Resmi Padi

Saturday, July 27, 2013

Ikut Resmi Padi...
Semakin berisi semakin tunduk ke bumi..

 

26hb Julai 2013
Sg.Korok, Ayer Hitam, Kedah Darul Aman

 



 

 



Dari Dapur: Yong Tau Fu

Wednesday, July 24, 2013

Salam Ramadhan semua...
Hari ni, insyaALLAH...
Saya nak kongsikan satu resepi baru..
(-____-)"

Tak adalah baru sangat pun..
Kihkihkih..
Ok!
Siapa dekat sini yang IN LOVE dengan YONG TAU FU macam saya?
Tapi, unfortunately......

Kebanyakkan yang dijual dekat pasar malam, uptown and etc kebiasaannya tak mencapai standard lidah sendiri.. hahahaha..
So, hari ni meh saya kongsikan resepi sos YONG TAU FU yang kebaboom terbaik dari ladang..

My Mom's Kitchen Recipe.

Bahan-bahan yang diperlukan:
2-3 sudu cili boh (kalau nak pedas, tambah lagi)
500ml air
sebotol kicap pekat MUDIN
Sebotol sos cili CAP ARNAB
1 sudu tepung jagung
2-3 sudu gula merah

Lots and lots of pick and mix products!
Kacang tumbuk
Kangkung (dicelur)

How to do it?
Let's start!!

First of all, masukkan cili boh dan air ke dalam periuk. Masak atas api sehingga mendidih.
Sampai menggelegaklah..
Lepas tu, masukkan kicap + sos cili. Biar atas api sehingga masak.
Then, masukkan pula tepung jagung (bancuh dengan air terlebih dahulu) dan gula merah.
Biar atas api sehingga pekat dan masak.
Rasa. Kalau kurang masin, tambah garam. Optional.



Done!
Sos untuk yong tau fu dah siap..
Yahooo...
mudah je kan?
Tapi marvellous!
Awesome amat!

p/s: Terlupa nak tabur bijan.. hehehe.. Yang penting, sodapppp...



It's Ramadhan! : Day 01 - Day 06

Monday, July 15, 2013

It's Ramadhan!


Ramadhan Day-1
Set a Mission(s)


Ramadhan Day-2
The Holy Quran is your BESTEST Friend!


Ramadhan Day-3
Make Dua' 
loads and loads and loads and loads of Dua's


Ramadhan Day-4
Tarawikh Prayes, Here We GO!!


Ramadhan Day-5
Providing Meal (Iftar) for the fasting ones
 

Ramadhan Day-6
Guard Your Senses!


Subhanallah..
It's Ramadhan Day-6..
Bagi yang bersungguh pasti beroleh janji-NYA..
Salam Ramadhan!




Jauh Ke Syurga

Jauh ke Syurga...

Lagu baru Ana Raffali..
Errr... tak baru sangat kot.
Hehehe.. 

Jom layannnnn...


Ya Allah
Kuatkanlah jari jemariku agar dia rasa tenang dengan setiap sentuhanku
Merdukanlah gelak tawa ku agar dia takkan sunyi tiap kali berjauhan
Dengan senda gurauanku dalam ingatan

Chorus:
Ku mohon padaMu Ya Allah
Tetapkanlah hasrat hati ku
Bantuku bawakan bahagia
Jalinkan jodohku dengannya
Jauh ke syurga

Ya Allah
Hiasakanlah paras rupaku ini
Agar dia takkan jemu tiap kali menatap wajahku
Warnakanlah hidup kami berdua dengan tona sayang
Walau ada salah faham jangan biarnya dalam
Pulih segera

[Ulang Chorus] x2

p/s: Ini copy paste dari sumber di sini.



Ramadhan Day-6
Salam Ramadhan!
 



Salam Ramadhan 1434H

Tuesday, July 9, 2013

Assalamualaikum....

 

So, nak ambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Salam Ramadhan 1434H buat semua rakan-rakan di dunia maya, a.k.a rakan-rakan blogger..

Walaupun mungkin secara zahirnya kita tidak mengenali, tapi ucapan tulus ikhlas saya utuskan buat kalian semua..

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.. Dan semoga beroleh barakah dan keampunan dari ILAHI..

Ayuh koreksi diri..
Berdoa pada ALLAH agar diberi kekuatan dan kesabaran bagi melalui Ramadhan yang mulia ini..
Setahun cuma sekali..

"Ramadhan tiba... Ramadhan tiba.."
Salam Ramadhan! 
 



Haagen Dasz dalam mimpi?

Monday, July 8, 2013

Fuyyooo!!

Bangun pagi tadi terus capai handphone, bukak Dolphin Browser google "Haagen Dasz".
Ooooo...Ice cream..
Eh, apa kena pula pagi-pagi dah Haazen Dasz? bukannya nak kira bangun g ambil air sembahyang ke apa kan?
Kihkihkih...

Demi ALLAH,
Mimpi itu macam satu realiti..
Sampai terbawa-bawa saya ke alam realiti..
Sambil berfikir-fikir bilalah aku makan Haagen Dasz tu..

Dan sesungguhnya...
Dan seingatnya...
Tak pernah makan pun Haagen Dasz di dunia realiti..

Wataknya ada dua orang. Dan salah seorangnya adalah saya.
Hebat sungguh mainan mimpi!
Boleh pula makan Haagen Dasz Ice cream??
Waaaa... Kalaulah realitinya memang ada yang sudi memberi..
Kihkihkih...

Ok!
Sampai ke petang ni saya teringat-ingat Haagen Dasz..
Parah weiiiii....
Dush!



I Love Discount memang Ohsem!

Friday, July 5, 2013

Kenapakah saya kata begitu?
Hehehe...
Entah!
Dah memang sangat ohsem!

Saya pernah tulis dalam entrie yang ini dan ini.
Saya beli power bank dengan harga RM99.



Huwaaaa...
dan sekarang harganya dah turun jadi RM85. Kurang RM15 ok!
Tapi tak kisahlah..
Yang penting jauh lebih murah dari harga pasaran..
Kihkihkih...

Tadi buka I Love Discount..
Rasa macam nak beli Coupon Photobook pula..
Ngeee...
Al-maklumlah..
Banyak sangat gambar yang tidak di"hardcopy" kan.. Bahaya betul.huhuhu...
Jadi...
Saya ternampak ini:


Ohooooohohohoooo...
Ada balance RM20 dalam account. As Referral kot. Harga Photobook tu RM29. So, kalau ambil satu coupon je, bayangkan berapa hinggit je ko kena bayar?
Kihkihkih...
Ohsem giler!
Ok..
Nak g buat payment jap..
Berminat?
Jom terjah ILOVEDISCOUNT!...




Nuffnang : Duit Raya Yop!

Thursday, July 4, 2013

Waaa weeettt....
Terkejut sekejap tengok jumlah Earning dalam Nuffnang..
Setelah hampir tiga-empat tahun berblog..
Hehehe...

Itu Earning yang pertama..
Tak pernah cash out lagi..


Amacam?
Nak cash out untuk raya atau nak simpan lagi sampai membukit?
(^____^)

Gembiranyaaaa....
Bayangkan kalau titik perpuluhan itu dianjakkan ke kanan sebanyak 2! Wallaweh..
Berangan tak hengat!
Kihkihkih...

Jom usha..
Apa sahajalah keyword untuk hari ni:

 
 Ok..
Macam mana nak buat page break dan nombor dalam microsoft?
Untuk keyword ini,
saya pernah story panjang lebar dalam entry yang ini.

So far..
Entry ni yang paling mendapat sambutan dalam blog saya ni. Rasanyalah.. Kihkihkih...

Jom tengok keyword minggu lepas pula..


Tengah musim orang main POU ke?
Ngeee..

Untuk keyword macam mana nak tulis literature review tu....
Errr...saya pun tak pasti apa yang kalian temukan dalam blog ini..
Apa yang pasti, saya pun masih dalam tempoh pembelajaran untuk menulis literature review dengan baik.. (-__-)"
Keyword nak buat page roman dan numbering dalam word, same as above. Harap tutorial yang ada dapat membantu ye!

Oklah..
Nak sambung analisis data semula...
Banyak dah guna masa untuk dunia maya ni..
Let's back into the reality!

All the best everyone!
Dalam apa jua yang sedang anda lakukan..

 



Sudu + Garfu : The Loaf




Gambaq blurrrr!!!
Macam tuan tanah yang blurr juga ni gara-gara ambil Caramel Latte petang semalam..
Dan end up tak boleh tidur till subuh walaupun badan dah super exhausted (Gara-gara kemas bilik! Nanti i story later on)

Oh ye!
Semalam singgah The Loaf dekat Sogo nun..
Kalau tak salah, The Loaf ni kedai roti Tun Mahathir kan?
Kalau tak salahlah..
Kalau salah, hambo minta maaf deh..
Kihkihkih..

Sebelum ni, rasanya dekat situ Secret Recipe.
Dah bertukar?

Tak kisahlah...
Nak ceritanya, semalam we all minum petang dekat situ..


Ada beraneka jenis bread. Jadi, sangat sesuailah untuk penggemar-penggemar roti.
Boleh take away.. Atau duduk dan makan di situ sambil melayan lagu-lagu dari band jalanan. Best!


Cumaaaa....


French Toast dia kureng sketlah..
Huhuhu..
Roti keras!
Sedih i~..
Luaran dah cantik dan nampak menyelerakan..
Tapiiii...
French Toast memang tak panas ek?
Hahaha...

Atau saya yang memang tak fit dengan roti-roti ni?
Overall, not bad. (^_^)

So, untuk penggemar roti, bolehlah minum petang atau high tea dekat sini..
Ngeee..




It's Power Bank!

Sejak pandai guna CIMBClicks...
Sejak dah pandai guna ILoveDiscount...
Dan sejak dah terror sangat beli barang online...
Laju je jari nak petik sana sini...
Sedar-sedar duit dalam akaun semakin menyusut!
~oho!

Sampai kadang-kadang kena ingatkan diri.
Be careful dear!
Jangan enjoy sangat shopping online tu wei...
Bahana nanti..
Diri sendiri juga yang susah..

Oh ye!
Sebelum ni saya ada shopping online dekat ILoveDiscount..
Alaa...yang saya kata jimat almost RM500 tu.
Nak tahu saya beli apa?

Saya beli ini!


Power bank!
Eheh...
Memula beli tu rasa macam pembaziran..
Sebab tetiba je tak travel ke mana-mana.
Tapi nak dijadikan kisah..
Boleh pula saya tertinggal charger dekat kampung! My home sweet home!
Dush!
Jadi...
Power bank ni lah penyelamat nyawa SII saya tu..
Putih itu indah dipandang mata!
Hehehe...

Ok..Cut the crap.
Alhamdulillah.. setakat ni power bank ni memang sangat membantu.
Wallaweh.. beli pun dengan harga yang berpatutan..
Sebelum tu.. jom intai..


Saya nampak Shila Hamzah promote power bank ni dekat instagram dia..
Wallaweh... Sebiji habaq kat hang!

Tapi saya punya...
Power: 30 000mAH
2 USB Port
Color: White
Price : < RM100!

Kihkihkih...
InsyaALLAH.. Konfem bawa RM100..
Sebab saya mana berani nak ambil risiko beli barang above RM100 secara online!
Takut barang tak sampai..
Rugi beb!
Hehehe..

Inilah yang saya beli dari ILoveDiscount. Masa tu promosi diskaun dia up to 94% jugalah.
Jadi, bila tengok Shila Hamzah promote power bank ni dengan harga itu, saya tahu saya sudah membelinya dengan harga yang jauh lebih murah! Kihkihkih..

Alhamdulillah!
Inilah namanya pengguna bijak!
~muahaha.. masuk lif tekan sendiri..
Ok Fine!

Ada dekat dua bulan dah kot saya guna power bank ni.
Setakat ni sangat baik...
Nak full charge power bank tu within 4-5 hours kalau tak salah.
Dan kalau nak charge SII saya sampai full, within 2-3 hours dengan syarat bukan sedang menonton youtube atau dailymotion dari handphone!
Hehehe...

Dan kalau tak salah juga, boleh charge handphone 3-4 kali sekali full charge power bank tu.
Rasanyalah..
Sebab belum fully dependent pada power bank lagi.

Saya tak pasti harga pasaran untuk power bank ni berapa..
Apatah lagi speksifikasi power bank kan?
Ini memang beli cara koboi je.
Gasak jelah Mak Jemah..
Hahaha...

Ha!
Tapi dah tak ada dalam I Love Discount!
Hari tu dia repeat deal..
Tapi bila saya tengok balik minggu lepas, dah tak de. Deal dah habis. Fiu` Fiu~ fiu~
 



Blogger : I LOVE UTM!

Wednesday, July 3, 2013

Assalamualaikummmmm...

Selamat Pagi!!!
Hari ni nak kongsikan sesuatu. Tentang Rasa.
Eh! Salah!


Tentang ini.
Istimewa buat semua blogger-blogger UTM..
Sama ada pelajar, alumni mahupun staff..

Jom sertai komuniti ini dan jadi blogger utm yang berdaftar.
Manalah tahu, ada rezeki boleh dapat pengiktirafan bertulis dari NC UTM.. (^__^)*

Nak buat apa?
Saja suka-suka...

By the way,
for more detailed
boleh baca dekat sini:

Boleh baca rules and registration.

Jom Sertai Komuniti Blogger UTM secara berdaftar!!



Sudu + Garfu: Pizza San Francisco

Tuesday, July 2, 2013

But...
I'm still in Malaysia..

Saya tak pastilah kalau kamu-kamu semua familiar atau tidak dengan Restoran Pizza San Francisco ni.As for me, this is my first time.
Ye... Banyak yang first time..
Maklumlah..
Kampung sket.. Hehehe...



Restoran Pizza San Franscisco yang saya pergi ni terletak di dalam bangunan KL Festival City.
Owner restoran ni orang Melayu! Kebetulan pula beliau ada. (^_^)

Tapi.. dekat sini kitorang tak order pizza pun.
As usual, pergi masa kebulur, memang tak boleh nak fikir makan pizza semata-matalah..
Saya order pasta kalau tak salah.


Seafood Spagetti. Sos dia yang pedas-pedas tu sangat sedap.
Grrrr... terliur lagiiii...
Inilah jadinya kalau dilambat-lambatkan update!
Urghhhh....


Suasana dalam restoran pun best.. Tenang je.. Romantik habaq kat hang. Sessuai sangatlah kalau nak ngedate dengan the other half. Hehehe...


Boleh juga pilih sandwich macam ni..

Makanan dekat sini sangat ohsem! Harga pun affordable. But something that you can't it always unless you have tons of money.
Frankly speaking..
Atau...
Saya seorang yang kedekut?
Hahahaha...

But i wish, i wanna come here again..
And have some other delicious dishes..
Nyum..nyum..nyummmm...