Field work at Kota Bharu.. eheh..

Friday, April 27, 2012

Off to Kelantan
Simple word that anyone of us can really-really understand..

Eheh... This is new "route" for me. Selalunya, guna highway utara-selatan dari Kedah sampai ke Johor. Tak penahlah pula melencong ke timur. Eh, pernah! Tapi tak sekerap ke utara, selatan dan tengah (Kuala Lumpur lerr..)

Tak tahu macam mana jalannya. Tapi yang pasti dan sangat pasti, tidak secantik highway utara selatan lah.. hehehe... Malam ni kita rasa pengalaman tu ok?.. 2 minggu dah tahu kena pergi kelantan ni. Itu tarikh yang mereka pinda. Kalau ikut tarikh kami, dah selamat sampai pun.. Ikut perancangan awal, perbincangan kami dengan mereka adalah selama 2 hari. Mereka? Siapa mereka? Pakar Radiologi dan seangkatan dengannya di Hospital Universiti Sains Malaysia.

Ok, nak ke sini boleh?

Selama dok kat KL ni suka beli tiket balik kampung on the spot! hehehe.. Ingatkan nak buat cenggitu jugalah kali ni.. Tapi..tapi... Check online ticket untuk ke kelantan, mostly dah unavailable. Oh! pengsan! Nak naik siang, macam penat sangat (Journey siang hari ke Aloq Staq pun rasa nak tercabut segala urat dan otot, inikan journey siang hari ke Kelantan, Fuhhh!). Tiket sold out habaq hang! adoi.. Terpaksalah menjejakkan juga kaki ke Hentian Putra. Eh, sebelum tu cuba nasib dekat KL sentral dulu. Kotlah boleh dapat tiket train kan?

tapiiiiii..
Pun sold out! Aih, tiada rezeki nampaknya. Tak pelah, nanti i booking senandung langkawi untuk balik aloq setaq sebulan sebelum!. Eheh.. Angan-angan nak naik keretapi tanah melayu masih belum tercapai lagi ni! Angan-angan masa dah besarlah.. Kecik-kecik dulu even kereta kebal tu pun dah pernah masuk! Dalam kem tentera(?). Hahaha..

At the end, tiket bas jua yang kitorang dapat. Itu pun memula pak cik tu kata dah habis sejak 10 minit yang lalu. Hampeh! mainkan kitorang!.. Hee..
So, malam ni kita gerak ke Kelantan!
Berjalan, bermusafir mencari ilmu-ilmu alam.. eheh...

Kamu-kamu, kita-kita, kalian semua...
Doakan perjalanan kami nih selamat pergi dan selamat pulang..
Doakan juga agar segala urusan kami di sana dipermudahkan.. InsyaALLAH..

Eheh.. berdebor-debor pula nak guna laluan "baru" malam ni..
Ehehe...
Kelantan, sila sambut kedatangan saya dengan 1001 senyuman dan jadikan ia antara kenangan terindah saya..~




ooopppsss! Salah tukorlah plak!

Wednesday, April 25, 2012

Welcome back to Johor..
Johor menyambut dengan senyuman.. menghantar pulang juga dengan senyuman..

Heee...
flashback!
"Next station, Chan Sow Lin. Passenger to Sri Petaling, Please disembark here and proceed to platform 2A.."

Penuh sopan santun, operator tak-dapat-dilihat-wajahnya itu berkata-kata.. Eheh..
"Eh, kita kena tukor trainlah.."


Angguk-angguk.
"Eh, kena tukor ke train itu kot."
Kebetulan pula ada train berhenti di laluan bertentangan. Ntah macam mana boleh tergerak kata kena tukor masuk train itu. Al-maklumlah, selama ni dari Masjid Jamek ke Bandar Tasik Selatan tak pernah pula turun tukor sebab selalu dapat train yang memang ke Sri Petaling. Tanpa rasa bersalah, terus je tukor masuk train kat depan tu. Dah operator kata tukar train kat stesen itu.

Sekali...sekali... hahahhaa....
Masuk train yang menghala ke Sentul Timur semula. maksudnya, berpatah balik! Hahaha.. sabar ajelah dengan kau ni Sara! Nampak benor bukan orang KL! Cepat2x turun dekat stesen PUDU. beberapa minit lepas tu nampak train yang tulis Sri Petaling. Cepat-cepat naik. Aihlah.. Putra ke, star ke, komuter ke, semuanya bikin i biol!..huhuhhu..

Akhirnya, selamat juga sampai ke Terminal Bersatu Selatan tu. Gerak ke Johor tepat jam 8.30malam. dan sampai di Sri Puteri sekitar jam 11.30malam..

Fuhhh.. dan sehari di UTM Skudai. Bertemu mereka. melepaskan rasa rindu.. hik hik hik.. Kan dah tulis tadi, johor menggamit dengan senyuman..~

Oooooppppss!!! Salah tukorlah plak..
Lalalala....




Eksplorasi sekilas masa~

Monday, April 23, 2012


Khamis yang lepas, 19hb April..  Saya bawa my family except for my big sister, pergi PETROSAINS dekat KLCC tu. Ate, dah nak pergi KLCC sangatkan. Bawalah masuk PETROSAINS ni. Tiket? Berbeza mengikut had umur. Berbeza juga bagi pemegang mycard dan bukan pemegang mycard. Kalau ada student card, boleh dapat 15% discount. Haaa.. budak sekolah ada yang jadi pemegang kelab TAHA kan? Pun boleh dapat discount tu. Range harga tiket antara RM5.00 sehingga RM 18.00 kot.. dan free untuk warga emas. Above 55? tak ingat. 

Untuk keluarga saya, ada 3 orang dewasa (18 - 50) dan seorang remaja (13-17). Untuk remaja, harga tiket adalah RM10. Dan untuk dewasa pula RM15. Memandangkan saya dan adik ada student card, tiket kami hanyalah RM12.70. Potongan sebanyak 15%.

Harga tiket untuk masuk ke PETROSAINS

Ok.. tiket dah beli. tunggu apa lagi? Jomlah ber"explorasi"!. Bermula dengan menaiki gondola hitam untuk melalui Perjalanan Sekilas Masa atau bahasa omputihnya Dark Ride. Perjalanan Sekilas masa ini mengambil masa sekitar 4 minit. Dan sepanjang 4 minit ni, kita tak dibenarkan mengambil gambar dan menggunakan telefon bimbit. Dan sepanjang 4 minit ni juga kita akan ditemani dengan suara penyampai lipur lara.. ahaks..

Perjalanan bermula dari keadaan bumi yang ditemani hutan berlantara dan dinosour (epik) sehinggalah penerokaan manusia ke atas bumi dan lautan yang akhirnya menghasilkan aktiviti gali minyak!.. Macam merepek pula kan? Tapi kalau tak percaya, meh naik gondola hitam tu sendiri. Sampai dekat stesen apa ntah, gondola berhenti. Kita turun. Bermulalah ekslorasi tanpa lagi ditemani penyampai lipur lara itu..=D

Peta minda. Eh, salah! Peta laluan

Alang-alang dah bayor, moleklah kalau kita explore sampai habis. Eh, explore sampai lebam!. Mula-mula masuk, orang tak ada lagi.. Al-maklumlah, baru pukul 10.30-11.00 cenggitu. Apa yang boleh main, kita main. Apa yang kena baca, kita baca. Apa yang menarik, kita snap gambar. Tak tahulah jam dah pukul brapa, tetiba PETROSAINS ni bertukar menjadi PETROgarden.. Ahahaha... Banyaknya budak-budak!! Semuanya budak-budak tadika. Adalah juga rombongan sekolah menengah dan sekolah asrama.

Break the code

Dan kebetulan pula masa tu ada bengkel Matematik. Disebabkan abang-abang tu dok ajak juga masuk, i masuk je lah. Kalau tak masuk, nanti adik-adik pun tak mau masuk juga!. Bengkel matematik tu bertemakan "Breaking the code". Yang atas tu adalah reference code yang dipilih oleh pihak Petrosains. Kita pun boleh hasilkan reference code kita sendiri. Ala-ala buat secret code yang kita dan kawan kita je tahu. Dulu saya dengan kawan guna Braille as our secret code. Orang tengok mungkin ingat titik hitam apalah. Tapi, kitorang tahu!..

F1 car

Dan bermacam-macam lagi pameran berkaitan PETRONAS yang ada di situ. Kalau yang gila F1 bolehlah try simulator yang disediakan tu. Try berlumba di litar. =D. Dalam PETROSAINS ni, benda wajib yang kita kena tengok selain daripada formula one adalah stesen gali minyak itu sendiri. Nama pun Petrosains. Dari PETRONAS, mestilah tengok segala medium dan peralatan yang digunakan untuk menggali minyak. Tengok dan sentuh. Mungkin pengalaman di situ tidak sama dengan pengalaman sebenar, but berbaloi untuk mengetahui secara dasar.


Music.Art.Science

Last section adalah ruangan Music.Art.Science. Sains menghasilkan bunyi yang seterusnya menghasilkan susunan nada yang kita panggil musik. Sains juga menjadi dasar penciptaan kamera. yang seterusnya memberi impak kepada bidang seni. Everything around us relate with science. =D

Fuhhh.. tak hengatlah brapa jam dok dalam tu. Tapi yang pasti sempat jugalah menonton filem 3D dalam pawagam PETROSAINS tu. Siapa yang masuk PETROSAINS tu, jangan tengok kiri kanan je. Tengok juga atas bawah ye. Sebab tak semua diletak di kiri dan kanan je. End of journey, kena naik gondola hitam tu lagi. Kalau tak naik gondola hitam tu, tak keluarlah dari Petrosains tu jawabnya. One interesting part, dalam satu kawasan masa kita naik gondola hitam tu ada satu cahaya yang akan membuatkan benda-benda berwarna putih menjadi bercahaya. Ala-ala warna biru gitu. So sweet.. Dah macam glow in the dark je. hehehe..

Oklah.. nak sambung research. banyak lagi nak kena buat..=D.. Enjoy your day~ Happy monday!..




Seronok bila diajar..

Friday, April 20, 2012

Hajimemashite...

Assalamualaikum...

Seronok rasanya bila ada yang sudi mengajar walaupun perkara itu kita dah tahu lewat pembacaan-pembacaan yang dibuat. Seronoknya bila diajar one to one. Lebih dekat dan lebih faham. Meskipun agak sukar untuk difahami pada permulaannya dek ascent yang digunakan tapi bila cuba memahami... "Hait! Wakarimashite!"..


Selama ni memang belajar pasal neuroscience sendiri-sendiri. Maklumlah orang kata research ni kena banyak workout sendiri. Tapi since my background knowledge only about anatomical brain, it's quite difficult to really-really understand it!.  But then, today is difference. Saya bertemu seseorang yang sudi menerangkan dan mengajar apa yang saya tidak tahu selama ini. Mengajar apa yang saya tahu tapi tidak saya fahami. Jadi, hari ini sedikit sebanyak saya diajar untuk memahami apa yang telah saya baca dan dalami sebelum ini. Arigato ne~..

Ok.. mood cantik hari ni... Nak cari model otak ni sebiji. Boleh study secara 3D.. idaklah focus pada gambar 2D semata-mata.. eheh... Research oh research.. berdampinglah selalu denganku agar tak hilang di ingatan.. Tak luput dek minda.. Kekallah kamu-kamu sekalian di dalam memori jangka panjangku..

Konnichiwa minnasan~..



Yeay! Masuk Istana u-olls~

Thursday, April 19, 2012


Assalamualaikum..
Hai peeps!!! Ini quick entry. Nak kongsikan apa yang saya perolehi dari Istana Lama, Kuala Lumpur tu.. Eheh.. Umum pun dah sedia maklumkan yang ketika dan saat ini Istana Lama telah pun dibuka untuk masyarakat umum. Kalau sebelum ni dok tangkap gambaq snap gambaq depan pagaq istana ja kan? Tapi untuk dua bulan mendatang ni, buleh masuk dalam ambik gambaq betui depan istana. Bukan depan pagaq dah. Kenapa?

Sebab la ni, depa tengah dok buat Pameran Raja Kita. Siapa? Ala, takkan tak kenai kot? Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-XIV (empat belas ek? maapler tak pandai sangat bahasa roman ni..) bersempena dengan  Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Fuhhh..semput nak menyebut. Panjang bebenor.. Tak buleh buat sekali nafas..Heee...

Konfomlah pameran ni all about baginda Sultan. Sultan yang paling disayangi Rakyat Negeri Kedah.. Betui dak warga-warga kedah sekalian? Sultan yang mencatat rekod ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong untuk kali kedua. Daulat Tuanku.
 


Dulu berangan nak kahwin dengan anak raja, konon-kononnya nak jadi pemaisuri di usia tua esok. Hahaha.. Tapi tak ada jodoh kata orang. Itu yang eksaited terlebih nak masuk istana. Dari hari dibuka dok merenget nak mai sini.. Hahaha... Ok..ok.. 1st of all, korang kenai dak menatang apa dalam gambaq ataih tu?? Ha??!!! Orang kedah kalau tak kenai, memang nak kena buang negeri!.. Inilah tong padi. Ataupun orang panggil Kepuk Padi. Ataupun... ala, tak taulah chek! Chek ni kedah celup! hahaha..

Kepuk padi make in gold ni memang awesome pada pandangan saya. Kenapa? Sebab ianya betul-betul menggambarkan imej Negeri Kedah sebagai sebuah negeri Jelapang Padi. Chek nak habaq kat hangpalah, dolu-dolu mana ada mesin padi hat kaler kuning tu.. Dulu orang dok pukui padi kat sini lah nak asingkan beras-berasnya.. Urmmm.. 20tahun yang lalu, masa chek balik kampung (dari sarawak nun), adalah sebiji menatang macam ni dekat-dekat area umah tok. Tapi la ni dah tak da.. Tapi, memang awesomelah habaq hang! Tertarik mata lagi menarik untuk mengusha lebih cenderahati kepuk padi ini.. Daebak!..



Haa.. selain tu, ada banyak lagilah. Tapi sebagai seorang wanita yang feminin lagi sopan santun sampai naik fenin kepala, of courselah perhiasan diri yang jadi tarikan.. Hahaha.. Bayangkan tiara itu diletakkan di atas kepala chek yang ayu bertudung ni.. Tak ke lagi awesome?? Shining-shining gitu dek kilauan permata yang... ah, pengsan! Hasil kerja seninya yang sangat awesome. Daebak lagi!.. I'm not sure is it really call Gendik Diraja or there is another one. Banyak sangat. Bukannya bawa buku nota pun nak catat-catat. Nanti i check balik all the picsta.


Yang ini? Haih, tak payah ceghitalah.. Rasanya seantero gadis-gadis di luar sana sedang berangan-angan "andai sahaja necklace itu terkalung dileher ku!".. Hahaha... Agaknya pengsan pemuda-pemuda di luar sana kalau para gadis minta rantai cenggini! Berkilau you!.. Ini semua adalah perhiasan diri kerabat diraja. Lebih tepat sekali perhiasan milik Sultanah Kedah selaku permaisuri agung. If i'm not mistaken, some of them memang milik peribadi sultanah dan sultan. If mistaken, i'm sorry. Can't memorize all. 
 
 

Haaa... sebagai penutup... of courselah tempek muka empunya blog juga. Bukti yang kami dah sampai ke Istana Negara. Anda bila lagi? Bukannya nak kena bayaq pun.. Bayaq duit minyak je lah kot.. Heee.. Ada banyak lagi gambaq yang snap dalam istana lama ni.. Tapi semuanya dalam kamera.. Tak copy masuk laptop lagi.. Ini gambaq dari kamera phone abah! Eheh... 

So... apa tunggu lagi?? Rakyat-rakyat Malaysia sekalian, ayuh kenal Raja Kita.. Pameran Raja Kita diadakan bermula 15 April sehingga 15 Jun 2012. Masuk adalah percuma mulai jam 9pagi hingga 5 petang. Bertempat di Balairong Seri, Istana Negara Lama, Jalan Istana, Kuala Lumpur.. Experience it yourself!! Haaa.. betui ka tidak bahasa inggeris tu.. Oklah.. Oyasumi Nasai~ 






Semalam hujan lebatttt..

Wednesday, April 18, 2012


Assalamualaikum....

Dear bloggie.. 
You want to know something? Semalam, dan semalam dan semalam.. bumi KL sentiasa di basahi hujan di sebelah petang. Hujan bukan calang-calang hujan. Bak kata Nisa kawan saya tu, hujan pun tak nak kalah.. Nak turun lebat-lebat. Kalau minggu lepas boleh juga buat azam baru nak datang pukul 8.30pagi nak balik pukul 5.45pm sebab pukul 6pm terus pergi makan. Tapi minggu ni... ermmmm..kena balik awal dari biasa. Nak elak hujan..

Dear bloggie...
Semalam, masa keluar dari CAIRO langit dah kelam.. tapi belum hujan lagi. Elok je masuk dalam kereta dan menuju keluar dari UTM, hujan pun turun. Setitis. dua titis.. Dan bertitis-titis hujan turun membasahi bumi. Bukan hujan je.. Pakej dengan angin lebat.. Fuhhh... Petang semalam tak ambil jalan biasa.. tapi tak adalah guna jalan yang luar biasa pun. Ambil jalan dekat gurney height tu, tembus Datuk Keramat, lalulah kawasan simpang ke setiawangsa. Ala, depan kem tentera tu. Dan nak tahu apa yang berlaku?

Sama dengan lebatnya hujan dan petir, traffic light dekat simpang empat utama itu terpadam! Owh damn! Jalan dahlah sedia sesak kan? Semua pun tak nak mengalah. Paling menakutkan bila bas sekolah warna kuning yang besar gabak tu pun ikut mencelah. Tahulah dia besar kan? Kami yang dok dalam kereta pula risau bila tengok penunggang motorsikal mencelah-celah di antara kenderaan 4 roda ni.. Fuhhh...

Janganlah berlaku kemalangan depan mata kami.. Tolonglah.. Hati-hati! Mencelah dan mencelah, akhirnya berjaya juga keluar dari kesesakan kereta yang nak ke macam-macam arah tu.. Lega! Tapi.... Hujan pula semakin lebat. Angin juga kencang. Tak nampak jalan.. Fuhh..risau. Mujur bukan saya yang memandu. Heee.. tapi cuak jugalah.. Eheh..

Dear bloggie...
Semalam take away set dinner double cheeseburger with large coke. Ahah.. Large lah konon kan? Sampai dekat hostel dah tinggal separuh cawan je.. Dek hujan yang lebat tu, kami masuk ke carefour wangsa maju. Bukannya nak shopping apa pun, cuma nak cari makan je.. Sebab hujan lebat tak boleh nak mencari makanan dekat luar kolej tu.. Tempias dek hujan..

Dan semalam juga, rasa pelik bila tengok pintu belakang kolej tutup awal. Err.. sebelum ni masa budak degree cuti pun idaklah sampai bertutup pagar tu. But then, lepas hujan awal pula pagar belakang ditutup. Mula-mula, not a big deal. Dah masuk kolej pun. Tak kisahlah nak tutup ke apa kan?

But then, pagi tadi masa nak keluar ke kampus.. Once again, gate masih bertutup. Aigoo..what's going on right now??? Terpaksa tawaf kolej tu sebelum keluar ke pintu hadapan. Err.. tawaf dengan kereta. Tak lah rajin sangat nak berjalan tawaf kolej yang tak seberapa besar tu. Bila tanya dalam facebook kolej, rupa-rupanya ada kabel tnb yang jatuh dek angin kencang dan hujan lebat semalam... Aigooo.... Itulah al-kisahnya..

Dear bloggie....
Tangkap cintan sudah dengan cerita-cerita korea ni. Yang terbaru, tengah enjoy menonton Dong Yi sebab Jin Ji Hee berlakon.. Ahaks.. Tapi maca Jewel of the palace, cerita ni pun ada banyak episode.. Up to 60 episode!! Sigh!.. Mana buleh jadi ni... Tak bergerak research depan mata karang...

Dear bloggie...
Ok, back to focus.. Eh, salah.. Fokus semula pada writing process and reading as well...

Ya ALLAH, permudahkan urusan kami hari ini.. Aminn..



I Love pastel colours~

Tuesday, April 17, 2012


Pastel colours. Cantik. Lembut mata memandang. Warna pastel selalu dikaitkan dengan musim bunga. Spring. Dan pada saya, DAEBAK!.. I luv this colours.. May be boleh buat as my dream wedding theme?? Ahaks.. 



It just... i love the colour combinations. That's all.. other than white colour, i prefer pastel.!



Lepak-lepak di Teluk Kemang

Sunday, April 15, 2012

Ohooooooo...
11 April 2012.. Cuti kan hari tu? Cuti pertabalan agong. Yeay! cuti!.. Heee...
Dan kebetulan pula kawan saya ajak temankan dia ke Seremban. Saya ok je.. Bab berjalan memang lajuuuu jee... ahaks..

Pagi-pagi lagi hujan dah turun dengan lebatnya.. tapi itu tidak membatalkan perancangan yang telah dibuat.. Pepagi lagi dah gerak ke Wangsa Melawati. Temankan Izyan ke rumah mak ciknya untuk ambil barang-barang yang hendak dibawa kepada emaknya di Seremban. Wee... dapatlah breakfast free.. Thanks mak cik dan pok cik!. Hee..

Hujan pun dah reda, kami pun gerak ke Seremban dengan jayanya.. AHaks.. Sekitar jam 12.30 tengah hari sampailah kami di Seremban. Selesai segala urusan, kami pun pergi ke Port Dickson. Nak balik KL macam awal lagi. Sepetang dihabiskan di tepi pantai.. Release stress.. Enjoy the day~
 

Indahnya dapat lepak-lepak di tepi pantai. Jujurnya, saya sukakan pantai! Hee... Angin laut sangat mendamaikan. Segala resah, masalah semuanya boleh dibuang laut ke tengah lautan.. Release minda seketika. Memang terapi minda yang terbaik!!..
 

With Izyan



Haaa... ingat tak? Petang tu jugalah berlakunya gempa bumi di Sumatera barat. Bergegar juga bumi Malaysia. Tapi masa tu saya dah dalam kereta.. On the way back to KL. Tak sedor pun ada gegor-gegor. Sampai dekat RnR seremban, tengok ada miscall dari emak dan kakak. Aih, emergency apa pula ni?? Cepat-cepat call semula.. Rupa-rupanya...

"Tak rasa gegaq ke?"
"Ha?"
"Dekat rumah ni dah bergegaq-gegaq dah.. Gempa dekat Sumatera Barat.."

Owhhhh... Macam manalah nak rasa kalau dok dalam kereta.. Eheh..





Dato' Siti @ Guardian KLCC


14 April 2012..
Berdesup pergi KLCC.. Heee.. Bukannya apa, konon-konon nak jumpa Dato' Siti Nurhaliza secara live.. Nak tengok dekat-dekat.. ^^,

Dari fanpage Dato' Siti Nurhaliza tulah yang dapat tahu Siti bakal berada di Guardian KLCC.. Pukul 3pm. Tak lah jauh sangatkan nak pergi? Hari tu pergi KLCC sebab nak tengok Girls Generation secara live. Kali ni, tengok artis Malaysia pula a.k.a Dato' Siti Nurhaliza.. Yeay!..
Nak ambil gambar bersama-sama Dato' Siti kena beli perfume Simply Siti dan dapatkan nombor apa ntah.. Aih, manalah ada duit nak beli perfume tu.. Brapa harga perfume tu?? Ada RM70 dalam tangan bolehlah beli.. Heee... murah je sebenarnya.. Tapi pada saya, mahal! Ahahaha... Duit tu lagi bermakna kalau dapat buat beli makanan.. Kenyang perut! =D.. Makanya, captured gambar dari tepi je lah.. Tepi tak tepi, dekat jugalah.. Kalau saya panjangkan tangan, Dato' siti sambut memang berpeganganlah.. Tapiiii..

Baru hulur tangan dengan kamera dah pok guard-pok guard tu tolak. Aish, mujur tak sentuh-sentuh. Kalau tak, i ketuk u pok guard!.. Eheh.. Sempatlah captured gelagat comel Dato' Siti Nurhaliza ni.. Aish, kamera murah je.. kalau DSLR mungkin lagi cantik kan??
Comel tak gelagat Siti?? Heee..

Untuk mengubati hati yang duka lara dek tak dapat bergambar dengan Dato' Siti, cepat-cepat ambil gambar dengan Siti Saida.. Kakaknya Siti.. Oklah tu.. The best part is.. Sempoilah kak Saida ni.. Boleh plak buat sembang macam kawan.. Hahaha.. Orang lain sibuk nak ambil gambor Dato' Siti.. Yang kitorang terus duduk sebelah Kak Saida bila perasankan kehadiran dia.. Hahaha...

Kak Saida! Sampaikan salam we all pada Dato' Siti ye! Suara siti memang awesome beb bila dengar secara live.. Lebih merdu dari suara dekat microphone!! Hahaha... Petang yang awesome~...
 
Bersama Siti Saida..




Semalam..

Thursday, April 12, 2012

Semalam...
Pagi-pagi lagi dah hujan..
Dah mandi, dah bersiap... 
Tapi rasa nak tarik comforter dan tidur lagi...

Semalam juga....
Sambil ber"sweater" naiklah kereta..
Bawa juga payung takut tempias dek hujan..
Dari Kolej, singgah Wangsa Melawati..

Semalam...
Dapat breakfast nasi lemak ayam percuma..
Terima kasih, Thank you, Arigato ne~..
Perut kenyang, enjin kereta pun dihidupkan..
Mulalah perjalanan ke Seremban..

Semalam...
I jejak Seremban.. 
Sebelum-sebelum ni, lalu je dengan bas on da way ke kedah dari JB..
Sampai PKNS, dapat mesej ajak keluar jimba-jimba..
Terpaksa tepis sebab dah keluar KL..

Dan semalam juga...
Tengah lepak-lepak dekat Teluk Kemang Port Dickson,
Nampak cloud of birds terbang dari pantai ke darat...
Nak snap gambaq tak sempat!..
Few minutes later,
mak kakak pakat telefon..
Ingatkan ada kecemasan apakah!
Rupanya, rumah dekat Aloq Staq dah bergegaq!

Rupa-rupanya semalam..
Dekat Sumatera ada gempa bumi!
Kuat tak kuat, kuat jugalah.. 
Patutlah burung terbang dalam kumpulan...
Semuanya berlaku semalammmm...



Tak mungkin....

Wednesday, April 11, 2012


Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah tumbuh, yang hilang berganti..
Kau telah jauh
Jauh dariku, tiada ruang di hati buatmu
Namun harus ku akui ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali sekala ada, ada rindu yang datang tiba-tiba..
Tak mungkin kerana sayang..
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah tumbuh yang hilang berganti..
Kau telah jauh…
Jauh dariku.. Tiada ruang di hati buatmu
Namun harus aku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali.
Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah tumbuh yang hilang berganti
Kau telah jauh
Jauh dariku.. Tiada ruang di hati buatmu
Namun harus ku akui ada ketika
Di minda kau menjelma kembali..
Tak mungkin kerana sayang
Hanya kadang-kala aku terkenang..
 
Assalamualaikum...
Dan selamat pagi.. Ohayou Gozaimasu~..
Lagu ni... Tak delah feveret sangat-sangat.. Cuma bila dengar tu... ahaks.. seolah-olah sedang menceritakan tentang diri sendiri.. Tak maulah taching-taching di pagi hari.. Hujan dekat luar membuatkan hari ini begitu sejuk... Rasa macammmm.....
 
Haaa.. apa lagi??? Rasa macam nak tarik selimut, tidur lagilah.. Hahaha...
Apa? Anak dara pemalaih?? Aih! ceit! mana ada malas.. pagi kot dah bangun.. tapi tak ada apa yang nak dibuat selain daripada membaca, membaca, membaca dan akhirnya..... tertido! Yeay! suka..suka..suka...
 
Hik hik hik.. Semalam terlayan dek perasaan sampai tak buleh nak tido.. Dua malam lepas cik mimie nanes-nanes ingatkan kawan-kawan... Malam tadi, saya yang hampir menangis teringat dekat member-member! Adeh.. Wednesday bluess kah? Pujuklah diri sampai tertido.. Kalau dulu, buka pintu bilik sendiri nampak bilik Aimie dengan siti.. Sekarang? Buka pintu bilik, nampak koridor panjang yang seghupa berhantu pula! Hohohoho...
 
Saya rindukan kamu.. dan kamu.. dan kamu.. dan kamu juga...
 



Belajar dan diajar~

Tuesday, April 10, 2012

Assalamualaikum....


Semalam, pergilah attend satu public talk yang dibuat di Dewan Jumaah, UTM IC kat sini ni. Ada dua orang speaker yang bercakap tentang learning and teching in higher education. Err.. macam tak ada kaitan je kan dengan apa yang tengah disibuk-sibukkan sekarang? Tapi, nak kongsi juga. Speaker pertama jelah ek..heee 


Speaker 1 : Prof. Elliot P.Douglas, University of Florida
Title : Effective Teaching in STEM Education.
STEM stand for Science, Technology, English and Mathematics. Tak ada kaitan dengan subjek EST yang ambil dalam SPM tahun 2005 dulu ok.. Sebelum saya bercerita lebih lanjut, jom saya kongsikan 3 nasihat dari Prof.Elliot kepada pendidik-pendidik di luar sana.


1. Teaching is about student learning, not disseminating information
2. Your students are not like you
3. You must genuinely like your students, believe they want to learn and believe they have the ability to learn.


Haaa... Nasihat ini sangat penting dan ada benarnya. Faham tak? Ke ada yang tak faham? Kalau ikut pemahaman saya, untuk nasihat yang pertama tu.....


Teaching means pengajaran yang kata akarnya adalah ajar/didik. Mengajar untuk pelajar belajar. ^^,. Bukannya mengajar untuk mencerakinkan maklumat. Pelajar datang untuk belajar dan diajar supaya yang kelam jadi cerah, yang tenggelam jadi timbul, yang samar jadi jelas. Mereka datang belajar dan diajar untuk memahami dan mengetahui. Jadi, janganlah asyik mencerakinkan maklumat sehingga yang tenggelam terus tak timbul, yang samar terus tak jelas. Ahahaha.. Faham ke tidak? Tak pandailah nak buat ayat. Tapi yang penting, ajar mereka apa yang mereka tidak tahu. Dan ajar mereka sehingga mereka tahu apa yang mereka tak tahu.. Jangan komplekskan pengetahuan mereka dengan aktiviti cerakin maklumat yang lebih kepada aktiviti syok sendiri.. heee..


Untuk nasihat yang kedua pula: Your students are not like you..
Ya! that's right. Janganlah samakan IQ mereka dengan IQ kamu ketika kamu di usia mereka. Pastinya berbeda! Jangan juga samakan pengetahuan mereka dengan pengetahuan kamu ketika kamu di usia mereka. Mestilah tak sama! Know your students! Kenal pelajar kamu. Kelebihan dan kelemahan mereka. Dan dari situ tackle mereka. caranya? Masing-masing punya kaedah yang berbeza.. Just take note that "mereka bukannya kamu ketika di usia mereka!".


Nasihat yang ketiga... Urrmmm..simple! Like and believe! Yakin dan percaya pada kemampuan mereka. Mereka datang, maknanya mereka hendak belajar. Mereka gagal bukan kerana mereka mahu gagal. Tapi mungkin apa yang kita sampaikan tidak sampai pada mereka. Jangan asyik cari salah pelajar atas kegagalan mereka. Cuba post-mortem semula teknik pengajaran dan pembelajaran yang kita gunakan. 


Saya tabik pada warga pendidik di luar sana. Sungguh! Tugas mendidik anak bangsa adalah tugas yang paling mulia!... Berbahagialah kamu dengan amanah yang diberikan itu..


Saya sayang cikgu-cikgu saya. Anda bagaimana?


p/s:
cikgu-cikgu di SRB Mejar Jenderal Dato' Ibrahim (1995-1997), SRK Wira Penrissen(?)(1997-1998)-> hahaha..tak ingat nama sekolah.. yang pasti depan kem penrissen tu.. , SK Haji Hasan Itam (1999-2000), MRSM PDRM (2001-2005), Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (2006-2007) dan Universiti Teknologi Malaysia (2007-2011)...





Be the Best~

Sunday, April 8, 2012





Be the best of whatever you are,
If you can’t be a pine on the top of the hill,
Be a shrub in the valley but be the best little,
Shrub by the side of the hill.
Be a bush if you can’t be a tree...

If you can’t be a bush,
Be a bit of grass
A some highway happier make,
We can’t all be captains, we’re got to be crew..

There is something for all of us,
There is something for all of us,
There is big work to do and there’s lesser to do,
And the task we do is the near...

If you can’t be a highway,
then just be a trail,
if you can’t be the sun,
be a star...

it isn’t by size that you win or you fail,
be the best whatever you are...





Topup Iman[6] : Hidup biar berilmu~


Ilmu tanpa sempadan. Knowledge beyond the borders. Betul ke tidak?. Entah. Yang pasti, tiada jalan pintas dalam mencari ilmu. Dan tiada jalan singkat untuk menjadi seorang yang berpengetahuan. Knowledgeable. Sekurang-kurangnya punya ilmu. Tak semua perkara perlukan pengalaman tapi yang pasti semuanya memerlukan ilmu pengetahuan.

Ilmu pengetahuan bukan terletak pada degree mahupun sijil yang kita pegang. Tapi terletak pada apa yang kita tahu. Di dada juga di minda. Kalau ilmu di minda penuh, tapi ilmu di dada kosong, tak ada juga gunanya. Ibaratkan otak kita seperti sebiji gelas dan ilmu itu ibarat air. Gelas yang kosong, kalau diisi air akan penuh. Tapi, gelas yang sudah penuh tapi hendak terus-menerus di isi air alamatnya tumpah melimpah. Begitu juga perihal ilmu pengetahuan yang kita miliki.

Tak guna cari ilmu sampai ke hujung dunia kalau tak pandai memberi manfaat pada masyarakat sekeliling. Akibatnya? Membazirlah. Setiap kita punya ilmu yang berbeza-beza. Susah hendak menguasai semua cabang ilmu, tapi bukanlah mustahil. Susah je. Kalau tak mampu capai semua, capailah yang terdekat dulu. Kalau tak mampu nak kuasai semua bidang ilmu, pilih dan kuasai yang satu..

Tapi yang pasti, jangan pisahkan ilmu dunia dan ilmu akhirat. Sebab keduanya saling memerlukan. Seperti manusia yang memerlukan oksigen untuk terus hidup dan tumbuhan yang perlukan karbon dioksida untuk menghasilkan oksigen, begitulah hakikat ilmu yang kita cari. Ilmu tanpa sempadan. Sebab ilmu memang tiada penghujungnya. Cari dan terus mencari. Gali dan terus menggali. Sebab di satu sudut, pasti akan menemui ilmu yang baru. 

Yang penting, jangan sesekali mendabik dada dengan ilmu yang kita miliki. Sebab, sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang kita kongsikan bersama. Ilmu yang memberi manfaat kepada seluruh alam.

Saya cintakan ilmu. Anda bagaimana?




SNSD punya pasal....

Saturday, April 7, 2012



Cerita dah basi. Tapi tak kira, nak tulis juga. Nak! Nak! Nak!.. Sebelum ni ada tulis pasal Girls Generation dekat KLCC. Tapi, masa tulis entrie tu, belum terjah lagi KLCC. Keterujaan nak jumpa retis Korea telah membawa saya dan kawan sekampus menerjah KLCC elok je lepas asar. Ahaks.. Sebelum tu, awal-awal nak bagitahu yang kami pergi ke KLCC menggunakan kenderaan awam a.k.a PUTRA dan Touch n Go. Kenapa? Haaaa...panjang ceritanya..

Around 5.00pm, lepas solat Asar kitorang tunggu teksi depan kolej. Gilerlah kalau nak drive ke KLCC tu.. Mahu tempoh kesesakan lalu lintas je dekat Jalan Tun Razak dan apa ntah lagi jalan area Setapak tu. Dari kolej, ambil teksi ke stesen LRT Sri Rampai. Yang paling dekat lah tu. Touch n Go into the PUTRA. Tak sampai setengah jam, kitorang dah menjejak ke KLCC ni. Awal lagi kan? 

Kitorang pun pusing-pusinglah KLCC tu, konon-kononnya nak cari dekat mana sebenarnya pentas yang dimaksudkan itu. Tapi, yang kitorang jumpa hanyalah skrin besar dekat tengah-tengah tasik. Ooooookkkk.. Betul ke tidak SNSD datang Malaysia ni? Dekat satu sudut, adalah sekumpulan budak-budak remaja yang pada hemat saya peminat kipas susah mati(?), die hard fan(?) SNSD.. Pink gitu... Siap bawa gambar retis korea tu lagi.. Wa tabiklah sama korang-korang.. Kenapa? Sebab saya minat gitu-gitu je.. Idaklah sampai nak berabis untuk retis-retis tu..=D


Rupa-rupanya, pentas untuk SNSD berkonsert tu on the other side. Dekat dengan Dewan Philharmonik Petronas (?). Keluar je pintu KLCC tu....... Perghhhhh.... ribuan manusia. Pakat dah beratur nak masuk kawasan berbayar. Dari sisi pentas di luar lingkaran berbayor nampaklah sekumpulan wanita tengah dok nari-nari sambil sound check atas pentas tu.. Wohooo... Itukah mereka??? Tapiiii, aih malaslah eden nak bersesak, berebut semata-mata nak melihat.. Habis kang tersentuh sana sini. Dah nampak dari jauh pun jadilah. Konsert? Layan dekat skrin besar sudahlah. Ate, nak kena pergi solat maghrib dulu.. Karang kalau dah bersesak dan dengan jayanya dok depan-depan, kena juga berundur ke belakang untuk pergi solat.. Moleklah kalau bersolat dulu~..

KLCC hari tu sangat full.. Bukan ribuan tapi puluh ribu dah rasanya. Dekat Signature penuh. Dekat surau pun penuh beb! Sudahnya, bergegas ke Masjid As-Syakirin yang tak jauh dari KLCC tu. Konsert SNSD start lepas isyak. Elok sangatlah tu. Daripada pergi bersesak, layan jelah dekat Skrin besar tu. Awesome juga apa. Sedor diri tak bertiket.. Makanya, kita layan je apa yang ada... Yang tak boleh blah, dekat area depan skrin besar tu pun, manusia penuh! Ramai giler. Tapi layan~...

Satu je yang tak best! Bukan setakat sound system tak baguih. Visual Screen system(?) pun benar-benar menaikkan amarah! Hikhikhik.. Tahulah kami ni penonton di kawasan public area a.k.a free access area, tapi agak-agaklah.. Tengah-tengah SNSD nyanyi joget-joget tu, boleh pula tayang gambaq KLCC dekat skrin tu.. Mahu hangin kitorang! Setakat KLCC tu, kalih belakang dah nampak!..

Lebih kurang setengah jam jugalah Girls Generation nyanyi joget-joget atas pentas tu.. Antara lagu yang diorang nyanyi dan joget-joget :- The Boyz, Genie and Mr.Taxi and Hoot~.. Habis je persembahan SNSD, semua angkat punggung blah beb! Hahaha.. Meskipun lepas tu masih ada persembahan artis omputih. Masa nak balik ni lagilah tak boleh blah..

Kan dah kata tadi, kitorang naik pengangkutan awam a.k.a PUTRA. on da way nak ke stesen LRT KLCC yang underground tu, terpaksa tempoh kesesakan umat manusia! Adooi! Tengok konsert tak adalah bersesak pun.. Nak balik pula yang penuh sesak. Dahlah jalan underground tu bertutup tiada saluran udara. Manusia pula dah macam sardin dalam tin! Penuh!. Panas! Tersangkut pula dalam laluan underground tu!..

Mujurlah pakai Touch n Go kan?? Selit dekat tepi-tepi tu, dan akhirnya berjaya juga tembus ke train. Sesak sebab orang nak membeli token!.. Aigoooo.... Tapi, overall enjoy the concert.. Berbaloilah kan sebab tengok percuma. Kalau nak tengok face to face dekat-dekat, kenalah melabur beli tiket.... Errr.. may be next time? Super Junior? Hik hik hik..

Cerita dah basi tapi masih segar di ingatan. Sebab!!!! Nak tengok SNSD punya pasal, sampai terperangkap di laluan bawah tanah menuju ke stesen LRT KLCC..ahaks..~

Isy..isy..isy..