendang. Dari Tol Pendang nak ke rumah saya dah tak jauh mana. Sebelum sampai rumah, saya berhenti dekat Petronas Kota Sarang Semut nak full tank semula tanki minyak yang dah tinggal satu bar tu. Eheh...

Eh, gambaq tu saya snap petang tu.. Sampai ja dkt umah tak teringat nak snap.. Letih sgt.. So, petang tu sebelum kereta gerak semula, cepat2x saya snap gambaq... Kihkihkih...

And now, i'm officially at home and prepare to vote! Vote! Vote!

Mari berdoa~

Friday, April 26, 2013

Mari berdoa sebelum kita menuntut ilmu..
Semoga ilmu yang kita perolehi ini akan membawa barakah bukan kepada diri kita sahaja, bahkan membawa manfaat kepada masyarakat di sekeliling dan agama.. ^^,

 






Bismillahirahmanirahi...

Yok..

Oh ya!
Dah doakan kedua ibu bapa kita?


Jom mulakan...
 



Tofu Magic : Grrrrrr...

Thursday, April 25, 2013

Huh!
Tak sedap!
Ok..
Tekak saya kata tak sedap!
Mungkin sebab saya bukan penggemar soya, jadi TOFU MAGIC ni sangatlah tak sedap!


Perghhhh...
Indah khabar dari rupa kan?
Langsung tak ada rasa banana dengan mango tu..
Semuanya tenggelam dek TOFU..

ceit!
terasa pelik dekat tekak ni..
Sadis betul..


Okkkkk...tak beli dah lepas ni!
Bukan juice work, tapi tofu magic ni!!
Hahahaha
 



Wordless wednesday

Wednesday, April 24, 2013

Hujan rahmat~

Hujannnn...
Hampir setiap petang hujan turun...
Bukan sedikit...
Tapi selebat-lebatnya...


Pemandangan dari aras 8, bangunan MJIIT..
Dah tak nampak apa dah...
Bangunan MINDEF dekat sebelah pun dah tak nampak..
Guruh berdentum..
Kilat sabung-menyabung...

Yang mana duduk area KL dan cenderung untuk melalui jalan yang mudah banjir dek hujan lebat, sila rancang perjalanan anda..
Semoga selamat sampai ke destinasi yo!
Hujan ni, rahmat dari ALLAH..
Menyejukkan muka bumi yang dah seharian panas dek pancaran matahari..
Jadi, kenapa nak merungut?
Bersyukurlah...

Subhanallah...

Eh, pernah dengarkan?
Antara waktu yang paling mustajab doanya adalah ketika hujan..
Ha!
Yok kita tadah tangan dan berdoa..
Semoga ALLAH redha dengan aktiviti kita hari ni..
Aktiviti yang bermanfaat ok!

 
 



Walimatul Urus~

Tuesday, April 23, 2013

Minggu depan berderet undangan kahwin..
Pakat-pakat buat majlis sebelum tarikh mengundi...
Baguih-baguih...
Dah dewasa rupanya kamu Sara!


Yang ni, semuanya dekat Utara...
(T__T)
Sedih sebab tak dapat nak memenuhi undangan..
27hb April masih di Kuala Lumpur..


Labis?
Negeri Sembilan ek?
InsyaALLAH...


Penang + JB + Kulim + Sg.Petani..
Haaa... 3 belah utara..
InsyaALLAH..
akan cuba memenuhi undangan yang berderet ni..


Fiu...
Yang dekat Kelantan tu memang tak sampai dah lah..
Tapi akan cuba usaha untuk pergi sebelah lelaki since yang dikenali adalah pengantin lelaki.. eheh...

Doa buat semua bakal pengantin~
Selamat Pengantin Baru

"Ya Allah Ya Rahman,
Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. 

Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat.  Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. 

Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Nabi Adam & Hawa, Nabi Ibrahim & Siti Hajar, seperti Nabi Yusuf & Zulaika, Nabi Ayub & Rahmah, Nabi Musa & Safurah, Nabi Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Nabi Muhammad s.a.w & Khadijah.

Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu."
 



Sudu & Garfu : PH Pastry House, Lake Field

Monday, April 22, 2013

Suatu hari tu..
Adalah seorang kawan ni...
Tetiba katanya teringin sangat nak makan kek dekat PH Pastry House...
Angkara gambaq kek yang begitu mengujakan di laman facebook itu...

Selepas puas menggoogle peta nak ke sana,
akhirnya selepas maghrib bergeraklah kami ke sana...
Dekat mana?
Dekat Lakefield..
Kalau dari UTM Jalan Semarak ni, masuk kanan ke Jalan Tun Razak, lepas tu terus je Sampai Jalan Loke Yew, terus lagi.. sampailah masuk Highway Sg.Besi. BESRAYA ek? Apa-apa jelah namanya.. Terus jeeee sampailah jumpa simpang LAKE FIELD di sebelah kiri. Ha! Masuk situ..dan jumpalah PH Pastry House tu..

Sampai je PH Pastry House tu, macam kagum kejap.
Weeee... Nampak ekslusif gitu..
Diberi menu..


Saya order:
Penang Char Kuew Teow (spicy) with Iced Caramel Latte..
Yan pula order:
Big Sandwich with Ice Mocha

Sementara menunggu pesanan kami sampai, kami dihidangkan dengan segelas kecil air mineral..
Walaweh....Last saya masuk tempat makan yang menghidangkan gelas air mineral di dalamnya adalah ketika di korea (2011)..

Sebab kebanyakkan tempat makan dekat Malaysia ni, air masak pun dia cas ok!


Tudia..
Minuman sudah sampai..
Yang Iced Caramel Latte tu, bawah dia madu kan? 
Hehehe...
Marvellous!
Delicious!!
Tapiiiii... akibatnya, semalaman saya tak boleh tidur.. Hehehe..


Chillie pickle dia sangat sedap! Hehehe...

Gambaq sandwich Yan tak ada pula dalam phone saya..
Overall..
Sangat Delicious...
Ms.Lim tu pun sangat peramah..

Oh ye! Layanan juga sangat tip top. Bila air masak berkurangan, mereka akan datang topup tanpa perlu kita panggil.
Bila kita dah selesai makan, mereka akan datang untuk ambil pinggan tersebut tanpa membiarkannya..

Tapi.. saya paling suka air masak free lah.. Eheh...
 

 



Discount SPA!

Sejak dok KL ni..
Benda yang saya suka adalah usha DEAL.. Tak kiralah BIGDEALS ke, GROUPON ke, ILOVEDISCOUNT ke...

Sebab....
Masa ni lah boleh dapat harga SPA yang jauh lebih murah dari biasa..
Yolah.. Mak jemah mana mampu kau nak pergi spa yang mahal-mahal tu.. Kalau sekali pergi je dah sampai RM500.. Perghhhh...

Lepas bayar duit kereta bulan-bulan you!

contohnya:


Ini contoh je ok!
Harga asal untuk pakej spa ni adalah RM480..
Tapi sebab jumpa dalam ILOVEDISCOUNT,
dapatlah dengan harga RM38 sahaja!

Untuk pakej 2 jam 30 minit ok!
Class I ooolllsss...
Eheh...
Jimatttt banyak!

Ha!
Yang 3% rebate tu..
maksudnya...
3% daripada jumlah keseluruhan belian kita tu akan masuk ke dalam akaun I LOVE DISCOUNT kita tu..
Maksudnya, next time kalau shopping online lagi dengan ILOVEDISCUNT ni, bolehlah guna rebate ni.. Ala-ala duit dalam akaun kita.. Kihkihkih...

Ok!
Itu je.. Bubbye!
 



Mari Mengundi~

Saturday, April 20, 2013



20hb April 2013
Hari Penamaan Calon

 




Keekkkk keeekerrsss

Friday, April 19, 2013

Oho.. Gigih! Ikut juga arus semasa ye kamu!
Angkara nak tengok gelagat Aryan, anak tomok yang dikongsikan dalam facebook... Akhirnya sign up jua keek tu.
Yang pasti saya memang x pandai lagi main keek tu..
Tapi macam best sebab boleh tengok gelagat-gelagat baby aryan, amarra sofea, umai n ct, n of courselah gelagat baby kawan blogger kita a.k.a mummy afiqah, baby darwisyah..
Informasi merentas sempadanlah katakan.... Hahaha....

Selamat ber keek to all keeeeekkkerrrsssss!!!!!...

Facebook berwajah barulah derrr!!!

Thursday, April 18, 2013

Facebook dan berwajah baru kan?
Macam menarik...
Hohoho...
Yang menarik perhatian saya adalah ruangan ini!

 


Dalam entrie lepas, ada yang bertanya.. 
apa yang saya beli sampai diskaun RM500 tu..
eheh...
Barang apa, saya tak boleh nak disclose lagi...
Tapi yang pasti, harga asal barang tu RM500++ lepas diskaun 84%, itu yang jimat RM500 tu.. 
Eheh...
Saya dah survey juga harga semasa pasaran..
Dan kebanyakkannya lebih mahal dari harga yang ditawarkan dalam I love Discount ni..
Sebab tu saya grab juga..
(T___T)*

Dan setakat ni,
Barang yang saya beli online, akan sampai seperti yang dijanjikan walaupun kadang-kadang terlewat sehari dua..=D 

 



I Love Discount!

Wednesday, April 17, 2013

Hehehe...
Meroyan apa pula ni pergi beli barang online???

Bismillahirahmanirahim...

Haaaaa....

 

Tudiaaaa...
Save RM500 boleh buat bayaq kereta bulan depan.. (^_^)

Beli apa? 
Kihkihkih..
Rahsia!
Nanti kalau dah sampai, i let u oll know about it ok!

InsyaALLAH, setakat ni belum lagi kena tipulah..
Beli online mesti dapat..
Tapi selalunya beli pakej spa.. Hehehe...
Nak jimat kan?

Kalau berminat, jom tengok deals lain:

Ada barang/ spa/ health tu, up to 90% discount..
Memang berbaloi-baloilah..
Selamat mencuba!! 
 



Jom Kitar Semula

Sunday, April 14, 2013

Hai olls...
Assalamualaikum...

Ok.. Hari ni I keluar date dengan Mimito a.k.a pemilik blog Kerana Lily. Sebelum bergelar blogger, dia kawan saya. Hehehe... Lama kan dia tak update blog? Orang tengah busy tau!
Tapi hari ni, kitorang jumpa juga..


Sebab nak bersteamboat dan berbbq..
Mimito kata dia tak pernah jejak kaki lagi ke sini.. Jadi, saya bawakan..
Dekat mana?
Seoul Garden, KL Festival City!
Muahaha...
Hari ni ambil feeling Korean gitu..

Lepas tu kitorang jalan-jalan dalam KL Festival City tu.
Dan di ruangan tengah tu tengah ada pameran LOVING EARTH = LOVING SELF..

Memula, dari tingkat atas kitorang teruja tengok bumi ni:


Macam awesome kan?
Kreatif sungguh...
Lepas tu kitorang pun turun laju-laju sebab nak tengok apa lagi yang ada dekat situ..
Dan nampaklah ini:


Perghhhhh....
Kreatif kan?
Guna cardboard je.
Ada banyak lagi.. 
Nanti saya update gambar-gambarnya dalam blog lagi satu..

Yang paling menarik adalah....


Dari botol minuman kita boleh hasilkan tekstil baru!
Eco Scarf, eco shirt, eco tote bag, sport vest and even eco blanket!
Dan nak tahu?
Material yang dihasilkan itu mempunyai kualiti yang setanding dengan material tekstil yang lain. Sungguh!..

Jadi, kenapa perlu dibuang menjadi sampah yang akhirnya mengotorkan bumi kita?
Ayuh..
Kumpul dan hantar kepada mereka untuk dikitar dan diguna semula..
Kertas, Tin, Botol minuman, botol kaca semuanya ada kegunaan sekunder yang lain..
Bantu mereka untuk selamatkan bumi kita..

Nak tahu lebih banyak?
Kalau yang tinggal berdekatan, bolehlah datang ke pameran mereka yang akan diadakan sehingga 22hb April ini di KL Festival City..
Lihat dan rasainya sendiri..

 



Otak yang diimbas....hasilnya...

Bukan menggunakan mesin pengimbas kertas a.k.a Scanner dekat pejabat mahupun dekat bilik tu. Tapi dengan menggunakan Imbasan Kefungsian Magnetik Resonan. Eh, apakah? Bahasa mat salehnya fMRI. Functional Magnetic Resonace Imaging. 

Eh, Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~

Sihat tak? Kalau ada masalah di bahagian otak jom ikut saya buat ujian!
Eheh...
Hasilnya....


Eh.. Jap..jap...
Bila masa pula saya kata saya adalah masalah mental?
Choilah lu! Ceit!
Kalau masalah mental, jumpa psikiatri lah. Nak masuk dalam mesin transformer ni buat apa??

Kihkihkih...
Mesin transformer kau bagi nama Cik Sara???
Ok..ok.. 
Kenalkan kawan-kawan..
Inilah fMRI. Atau nama panjangnya seperti yang telah saya taip sebelum ini.
Selama hampir dua tahun jugalah berjuang untuk dapatkan kelulusan ethic bagi menggunakan mesin pengimbas otak yang satu ni..
Alhamdulillah...
Dengan izin ALLAH...
Kalau ada yang bertanya tentang research saya,
Inilah sebahagiannya..
Doakan urusan saya dan Kak Ena dipermudahkan.. 
Dan dapat siapkan penyelidikan kami mengikut jadual dan perancangan yang telah kami buat..
InsyaALLAH...

Al-kisahnya, ingatkan nak betulkan sequence antara stimulus dengan fMRI tu sahaja..
But then, En.Radiographer yang membantu kami tu cakap dah boleh try run on subjek.
A.k.a pilot study..
Dan kalau boleh yang tidak berkaca mata..
Sebab kalau rabun jauh, atau rabun dekat takut nanti tak nampak pula stimulus yang nak diberi..
Dan orang yang paling layak di situ, adalah saya!
Muahaha...
Kerana sayalah insan yang tidak berkaca mata dan tidak mempunyai masalah mata!

Maka masuklah saya ke dalam mesin transformer pengimbas otak itu.. (>.<)"
Takut.. gementar.. semuanya cukup lengkap...
Tapi bak kata En.Radiographer tu:
"Kalau awak sendiri tak yakin dengan mesin tu, macam mana awak nak yakinkan murid-murid sekolah yang nak jadi subjek awak nanti?"

Ok! 
Fine!
Hambo tolak jauh-jauh rasa fobia tu..
Oh ya! Nak masuk dalam fMRI ni, make sure no metal with you. Bahaya..
Makanya,
Segala jewellery di leher dan tangan kenalah buka. Jam tangan juga. Pin tudung juga.
Tudung janganlah buka pula..
Pin tudung je yang dibuka..
Ceit!

Memula masuk, macam pening-pening lalat sikitlah. Mungkin sebab baru nak adapt dengan suasana dalam bilik MRI tu. Lepas few minutes, dah ok. Untuk 1st 5 minute, En.Radiographer suruh tenangkan diri dan dia buat Imbasan pertama. Kalau tak salah saya, image yang dihasilkan nilah yang dipanggil Stuctural Image.
Within 5 minute tu, memang bertendang sungguhlah.
Eh, bertenanglah!..

Lepas tu, baru mula dengan Imbasan otak ketika menjalankan pengiraan matematik secara congak di otak.
During this time, kena pastikan kepala kita tak bergerak. Kalau banyak movement, akan hasilkan artifact. Dan akibatnya, image tak boleh diguna pakai..
Jadi, memang statiklah kepala otak saya ni..
Punyalah lama tak buat mental calculation kan?
Soalan mudah pun rasa mencabar gila!
Hahaha...
It takes about 10 minit to complete the task..
Lepas habis je task dan Imbasan Otak tu, bolehlah keluar dari mesin transformer tu..
Hehehe.. Tapi, jujur.. Saya pening kepala sikit. Mungkin sebab mata terlalu fokus pada stimulus yang dipancarkan. Dan perubahan dari ruang linkup yang kecil kepada ruang lingkup yang besar..
So, macam pening-pening lalat sikit untuk mencari semula kestabilan diri untuk berdiri..
Tapi, so far.. Ok je lagi..
Memang tak ada negative side effect pun..
Even, i can drive to KLCC after finish our task there!

Pergi KLCC buat apa???
Wahhhh....


Empal penyet in the house!!!!!
My Favourite!!..

Lepas tu, tebus coupon yang Yan bagi hari tu...


Buy 1 and purchase the second one at RM3 only. In total, sorang bayar RM7.50 sahaja instead of RM11.00++.
Original Crusher kot.. Lupa dah..
Tak biasa sangat beli Boost Juice ni..
Selalunya beli Juice Works!

Kihkihkih....
Ok... Itulah pengalaman yang sangat menakjubkan bagi saya selama 20++ hidup di muka bumi ini...
Alhamdulillah..
Dulu berpeluang mengendalikan dan beramah mesra dengan mesin Ultrasound, dan kini dengan fMRI pula.. Mungkin di masa hadapan dengan EEG pula..
Doakan ya!
 
 
 



Update Blog!

Thursday, April 11, 2013

Assalamualaikum...

Salam sejahtera semua...
(^_^)*

Gigih chek habaq kat hampa..
Gigih buat apa?
Gigih update blog yang lagi satu tu...
Bukan update cerita sangat pun..
Tapi update gambaq...
Banyak sangat gambaq yang macam best..
Ini kes masuk lif tekan sendiri..
Tudiaaa....

Yuna kata..
Dalam setiap gambar ada cerita..
Jadinya, blog lagi satu tu seolah-olah gambar yang menceritakan segala-galanya...

Jom intai...


Jujur..
Saya suka berjalan.. Dan suka juga ambil gambar..
Walaupun ada kalanya tak pandai pun ambil gambar..
Tapi...
I just love photography..

Tapi...
Malas pula nak update story..
Eh, bukan malas.. Cuma ada masanya..
Gambar lebih petah berkata-kata dari tuannya sendiri..

Jom intai sikit lagi..


Nak lagi?
Weee...
Jemput-Jemputlah datang ke ruangan baru saya ni :

Setakat ni dah update beberapa tempat dan gambar menarik yang dalam simpanan saya. Dan seboleh-bolehnya saya tak nak edit gambar tu secara berlebihan..
(^________^)..

Ok.. Oyasumi Nasai Minnasan~