ENd of OctoBER

Friday, October 28, 2011

Tap tup tap.. Dah nak masuk November.. 
Tang ting tong.. Dah 4 hari berada di rumah yang tercinta..Heee..
Sempatlah attend dua event family..

Yang pertama-tamanya, Majlis Bertunang Mak Lang. Lebih ringkasnya, adik sepupu mak. Majlis bertunang telah diadakan di Bukit Tembaga, Pokok Sena Kedah Darul Aman pada 26hb Oktober yang lalu.. Tahniah Mak Lang! Dah pun bergelar tunangan orang..=D

Tunang Mak Lang Jamilah ni orang Pahang.. Weee...bertandang ke Pahanglah kita nanti.. InsyaALLAH, bulan 6 tahun depan.. Agak-agak cuti tak masa tu?? Mak dah tanya, nak tolong buat hantaran apa pula kali ni?? hee...

Nak tahu tak? Ini adalah kali kedua saya buat gubahan hantaran dengan mak. Yang pertama masa majlis kahwin abang sepupu saya kat Jitra dulu.. Dan kali kedua, yang ini.. Saya ni tak delah kreatip sangat pun.. Ngee.. siap cakap ngan mak lagi..:
"Isy! Renyahlah buat semua ni.. esok tak payah tunang-tunang dengan hantaranlah..jenuh nak buat.." Hahaha.. Biasalah beb..bila buntu, macam-macam keluar dari mulut ni.. Masa depan mana kita tahu kan?? =)

Berbalik pada hantaran...Urmm..tak tahu lagi.. Tunggu je lah..apa yang bleh tolong nanti.. Berat sama dipikul, ringan dijinjing bersama.. Itulah ukhuwah dalam keluarga besar saya.. Sebab tu lah nak balas dengan 9 dulang hantaran tak jadi masalah.. Mak cik ni buat satu dulang, atok ni bagi satu dulang.. Himpun-himpun cukup 9 dulang.. Yeay!

Buat Mak Lang Jamilah Hani dan pasangannya, tahniah!.. Tahun depan kita dapat makan nasi minyak! Yeay!..

Yang kedua, pagi tadi.. Fuhh..tempat abah kerja buat family day.. Destinasi yang dituju adalah Air terjun Titi Hayun, Yan. Letaknya di kaki gunung Jerai.. err..mak yang cakap.. Tapi rasanya positif. sebab dekat situ ada satu gunung je.. Air terjun sangat segar tu.. tapi sebab ramai orang, seganlah nak mandikan..=) Ada ambil gambar.. Tapi tak sempat edit lagi.. Nak upload pun, tenet slow..Sedey...kejap dapat HSDPA kejap lagi ye jadi GPRS semula.. Isy, macam nak ketuk je berukband ni..=P

p/s: Info hari ini:-
"The most valuable treasure is not the gold..
BUT it's your knowledge"

Olahan Cik Sara : " Bukan emas dan permata yang boleh dijadikan harta bernilai. Tetapi sebaliknya, ilmu pengetahuan yang ada pada kita itu jauh lebih bernilai. Sebab ilmu pengetahuan yang ada kalau dimanfaatkan, akan memberi seribu satu kebaikan kepada kita dan masyarakat sekeliling kita. Tanpa ilmu, masyarakat akan terpinggir. Kemajuan tidak akan mampir. Dan ilmu ini boleh menjadi bekalan akhirat kalau dimanfaatkan sebetulnya.. sebab, ilmu tak pernah habis.. Dan takkan luak pun kalau dikongsi dengan orang lain. Tak seperti harta emas dan permata yang semakin susut  mengikut masa.. Dengan emas dan permata, manusia menjadi tamak dan hilang pedoman. Tapi dengan ilmu, manusia menjadi lebih prihatin.." ~adios..Oyasumi Nasai..

Cinta dan Cita-cita

Monday, October 24, 2011


Dalam mengejar cinta insani, biarlah cita-cita yang diutamakan..
Meskipun cita-cita telah terlaksana,
Tingkatkan cinta kita pada ILAHI..
Kerana cinta insani akan menyusul..

"It is only a matter of time.."

Buah dan manusia ^ ^

Sunday, October 23, 2011

Oyasumi....

Eh, belum nak tidur.. Konnichiwa minnasannnn~~..
Tengah buat apakah? Malam ni nak kongsi satu lagi fakta yang saya peroleh dari internet. Terpulanglah pada kamu-kamu semua untuk menilainya.. Pernah tak terfikir kenapa lobak baik untuk mata? Tomato menyihatkan jantung? Kacang merah berbentuk seperti buah pinggang???

Jom tengok rahsia disebalik bentuk buah-buahan dan sayur-sayuran ni dengan organ tubuh manusia. Dalam Al-Quran pun ada menyebut "Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". Setiap aturannya pasti ada rahsia di sebaliknya. Dan apa yang nak saya kongsikan ini pastinya menarik perhatian kamu-kamu semua.. Tapi...Tak diwajibkan mempercayainya 100% ye.. terpulang kepada anda..

1. Lobak dan mata
Cuba hiris lobak tu bulat-bulat.. Letak dekat sebelah mata.. Nampak tak apa persamaannya?  


Haaa..dah nampak?? Sepotong lobak kelihatan seperti bentuk mata manusia!
Pupil, iris dan garis-garisnya begitu menyerupai mata manusia.. Adakah ini sebuah kebetulan?!
Sains : Dibuktikan bahawa lobak dapat melancarkan peredaran darah dan memperbaiki penglihatan

2. Tomato dan Jantung
Kalau belah dua tomato tu nampak apa? Urmm..saya selalu iris dan makan cenggitu je.. Kalau yang separuh masak memang sedaplah makan cenggitu je.


Kalau kita lihat, buah tomato bila dibelah dua akan kelihatan 4 segmen dan dalamnya berwarna merah.. Kan2x?.. Cuba belah jantung anda.. Eh, salah..jangan2x..jantung itu organ utama badan.. Jangan g belah tak tentu pasal pula.. Apa yang anda nampak dalam jantung?? Ada 4 segmen juga kan? Left and right atrium dan ventrikel.
Sains : Tomato kaya dengan lycopine dan merupakan makanan darah dan jantung..
[Hee..baru tahu..ingatkan tomato baik untuk wajah..;)]

3. Anggur dan jantung
Saya sukakan anggur.. dan dalam segugus anggur kita boleh lihat ianya membentuk seperti jantung. Anggur dalam klusternya menyerupai jantung!. Benarkah?


Dan setiap sebiji anggur dianggap seperti sel darah.. Err..ada nampak macam brocoli tak? eh, itu sayur.. ala yang kecil-kecil dalam jantung dan bulat2x tu..apatah namanya..brochiol? Whatsoevalah..
Sains : Terbukti bahawa anggur adalah makanan penting untuk menguatkan darah dan jantung.. Err...

4. Walnut dan otak
Pernah tengok walnut? saya tak pernah.. Kalau makan walnut dalam chocolate tu pernah.. Err..ada ke? entah.. Kalau tak pernah jom tengok gambar kat bawah..


Eh, struktur fizikal walnut seakan otak manusia!.. seakan-akan hemisfera kanan dan kiri. pasangan sereblum dan serebrum. Garis-garis dan belahan di tengah-tengah seakan neo-cortex.
Sains : walnut terbukti dapat membantu menambahkan lebih daripada 3 dozen "neuron-transmitter" kepada fungsi otak anda..
Oleh itu, sila makan walnut banyak-banyak..hee..

5. Kadang merah dan buah pinggang atau kidney
Manusia diciptakan dengan sepasang buah pinggang di kiri dan kanan. Dan kalau tengok elok-elok, buah pinggang kita berbentuk seperti kacang merah! Atau lebih tepatnya, kacang merah kelihatan seperti buah pinggang!.


Sains : Kacang merah dan membantu menyembuhkan dan menstabilkan buah pinggang kita.

Karya asli diambil dari sini..

Who am i?

Saturday, October 22, 2011

Benda ni dah selalu sangat orang share.. Personaliti diri mengikut bulan kelahiran. Terutama sekali kajian yang dibuat oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Icon motivasi ramai.. betul tak? Masa zaman sekolah dulu, saya siap beli lagi bookmark yang tulis tentang personaliti diri tu. Sebab saya rasa 80% daripadanya adalah tepat mengenai diri sendiri. Tanpa sedikit pun rasa ragu..=)

Kali ni saya nak share sesuatu tentang personaliti yang saya copy dari FB.. check it out..

SEPTEMBER=IMP
Loves to chat. Loves those who love them. Loves to takes things at the centre. Great in bed. Inner and physical beauty. Doesn’t pretend. Gets angry often. A meaningful love life partner. Makes right choices. Treats friends importantly. Brave and fearless. Always making friends. Does not harm others. It is all about love and fairness. Easily hurt and hard to recover. Daydreamer and does fullfill. Opinionated. Does not care to control emotions. Knows what to do, to have fun. Unpredictable. Someone to have close to you. Extremely smart, but definitely the hottest AND sexiest of them all.



SEPTEMBER.. Kenapa September? Sebab itu bulan kelahiran saya.. Dan 70% daripada personaliti di atas adalah saya.. ;).. Jom usha satu persatu..Hahaha..

1. Loves to chat [urmm..tak pasti pula.. Kawan-kawan, pendapat anda?]

2. Loves those who loves them [Absolutely right.. Kalau orang dah sayang kita, haruslah kita sayangkan orang tu kan?.. Wajibul..]

3. Loves to takes things at the center

4. Great in bed [?] nonsense! ke maksudnya sleepy?? hahaha..haruslah kuat tidur juga..=)

5. Inner and physical beauty [An absolute human create by the creator is the beautiful ever.. Dalam kena baik der.. Baru hidup gumbira.. ]

6. Doesn't pretend [Err..memang tak pandai berpura-pura.. Tapi kadang-kadang bawa musibah juga bila ter"express" sesuatu yang tak wajar di"express.. Pura-pura perlu juga kan dalam sesetengah keadaan?]

7. Gets angry often [?]..[Hahaha.. betul kot.. Terkadang cepat emo juga..]

8. A meaningful love life partner [?]

9. Makes right choices [Hopefully~]

10. Treats friend importantly [Of course.. Seperti mana pentingnya keluarga dalam kehidupan kita, begitu juga teman-teman..]

11. Brave and fearless [?]

12. Always making friends [Urmm.. tak kot.. sebab tak peramah sangat.. Jadi instead of always, maybe often..=)]

13. Does not harm others [Ye ye.. saya bukan karnivor nak makan orang..;)]

14. It is all about love and fairness[?]

15. Easily hurt and hard to recover [Part ni memang saya setuju.. Dan ini adalah kelemahan yang perlu diperbaiki untuk kebaikan masa hadapan..hahaha] 

16. Daydreamer and does fullfill [Maksunya apa ek? Kuat berangan? Tapi tercapai? Alhamdulillah..Muge setiap yang saya angankan akan menjadi realiti seperti angan-angan sebelum ini..] 

17. Opinionated[?] 

18. Does not care to control emotions [emo!]
 
19. Knows what to do, to have fun [Itulah hobi saya.. =P]

20. Unpredictable [Err..betul kot.. Kalau tak, tidaklah boleh sampai juga ke KL khamis pagi ari tu..hahaha]
 
21. Someone to have close to you[?]

22. Extremely smart, but definitely the hottest AND sexiest of them all.[Hee.. tak delah sampai extremely smart.. macam hypohyper je kan?]

Hahaha..itulah personaliti di sebalik bulan kelahiran saya.. Bukanlah 100% tepat.. cumanya, bila baca adalah terasa.. =P.. Nak tahu rahsia personaliti kamu? Jom layan..


Sehari bertamu di KL

"kpak...pak..." Ah..tak tahulah macam mana nak ngejanya.. Yang pasti, dah lama tak exercise jari jemari di laman blog sendiri.. hee.. Tak tahulah kenapa.. Tapi hari ni nak story pasal trip ke KL hari tu.. Trip[?] yang tidak dirancang. Dan pergi tanpa ada perancangan.. Samalah kan?

Saya paling tak suka last minute punya planning.. Rasa serabut otak nak pergi.. Dan perjalanan tidak dirancang ini hampir-hampir saja saya batalkan kerana rasa sangat serabut. Kenapa saya ke KL? Tak perlulah digarap dengan tepat. Cukuplah saya katakan urusan saya di sana telah diselesaikan dengan jayanya.. Alhamdulillah...

Tepat jam 12.00tgh malam, saya naik bas dari JB --> KL. Takut[?].. Entah.. Tawakal dan serahkan semuanya pada ILAHI. Sampai di TBS pada jam 3.30pagi.. Err.. hanya 3 jam 30 minit sahaja? Awal 1jam 15 minit dari perancangan masa yang dimaklumkan kawan-kawan.. Lambat lagi nak subuh.. Eqyn btau saya, kalau dah sampai KL, gtau dia.. Tapi melihatkan jam baru 3.30am, tak sampai hati pula nak menganggu tidur orang.. Buat julung kalinya, saya lepak di TBS sampai subuh.. Heeeee..Mujurlah TBS tu dah ala-ala airport kan? sejuk dan bersih je..




Usai solat subuh, bertemu dengan Eqyn.. Coursemate saya masa undergrad. Dari TBS
singgah rumah dia untuk mandi dan bersiap. Destinasi saya hari itu adalah UTM IC KL. Lebih tepat lagi, di MJIIT. Malaysia-Japan International Institute of Technology. Err..tak sure plak betul ke tak..

Selesai segala urusan, saya bertemu Kak Ena yang banyak membantu.. Dan bakal[?] rakan sepenyelidikan nanti..Usai solat asar, kembali ke TBS. Tiket bas ke JB pada pukul 5.50pm. Tetapi disebabkan kelewatan bas, sekitar 6.10pm baru gerak. Tiba di JB tepat jam 9.30pm.. Apa lagi..tidurlah..Heee...

Sepatutnya keesokan harinya, saya kena buat seminar[?] berkenaan projek yang tengah saya usahakan selama bergelar Research Assistant. Tapi, terpaksa ditunda atas sebab-sebab musabab yang bleh diterima.. Ngee..

p/s : Isnin ni, 24hb Oktober 2011 adalah hari terakhir bergelar RA.. Lepas ni..kembali bergelar mahasiswa..(^____^) Cita-cita yang tertunda seketika..Doakan segalanya baik ok!..

TERBAIKKKKK...

Wednesday, October 19, 2011

Fuhh..
TERBAIKKKKKKK!!!

Pagi dapat surat tawaran, petang dapat call kena turun KL..
Belum mendaftar lagi..
Dah terkial-kial mencari arah..
Aih, kamu-kamu di KL..
siapa yang saya nak cari ni?? 
Nak duduk bermalam barang semalam..
Petang ni kena turun KL..
Event pagi esok..
Doakan keselamatan saya ye awak-awak..
Perjalanan tanpa perancangan awal...
Dah rasa berselirat neuron-neuron dalam otak.. (T____T)



Hello...Anybody there??

Lily putih buat kamu..^____^

Tuesday, October 18, 2011


새일 축하합니다
Saengil Chukhahamnida

생일 축하합니다
Saengil Chukhahamnida

사랑하는 Aimie-shi
Saranghaneun Aimie-shi

생일 축하합니다
Saengil Chukhahamnida...


Otonjobi Omedetou Gozaimasu, Aimie-Chan..
May Allah bless you..
Happy always..
and thanks for the friendship you give me.. Such an awesome value to treasure..

Lily putih buat kamu...
My awesome, adorable and nice sista~
Aimie Amalina Azman 
18.10.2011

i'm wonder..

Sunday, October 16, 2011

I quote this from FB.. But then i'm thinking about it..

"Sometimes i wonder why i fell in love with you in the first place..
and continue to love you even after all the pain..
And then you smile at me..
And i realize why;
without you, i can't breathe..."


But the true is..
I need oxygen more than i need your love..

Because Human + Oxygen = Living..
The equation that nobody can't deny..

If someone told you to choose between Love and Oxygen, do you really want to choose love instead of oxygen? 

Yeay!

Mencari..

Aku cari di mana damai yang hilang..
Aku cari dan terus mencari..

Tiiittttttt....salah masuk mood..

Seminggu dua ni agak sibuk sikit. Nak kena siapkan macam-macam benda. Dan lebih menyibukkan diri bila nak mencari bilik untuk disewa sekitar KL.. Actually, tak brape arif pasal KL.. Nak turun KL pun tak smpat lagi..sedih kan? Tapi kalau ada rezeki , by early november ni bakal duduk KL.. Tapi rumah sewa atau bilik sewa pun tak jumpa lagi..heeee... Memang mood mencari dan terus mencari.. Ada tak yang tahu mana-mana bilik atau orang yang nak cari rakan serumah? Tumpuan adalah sekitar UTM KL.. Hahaha..ada plak promote cari bilik sewa dalam blog sendiri.. Haru lah ko sara!.. Hahaha..


Dan, kawasan mana je yang berhampiran dengan UTM KL tu?? Err...memula tak mau story pape lagi pasal ni dalam blog.. Tapi macam dah terdesak je nak cari rumah atau bilik sewa.. Hahaha.. Kalau ada yang tahu, btaulah ye.. Err..

Samgyetang

Saturday, October 15, 2011

Samgyetang.. Kalau tengok dari luaran macam sup ayam je lah.. Tapi bahasa Inggerisnya Chicken Broth with Ginseng. Tapi masa dekat Korea tahun lepas, kami panggil Ginseng Chicken Soup. Well, it's the same thing right? Nasi dalam ayam yang direbus atau dimasak dengan air. Godek-godek internet, jumpalah resepi dia.. Jom usha sesama..


Bahan-bahan:
- 2kg ayam muda..a.k.a seekor ayam untuk satu hidangan. (Yang kami makan ni, half kot..)
- 1 3/4 sweet rice (basuh dan rendam selama 2 jam)
- Undried ginseng (8 medium-size roots)
- 1 stem green onion(dipotong / dihiris) ...looks like daun bawang for me..
- 6L air

untuk sos/sauce:
- 12 ulas bawang putih
- 20g chinese dates ...kurma cina[?]
- 45g garam
- 7g pepper ..lada[?] kan..

Cara-cara nak buat?
Basuh ayam sebersih-bersihnya.. Lepas tu masukkan beras yang telah dibasuh dan direndam ke dalamnya...
Masukkan juga bawang putih, kurma cina, dan undried ginseng kedalam perut ayam bersama-sama beras tadi.
Ikat agar beras tak keluar...
Masukkan ayam ke dalam periuk.dan masukkan air. Rebus selama 40-45 minit sehingga chicken broth keluar.. Err..pati ayam atau sampai ye jadi air rebusan ayam rasanya..
Akhir sekali masukkan sedikit garam, lada serta green onion ke dalam sup.

Pastikan nasi serta ayam masak.. Untuk lebih lanjut, pi lah usha website ni.. Saya pun tak try lagi.. Hahaha..selamat mencuba,..

p/s : Samgyetang biasanya disediakan pada musim luruh untuk reenergize tenaga serta nurture our mind as well as protect our body from summer heat. Tapi, tahun lepas kami makan masa winter. Dan pada saya, enak! Segar je rasa tubuh bila dapat hirup sup panas berginseng lagi tu.. Badan yang terasa letih menjadi semangat kembali.. Tapi kat malaysia ada ke ginseng? Heee..mesti mahal kan? Gula-gula ginseng sangat tidak sedap! hahaha..

Tengah nak usha cari resepi jjang-myun plak.. Kebanyakkannya guna pork, tapi as muslim people, kita olahlah masuk ayam ke, daging ke..anything yang halal untuk dimakan.. Tapi, susah juga nak jumpa resepi black bean sauce ni.. Yang terjual tu, halal tak?

Demam Korea tak abis lagi.. Dan yang paling mudah untuk dibuat saya rasa adalah Gaeran Mari.. Sweet je tengok Jun Pyo boys Over flower makan.. hahahaha...~rosak..


Bila Tayar pancit....

Tuesday, October 11, 2011

Sketsa di petang hari..

Misi : Menukar tayar motor yang pancit..


Al-kisah nak jadi kaya raya..
Eh, salah.. 
Angkara tayar yang semakin kempis..
Lagi dipam angin, lagi banyak yang dia buang.. Penat pam.. Tak sampai 200m, dia buang angin balik.. Aih... 
Bukan Taman U, nak sampai pintu depan UTM pun belum tentu..

Lampu MERAH : BAHAYA!!


Dari WCC bawa ke S32..
Urmm..Dak UTM, cubalah bayangkan route yang kitorang guna ye..=D


Pilihan yang ada cuma dua:
1. Tunggulah Pomen motor datang esok. Paling cepat, pagi.. Paling lambat? entah..
2. Buka tayar sendiri.. Bawa g kedai dengan kereta.. Tukar tube, buh angin..pastu pasang sendiri..
Risiko [?] Kot jadi macam tikus baiki labu je lah..









Pilihan hati??

















Tadaaaaaaaaaaaaaaaa........


Rongkah sudah.. Hasil seni[?] kami berempat..
Hahaha... Bleh tahan juga deh.. Ingatkan susahler sangat.. Mudah je rupanya.. 
Yang tertinggal tu brek motor..


 Haruslah tukar tube tu suh pomen buat kan?
Nak buat sendiri, hitam tangan.. Tak embohlah..
Dah buka pun kira hebakk juga.. Bak kata Atok Boboi boy..
TERBAIKKK..

Pelampung yang pecah dah pun berganti..
Siap tukar tube, g makan dulu..
Kat mana?
Tempat biasa.. Ayam Penyet Pinang..=D

Siap makan, solat maghrib..
Misi diteruskan..
Bertemankan high beam dari Kereta Cik Siti..
Tayar bertube baru dimasukkan semula ke tempatnya..
Godek2x...

Tak sampai setengah jam..
Mission accomplish..
Yeeehaaa...
Tak lah susah mana rupanya nak tukar tayar moto ni..
Eh, silap..
Taklah susah sangat nak rongkah motor ni..
Hahaha...
Kami bukan tikus yang membaiki labu..~


Cintaimu sederhananya



Aku ingin mencintaimu dengan sederhana..
Seperti kata yang tak sempat 
diucapkan kayu kepada api yang menjadikan abu..

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana..
seperti isyarat yang tak sempat
dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada..
~Kahlil Gibran

(Siapakah beliau ini??)

Nyum nyum..Pisang Goreng..

Ohayou Minnasan!!!

Berpagi-pagian semuanya... Kat JB ni hujan.. Lebih spesifik, dekat UTM.. Haaa..Maka kita online dari bilik...heee...

Eh, pisang goreng atau goreng pisang?? Pape je lah.. Yang penting, dah dapat makan juga akhirnya...weeee...


Wallaweh...petang, tak lah petang sangat.. Dah nak dekat maghrib jugalah.. Tapi layankan je.. Janji dapat  pisang goreng... Dulu masa undergrad selalu g lepak makan pisang goreng dengan budak-budak ni.. Siapa? Wonder Girls.. Hahaha.. Mereka-merekalah..

Sekarang, g melepak dengan Siti je berdua.. Aih..how i wish the time can rolling back[?]

p/s : Macam dah renyai je tu.. Nak gerak g lab sudah...

Bila gaji naik~

Monday, October 10, 2011

Assalamualaikum...

Selamat Pagi!! Ohayou Minnasan!!!...

Apa khabar semua?? Pagi isnin yang dinantikan..Ahaks..---> Pertama kali rasa begini.. =D

Bual bicara kita pada pagi ini adalah berkisarkan tentang Bajet 2012 yang dibentangkan Jumaat lepas.. Saya terlambat?? Ye saya tahu.. Sebab saya tak mendengar. Sekadar membaca.. Sana sini sinun saya baca sebab nak tahu apakah intipati bajet 2012 kali ini.. Yang saya faham dari satu sumber yang saya tak ingat dari mana, kadar defisit negara di tahap yang membimbangkan. Err..saya tak pasti apa itu defisit. Tapi bila baca dan baca.. Ianya seolah-olah kadar hutang yang ditanggung kerajaan. Betul kah? Ok. skip bab ini.. Kita serahkan pada yang pakar..


Minnasan.....
Ada beberapa perkara yang saya nak sentuh dari perspektif pemikiran saya yang tak brape nak betul ni..ahaks.. Jadi, tak payahlah nak buat kecoh ke apa. Ini apa yang otak saya fikirkan..

1. Gaji dinaikkan..
Yeehaaa.. Yabeda bedu.. Sukakan kakitangan awam mendengarnya? Seronok sangat ke gaji naik ni? Pada saya, tak.. Sebab apa? Sebab sama je dengan pengumuman gaji naik, harga barang pun ikut naik.. Hello der..cuba kau buat kira-kira balik. Rasanya tak ada perubahan pun. Gaji penjawat yang naik.. Tu gaji pesawah, petani, orang kampung tu mana naik kan?? Tapi harga barang? Semuanya naik.. Ada ke kita g kedai-kedai, cakap nak beli barang.."Bang, gaji saya tak naik..harga barang untuk saya pun tak naik jugalah kan??."


Ada-ada?? Ce jawab sket.. Ingatkan bila gaji naik, taraf hidup blehlah berubah sketkan? Tapi, hakikatnya...Gaji yang naik tu untuk menampung harga barang keperluan yang meningkat naik.. Jadi, pada dasarnya, tiada apa pun yang naik..

p/s : surat kepada bakal suami saya nanti.. 

To my Future Husband,
"Bang, i tak nak apartment. Kalau you sayang i, belikan i rumah teres lot tepi yang ada banyak tanah. You nak tahu kenapa? Sebab I nak tanam sayur, cili, serai, daun kari, daun sup, daun bawang, kesum, kacang buncis.. Dan i nak bela juga ayam.You makan itik tak? Kalau u makan, kenalah i bela juga.. Kalau tak, kita bela ayam pun dah cukup. Kalau lot tu besar, i ingat nak bela lembu (You mesti nak makan daging kan?) juga.. Kalau boleh lagi, i nak buat kolam. Nak ternak ikan keli, udang, sotong.. Urmm..apa lagi ye?.



Bukan apa Yang, gaji memanglah naik.. Tapi, you tengoklah harga barang-barang dapur pun naik. Kiranya, you melabur beli rumah lot tepi untuk i.. Nanti i melabur masa dan tenaga i bercucuk tanam untuk jimatkan penggunaan duit. Degree i tu? Kita gantung je buat pameran untuk anak-anak tengok. Duit ni, you guna untuk isi minyak kereta. Harga petrol pun naik kan? I nak gali petroleum untuk buat minyak isi kereta you, macam tak mampu je.. Ini je lah caranya.. Boleh ye sayang?.. 

Lagi satu Yang, rumah kita nanti, you tak payah susah-susah nak buat dapur cantik-cantik untuk i.. Ye lah.. tong gas pun bukannya murah dah.. You nak i guna dapur elektrik? Alahai, bukan i tak nak Yang.. Tapi you pun tahu kan, tariff elektrik dah naik.. I ingat nak buat pangkin dekat tanah belakang rumah tu, lepas tu buat dapur kayulah..I masak, then kita lunch and dinner kat situ je.. Tak payah pasang air cond dah.. Angin sepoi-sepoi je kat luar tu..

I ingat nak ajak you duduk kampung je.. Tapi, ada pula kerja you ni dekat kampung kan? Jadi ini je lah penyelesaian yang i nampak.. Tapi..kalau gaji you sebulan dekat 6-7 ribu, i nak request pembantu rumah bleh?? Tak luak pun duit you untuk i kan? "

----> Grrr....takkan kena sampai macam ni kot? Adoilah..



Sara!!! Apa yang kau tengah mengarut ni? Hahahaha..=D


Apa lagi ek? Hoo..otak tak bleh fikirkan.. Ada perkara yang membolehkan amarah memuncak.. Mujur bukan projek psm dah.. Paling best, mujur dah grad! Hahaha.. Ok lah..adios~

p/s : Haaa..mesti ada yang kata.. Aih, kerajaan bagi lebih pun bising.. Bagi sikit pun bising.. Tak..jangan salah faham.. Saya bukannya anti kerajaan bai.. Saya pun sokong juga kerajaan.. Dalam sesetengah perkara lah..Cuma seperti yang saya tuliskan sebelum ini, ini adalah pendapat peribadi saya..

Oh Weekend!

Sunday, October 9, 2011

Saya takut weekend..
Ini fakta bukan auta..

Kalau dulu..saya paling tak sabar nak tunggu weekend.. Sampaikan boleh sepakat dengan member-member kelas supaya seminggu ada 3 hari je kelas.. Jadi, dapatlah weekend 4 hari.. Itu sangat menarik bukan?? Tapi sekarang..

Saya harap tiap-tiap hari adalah weekdays.. 
Kerana Weekend saya sekarang sangat memBOSANkan!!!


Owh!! Terderanya perasaan setiap kali weekend datang bertandang..
Nak balik rumah? Nanti dah tak jadi weekend.. Terus saya jadikan HoliWeek (Holiday Week)..=P

Grrr..kemana hilangnya nikmat weekend yang sering dinikmati sebelum ini?? Tolong2x!!..

Weekend War


Awak yang terakhir...

Short entrie..

Tadi jenjalan kat blog jap. Sampailah satu blog ni. Tengok The Proposal. Kisah benar Raja Lawak menjadi Raja Sehari[?].. Mungkin ada yang dah tengok. Tapi cam lucu pula bila dengar ayat ni:

"Saya tahu,mungkin awak bukan yang pertama hadir dalam hidup saya.. Tapi saya akan pastikan awaklah yang terakhir.."


[Lucu di sini bukannya apa..macam pernah sms ayat ni dekat kawan..Cuma bukanlah ayat "awak"...]


Saya suka ayat ni.. Iyalah, tak semestinya bila kita kahwin nanti, orang tu adalah first love kita kan? Kalau ye, tahniah! Bagi yang bukan.. Memang betullah kan ayat tu? Lihat statement ni dari sudut yang positif ok!

Adios~

Tak sama!

Tuesday, October 4, 2011



Tak sama maksudnya..

Tak ingat tak bererti tak tahu..
Mengingati tak bererti merindui..

Hidup manusia subjektif..
Ada kalanya kita merindui mereka yang jarang kita ingati..
Dan..
Adakalanya, yang diingati tak semestinya yang dirindui..

Sama juga dengan konsep pembelajaran..
Ada kalanya kita mengetahui tentangnya..
Namun, kita gagal mengingatinya..
Bukan sebab kita tak pernah mempelajarinya..
Cuma apa yang dipelajari tidak dipraktikkan selalu..

Begitu jugalah dengan konsep kehidupan..
Ada kalanya kita mahukan sesuatu..
Tapi tak bererti kita impikannya..
Sebab yang diimpikan kadang-kadang sukar untuk digapai..
Tapi tak bererti ianya mustahil..

Kadang-kadang kita sering mencari yang jauh..
Hakikatnya, dia berada berhampiran kita...
Tak kiralah cita-cita mahupun cinta..

Sebesar mana pun perancangan kita..
Kembali kepada Pencipta-NYA..
sebab perancangan DIA jauh lebih sempurna buat kita..
Sebab itulah..
Kadang-kadang apa yang kita peroleh..
Bukan sesuatu yang kita angankan!

Sebab...
ALLAH MAHA MENGETAHUI lebih dari apa yang kita ketahui..