Tahniah Mentor! Dan Tahniah Mama Hanis!

Monday, June 11, 2012

Yeay!!!
Berakhir sudah Mentor 6. Siapa juaranya?? Tahniah buat ELLA dan CAROLLINE.. Hebakk tuuu.. Markah keseluruhan sebanyak 71 meletakkan ELLA dan protegenya sebagai juara musim ke-6 ini.. Lotssss of Tahniah!!.. Dan tahniah juga buat mereka yang turun mengundi!! Hahahaha... Ini komen tak berapa nak professional pula dari saya.. Wallawehhh...

1st, untuk Anas dengan Faizal Tahir. Masa separuh akhir hari tu, saya suka dengar lagu yang Anas bawa. Sebab boleh rasa. Kira orang kata, ada feel lah lagu yang dia sampaikan tu. Tapi untuk malam ni, feel tu tetap ada cuma terdengar serak-serak suaranya. Adakalanya pecah sikit. Mungkin sebab Anas tak sihat malam ni kan? So, not a big deal. Cumanya, lagu solo persembahan Anas yang terakhir tu, tak berapa nak sampailah.. Hehehe.... mungkin slow dan mendayu-dayu sangat so tak dapat catch up lirik lagunya.. Overall, dah terbaik tu.. Cuba u bagi mic dekat i, belum konfem ada pitching! =D

2nd, untuk Zatul dan Akak Ogy kita.. Saya suka. Sebab ada unsur drama yang diselitkan di situ. Kalau ada kategori persembahan terbaik malam ni, memang boleh menang kat Zatullah. Dan one more thing, sebutan Zatul jelas. Macam Ziana Zain. Hehehe.. Dan saya suka lagu solo Zatul.. "Kehidupan lalu bukan milikku", ke apantah ..lebih kurang begitulah.. Macam ada sesuatu yang ingin disampaikan di sebalik lirik itu.. Tak pe2x nanti kita cari lagu tu. Eheh.. Overall, Zatul ada pakej untuk jadi seorang penghibur..Hahaha.. 

3rd, Carolline dengan Ella. Perghhhhh... memang mantap habis. no wonderlah dapat juara. Tapi, jujurya saya tak berapa nak tangkap sangat lagu solo Carolline tadi. Mungkin sebab lagu solo dia pun ala-ala mendayu gitu, jadi macam lambat sikit nak pick up lirik dia. And persembahan duet dengan Azlan Typewritter pun macam gempak. Arrangement baru pada lagu tu buatkan Carolline nampak mantop atas stage tadi.. Dan, tahniah buat Carolline dan Ella. Kerja kuat sungguh Carolline ni sampai pengsan-pengsan. Tapi, apa-apa pun dia dah pun dapat hasilnya.. Tahniah..tahniah.. tahniah..

Haaaa... dan tahniah juga buat seorang blogger kita ni. Tahniah di atas kelahiran baru itu. Kehadiran seorang cahaya mata yang sememangnya dinanti-nantikan mereka sekeluarga. Tahniah Kak Hanis, pemilik blog Hana Sakura. Selamat melahirkan akachannya tepat jam 5.41pm tadi (10.06.2012) di Sendai, Jepun. Akachan kak Hanis ni seberat 3.814kg. Selamat berpantang akak! Lepas ni cerita pasal akachan sokmolah dalam blog Hana Sakura tu ek.. heee.. Haaa... Nak tempek gambar akachan yang di"curi" dari fb Kak Hanis. Errrr...kak, itu waktu Malaysia ke, waktu jepun? eheh..


 



4 comments:

Asmara said...

Wah rajin review mentor. X follow mentor. Tahniah pmenng.
*comel bby hanis kan! Waktu jepun tu. ;)

Citarasa Rinduan said...

dik..
thanks syer info ttg mentor dan kak hana...

sangat hargai info ini..

maszull said...

assalamualaikum sara....tahniah buat pemenang n tahniah buat blogger yg baru mendpt cahaya mata tu...:)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

x follow pun mentor
nangess nnt nk cari kat utube nak yg final nyer...

p/s::nyapa ur profile if click kat situew not available ekkk?? kena cari kat blog update baru blh terjah