Part 4: At Korea University

Sunday, January 2, 2011


Assalamualaikum..

Hari ahad.. sangat bosan. tak tahu nak buat apa. Buka FB dah. Maen FV pun dah.. Main CV pun dah.---> BOSAN yang TERAMAT..

Dok tak dok, pi maen SUDOKU dengan KAKURO pula (bukan KANKURO ok.. itu dalam NARUTO adalah). Tersangkut pulak kat satu set ni. Nampak sangat tak reti main tapi saja nak buat-buat terror..huhuhu.. Memandangkan kebosanan melanda tahap tertinggi setinggi gunung everest, eloklah saya update lagi kisah-kisah di Seoul, Korea yang tak abis-abis lagi ni.. 

Since, gambar-gambar di Tteok Cafe belum dijumpai dan dieditting, saya continue cerita dengan Academic Visit to Korea University. Dari maklumat yang saya peroleh dari kawan-kawan yang sedang menuntut di Korea University tu, KU ni antara university yang tip toplah dekat Korea tu. Diorang panggil S.K.Y University

S = Seoul National University (Paling top di Korea ni)
K = Korea University
Y = YonSeng Yonsei University

Di setiap pokok ada nama University yang bekerjasama dengan KU

wajah-wajah bakal engineer masa hadapan
Kami sampai ke Korea University ni pada hari kedua ketiga kembara di Bumi Seoul. Memandangkan waktu lawatan kami jatuh ketika musim peperiksaan, tiada taklimat atau perjumpaan rasmi dengan mana-mana dekan mahupun orang pejabat. Dengan bantuan dan kerjasama yang diberikan pelajar Malaysia di sana, kami dibawa melawat sekitar kampus. Saaaangat besar.. Saaaangat luas..dan saaaangat banyak berjalan. Kampus KU ni terletak di dalam komuniti masyarakat Korea. Err..maksud saya ada deret-deret kedai di antara 2 kampus. Terpisah dengan jalan raya yang cukup lebar. 


Membaca jambatan ilmu. =)
Saya, Q, Fye, Wani dan Intan

Bangunan dalam Kampus Korea University
Budaya dekat sana memang luar biasa. 
1. Orang Korea nak masuk lift pun diorang beratur. Orang kita berebut-rebut masuk lift takut tertinggal.
2. Orang Korea waktu makan tertib. Tak de istilah "Chop-chop" tempat. Diorang beli makanan, terus duduk kat meja makan. Orang kita, tak sah kalau tak save tempat dulu baru pi beli makanan.
3. Orang Korea jalannya sangat laju. Jimat banyak masa. Orang kita berjalan macam Mak Limah pergi pasar. Lenggang kangkong ja..

Hehehe...jangan marah ye orang-orang Malaysia. Saya cakap berdasarkan apa yang saya nampak dan saya perhatikan. Yang tak nampak, saya tak cakap.. (-o,^)*


Campus Guide Map
I have been here!!

One of the campus building
dari sisi lain

Sampai tengah hari jugalah kitorang visit Universiti Korea ni. Dah bersemangat pula nak futher study ke sana. Tapi, saya tak pasti ada course elektrik ke tak kat sana cos pelajar Malaysia dekat sini sana yang saya jumpa rata-ratanya ambil Mechanical dan Management. Elektrik? Tak pasti. Mungkin boleh futher kat Dongguk University..


Kalau terlepas, bleh jenguk entrie-entrie saya yang sebelum ni:-
Part 1 : Menu di Seoul, Korea
Part 2 : Itaewon
Part 3 : Dongguk University

8 comments:

Cik Bee said...

awak,awak.. cantek gambar. pandai edit... nak g gak korea! hihi
~salam ziarah~

Cik Sara said...

@Cik Bee
('o,') Thanks.. Suka-suki waktu terluang..hehehe...jom g korea!!
(-o,^)
Thanks sudi singgah..

fatihah said...

fighting!

kalu u smbung kt dongguk, i p melawat u..hehehe..

Cik Sara said...

@Fatihah
Wah..doakan ye..mana tahu ada rezeki saya di situ..=)

Nanti awak datang melawat, saya bleh bawa jalan-jalan..hehehe

fatihah said...

suke3. insya-Allah,bole bole..
fighting!

Wan Aizat said...

Nak betulkan skit je..

S - Seoul National University
Y - Yonsei University

takot nanti orang korea marah lak..hehehe..

Cik Sara said...

@Aizat
Hehehe..saje j bagi salah tu..nak tunggu ko muncul.. Hidup lagi di dunia blog rupanya..hehehe..

Neway thanks atas pembetulannya..

nad said...

bestnya!!!!
ada lawatan U ke atau personal travel?