Handmade Craft = Hobby?? ^o,^

Wednesday, November 30, 2011




Assalamualaikum..

Dari sekeping kertas A4 berwarna boleh menghasilkan sesuatu yang cantik seperti di atas.. No wonderlah ramai crafter boleh buat bisnes dengan kemahiran yang satu ni...

Modal yang diperlukan tak banyak. Sebab gunting, pisau, pembaris, gam, pensil semuanya dan sedia ada. Tinggal nak cari kertas berwarna je. Berapa sangatlah harga kertas tu kan? Kalau rasa kedekut nak keluarkan duit sendiri, mintalah sehelai setiap warna dari adik yang tengah buat folio sekolah tu..(^____^)..

Oh ye! Kraf di atas sangat pofular dengan nama "Quilling Paper". Ada quilling tools.. Tapi bila saya google sana sini, baru tahu, roll jelah kertas tu dengan jari-jemari yang halus mulus tuu.. Nak beralun? belakang gunting boleh alunkan dia..

Urmm..hobi baru? Taklah.. saja nak isi kebosanan yang melanda jiwa.. Kalau dok baca journal dengan buku, stress juga kan?? Bahagian kreatif dalam otak kena aktifkan juga. Walaupun diri tidaklah sekreatip mana pun..heee.. rindu nak buat felt flower lagi.. Tapi semua bahan dekat rumah..(T_____T)

Makanya, untuk masa ini jom kita layan Quilling paper dulu.. Untung-untung bleh comeout dengan bookmark atau card nanti?? Hee.. Tapi 70% macam tak terhasil je..Hahaha.. i know myself very well.

(^___________^)


Janji

Monday, November 28, 2011

"Jangan berjanji kalau tak mampu nak memenuhi janji"

Promise? Janji ye..





Read to know we are not alone~

Sunday, November 27, 2011

"Expertise is earn - Not Given"
"Geniuses are made - Not Born"

Nak melibatkan diri dalam bidang penyelidikan, ada caranya. Susah atau senang, terletak pada diri kita. Kalau dah awal-awal kita merungut susah, memang sampai hujunglah benda tu jadi susah. Cuba Optimis dan berfikiran positif. Pasti yang susah akan dipermudahkan. Sebab dalam hidup ni, mana ada benda yang mudah. Dan tiada perkara yang mustahil untuk digapai.

Bagi saya, insan muda yang baru nak berjinak-jinak ke alam penyelidikan semestinya tidak menafikan langsung bahawa permulaannya susah. Sangat2x susah. Kalau saya dahulukan yang negatif, pastinya saya sudah berputus asa saat ini. Tapi, tidakkah terlalu awal untuk berputus asa? Sedangkan ini baru permulaan. Baru nak panas enjin kata orang.

Nak memulakan sesuatu penyelidikan, kita kena banyak membaca. Seolah-olah "My Favourite reading materials are Journals". Ya! Itulah perubahan yang berlaku tika ini.. Membaca journal seakan-akan membaca novel cinta yang kemas tersusun di rak buku rumah. Kalau novel, kita baca lepas tu berkhayal. Konon-konon watak utama novel itulah buah hati kesayangan kita. Tetapi kalau baca journal?? urmmmm..


Matlamat pembacaan adalah untuk memahami. UNDERSTANDING. Kalau tak faham macam mana nak memulakan sesuatu penyelidikan.. Betul tak? Lagi banyak kita baca, lebih meluas pengetahuan kita dalam sesuatu bidang itu.. Sedikit sebanyak akan membantu kita dalam membuat penyelidikan di masa hadapan. Dan yang lebih penting, kita tak mengulangi sesuatu yang telah dilakukan penyelidik sebelum ini dan mengaku sebagai novelty kita.

Jadi, menurut fahaman saya selaku orang yang masih mentah dalam bidang penyelidikan ini, Fasa pertama ke arah penyelidikan adalah melalui PEMBACAAN. Baca, Faham dan lakukan sedikit catatan. Dan yang penting...Jangan mudah mengalah! Sekali kita dah pilih laluan ini, istiqamahlah dalam tindakan dan perbuatan kita.

Belajar bukan untuk gelaran. Bukan juga untuk meninggi diri. Tapi belajar untuk mendapatkan ilmu. Ilmu yang bakal dimanfaatkan kepada agama dan bangsa.

"Kita tak mampu untuk mengubah masa lalu..
TETAPI kita mampu merencanakan masa hadapan.."

Aja-aja Fighting!! Ganbatte~

p/s : Dalam usaha mencari e-book yang berkaitan untuk dibaca.. Perlukah saya ke Perpustakaan Negara?? Urmm..
   

Si Anon yang pengecut!

Ohayou Gozaimasu Minnasan!!!
Salam Maal Hijrah 1433...

Ogenki Desu ka?
Pagi ni saya nak share sebuah cerita.. Ceit! baru je semalam keluar entrie nak berubah kepada yang lebih baik kan?? tetiba pagi ni keluar entrie nak marah-marah.. Urmm.. bukannya apa..

Al-kisahnya begini..
2-3minggu yang lepas, saya buka dashboard. Dan nampaklah ada komen yang kena moderate. Bila klik nak baca je.. Fuhhh... menggigil tubuh badan saya. Bleh plak datang blog saya, kutuk kawan-kawan saya.. Tak tahulah itu minah Anon atau Mamat Anon.. Tapi yang pasti si Anon ni sangatlah pengecut. Macam-macam dikatanya pasal kawan saya tu.. Tak tahulah kalau kawan saya ni dulu adalah kawan dia juga..

Tapi, bajet-bajetlah beb kalau nak kutuk pun.. Kawan gua kot.. Eh, dah termasuk GUA pula..hee..Haa..bajet-bajetlah nak tinggal komen kutuk-kutuk gini.. Hangat beb.. Panas je hati. Nak jejak siapa, dia guna Anon.. Tapi dia adalah tinggal pesan kat saya.. Si Anon ni kata kalau saya tak percaya, taip je nama kawan saya ni dekat google search..memang banyaklah cerita negatif pasal dia..



Ok. Fine! Itu kawan saya. Saya kenal dia. Tapi saya nak juga tengok apa yang dia buruk-burukkan pasal kawan saya ni. Taip punya taip kat google search.. Adalah keluar sekian punya sekian blog.. Tapi....

Dammmnnnnn!!!
Yang ko private kan blog ko buat apa Anon?? Dah tahu nak private, tak payahlah tergedik nak tinggal komen kutuk plus pesanan ringkas kat blog saya lagi.. Dah private kan blog tu, dok senyap-senyap sudahlah.. Aih, jahat sangat ke kawan ko yang merangkap kawan saya juga tu sampai nak tinggal komen mengutuk?? Sungguh i tak faham dengan manusia yang bernama Anon ni..

Kalau ko baca entrie saya ni.. Dan masih berpendapat yang kawan saya negatif macam-macam tu, do invite me reading your bloglah Anon.. Meh saya nak baca jahat tara mana sangat kawan saya ni yang ko siap nak kutuk-kutuk dekat blog saya..

p/s: peace..no war.. smpai sekarang tak delete lagi komen anon tu... Nak tahu siapa anon tu.. Dan apa hubungan dia dengan kawan yang dikutuk tu.. (-______-)

Kalau nak tinggal komen minta maaf pun, no harm.. Komen-komen di blog ini akan ditapis terlebih dahulu.. 

New Chapter of 1433H

Saturday, November 26, 2011

Alhamdulillah...
1 Muharram detik permulaan..
Perkiraan tahun Islam Hijrah...


Alhamdulillah.. Usai solat maghrib tadi, berhijrahlah sudah kita ke tahun baru. Bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk melalui tahun baru hijrah ini. Semoga segala kekhilafan selama setahun yang lalu memperoleh keampunan dari yang Maha Esa. Moga-moga..

Ok. Tutup buku lama. Jom kita buka buku baru. Lembaran baru. New Chapter of 1433H. Mari kita berhijrah kawan-kawan.. Dari buruk kepada baik. Dari baik kepada yang terbaik. Selagi diberi nafas, ayuhlah melangkah ke arah sebuah penghijrahan. 

"Dan barangsiapa berhijrah di jalan ALLAH, niscaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana ALLAH dan Rasul-NYA, kemudian kematian menimpanya(sebelum sampai ke tempat yang dituju) maka sesungguhnya pahala telah ditetapkan di sisi ALLAH. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang" - Surah An-Nisa: 100

Indahkan ayat-ayat ALLAH??.. Belum terlambat untuk kita bertaubat dan kembali berhijrah ke jalan ALLAH.. Bukan suruh jadi yang TERRRBAIK di pandangan masyarakat atau komuniti setempat kita. Tapi cukuplah sekadar menjadi yang TERBAIK buat diri kita dan TERBAIK di sisi ALLAH...urmm..at least yang terbaik dari sebelumnya..

Tak pandailah nak berceramah mahupun memberi tazkirah.. Cukuplah sebuah penulisan untuk peringatan diri sendiri agar mengambil detik 1 Muharram ini sebagai titik permulaan kepada sebuah penghijrahan. Semoga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Yang Maha Esa..

Selamat Tahun baru Minnasan!!!..
Salam Maal Hijrah 1433..
(^__________^)

Salam Maal Hijrah

Thursday, November 24, 2011

Salam Maal Hijrah.. 1433Hijrah!!


Wah.. ter"advance" pula.. Tak sangkakan? Begitu cepat masa berlalu. Tahun baru islam bakal menjelma. Urmm..kena fikir azam tahun baru ni.. Tak payah tunggu New Year yang itu.. Buat azam masa tahun baru islam kan lebih afdhal.(^______^).. Azam 1432H? Urmmm..alhamdulillah..dah pun tercapai. Subhanallah.. Maha Suci Allah yang mengaturkan setiap sesuatu di muka bumi ini. Bersyukurlah..

1 Muharram 1433H jatuh pada hari Sabtu ahad ni.. Bersamaan dengan 27hb November 2011. Semoga kita diberikan kesempatan untuk duduk dan membacakan doa akhir tahun dan awal tahun. Lebih manis bila tahun ini diakhiri dengan bacaan doa dan tahun baru dimulakan dengan bacaan doa. Lagi sehari lebih je lagi..

Ikut kalendar islam, hari baru bermula lepas maghrib kan? Urmm..teringat sambutan maal hijrah masa dekat mrsm dulu. Sambutan yang saya maksudkan adalah bila mana orang ramai berpusu-pusu untuk mengimarahkan masjid dari sebelum maghrib sehinggalah beredar selepas isya'. Saya rindukan suasana itu..(-_____-) 

Jap..jap.. Kalau 1 Muharram itu jatuhnya pada hari sabtu, dan ikut kalendar islam lepas maghrib dah masuk hari baru..maknanya maghrib esok dah masuk 1 Muharramlah kan? sebab hari ni dah 29 Zulhijjah.. Am i right?? Urmmm.. so, sebelum maghrib esoklah baca doa akhir tahun dan lepas maghrib baca doa awal tahun kan? Kalau hari sabtu baru nak baca, dah masuk 2 Muharram.. Eh, betul ke tidak aku ni?? Urmm..tido dululah..esok mesti tahu jawapannya..

Adios..Oyasumi minnasan~

p/s: kalau sempat, esok nak kongsikan pula tentang 10 Muharram.. atau orang-orang kita panggil hari Asyurra.. Sana sini orang akan kacau bubur asyura..=D


psssss...planner i salahlah.. ye tulis sampai 29Zulhijjah je..Huhuhu..by the way dah azan maghrib.. Yok solat..lepas tu kita baca doa awal tahun..


Salam Maal Hijrah 1433.. Selamat Tahun baru buat semua muslimin dan muslimat di seluruh pelusuk muka bumi ini..(^____^) Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.. Jom berhijrah!!

New Environment...and i'm smilling..

Wednesday, November 23, 2011

Tap tup tap..dah 3 hari saya menapak ke UTM KL secara rasminya. Lebih tepatnya, menjadi sebahagian daripada komuniti CAIRO (Centre of Artificial Intelligence RObotic).  Inilah environment baru saya. Mesti ada yang ingat CAIRO ini dekat MESIR sana..Oh Tidak!. Rezeki saya masih di Malaysia. Apa status sebenar saya sekarang??


Dalam environment yang baru ini, saya mengambil keputusan untuk sambung belajar. Kenapa sambung? Sebab tak nak kerja. Kenapa tak nak Kerja? Sebab nak sambung belajarlah.. Aih, tak ke sama dua soalan tu? Ye tak??.  Environment di sini saaaaanggggat luar biasa.. Komunitinya yang sangat mesra alam dan ramah tamah. Seronok saya. Sana sini boleh tengok budaya penyelidikan. Dalam CAIRO lah.. keluar, tak sure plak.. Hahaha..sekali masuk rasa malasnya nak keluar.. Since there are lots of things to do. Maklumlah, saya mendaftar lambat. Jadi banyak perkara yang perlu saya kejar.. Run for it!!

Tapi itu semua bukan masalah. Yang penting, take thing positively. Jangan cepat merungut.. Nanti diri sendiri yang penat. Tadi pagi ada talk dengan Prof Marzuki. Walaupun dok dalam Malaysia lagi, tapi environmentnya macam kita pula yang minoriti di situ. Anda faham ayat saya ini?? Asing di tanah air sendiri..Hohoho...

p/s:- Rasa macam budak sekolah menengah tersesat masuk kawasan U je..
Berbaju kurung, tudung yang lurus ke bawah. Bawa pula beg galas belakang. Berkasut flat putih.. Alahai...kebudak-budakkannya kamu Sara!! Kan dah kena tegur macam budak-budak tadi.. (-____-)'


Malaysia : Emas Sukan Sea Bola Sepak

Monday, November 21, 2011

Quick update..

Tahniah buat pasukan Harimau Muda.. Kejayaan yang disambut ribuan rakyat Malaysia sama ada di dalam mahupun di luar negara.. Tahniah2x.. Biarpun bukan menang keseluruhan, tapi yang penting ibu segala pingat ada pada Malaysia..Yeah!!!

TERBAIK...



Penutup hari ini;
Lagu Negaraku sekali lagi berkumandang di Stadium Gelora Bung Karno..
Saya bangga menjadi Anak Malaysia!!

Malaysia BOLEH!!!

Haaa..tetiba..

p/s: Mujur diorang menang. Sebab bila menang dipuji dan disanjung.. Cuba kalah, konfem esok kat dada-dada akhbar penuh dengan cacian dan maki hamun..
By, the way..Jangan memuji hanya ketika mereka berjaya.. (^_____^)

~bleh plak masuk mood layan bola..slide tak siap lagi..Sara oh sara!

Otak kanan atau Otak Kiri??

Konnichiwa Minnasan!!!

Aih...penat deh otak hambo.. Perlu rehat bentar sebelum meneruskan aktiviti. Pernah dengar Teori Otak Kanan-Otak Kiri? Pernah dengar tak orang kata, " Eh, kau dominan otak kiri kan?" dan macam-macam lagilah. Sejak dua menjak ni pun saya dok baca journal pasal otak juga. Bahagian otak mana yang aktif bila kita buat sekian-sekian aktiviti. Untuk pengetahuan kamu-kamu semua, setiap tindakan kita akan mengaktifkan bahagian otak yang berbeza-beza. Sebab itu manusia ini unik.

Ok. kembali ke teori di atas. Menurut sumber, kalau seseorang tu dominan pada otak kiri maknanya dia seorang yang berfikir secara logik, analytical dan objektif.. Err.. Dan kalau dia lebih dominan kepada otak kanan maknanya dia berfikir secara intuitive, thoughtful dan subjektif.

Urmmm..macam mana nak tahu dominan kiri ke kanan? Ce try cari dalam google tu. Mesti berderet keluar. Macam saya, petang ni saya cuba test ini. Dan hasilnya begini:





Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 7(7)
Right Brain/ Left Brain Quiz


Haaa...petang ini, otak kiri saya lebih dominan! Aigo..


Oklah..Time's Out!! Balik jom!!!..Hahaha...

Truth About Girls??

Sunday, November 20, 2011


Err..betul ke??
Korang rasa???

Review Blog by Ujang

Urmmm...
Errr....actually tak tahu nak buat apa weekend ni..
(walaupun supposely men"journal" dan men"research")

So, saya pun jalan-jalanlah kat alam blogging ni kejap.. Nampak entrie Ujang.. Dia nak buat blog review.. Weh, tunggu apa lagi?? Join ajelah..Heee...Kira blogger baru tak?? Barulah juga kot..

Salam kenal Ujang.. dan salam kenal juga YanaMIB..isterinya yang comel tu..('o,')..
Hee..dah lama jugalah saya follow mereka berdua.. Eh, tak lama pun.. dari lepas diorang kahwin dan sampai nak dapat anak tak lama lagi..=D


Kepada rakan blogger yang lain, salam perkenalan juga~..


20.11.2011

20.11.2011

7 tahun menantikan tarikh yang satu ini...



It's time to move forward.
Don't look back again..

Mampukah aku?

Saturday, November 19, 2011



Wahai Wanita <--- Projek Pistol!.. Eh, salah.. Jom hayati lembaran hidup wanita solehah ini..

Mampukah aku menjadi seperti Khadijah
Agung cintanya pada ALLAH dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar jati kekasih ALLAH
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkan kudidik jiwa seperti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang
Mengalir air mataku

Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga..

Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..

** Layan Cerekarama Payung Emas sambil men"journal dan berkonsert di bawah..heee..


Everything done!

For tonight..
Untuk malam ini..



Everything done!..

Masa untuk baca journal dan rehat..

***sekarang mudah sungguh terjaga awal subuh. Kalau sebelum ni bukan main liat sampai jam loceng berbunyi di tunda-tunda.. Adakah itu faktor-faktor peningkatan usia dan kematangan?? Urmmmm..

~
9:28 pm
19/11/2011
Kolej Siswa Jaya UTM,
Setapak Desa Rejang

Bubbye JB

Sayonara...

Till we meet again...


Seminggu yang lalu, kembali ke UTM JB untuk menyiapkan projek bagi INATEX 2011 yang lalu. Dan prototype telah berjaya disiapkan. Segalanya sudah dipamerkan untuk pengetahuan umum..Dan keputusannya juga telah pun diumumkan..

Now, it's time to say "I take my leave first Mr.Wireless Sensor. Ada rezeki, kita jumpa lagi..
I'll miss my friends, my supervisor, the lab, the Arduino and of course Mr.Zigbee that always be my side since 1 and half years ago!..And also, will miss the trophy we got yesterday!" Hahaha..

And, it's time for me to focus on my study. Berkenalan pula dengan BRAIN dan fMRI. Hopefully everything gonna be fine..

i wish, i 'll be back to JB.. Somehow, sometime that i don't know when..
(^________^) 

Ber"Steamboat"

Friday, November 18, 2011

Open table.. Ber"steamboat". That's the best thing to do especially when we having a great time with our buddies. But this time, it's not with friends but it's with them. Open table. Orang cakap. But it can be define like that. Open table untuk meraikan kejayaan pagi tadi.. Apa kejayaan pagi tadi??? Aih, malas plak nak elaborate panjang-panjang.. Kalau kamu-kamu rajin, pergilah laman sebelumnya.. Haaaaa????!!!

gambar hanya sekadar hiasan semata-mata..

Short entrie.. Conclusionnya, pergi makan steamboat dengan Dr. and his family after maghrib prayer tadi. Get to know more with K.Siti, his wife. I know her since last year. Masa beliau tengah pregnant kan Faris. And now the baby has grow up. Lama dah masa berlalu walaupun belum sampai setahun lagi.. Ke dah setahun ek?? Hahhaa..Forgotten!..

Lot of stories..and lots of seafood, chicken and meat going into my stomach.. Hahaha... bergaduhlah mereka malam ni.. K lah guys..got to go.. Nak men"journal" sambil layan Zettai, Night si ideal boyfriend robots.. Ngeee... Gudnite everyone.. Oyasumi Nasai.. 

Gold Medal And Best Invention Award ~ Alhamdulillah

Unbelievable! Subhanallah.. Alhamdulillah! Tak tahu nak cakap macam mana. Bersyukur sangat-sangat.. Gembira sangat-sangat. Kemenangan berganda. Tahniah untuk Dr.Fauzan Khairi Che Harun selaku Ketua Projek. I'm proud to be part of the team! Thanks for the chance you giving me. This will be such a memorable moment for me to carry on to the future.. *wink..


Berakhir sudah INATEX 2011 yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut ni. Rasa gembira yang tak terungkap bila nama Dr. dipanggil untuk memenangi GOLD AWARD dan BEST INVENTION AWARD. Ikut gembira jugalah beb..sebab saya pun ada usaha kuat juga nak siapkan projek tu walaupun tak sekuat dan segigih Dr.. Heeee..

Prototype yang dibawa untuk inatex ini adalah 2nd development dari prototype sebelum ni. Dan untuk projek di INATEX ni kami berjaya develop system tu supaya berkomunikasi secara wireless mesh network.(aset tambahan). Keseluruhan projek siap malam sebelum INATEX bermula..heee..sebab tu saya kata Dr. lagi gigih dan kuat dari saya...(^_____^)


Ok.. no more babbling here and there.. Once again, congratulation Dr.! First time participation and win the GOLD MEDAL with BEST INVENTION AWARD.. Pemangkin untuk sertai INATEX lagi tahun depan...^______^

INATEX 2011 (^___^)

Wednesday, November 16, 2011

"Don't be too eager to know EVERYTHING..
At least let yourself know SOMETHING..
But don't be a people that knowing NOTHING.."

This is what i gain today. Sebenarnya itulah hakikat yang tak ramai orang nampak. Kenapa nak pulun bagi tahu segala benda? Ya.. in term of knowledge, it is good. But if you want to expertise in everything, think again. It's not impossible but it is ridiculous. Making yourself knowing everything and trying to expert in all field will just lead you to the half work here and there. Thus, the end of your action may cause you zero knowledge. But try to stick on one thing and work on it. Expertise the field. Then you will see how knowledgeable you are. And what benefits you can give to the community around you.


Konnichiwa Minnasan...
Bertemu lagi kita. Hari ni hari yang sangat penat. Tapi PUAS!. There's a lot of new thing i get to know. Really!. Such an interesting experience. Thanks to my ex-supervisor for the chance you give. Mula-mula terasa beban nak ikut serta menyiapkan project ini. Apatah lagi untuk memahami keseluruhan projek ini. But after going through the process, it's worth. 

The concept of the project is same as being done by my friends before. BUT the approach is different. Going through this project, i get to learn new things. Knowing something new BUT i never had a thought to expertise on it. I just want to know not to expert. Wireless sensor network. Bidang baru yang saya ketahui dan berada di dalam bidang ini selama hampir setahun setengah yang lalu. Saya tak pakar dalam bidang ini but at least i give myself a chance to know something about it.


Hari ni bermulanya INATEX 2011. Pameran dan pertandingan inovasi projek yang dilaksanakan untuk para penyelidikan di UTM JB. Seawal jam 8.00pagi, pensyarah serta pelajar yang membantu mulai memenuhi ruang DSI. Ruangan pameran yang disediakan mulai terisi dengan pelbagai rekaan dan inovasi terbaru dari mereka. Inovasi yang membawa matlamat untuk memberikan 1001 manfaat kepada masyarakat sekeliling kita. Proud of them!. Hopefully one day i'll be part of them..*wink..

Konklusi untuk hari ini adalah :
75% daripada mereka yang menghampiri, mendengari dan memahami keseluruhan projek ini akan berkata
- "This is new thing! It is interesting!"
- "Menarik. Tak pernah jumpa lagi ni.."
- "Wow.. i like the idea. It is good"
-  Angguk-angguk

Saya pasti, komen sebegini juga yang kawan-kawan saya peroleh sewaktu mereka mempamerkan projek ini dengan pendekatan yang berbeza di pameran sebelum-sebelum ini.

Another 10% :
- The circuit look so simple. You just attach it with the LED.
- This is already exist in the market right? <--- Yea! the numerical one not this one


and the last 15% is the prototype itself.
- Wireless communication between XBee kadang-kadang tak stable. Mungkin disebabkan oleh unstable voltage. MAYBE. Thus, sometime the data was sent, and sometime it's not but at least the main objective is achieved. XBee is another objective.
- Perubahan warna pada LED sukar untuk dilihat memandangkan data yang diambil adalah real-time data ataupun online data. It's depend 100% on the person that wear the heart rate chest strap. Without doing an exercise, our heart rate seems to be stable thus, the LED changes is difficult to see. But in term of numerical number on the laptop, we can clearly see it.

But overall, this is what i can conclude:
"From Electronic's point of view, this is soooo simple because u just connect here and there to build the system.. BUT from other's point of view such as sport science people and public peoples, this is an awesommmmme product that can benefits others especially them.." <--- This is what i get today.

Oleh itu, multiple point of view is alwaysss needed.. We do not have to know EVERYTHING but at least we know SOMETHING than knowing NOTHING...(^___^)


Sesi penjurian oleh juri-juri yang SAH.. (ada cerita di sebaliknya..=D)

Err.. maaflah.. banyak pula speaking dalam entrie ni.. Terbawa-bawa.. Tadi terpaksa speaking untuk terangkan tentang projek tersebut. Ye lah, kalau dah foreigner yang datang minta explain, takkan nak jadi itik dengan ayam pula kan?? hee.. Haa..by the way, macam tak percaya pula boleh terangkan dekat mereka-mereka dengan begitu yakin sekali. 
"Yakin sebab kita bercakap apa yang kita ketahui. Cuba suruh cakap sesuatu yang diluar pengetahuan kita, mesti tergagap-gagap kan?"

Sayonara minnasan...

Jom g INATEX 2011

Tuesday, November 15, 2011

Assalamualaikum...
Oyasumi Minnasan...
Mai dekat mai.. Cheq nal habaq kat hampa semua.. Terutamanya untuk insan-insan bumi di selatan Malaysia.. Ayuh dekat! Ayuh rapat. Tak rugi malah sangat berinformasi lagi terkini..

Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, tuan-puan, Dr., Prof., CEO company malah engineer dan juga seluruh isi bumi dengarlah..eh, salah..bacalah dan hayatilah poster di bawah..


Haaa...INATEX 2011.. Tunggu apa lagi??
Jumpa kami di sana...

Hahaha..dah macam iklan JOM HEBOH TV3 plak... 
Esok pagi-pagi nak g untuk "ON" kan Poster yang siap di"design" malam semalam dan dicetak pagi tadi.. Kenapa kena "ON"? Haaa...

nak tahu kenalah datang DSI...

p/s: Macam gempak je.. sedangkan tolong jaga projek Dr. je... (^___^)

Acceptance!

Aku terima....


Ehem..ehem..apakah? Urmm..berita yang menggumbirakan hati saat memandang email kesayangan hamba..Hahaha..Jangan jeles ok! Bulan lepas, bila buat je keputusan untuk sambung belajar dapat pelawaan untuk hantar lamaran (proposal) ke satu tempat ni. Katanya, baik untuk masa hadapan. Jadi, tanpa melengahkan masa dan waktu, pulunlah pi karang ayat bagi baik punya.. Ye lah.. nak pi melamar ni bukannya senang.. Beribu-ribu yang datang.

Setelah dipersetujui dan mendapat lampu hijau dari pihak berkenaan, lamaran terus dihantar. Mudah je.. By email. Tak payah buang duit mahal-mahal..(^____^) Tapi kalau lamaran diterima, haruslah persiapkan duit.

Nak dijadikan cerita...tengah dok sibuk-sibuk siapkan projek untuk INATEX ni, tak sempatlah nak jenguk email langsung. Dah lah server dekat lab down.. Gile kentang! Kentang pun tak gila..Hahaha.. Sat tadi, dok saja sambil layan buat Front Panel untuk LabVIEW, bukalah email tersayang.... 

1,2,3...terus tersenyum..sebab apa??

LETTER OF ACCEPTANCE

ada ke yang tak senyum bila baca ayat tu?. Lamaran (Proposal) ku diterima.. Subhanallah.. Alhamdulillah..Masa hantar tak meletakkan harapan yang tinggi sangat pun. Rezeki Allah nak bagi kan? syukur sangat-sangat...

Eh..eh, ada yang tak bleh faham lagi ke apa yang saya cakapkan?? Ngee...shom shom..ujar gambar kat bawah...












Tadaaa.... Letter of Acceptance for presentation at the IEEE-EMBS International Conference on Biomedical and Health Informatics (BHI2012). Actually, ini paper yang saya buat untuk final project saya awal tahun ni. Submit ke sini masa hari-hari terakhir bergelar Research Assistant kepada Supervisor PSM saya.. Dan hasilnya, sangat walla.. Tersenyum lagi. 

Bila dan di mana, biarlah ianya menjadi rahsia.. Nanti tetap akan hebahkan juga.. Hahaha.. Syukur pada-MU ya ALLAH.. 

p/s:- Toink..toink.. Journal tak siap lagi.. separuh jalan sebab blur hari tu.. And esok akan bermulanya INATEX 2011..see next entrie ok!..Daaa

CONTEST "Jom Raikan Cinta sempena ANNIVERSARY"

Monday, November 14, 2011

Sementara tengah free di pagi hari ni, saya ingat nak join contest anjuran Kak Eka ni. Kenal beliau gitu-gitu je dalam dunia blog ni.. Tapi, sangat suka mengenali beliau.. Hee.. tetiba promote tuan tanah seberang plak. Ok-ok.. WIthout wasting our time, let's proceed.... Cheeewah..

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
1. Tempek banner seperti yang saya tempek kat bawah ni..



2. Follow untuk mudah tahu perkembangan seterusnya.. Hee..Dah lama dah follow akak kecik ni.. So, kira setel dahler..

3. Jawab soalan cepu emas akak kecik ni:
a. Kak Ika dan suami akan menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang keee.....2 kan kak?? Sebab tu dekat banner, besar-besar ye tulis angka 2. Tahniah! Anniversary yang ke-2 tahun.
b. Kak Ika nak g berbulan madu ke South Korea beb.. Huhu..jeles2x.. Nak g lagi.. Destinasi honeymoon saya akan datang?? Hahaha
c.Destinasi Bulan Madu yang wajib pergi?? Alahai..idaklah saya pasti.. Tapi since saya bujang lagi, akak kata bleh tulis destinasi bulan madu impian saya... Haaaa..
Tanpa menidak-nidakkan lagi, saya nak ke South Korea lagi.. But this time saya nak ke Jeju Island dan Nami Island. Nak melawat Teddy Museum dekat Jeju tu. But for sure, this time saya nak pergi masa musim bunga.. Sebab saya suka tengok blossom flowers...Awesome!! Yaw!.. Hee...Akak, rate harga tak konfirmlah.. Tambah plak korea cah macam fofular je sekarang..mesti rate tinggi balik.. Tapi, kalau nak yang destinasi bajet, Pulau Sibu pun terbaik juga...=D



4. Tag 2 orang...urmm..nak tag cik mimie-to lah.. ye suka berjalan kot ada destinasi menarik dalam kotak ingatan beliau..Heee.. Lagi seorang, jiran sebelah rumah.. Adik Anyyss.

Brain is OTAK

Oyasumi minnasan!!!!
Hahaha..dah ucap Oyasumi pun masih menaip?? Buleh kan? Tak salah.. entrie sebelum tidur.. Rakyat-rakyat jelata, nak tanya ni.. Pernah tak dengar orang dulu-dulu cakap cenggini:

"Kalau nak tahu saiz otak kamu besar mana, cuba genggam dua-dua belah tangan, dekatkan. Itulah saiz otak kita. Genggaman tangan kanan itu adalah otak kanan, dan yang kiri itu otak kiri.. Trylah genggam. Besar ke kecik otak kamu tu??"

Hee...entah betul entah tidak, saya pun tak tahu. Tapi bolehlah nak cuba try. Tak menjadi satu kesalahan pun.. Ye tak? Lagi satu, pernah tak berhadapan dengan situasi ini:

"Anak saya masa kecik pernah demam panas, bila besar nampak macam slow sikit."

Senang kata, dislexia. Nampak luaran normal je macam kita. Tapi kalau kita perhati dalaman, mendekati mereka..kita akan nampak yang diorang ni sangat lambat dalam hal-hal yang berkaitan dalam akademik. Hakikatnya mereka bukan BODOH, tetapi LEMBAM. Kesan demam panas masa kecik-kecik dulu. Kenapa ye boleh jadi begitu? Urmmm..persoalan..


Ok. Itu situasi di mana berlakunya Brain Damage secara internal yang kita tak sedar tahu-tahu outcome nya begitu. Malam ni saya nak kongsikan habitat-habitat, eh salah..Habit atau tabiat yang membawa kepada Brain Damage. Entahlah dari mana sumbernya.. Tup..tup ada dalam tepon. Kalau ini adalah auta, toksahlah percaya naa..

1. NO Breakfast
"People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration."

<---- Oh! tidak! Sayalah makhluk muka bumi ini yang paling tak suka ambil breakfast!! Hahaha... Untuk mengelakkan berlakunya brain degeneration, kena belajor amik breakfastlah. Otak nak pakai lama.. Lagipun mana ada harta timbun-timbun.. Otak ni jelah harta paling berharga..=D

2. Overeating
"It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power."

<--- Haa.. tadi kata kena ambil breakfast kan? sekarang jangan makan berlebihan. Lagipun, terlebih makan pun tak sessuai deh.. Nanti obes siapa yang susah?? Diri sendiri juga. Tak sangka plak makan berlebihan bleh bawa kesan negatif kepada otak kita.. Oleh itu, jagalah pemakanan kita..

3. Smoking
"It causes multiple shrinkage and may lead to Alzheimer disease"

4. High Sugar Consumption
"Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development"

<----- Haaa..ini consequence kepada makan berlebihan tadilah. Banyak sangat gula boleh mengganggu kadar penyerapan protein dan nutrient yang diperlukan badan. Tak pasal-pasal je dapat malnutrition. Tak cukup nutrient dalam badan! Terutamanya anak-anak kecik. sebab masa ni, otak diorang tengah dalam proses pembentukan. Kalau dah bagi makan gula banyak sangat, tak ke terencat otak budak yang tengah nak membesar tu?? Oleh itu, kawal kadar gula ok! Kurangkan gula dalam minuman dan makanan..=D

5. Air Pollution
"The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficieny"

<--- Nak tahu tak? Aktiviti otak dipengaruhi oleh oxygen dalam otak. sebab...lebih banyak O2Hb (Oxyhaemoglobin) lebih tinggi kadar brain activity manusia ni. Sebab tulah, bila exam cikgu slalo pesan bawa air masak. Minum banyak air masak. Salah satu cara nak dapatkan Oksigen untuk bekal otaklah tu. Kan air terbentuk dari molekul H2O.=D..err..ada kaitan ke??

6. Sleep Deprivation
"Sleep allows our brain to rest. Long term of deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells."

<--- Err..bahaya ni.. Tidur yang tidak mencukupi bleh mengundang kepada kematian sel otak!! Err..jom2x..tido..

7. Head covered while sleeping
"Sleeping with the head covered, increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects"

<--- Haa..samalah isinya..Otak kurang oksigen!

8. Working your brain during illness
"Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain"

<--- Daa..sebab tu kalau sakit, REHAT! Jangan dok pulun juga.. Ngee..

9. Lacking in stimulating thoughts
"Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage."

<---- Berangan pun kira brain stimulation lah kan?? Hahaha..dari dibiar brain dok diam tak buat apa, okey juga kalau bina angan-angan.. Generate sket fungsi otak tu..hehehe..

10. Talking rarely
"Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain"

<--- Err..ok! Intellectual Conversation... Wakarimashita!

Ok.. cukuplah tu.. dah panjang sangat.. Den nak tido.. Jumpa lagi di lain waktu.. Oyasumi minnasan..~