Transkrip Terakhir Kalinya

Monday, June 27, 2011

Dengan rasminya.. transkrip semester akhir telah dikeluarkan..Wee..Hip hip hooray!.. Sangat gembira.. Lebih gembira daripada tengok senarai tampal hari tu.. Kali ni transkrip betol. Rasa cam tak sabar-sabar plak nak ambil transkrip hardcopy dari pejabat.. Gembira.. No words can explain my feelings..
 
Kenapa? Jom tengok..
 
PNG : 4.00
 
Urmm.. Lihatlah..pandanglah..Resultku yang cantik menawan..=) Ok.. entrie ini bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk.. Tidak sama sekali.. Orang lain tiap2x sem dapat tak bising pun kan? Aha..suka hatilah..Blog saya.. Keputusan saya.. Nak juga simpan dalam blog buat kenang-kenangan.. Dulu masa matrik tak dapat nak simpan dalam blog. Maklumlah belum berblog..
 
Alhamdulillah.. Akhirnya impian menjadi kenyataan.. Angan-angan bukan sekadar mimpi malam.. Saya gembira..Sangat2x.. Tapi...Yup! ada juga tapinya.. Saya bukan 1st class Student ye.. PNG keseluruhan tak cukup layak untuk bergelar 1st Class Student. Jadi anda tahu bukan kenapa saya happy tersangat2x?
Saya pernah berada di atas. Dan kemudian jatuh bagaikan kapal terbang terhempas ke bumi.. Tapi itu bukan alasan untuk saya terus jatuh. Semester yang berbaki, saya bangkit semula.. Meskipun langkah yang digarap sedikit terlewat berbanding insan lain, tapi saya puas melihat hasil terakhir kalinya..
 
Dan inilah Transkrip Terakhir Kalinya bergelar graduan Ijazah~
Jadi kalau anda kata Degree itu susah. Tidak sebenarnya.. Pokok pangkal adalah diri kita sendiri.. The true enemy is yourself.

Bahasa Jiwa Bangsa

Sunday, June 26, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa. Kalau tak salah, bulan Ogos adalah bulan bahasa di negara kita kan? Tapi kalau tengok fenomena dan situasi masa sekarang, saya rasa bulan bahasa perlu dianjurkan setiap bulan. Terkadang, kesian dengan cikgu-cikgu yang mengajar subjek bahasa Malaysia ni. Bukannya apa, lain yang diajar lain yang dipraktikkan oleh budak-budak zaman sekarang. Bahasa Melayu dan semakn dimodenkan. Sehinggakan kadang-kadang tu sampai tak faham apa yang diorang nak sampaikan. Nak kata speaking english, tak jumpa pula istilah tu dalam Oxford Dictionary tebal saya tu. Nak kata bahasa Malaysia, Fuhh..Dewan Bahasa pun tak sempat nak masukkan perkataan tu dalam kamus. Makanya, bahasa apa yang mereka gunakan ni?


 Ingat tak dengan lagu Kurik Kundi yang Dato' Siti nyanyi zaman dulu2x kala? Kalau tanya saya pun, tidaklah saya hafal keseluruhan lirik lagu tu, tapi yang paling saya ingat; "Yang Kurik Kundi yang Merah saga, Baik budi indahlah bahasa.." Tapi kalau bahasa dah tak indah, macam mana agaknya orang menilai budi dan tingkah kita?  

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Cuba hayati lirik lagu di atas ni. Dalam televisyen pun ada pasang. Bahasalah menyatukan kita semua. Bahasa Malaysia yang betul. Sejauh mana kita menggunakannya? Kan ke dah sedap perkataan "itu" yang ditukar jadi "itew" buat apa? Belum lagi dikira "ke" jadi "kew". "Kalau" dah jadi "kalaw". Kenapa perkataan "u" nak ditukarkan jadi "ew"? Tak ke sakit kepala nak baca, nak fahamkan lagi. Contoh lain: "ujan lorh plak..huhu..sjuk ar malam niey..". Tak pasal-pasal je perkataan "ni" jadi "niey". Rosak kan? 


Yang ini saya setuju~

Sebelum ni saya pernah baca dalam surat khabar. Ada seorang cikgu ni keluar kenyataan akhbar tentang bahasa SMS. Pada saya kalau guna singkatan dalam SMS boleh diterima lagilah. Kenapa? Sebabnya nak jimatkan kredit dan masa menaip mesej. Kalau kamu-kamu perasan, bila taip mesej, akan keluar 1000/1 . Semakin berkurang angka 1000 tu, semakin bertambah nilai 1 tu. Makanya, kalau mesej yang dihantar tu masih berkeaadan per 1, cas penghantaran sms adalah 1 sen untuk celcom ke celcom. Tapi kalau dia dah bertukar jadi per 2 atau per 3, automatik, cas penghantaran sms akan bertambah juga. Betul tak? Ke handphone saya je yang macam tu? Makanya daripada perkataan "semakin" kita singkatkan jadi "smkn" dengan menghilangkan vowelnya di situ. Ataupun "Jumpa ptg ni dkt Library". Tapi yang jadi sekarang, "Jumpew ptg ni at library". 

Ok, dengan sengajanya saya tulis Library sebab kadang-kadang nak sebut perpustakaan seakan kekok bunyinya seolah-olah perpustakaan itu ibarat perpustakaan sekolah rendah yang hanya menggunakan kipas angin untuk menyejukkan bilik. Ok. Tipu. Tapi tak ke serabut bila membaca mesej "jumpew". Oh, saya tidak mengata sesiapa. Malah ayat di atas banyak yang saya "refer" daripada adinda saya yang selalu membuat saya "hangin" satu badan bila dapat mesej daripadanya.
Saya kuno ke? Atau bahasa malaysia yang digunakan sekarang terlampau moden sehingga saya sendiri jadi tak faham? Saya? Macam mana saya menulis mesej? Mesej saya antara yang terpanjang rasanya. Saya tak pandai nak modenkan bahasa ni. Tapi mujurlah juga saya tak menggunakan bahasa melayu klasik ala-ala zaman Tun Sri Lanang tu. Saya mengaku saya sendiri masih menggunakan singkatan. Dan kadang-kadang turut meyelitkan penggunaan bahasa Inggeris, tapi tidak sesekali mencampuradukkan tatabahasa sehinggakan Bahasa Melayu yang digunakan seakan hilang identiti. 

Zaman semakin maju. Orang-orang Malaysia yang berkedudukan tinggi dan terkenal seantero dunia pun tidak lagi menjadikan bahasa malaysia sebagai bahasa rasmi. Bahasa Inggeris lebih dijunjung.  Kelihatan gah sebab engkau teror speaking. Tapi terasa rendah diri sebab bahasa Inggeris berterabur bila bersuara. Sedih kan? Lebih menyedihkan lagi bila bahasa malaysia semakin kehilangan identiti. 

Loghat negeri? Itu antara keunikan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, adat dan budaya. Loghat negeri, masih mengekalkan penggunaan bahasa melayu cuma terkadang ada istilah yang berbeza.Bunyi juga berbeza. Tetapi masih selesa untuk didengari. Kepelbagaian loghat bahasa itu melambangkan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Namun, fenomena baru yang melanda bahasa kita ini adakan boleh dianggap sebagai satu loghat baru juga??

Fikir-fikirkanlah. Singkatan masih boleh diterima. Tapi penukaran ejaan dan tatabahasa melayu yang dimodenkan dan di"rosak"kan anak-anak zaman ini sangat sukar diterima. Kembalilah kepada asas dan akar bangsa kita. Sayangi bahasa, sayangi bangsa.

Bahasa Jiwa Bangsa:: Musnah bahasa, punahlah Bangsa
 

Symbolized Our Friendships

Saturday, June 18, 2011

Inilah koleksi bunga-bunga hasil tangan sendiri menggunakan felt. Sebelum ni pernah post untuk Autumn dan Winter.. Nak post untuk Summer and Spring tapi cam tak cukup kombinasi plak.. By the way, this is the half time result! Eh? Kenapa half time? Urmmm..guess what? Takkan saya nak biar dia dok atas lappy saya right? I shud do something on it..~
 
  
This colorful flowers symbolized our colorful friendships~
Kenapa bentuk hati? Err..sebenarnya susun randomly. But then bila nak ambil gambar, baru realised, "Bentuk hatilah!". And this photo i dedicated to all my friends. Special friends. Kawan yang sentiasa ada waktu senang, susah, duka dan gembira. Kawan yang boleh saya berkongsi cerita. Love is subjective right? SO, those are my love for all my friends.. Ada member cakap "Di Taman Teman". By the way, yay! It is! and you are part of them!..



Wee.. part ni tak boleh blah.. Ambil gambar time tengah layan boys over flower.. Sabau ajelah.. Nak sambung lagi buat bunga-bunga ni.. Ada fews felt yang tak potong lagi. Lepas tu ingat nak try cari design bunga yang lain pulalah.. Matahari ke? Lily ke? Tulip?..

Kena Blocked?

Thursday, June 16, 2011

Aish..terbantut proses membuat kerja buat seketika. Kat luar tu tengah hangat pasal kerajaan sekat website file sharing sebab nak elak cetak rompak dari berleluasa. Tapi saya kat dalam lab ni rasa hangat je sebab satu-satunya web yang sangat saya perlukan tika dan saat ini kena sekat dengan pihak CICT! Owh damn! Apasal lah nak blocked web ni? Mana nak cekau datasheet kalau gini rupanya. Korang tak percaya? Ce tengok gambar kat bawah ni;
 
 
Dah banyak kali try buka web ni.. Tetap juga tak buleh.. Sedih~.. Broadband pun tak da.. Iyolah, saya  begitu yakin dengan kelajuan Wifi makanya menganggap broadband itu sangatlah tidak diperlukan di sini.. Tetapi tidak disangka website SPARKFUN yang menjual komponen elektronik ini disekat daripada dilayari student.
 
Pihak CICT, sila logik sikit kalau nak sekat pun. Takkanlah sebab website tu ada perkataan FUN makanya engkau sekat daripada dilayari?? Saya perlukan bantuan luar!! Help2x.. ~Wordless Thursday.. hahaha..

It's Winter!!

Tuesday, June 14, 2011

Hahaha.. Tajuk cam best kan? Memandangkan Cik Sizuka kita kata kat New Zealand sekarang dah masuk winter, jomlah kita sesama ambil mood winter.. Ikut pengalaman tak seberapa saya ni, musim sejuk memang sangat sejuk meskipun tak de salji yang kelihatan turun dari langit..
Adalah sangat menyedihkan bila mana engkau menjejakkan kaki ke negara empat musim di musim sejuk tapi hanya salji bersaiz mikro meter yang kelihatan.. Tapi itu pun dah cukup untuk membuatkan engkau melompat keseronokan dalam bas..<---- Hahaha..ini pengalaman di Korea..
Bukan rezeki nak tengok salji turun dengan mata sendiri.. Malah berusaha memfokuskan anak mata bila mendengar tourist guide berkata: "It's snowing outside there. But not too heavy. You can see it on the car.." Ala-ala kamera digital, anak mata pun terus fokus dan zoom in nak bagi nampak juga snow tu.. Biasalah orang tak pernah jumpa snow.. Kalau hujan ais batu tu memang penahlah kan..
Ok. Kenapa tetiba saya cakap pasal Winter ni? Rindu nak g Korea lagi? Eheh..Wee...nak share koleksi terbaru.. Winter's Collections.. Koleksi Musim Sejuk. Chopp!! Jangan salah faham! Saya bukan jurujual pakaian mahupun busana tebal-tebal itu. Saya hanya seorang graduan yang sedang berusaha menanam anggur agar nampak hasilnya.. Err..sebelum saya mengarut....
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> LOADING >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>
>>>>>>
>>>
>>
 
Macam mana? Ada peningkatan tak dari semalam? Semalam post pasal Autumn's Collections kan? Hari ni pasal Winter plak.. Sambil-sambil tu jom ikut saya usha barang-barang saya yang lain.. Err..maksud saya barang-barang yang saya guna untuk buat benda ni.. Jangan engkau fikir yang bukan-bukan pula ye.. Enjoy it!!
Inilah workspace saya~
Itu workspace saya..Err..ke Workstation? Yang pasti masih di bilik sendiri.. Tidaklah terlalu profesional pun.. Masih amatur.. Barang-barang ni saya beli time semester akhir dulu.. Tapi cam tak berapa nak fokus buat semua ni sebab tak cukup masa dengan projek akhirnya. Assignment dan etc.. So, tersimpan cenggitu je.. Ni dah bosan, saya keluarkan semula khazanah alam ni..=)

Sisa buangan yang akan dibuang kelak~

Felt yang telah dipotong untuk dijadikan bunga.. Akan datang : Spring's Collection..

Haaa..inilah felt saya yang tak seberapa..
Ok.. Itu sahaja untuk malam ini.. Berjumpa lagi malam esok dengan koleksi musim bunga pula.. Wahh..saya suka2x... Ehem..ada orang cakap bleh buat bisness.. Tapi saya tak pandailah nak berbisness.. Nak menjual ni tak reti.. Biasanya buat dan simpan.. Kalau tetiba rasa nak bagi orang, saya bagilah.. Depend pada mood dan kebaikan saya hari itu.. Hahaha..
Adios~

Autumn's Collections?

Monday, June 13, 2011

Sekarang ni tengah musim apa ek? Kat negara mana yang tengah autumn sekarang? Kalau nak tengok kat Malaysia ni dah tak ketahuan musim dah.. Kejap hujan. Kejap panas yang membahang. Kejap lagi mendung mengiringi perjalanan.. Serba macam.. Tapi, biar apa pun musimnya, meh saya share hasil tuaian saya hari ni.. Bagi saya? Puas hati. Seronok. Apa bendanya? Check dis out..
 
   
Felt Carnations      
Sambungan kepada koleksi yang pernah saya post sebelum ni.. Yang mana? Meh tengok sini.. Semua ni handmade ok.. Sementara duduk beratus kilometer jauh dari keluarga, apa salahnya masa lapang yang ada ni, saya gunakan untuk buat semua ni kan? Lagipun raya dah tak lama. Dekat rumah pun dah lama tak tukar bunga.. Bunga-bunga ni bolehlah guna masa raya nanti..wee..tak sabar nak tengok final result.. ngee..

Autumn's Collection in da house..~
Dekat situ ada Cik Ted dengan Cik Zira (My Giraffe's name).. Meh nak bagitahu.. Cik Ted ni member satu kos yang bagi.. Wong Wei Yun. Thanks Yun.. At least ada juga gunanya..^___^.

Yang Cik Zira ni pula, Cikgu Wan hadiahkan..Kenapa? Sebab dapat high score among semua girl's classmate tingkatan 4 main bowling. Actually, sama-sama tak pandai main.. So, high score tu tak delah high sangat pun.. Main tetap tak pandai juga.. Hahaha.. =D.. Masa tu tuah menyebelahi saya kot..Wahahaha..

All collection
Last but not least, Inilah koleksi saya setakat hari ni.. Isi dalam tupperware besar.. Wee..banyak lagi felt menanti ni.. Esok2x saya buat lagi.. Oh ya! Pasal 10 wishes tu, tak berjaya nak publish lagi.. Sebabnya...Tak cukup lagi 10 wishes nak tulis..T____T.. ~itu sedih ok. Ada lagi 2 ruang kosong. Sangat kesian bukan? But life must go on~..
 

Phew..~

Sunday, June 12, 2011

Phew.. penat dah.. edit blog.. Tapi cam tak ada pape yang berubah sangat pun.. Tak da idea.. Rupa-rupanya, blog saya ni kalau buka dekat google crome je yang keluar Warning : Malware Detected! tu. Kalau buka dekat firefox ok ja.. Tak da pape.. Buat penat je ubahsuai dari awal..Phew...Lapar2x.. Jap lagi nak makan..
Urmm..tak pasal2x je En.Google Crome kena remove dari lappy.. Itulah..sapa suh detect malware dekat blog kesayangan hamba? Kan dah kena Uninstall sepenuhnya.. Sekarang beralih arah pada Mozilla plak.. Lagipun yang latest ni cam cantik je.. Ala-ala Crome juga.. Gasak je lah..(^o,^)
10 wishes for 10 years akan datang. What would it be? Urmm.. nak tahu apa wishes saya untuk tempoh 10 tahun ke depan ni? nantikan ye.. Jap lagi saya update.. Nak makan dulu.. =) Hehehe..
Jom makan...
Ittadakimasu!!!

Warning:- (-___-)"

Aish...Ini yang ada rasa nak ubahsuai blog lagi ni.. Sejak beberapa minggu yang lepas..(err..maybe dah berbulan) asyik kuar menatang alah ni je.. Virus malware apa pula yang dah merasuk ke dalam ruang ceritera saya ni? Ganggu mood sungguh.. Nak kata blog ni super duper hebat ada macam2x widget, saya tengok kosong je lagut orang malas nak hupdate blog.. Tapi sekali ini yang keluar setiap kali nak view blog.. 


Aishy...Anyone can help me??

Today is Saturday~

Saturday, June 11, 2011

Saturday nite fever.. Weeehaa... Hari ini hari sabtu.. Maknanya... dah seminggu saya berada di JB.. Sejak dua menjak ni rasa macam dah kena sampuk dengan muzik KPop. Semuanya gara-gara Running Man episode 40 yang lambat sangat nak released. Sudahnya, saya yang jatuh chenta dengan Korean Idol. 5 young princes.. Kalau compare diorang dengan saya, saya lagi muda lah.. Siapa? DBSK.. atau nama lainnya TVXQ.. Gila ko. Mantap giler nyanyian dan dancing diorang. Muzik dah ler rancak. Especially lagu Mirotic.. Best2x.. Hilang ngantuk sat. Kalau dok dalam lab tu agak-agak dah nak terlentok, cepat2x cari dekat youtube. Internet laju beb.. 


Jadi angau pula dengan mamat jambu berlima tu. U-Know Yunho, Hero Jaejoong, Micky Yoochun, Max Changmin dengan Xiah Junsu. Tapi sekarang ni dah tinggal Max Changmin dengan U-Know Yunho je.. Tengah famous dengan lagu Keep Your Head Down.. Saya suka tengok dance diorang yang superb tu..Agak-agak dah tak tahu nak search apa lagi dekat youtube tu pasal diorang, saya buka pula Running Man dengan Family outing yang ada features diorang. Tak ke gila namanya ni?? Hahaha... Gelombang DBSK baru sampai kat saya.. Lambat sikit..Ceit. Bawa mengucap sat.. Idaklah sampai lupa yang wajib-wajib tu kan? Boleh lagi study pasal nRF24L01+ wireless transceiver. (^o,^)

Memandangkan hari ini hari sabtu, makanya masa lapang saya sangatlah banyak. Bangun pagi-pagi dah berkampung dalam bilik air tu basuh baju. Banyak pula tu.. Selama ni dok suruh maid jepun yang basuh. Hari ni kenalah cuci sendiri. Sabar je lah..(>o,<).. Lepas dah basus baju,  masa cam banyak je lagi kan..Tak tahu nak buat apa. Selongkar kotak yang ambil dari stor hari tu, lepas tu jumpa set felt yang sangatlah banyak... Nak tahu jadi apa? Check dis out!!!


Menjadi tak? Yang warna oren tu, cubaan untuk membuat bunga carnation. Carnation flower make from felt. Saya blajar dari sini. Nak? Cubalah sendiri.. Yang warna merah tu pula saya nak cuba buat ros.. Tapi tak menjadi.. sedih2x.. Nanti buleh try lagi. Teddy bear ti hiasan je semata-mata. Kecik je pun benda ni.. Tak besar mana pun. Teddy bear tu pun tak besar mana pun..


Yeay!! Gembira2x..bunga dah jadi.. Dah tahu dah lepas ni nak buat apa dengan felt yang banyak lagi ni.. Mungkin bleh buat bunga carnation ni banyak2x. Lepas tu bagi dekat emak suh mak gubah cantik2x.. Saya? ampunlah memang den tak reti nak gubah2x bunga ni.. 10 kali ajar pun macam tak melekat dalam kepala otak ni..


And the last picture...
Koleksi bunga yang berjaya saya siapkan hari ni.. Cukuplah setakat ni.. Sengaja bunga tu saya buat 5 kelopak. Yang combination warna tu saya ikut warna-warna baju yang saya ada.. Hajat ada nak buat keronsang. Tapi tak da pin pula nak attach dekat belakang bunga tu.. So, setakat ni, bunga ni buleh simpan je dulu.. Apa pendapat korang? Cantik tak? Ding dong...

Lupakan pasal DBSK kejap.. Jom layan cerekarama.. Macam menarik je.. =)

Wordless Wednesday?

Wednesday, June 8, 2011

Hari ini hari Rabu.. Maknanya dah 3 hari saya buat part time tolong Lecturer. Maknanya lagi..dah 5 hari 4 malam saya berada di JB.. masih ada lagi 71 hari sebelum hari terakhir sewa bilik di Kolej. Wordless Wednesday?? Apa kemendanya tu? Banyak je blog updated yang saya follow update Wordless Wednesday.. Kalau orang laen wordless, saya ada lots to say..(T__T)

En.Google..thanks ya!
Pepagi lagi mood dah spoil. Pepagi lagi dah kena sembur. Pepagi lagi dah menitis air mata. Teresak2x menangis..Grr..geramnya.. 

Apa yang berlaku?

Mungkin part of the mistake dari diri saya sendiri. Tapi nak buat macam mana.. Bukannya setiap semester saya buat macam ni. Ini semester terakhir. Maknanya all the belongings kena bawa pulang ke rumah dalam erti kata lain bawa balik ke rumah.. But then, saya balik Alor Setar dengan bas, mana mungkin nak angkut semua barang balik sekali harung. Sedangkan orang yang drive kereta pun penuh satu kereta.. Ini kan saya yang naik bas. Haruslah ada yang perlu ditinggalkan..

Pernah juga saya tanya pada seorang akak staf pejabat ni. Akak staf kata, kalau cakap baik-baik dengan staff yang jaga stor, insyaALLAH dia akan tolong bukakan. OK! nanti bila balik JB saya cakap bebaik dengan staff tu supaya saya dapat keluarkan baki barang-barang yang tersimpan dalam stor tu.

Lots to say.. tapi kadang-kadang apa yang berlaku sukar untuk diluahkan dalam bentuk kata-kata. Susah untuk menulis apatah lagi memberi gambaran kepada semua apa yang berlaku. Tapi nyata, hari ini saya menangis. Early in the morning. Hampir2x sakit kepala dek kerana menangis.. No more wordless wednesday for me..

By the way, thanks Siti sebab ada di sini untuk saya menangis dan mengadu.. At least i have someone..And thanks for letting me stay dalam bilik you for about more than two days..

It's a Long Journey..

Sunday, June 5, 2011

Ok.nak menulis. silap. nak menaip. It's a long Journey. Actually bukannya first time nak balik JB dari AS kan? Cumanya kali ni ter'gedik' sket nak balik JB ikut KL. Eh, selama ni tak ikut KL ke? Urr..selama ni lalu je KL.. Kali ni nak stop dekat KL. Jejak kaki dekat bumi KL. hahaha..menyusahkan diri sendiri kan? Dah ada cara mudah, saja nak cari susah. 

4 jun 2011. Niat ambil bas dari Alor Setar ke KL then proceed ke JB konon-kononnya nak attend kenduri kahwin. Orang dah jemput. Walaupun jauh, kenalah cari inisiatif nak menghadirkan diri kan? Kebetulan pula memang nak balik ke JB. Alang-alang dah turun ke Selatan, apa salahnya kalau drop for a moment kan? Tiket paling awal dapat pukul 10.00 pagi. Abah kata pukul 4.00 sampai KL. Ok. KL kan maju? Naik LRT less than 20 minutes dah bleh sampai ke lokasi kenduri tu. But then, aisyh..sabor jelah.. Apa kehalnya jauh sangat KL tu dari Aloq Staq? Pukul 4.45pm baru nak nampak Hentian Pudu. Mujur buat plan A plan B. Kalau tak, ko berkampunglah dekat Hentian Pudu tu tak tahu nak kemana..

Ikut plan, kalau sampai before 4pm or paling lewat pukul 4pm dah dekat Hentian Pudu, terus amik LRT sampai stesen Pak Cik Chow tu. Tapi kalau sampai lepas pukul 4 or 4.15pm, you need to go directly to Stesen Bandar Tasik Selatan seberang jambatan dan sampai ke Terminal Bersepadu Selatan. Since you did not have any plan to stay a nite at KL. err..berterabur speaking.



Pendek cerita. Dah sampai pun pukul 4.45pm, apa kisahnya nak g kenduri lagi? Orang kenduri pun dah lipat meja dah nak basuh periuk belanga. Besides, your journey tak sampai the end lagi. So, angkut beg masuk Hentian Pudu. Ini first time k, selepas Hentian Pudu ni dinaik taraf. Terkesima kejap. "Err..aku kat mana ni?? Betul ke bas tu berhenti dekat Pudu?". Letak beg atas kerusi. Tengok sekeliling. Kepenatan membuatkan otak lambat nak proses apa yang nampak depan mata. Moden sih Hentian Pudu Sekarang. Dah rasa macam rusa masuk kampung je.

"Ok, mana plak jalan nak g LRT ni?"
Pandang signboard. Tandas, Surat, Platform... Err..tak de signage LRT pun?.. Nampak screen TV yang tergantung tulis ketibaan, perlepasan.. Cool ah?. Dah macam kat airport plak. Angkat bag.. ikut je manusia-manusia yang sedang bergerak dalam Hentian Pudu tu. 

Sumber : Pak Cik Google..Moden kan? Hentian Pudu ni..
LRT

BINGO! Found it. Fuhh..jauh lagi nak jalan..Rugi plak tak bawa beg roda, bleh juga tarik-tarik je. Ini kena angkut! tak bawa balik, sampai JB nanti nak pakai apa? Baju dalam stor bukan bleh ambil lagi. Tapi beg roda tu besar sangat. Malas nak angkut besar-besar.. Senang nak tarik. Tapi susah nak naik tangga nanti!. Stesen Plaza Rakyat.

"Nak pergi Bandar Tasik Selatan." Tiket LRT dihulurkan lewat lubang dekat kaunter tu.
"Brape ye?" 
"RM1.70".

Owh.. K..nak ke kiri atau ke kanan? Sri Petaling atau apa ntah lagi satu tu. Lepas lalu yang insert tiket tu, berhenti jap depan signboard besar tu. Nak tengok BTS duduk haluan mana.

"Adik! nak pergi mana?"
"Ha?" Mana pula datang suara ni?? Meliar mata cari..Owh, abang pengawal..
"Bandar Tasik Selatan." Terus dia tunjuk ke kiri.. Ok, Gotcha!..

Lepas naik escalator tu, LRT baru sampai.. Malas nak berlari masuk. Tengok je LRT tu blah cenggitu. Tunggu LRT seterusnya je lah..

Penat. Sampai BTS, kena naik tangga. Damn! Apsal ko tak ingat yang dekat BTS ni kena naik tangga?? Kan dah pernah sampai dulu?? Aih.. Baru lepas lelah. nak kena panjat tangga lagi. Wedding pun tak sempat attend, penat je dapat. Dah keluar dari BTS tu, terpusing-pusing pula mencari mana arahnya nak ke TBS yang dikatakan sebelah BTS tuh..

Dah nampak.. Mak aih, jauhnya kena berjalan.. Aisey... Langkah diatur. TERMINAL BERSEPADU SELATAN gah di depan mata. Bas keluar masuk. Besarnya.. Ini rupanya TBS.. Ok, tak de gambar.. tangan dah penuh. Malas nak selongkar beg galas cari kamera walaupun itu pun termasuk dalam niat asal. Capture by the eyes. Keep deep in the heart. Next time tak mau mai dah! hahaha..

Panas2x...Elok masuk je TBS..fuh..sejuk..Terus letak beg. Hahaha..sejuk..lega..Rasa cam nak berpusing-pusing mcm dalam cerita hindustan tu..hahaha.. Kalau dapat ayaq ais time ni lagi sedap.. Cari surau. Tak solat lagi der.. Last bas berhenti kat Bukit Gantang pukul 12.30.. Jauh kan bukit gantang dengan KL? haaa... Dah siap buat jamak takhir, terus g kaunter tiket.

Thanks Pak cik google... Inilah TBS kawan-kawan..
"Tiket bas ke JB?"
"Pukul 5.50pm" Ujar kakak cantik tu lepas dia godek-godek skrin depan dia tu.
"Ha?"
"Larkin ke?"
"Tak, Sri Puteri."
"Pukul 5.50pm. Boleh?"
"Sekarang dah pukul brape?" Mahunya tak tanya.. Kalau dah kat tangan tak de jam. Handphone pula ntah mana pi lempar.
"5.40pm. Lagi sepuluh minit."
"Owh..urmm..bolehlah.."
"Boleh tunggu di gate 2 sekarang."
"Ha? Gate 02?" Sambil tu duit dengan tiket dah bertukar tangan.. Ok,lupa plak nak bagitahu.. Nak beli tiket dekat TBS ni kena tunjuk IC.. Mengagau jugalah mencari IC dalam beg sandang. Duit dah buh dalam poket.IC memang simpan dalam beg sandang.

Once again.. terpinga-pinga seketika.. Dah rasa macam rusa masuk bandar. Berpusing sekejap dekat situ untuk mencari di manakah letaknya gate 02..

Ok.. target locked!.. Angkat beg terus ke escalator menuju ke bawah.. Journey to JB pun bermula.. Hohoho..i've been in KL for only 1 hour! amazing haa?!! Wahaha..amik ko nak sangat turun KL kan? Sejam je dapat.. Tak dapat nak usha TBS lama-lama. Tak sempat plak nak main-main dengan LRT mahupun monoreil.. Lain kali pula kot.. agaga..

Sampai JB jam dah pukul 10pm.. Yeay! mujur dah solat dekat Yong Peng.. Sampai je bilik siti, rehat sat.. Pastu mandi.. Acara wajib :---- Buka laptop..hahaha... Sambil tu tengok Cerekarama.. Eh, chopp! before tu eden isi perut dulu.. tetiba rasa lapar..Itulah, tadi penat sangat sampai tengok makanan pun tak rasa nak masuk perut.. Beli roti pun tak terjamah.. Penat sangat kan?? Padan muka ko sara! hahaha.. Mak, abah..lepas ni straight AS ---> JB.. Biorlah tido malam atas bas janji tak sakit satu badan macam hari ni gara-gara Survivor Explore yang konon ter'survive' ni..

Ok.. Tak salahkan sesiapa pun.. Nak buat macam mana kalau bas dah lambat nak sampai Hentian Pudu tu kan? Dan bukan salah sesiapa juga kalau tak sempat nak memenuhi undangan..Err..at least niat tu adalah kan.. Long distance beb!.. And bukan salah siapa jua badan ini merana seharian angkara angkut beg main-main LRT segala bagai.. Hahaha.. At least i dah tengok rupa baru Hentian Pudu dan Terminal Bersepadu Selatan.. Ko ada?? hahaha..

K..Bye!..