Matrik!

Thursday, January 31, 2013

Siapa kata masuk Matrikulasi itu tak best?

Ohoi.. Belum cuba belum tahu ok! I've been there. Saya dah mengalaminya. Dan pengalaman itu sangat-sangat seronok! Membahagiakan! 
Ramai yang kata tak nak masuk matrik sebab matrik susah. Masuk matrik belum tentu dapat pergi U. Keluar matrik, sijil matrik tak laku.. and bla..bla..bla..bla..

Pada saya, mudah je. 
Ada ke benda yang senang dalam dunia ni? Kesenangan itu bermula dari kesusahan. Nak berjaya, kenalah susah dari sekarang. Macam pepatah orang putih tu : 
There is a rainbow after the rain.

Eh, betul ke ayat tu? Gasaklahkan. Janji bahagia.. Kihkihkih..
Setiap orang ada jalan cerita yang berbeza. Jadi, tak payahlah susah-susah hidup nak bandingkan jalan cerita kau dan aku. Ye tak? =D

Bestnya matrik ni, tempohnya cuma setahun. Tapi sekarang dah ada matrik setahun dan matrik dua tahun kan? Ok, yang itu saya tak berapa arif. Saya nak kisahkan tentang matrik setahun ni. Saya masuk Matrik Pulau Pinang. Atau pofular juga dengan nama Kolej Matrikulasi Pilihan Pertama! Yeay! Memang pilihan pertama pun. Sujud syukurlah saya tak ikut pilihan buah hati(masa mohon tu!). Eh, salah. Ex-buah-buahan. Dah jadi suami orang kan? Tak baik oooo simpan rasa jiwa raga dekat suami orang!..

Saya pilih KMPP walaupun mak dengan abah suruh pilih Kolej Matrikulasi Perlis. isy..isy..isy.. Ketegaq juga kau ni kan Sara? Suka sangat buat keputusan sendiri!. Tapi, mak dengan abah i steady beb!. Masa dapat surat tawaran dari Bahagian Matrikulasi tu, merekalah yang paling supportive. Sokong dari depan, belakang, kiri dan kanan.
 

Sebagai menghargai sokongan mak dan abah yang super supportive tu, walaupun tak dengaq cakap pada peringkat awalnya, i give them the one as above. Ala-ala, "walaupun cheq ketegaq dok ikut kepala sendiri, tapi cheq nak buktikan pada mak abah yang cheq boleh berjaya. Walaupun cheq tak masuk Matrik Perlis macam yang mak dan abah nak, tapi cheq buktikan yang cheq boleh buat yang terbaik dekat KMPP.."

Haaaa..gitu!
Jadi, sejak hari itu. Apa pun keputusan saya, sekalipun selalu tak ikut cakap mak abah, diorang tetap sokong. Sebab mereka berdua yakin dan percaya saya akan buat dan dapatkan apa yang saya nak.... Kecuali soal jodoh! Kihkihkih.... Jodoh pertemuan tu kan urusan ALLAH. Eh, salah masuk mode.

Saya masuk matrik tanpa ada apa-apa misi ataupun visi. Yang saya tahu, saya masuk matrik sebab kecewa tak dapat mana-mana program Fast Track Mara sebab slack pada percubaan SPM subjek Kimia.. Oh! Sooo sad! Masuk Matrik, maksudnya jumpa kawan baru, suasana baru dan semuanya baru! Saya pilih Aliran Sains Fizik. Sebab i do hate biology! =D
Peringkat awal, dalam praktikum saya jumlah lelaki dan perempuan adalah seimbang. Tapi beberapa minggu kemudian, ramai pelajar perempuan yang keluar dan tukar ke aliran hayat. Akhirnya hanya tinggal kami bertujuh sahaja pelajar perempuan didampingi 14 orang pelajar lelaki. Setylelah kan?

Memang banyak Huha daripada study. Belajar pun macam banyak HUHA dari fokusnya. Sedar tak sedar, ukhuwah jadi rapat. . Habis je peperiksaan semester 1, memang tak expect apa-apa. Just bear in mind, tak fail! =D
And guest what? Buka-buka result terjojol angka 4.0!
Masa tu macam BELIEVE IT OR NOT! Again?
Kiri kanan orang ucap tahniah. One best word i ever heard.
"Tahniah! Sebab kau dah buktikan orang melayu pun mampu dapatkan top score than other races dalam praktikum kita."

Yeahhh.. that's make me smile and happy. I'm one of the malay students yang score 4.0 among chinese and indian students in that matriks. Of courselah i happy kan? After that, timbul another challenges.

"Nak score 4.0 tu mudah sebenarnya. Tapi, nak makesure you maintain that results next semester? Do you think you can do it?"

Gulp!
Bibir laju je cakap : InsyaALLAH. Saya yakin saya boleh maintain pointer 4.
Dalam hati : Banyaklah kau punya yakin! Adoi!

Jadi, takkanlah semester kedua tu nak menganga tanpa ada apa-apa usaha pula kan? Usaha tangga kejayaan! Tak larat naik tangga, kita pakai escalator tak pun lif! Yang penting, berhenti dari memberi alasan.
Walaupun kawan-kawan bagi gelaran ulat buku, tapi saya tahu mereka tahu. Saya ni pantang di ajak HUHA, laju je nak ikut. Jadi, saya tahu mereka tahu fakta yang satu itu. Belajar itu perlu. Tapi meluangkan masa bersama kawan-kawan juga perlu. 
Nak seribu daya, tak nak beribu alasan boleh di jana.
Jadi, jangan takut untuk melangkah masuk ke Matrikulasi. Susah atau senang, itu semua mindset kita! Percaya! 



Reset Minda!

Wednesday, January 30, 2013

Nak ajak dengar Celik Mata Reset Minda Bakal Pengantin by Prof. Dr. Muhaya.
Pengisiannya sangat-sangat menarik.

"Lagi tinggi belanja, lagi rendah nilai wanita. Lagi rendah belanja, lagi tinggi nilai wanita.."

Gulp!

"Sesiapa yang memudahkan urusan walimah, Allah sayang."

Jom dengar ramai-ramai. Bukan hanya untuk bakal pengantin, malah sangat sesuai untuk semua golongan masyarakat. Siapa pun anda, jom dengar..

[Dengar sini]



Imbas Memori

Tuesday, January 29, 2013

Kalau dapat peluang untuk bercuti ke Sarawak, 1st place i want to go adalah Kem Penrissen, Kuching Sarawak. Al-maklumlah. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat membesar dan bermain. Hehehe.. Ye..saya anak tentera. Sebab tu saya lahir tempat lain, membesar tempat lain, mendewasakan diri dekat tempat lain. (^____-)"

Tak tahulah abah posting ke Sarawak tahun bila. Tapi kalau tak salah, lepas kakak lahir dah terbang pergi Sarawak, lepas tu balik semula ke Semenanjung. Masa dekat Kem Kemunting, saya lahir. Lepas tu terbang semula ke Sarawak. Dekat Kem itu. Duduk sana sampailah tahun 1999. September 1999 kami sekeluarga balik dan terus menetap dekat rumah yang sekarang ni. Kalau di kira-kira, umur dekat 11 tahun jugalah baru balik semenanjung.

Bayangkanlah.. 11 tahun. Kawan-kawan zaman hingusan semuanya tertinggal di Sarawak. Zaman dulu, mana ada facebook, Instagram, twitter bagai ni. Nak keep in touch, main tulis-tulis surat je. Hari ni tulis, esok pelekat setem, lepas tu masuk peti pos. Tunggulah seminggu dua untuk kawan di seberang laut China Selatan tu nak membalasnya. Tapi, lepas tu terputus terus. Sungguh! Saya rindu sangat dengan sahabat baik saya masa tu. Nama di Elizabeth Helda. Helda, if u read this blog...please..please..do contact me again.. Hope our friendship long lasting!..

 
Setiap kali jumpa duit 1 sen dekat tepi jalan/tengah jalan mesti kutip lepas tu pergi pejabat pos ni minta beli setem 1 sen! Kadang-kadang setem 5sen!

Saya tinggal dekat blok F11. Belakang blok saya ada gelanggang bola keranjang kot. Tapi, saya selalu main galah panjang je. Main dengan budak-budak laki. Hehehe.. Best! Kadang-kadang ikut mak pergi marhaban + baca yasin + kelas tadjwid. Eheh.. Kalau hujan super lebat, main dekat beranda panjang depan rumah tu.. Main rakit-rakit.. =D. Ha! Dulu, dekat bawah dari rumah, ada pasar. Belakang pasar tu tanah merah. Saya suka buat Sunway Lagoon kat situ! Eheh.. siapa ntah kawan seangkatan saya tu. I wish i still has that memory..

Ha! Kekadang, ikut mak pergi buat bunga tin, bunga straw, swan kertas tu. Seronok wei.. Walaupun luaq nampak kasaq dok main dengan budak lelaki, dalam hati ada taman. (^__^). Anak-anak tentera dekat Kem Penrissen, mesti masih ingatkan kita naik feri/trak tentera pergi sekolah. Masa tu sekolah rendah dekat SRBMJDI. Sekarang namanya SRMJDI kalau tak salah. Pagi, kayuh basikal pergi sekolah agama dalam Kem. Tengah hari pula tunggu trak dekat bustop ramai-ramai untuk pergi sekolah sesi petang. Balik sekolah, tudung ke mana, beg ke mana. Kalut sangat nak mainkan?

 
Taman Permainan

Lepas tu, sekolah baru buka depan kem. SRK Wira Jaya. Sekarang ni namanya SK Wira Jaya kan? Dulu K stand for Kerajaan. Tapi sekarang K stand for Kebangsaan. If not mistaken. Sekolah depan kem je. so,pakat kayuh basikal ramai-ramai. Selalunya ambil jalan short cut, bukit belakang pasar tu. tolak-angkat basikal ramai-ramai. Oh...so suweettt.. Siapa ingat hujan batu dekat Kem dulu? Oho.. benarlah kata pepatah. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Kihkihkih... bertadah besen nak kutip hujan ais tu! Kena badan, sakit ooooo.. Tapi, that's what memory is all about!

Ha! Tahun 1997. Siapa ingat? Hutan Kalimantan terbakar! Jerebu teruk yang akhirnya kerajaan umum darurat dekat Sarawak. Mahu tak darurat? Indeks pencemaran udara tinggi sangat. Keluar rumah nak pergi sekolah kena pakai musk/mask(?). Darurat = cuti itu best. Tapi, sebab jerebu, jadi tak best. Ye lah. Tak boleh keluar rumah juga! Uhuk..

Hampir 11 tahun duduk dekat Sarawak, takkan tak tahu cakap Sarawak?? Oho! Kamek sik tau. Kalau dah namanya duduk kem, jiran tetangga semuanya orang semenanjung. Pergi sekolah pun majoriti anak-anak semenanjung, kot mananya nak tahu cakap Sarawak? Ye tak? Hehehe.. Ha! Yang pasti, walaupun saya tak tahu cakap loghat Kelantan,loghat perak, loghat terengganu.. Tapi untuk memahami all those loghat, insyaALLAH tak ada masalah. Nak tahu? Saya belajar makan budu masa dekat Sarawak. Ada Jiran tu dari Kelantan. Saya belajar makan cencalok masa dekat Sarawak juga. Ada jiran dari melaka bawa pi sarawak.

Tapiii....
bial cari dekat google dan youtube..
Kem Penrissen dah tak seperti dulu. Dalam satu video tu, kem ni nampak sunyi. Kalau malam, mungkin menyeramkan.. =D Weeee... Tapi, tetap. Tetap nak pergi buat lawatan tapak. Hahaha... Kalau boleh, nak singgah dekat taman permainan yang ada dua bonjol tu.. Weee...nostalgic tu.. 

Dear... Jom bercuti ke Sarawak!
Muahahaha.... angan-angan dalam mimpi, harap-harap jadi realiti..

(^_________^)* 

p/s : Gambar-gambar ni saya pinjam dari Facebook : Kem Penrissen, Batu 8.



7 1/2

Assalamualaikum!
Hye ollss!!

Hot fm kini sudah menjangkau usia 7 tahun! Tahniah HOT FM!. Tapi ini tak ada kaitan pun dengan tajuk dekat atas tu.. =P

7 1/2 jam! 7 1/2 jam untuk sampai ke Rawang. Dari mana? Dari Aloq Staq! Fiuuu... Mujur kereta Auto. Kalau manual, mahu pengsan hari ni!. Niat hati nak balik KL hari ni.. kihkihkih.. Nak skip tak mau masuk lab lerr tu... Tetapi, perancangan berubah. Zassss...
Abah ada kerja dekat Rawang + Shah Alam. Dalam erti kata lain, abah pun nak turun KL juga. Ok! Please take note that, KEDAH TAK CUTI ye hari isnin itu! Jadi, pagi tu abah pergi pejabat dulu. Sementara saya bawa mak pergi Mydin Hypermate untuk beli beras+minyak+gula+susu untuk kenduri kawan mak(Sistem Kut ni.. lain kali i story!)

Nak dijadikan ceritaaaa...
We all gerak dari rumah pukul 3.30petang macam tu lah. Well said, from pendang until Sg.Dua, traffic quite good! Oh ye! Saya konvoi kereta dengan abah. Alang-alang abah nak pergi KL, baiklah saya balik sekali kan? Stay dekat rumah pun, mak dengan abah tak ada. Tak best. Kihkihkih..

Kesesakan traffik mulai terserlah bila masuk Seberang Jaya untuk tembus ke Tol Juru. Kereta memang dah banyaklah. Dari Tol Juru menghala ke Kuala Lumpur memang banyak main lane kanan. Kononnya nak laju plus kereta banyak.. Tapi end up, lane kanan lagiiiii slow! Lane kiri pula yang laju.. Hampeh!
Konvoi dengan abah, memang selalulah kena tinggal. Dah kalau saya main 110 - 120 je.. abah main sampai 140! Mahu tak tertinggal? Kihkihkih.. Tapi tak kisah.. Highway je kot.. Tertinggal cenggitu tak ada hallah. Bila lepas je sempadan kedah (Bandar Baharu), memang jalan totally jammed! Tak ada maknanya nak main 110 bagai.. Main brek adalah!


Kami berhenti dekat RnR Bukit Gantang. Fullamak!! Ramai sungguh umat manusia. Tapi, alhamdulillah.. dipermudahkan untuk dapat parking kereta. Makan-makan isi perut dulu.
I'm not sure where is Sayong. Tapi kalau tak salah, masa ni baru keluar RnR Bukit Gantang. Sesakkkkkk... Kereta pula tak nak bagi laluan untuk kita masuk walaupun dah bagi signal. Grrrrr...

Dan dari sini bermulalah traffic congestion yang menguji kesabaran.
Oh abah! Sebab tu lah angah nak balik hari ni (Selasa).. kihkihkih... Nak kata ada kemalangan, minor accident tu adalah. Yang major tak ada. Tapi, traffik tetap perlahan. Dari Bukit Gantang nak sampai ke Simpang Pulai...Fuhhhh.. Tak taulah chek nak habaq. Sampai ja kat Petronas Simpang Pulai, berhenti sat.. Nak buat urusan kecil! Kahkahkah.. Alang-alang dah sampai Petronas, full tank baliklah minyak. Walhal, banyak je lagi minyaknya! Tak kira..tak kira.. Nak buat urusan kecil pun kena beratur! Punyalah ramai umat manusia di atas lebuh raya semalam!



  Ha! Tu dia.. Dekat Pukul 11pm sampai Rawang. Kalau teruskan perjalanan ke Tol Duta, gamaknya kena merayu-rayulah dengan pak guard kolej untuk masuk sebab sampai mesti dah lewat. Lagi pun, abah yang ajak tidur kat Rawang. Sekali dengan emak dan adik. Hotel tu! Isy.. Lain kali je cerita..

Apa-apa pun.. Alhamdulillah..sebab tak hujan langsung semalam. Sekurang-kurangnya, perjalanan masih lancar kan? Pagi ni gerak dari Rawang. Sesak dekat SUngai Buloh sampai Tol Duta. Tapi 500meter sebelum bayar tol tu, lengang pula.. Kahkahkah..

Ok..sebelum mental breakdown sebab lama sangat dok atas highway, jomlah teruskan buat research!




Speechless Sunday!

Sunday, January 27, 2013



Games?
Again?
I'm Speechless!



Pengganas?

Wednesday, January 23, 2013

 

Hehehe...
Gigihkan?
Sampai buka webpage bursa malaysia lagi..
Tapi sebab tak pernah belajar pun pasal saham ni, tengok pun macam tak faham. Blur lagi ada.. Kihkihkih...

Ha?
Kenapa tetiba je nak menggigihkan diri buka-buka bursa malaysia? Semuanya sebab artikel bawah ni haaa..


Ok! I'm not trying to play any political issues here. So, don't miss interpret ok! It just, i'm eager to know the truth! But, unfortunately....
Saya tak faham apa-apa pun dalam webpage bursa malaysia tu. So, need to let it go je lah.. Huhuhu... If anyone know how to read those bursa saham, please let me know how.

Yang kedua. 
Tak semena-mena saya jadi konfius lepas baca artikel ni juga..
Sekali lagi saya tekankan di sini. Saya tak mahu membangkitkan sebarang isu politik. Sebab itu saya print screen.


Mulalah timbul persoalan..
Eh.. jap..jap..
Ismael Haniyeh tu pemimpin pengganas Hamas?
Hamas tu kumpulan pengganas?

Oh damn! Kecelaruan informasi dah dibuatnya..
Astaqfirullah...

Ya ALLAH.. beri ruang dan kesempatan untuk aku menilai dan mencari kebenaran di sebalik artikel ini. 

Moral of the stories:
Jangan cepat menerima berita yang disampaikan. Perlu untuk kita selidiki kebenaran dan kesahihan di sebalik itu..

Aih, ado juga yang tukar field of research dari fmri image analysis kepada politikus malaysia dan dunia. Amacam? Hahaha..  




KL Festival City Mall & Sakura Kristal

Tuesday, January 22, 2013

KL Festival City Mall dah berubah wajah. Ye lah.. nak sambut Chinese New Year pula kan.. Hari tu pergi, masih mood Krismas. Eh, macam dah lama tak pergi je KL Festival City ni.
Bukan jauh pun dari Hostel. Lepas office hour, redah jammed dekat depan Jalan Semarak tu, cross masuk hostel, exit dekat Sri Rampai masuk ke Setapak. And here it is. KL Festival City!

Niat hati pergi sini sebab nak cari takoyaki takotau! Hehehe.. Itu yang elok je berbaju kurung. Fresh dari lab! =D Lepas tu nak cari hong kong milk tea coolblog.. Dan ayam goreng uncle bob! Tapi end up... Takoyaki takotau + horlicks milk tea chatime + shinlin xxl crispy chicken + sakura kristal!


I'm in the middle. Tak lama lagi, Nisa pun nak kahwin juga.. sobs..sobs.. Lepas ni duduk dalam lab, saya dikelilingi dengan isteri orang! (-____-)"
Ok.. semoga aura itu sampai kepada saya juga.
Nak kahwin juga! Ahaks..
Eh, betulkan diri dulu cik Sara. Focus study.. Jangan ingat nak kahwin je! =P

Ahaks..
Berjalan punya berjalan, dok pening tak tahu nak makan apa. End up, berhenti depan Sakura Kristal. Ada kawan pernah cakap dengan saya western food dekat Sakura Kristal best. Tapi, saya tak nak makan western food. Sebab dalam hati dah aim nak beli ayam uncle bob (Kononya..)..
Hehehe.. tapi, end up we still masuk juga ke Restoran Sakura Kristal ni.


Makanan dekat Sakura Kristal ni memang best! Cukup rasa. Dan banyak! Fiu..fiu.. Sebu perut kitorang nak menghabiskan makanan depan mata. Kalau tahulah per servings dia banyak tu, memang kami kongsi je makan. =D

Er.. maybe next time..
Harga dia?
Affordable and worth it for that amount of food. 
Tapi, ada tax. Service charge + Govern tax..
Total about 16% charge! Fiu~

 

Jemput makan!! 
Ok.. Nak tido.. Oyasumi Nasai..

p/s: Tengah hari esok nak gerak balik Aloq Staq. Dah 22 hari tak jumpa mak dengan abah. Hehe.. alang-alang ada cuti maulid + thaipusam, mohler kita balik utagha.. Doakan saya selamat sampai ke kampung halaman ye! =D 




Best Vacation Photo Contest

Niat nak berceloteh dalam blog sendiri. Tapi macam tak tahu nak ulas isu apa. Sekali terjumpa Blog Contest ni. Weee...
Nama blog pun dah nak lebih kurang sama je.. =D

Ok! Back to the title..
The one and most memorable vacation i ever have...
It's here!

 
The best Vacation Photo!

Tak terasa pun rupa-rupanya hampir dua tahun telah berlalu selepas percutian yang sangat menakjubkan ini. 
It's s Winter Time at Seoul, South Korea.

Pada saya, percutian ini sangat-sangat memorable. The best among all the vacation i've been to. Nak menjejakkan kaki ke sini bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Usaha dan usaha. Pelbagai pahit manis yang kami lalui semata-mata untuk merealisasikan percutian ini. Percutian ini adalah di bawah tiket Program Global Outreach Program anjuran pihak universiti. Maksudnya, setiap mahasiswa diperuntukan sejumlah wang untuk ke negara-negara luar Malaysia. Maksudnya, kalau perbelanjaan melebihi peruntukan, tambah duit sendiri. Dengan syarat,  ada lawatan ke beberapa buah universiti di tempat yang hendak di lawati.

Dan atas inisiatif seorang kawan yang menjadi penggerak, Seoul Korea menjadi pilihan kami semua. Percutian ini telah kami realisasikan pada Disember 2010. Ketika itu, Seoul sedang mengalami musim sejuk. Itu yang menjadikan percutian ini lebih istimewa. Menikmati winter di negara orang walaupun hanya untuk 7 hari. No . 5 hari. Dan lebih menyeronokan bila ini merupakan percutian beramai-ramai sesama rakan sekuliah.

Banyak juga tempat menarik yang sempat kami lawati. Selain itu, kami juga berpeluang untuk mempelajari cara-cara membuat kimchi. If you are k-pop fans, you know well about Kimchi. And at that moments, k-pop are not so well known as it is today. Saya sendiri baru pertama kali bertemu kimchi ketika di South Korea. Dan itulah permulaan kepada segala jenis korean dishes yang cukup saya gemari hari ini. Oh ya! Dalam percutian ini juga, kami semua berpeluang untuk menggayakan hanbok! Pakaian tradisional masyarakat Korea. Selain itu, kami juga di bawa ke Ski Resort. Kami di bawa juga berjalan-jalan ke Namsan Traditional Village, Itaewon (for halal food), Gwancheon Science Museum, Dongdaemun and more places..


Ukhuwah fillah abadan abada..

Inilah kisah percutian yang paling menarik dan paling diingati bagi saya. Kawan-kawan yang lain macam mana pula? Ace kongsikan dengan kami semua. Mana tahu boleh dijadikan tempat percutian seterusnya.. =D

The best Vacation Photo for the Best Vacation moments..
 
Tarikh tutup telah dilanjutkan.. Kalau nak join contest, bolehlah ke sini:
http://cheriterazanyra.blogspot.com/2012/12/best-vacation-photo-contest.html
 
  
 



Topup Iman : Ganbare!

Monday, January 21, 2013



Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak”

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

Copy and paste dari facebook. Tapi isinya ada di situ. Semoga ALLAH permudahkan jalan kita dalam mencari ilmu-ilmu-NYA..





Setelah akad...


 

Bukankah ini yang terbaik?
Akan ku luahkan untukmu...
setelah akad menghalalkan kita..
walau siapa pun kamu..
wahai pilihan ALLAH untukku..

.(^______^). 





Sebulan yang lalu...

Saturday, January 19, 2013

Ini kisahku..
Hampir sebulan yang lalu..
Ye.. hampir.. belum cukup sebulan lagi..
Senior saya nak kahwin. (Yes! She is!)
Dan kebiasaannya, bila ada undangan kahwin maksudnya masa untuk berholiday!
Betul tak??
Dan yang menyeronokan adalah destinasi yang dituju adalah Kuantan, Pahang!
Yes! Yes! Yes!
Pahang!
Errr...ini kali kedua saya ke sana..


 

Ini Pantai Teluk Chempedak! Yeay! For the first time, saya di sini! Mencari matahari terbenam!

Dan di bawah ni, kawan universiti yang dah lama rasanya tak bercuti.
Sakinah! 

 

Dan...Inilah pengantinnya.. Saat diijabkabulkan..
Semoga bahagia sampai syurga sis! 



 Dan sekarang.... teringin nak pergi Terengganu pula!

 



Time passes....

things change...
but memories will always stay where they are,
in the heart... =)

 


\

 

 




Inilah kemanisan dan keseronokan semasa bergelar mahasiswa ijazah pertama. 
Masa mungkin berlalu meninggalkan kita..
Tapi, kenangan akan sentiasa ada...
Di dalam hati kita..

Gambar-gambar ni, ambil dari koleksi ribuan entah berapa banyak kamera pun tak tahu dah. Dari kamera siapa pun tak pastilah.. Tapi, interesting shot!

Dalam gambar, ada lagu..
I miss them. I miss there.. I miss all.. =D 


 



Buzy ke?

Friday, January 18, 2013

Salam Jumaat!
Eh..eh..eh...
Sibuk bebenor kan? Sampai tak sempat nak update blog!
Hari ni buat apa je yang sampai sibuk bebenor tu?
Urmmmmmm..... Panjang kisahnya! Eheh..
Eh! Saya dah kongsikan tak trip to Kuantan, hujung tahun lepas punya??
Belum lagi kot.. May be next time. Or may be not at all.. =P

Haaaaa...hari ni... Tadaaaa....


Jalan-jalan ke HUKM! Siap print map direction from Google map lagi! Eheh.. Punyalah tak percayakan Wazee app tu. Jujur saya cakap.. Saya ni buta jalan sikit. Dah tu, jalan KL ni dah lah banyak simpang sangat. Sekejap ke atas, sekejap ke bawah, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Fuhhhh... konpius..konpius. Itu yang GPS bercetak vs bertulis tu.

Konon-konon nak cari jalan yang tak sesak! Eheh.. Jalan kampung je lah yang tak sesak cik Sara ooooiiiiii!!! Tapiiii nak tahu?? Guna printed map pun fail juga! Aigooo... Macam konfius pun ada. Tercari-cari mananya Jalan Loke Yew tu! Hahaha... Tapi, apa pun yang berlaku, always smile and cheer up yourself. Buat apa nak stress atas jalan? Merana diri je. So, kita enjoy! Dalam 30minit perjalanan, jumpalah PPUKM tu.. Alhamdulillah. Tak adalah sesat sangat. Cuma konpius tu adalah..  .(^______^).

GPS bertulis tu saya minta dekat kawan. Hahaha... Dia dah jadi GPS bergerak saya! Kihkihkih.. Instead of Wazee, saya suka tanya dia! Sebab jalan-jalan dekat Kuala Lumpur ni dah macam playground dia je! =P
Oh ya! Nak tahu??? Dekat 20minit ooo dok pusing cari parking! Perghhh.. End up, parking je depan kereta orang! Tapi, i tinggalkanlah nombor phone dekat kereta i. In case orang yang i halang tu nak keluarkan? Tak maulah saya dimaki hamun secara percuma di hari yang baik ini. Betul tak? We have to be responsible on what we do!.

After Solat Jumaat, ada POTLUCK pula. Postgraduate student's activity. Makan-makan dan kenal-kenal orang-orang baru dalam MJIIT. Well, i have no photo.. So, macam susah sikit nak jadi tukang karut dalam blog sendiri. May be next time, i'll story ok!

Oh ya! Saya ada blog baru! (again??)
Tapi, itu photo blog je..
Gambar yang tidak diedit. tapi indah pada retina mata saya. 
Bak kata Yuna:
Dalam gambar ada lagu..
Mohler jenguk-jenguk...

Teaser:

 

Selamat malam!
Oyasumi Nasai Minnasannnn~ 

 



Comel kan!

Wednesday, January 16, 2013

Hahahaha...
Alahai omak... kahwinkan aku!
Eheh...

Comel sungguh mak i malam ni... 
Macamlah dia tak tahu anak dia ni bukannya ada steady boyfriend yang boleh nak di ajak kahwin!

Me : Angah ingat nak baliklah minggu depan.
Mak : Buat apa? Raya cina ni nak balik lagi kan?
Me : Raya cina macam tak boleh nak balik je. Kawan angah nak nikah. Ye ajak datang..
Mak : Kawan je yang dok nikah. Diri sendiri bila lagi?

Kihkihkih...
Comel kan? Sabor ye mak.. I tahu mak jeles tengok kawan-kawan mak dah dapat menantu! Tapi, jodoh tu kan di tangan ALLAH..
Bak kata kawan Angah yang mai rumah tahun lepas....
"Jodoh pilihan istikharah.. Pilihan ALLAH.."

Bilanya kau buat istikharah cik Saraaa oooooiiiii??
Ado..ado.. dua ka tiga kali.. Kaaa nak dekat empat kali ntah.. Orang kata jawapan kepada istikharah tu boleh datang dalam bentuk mimpi. Dan tanda-tanda yang lain yang ALLAH nak.. I tak tahu dan tak berapa nak faham sangat..

Tapi lepas i istikharah tu, memanglah i ada termimpi-mimpi. Same person. few times. Tapi... i takut dengan mimpi tu. Mungkin mainan syaitan ja yang nak goda i untuk terus tido. Ye dak? Soooo... i ignore je lah.. Ampun ya mak! Mak juga yang suruh i habiskan belajar ni kan? Jadi, i lupakan seketika pasal istikharah cinta ni. Biar i bercinta dengan penyelidikan ni puas-puas. Kalau dah sampai seru nanti, i bawa bakal menantu mak jumpa mak, ok?!

Eh, dah 15 hari rupanya i tak jumpa mak i.. Sobs..sobs..sobs.. Makin bertambah usia, semakin i homesicks! Patutlah ramai kawan-kawan sebaya i dah kahwin.. Nak cover homesick lerrr tuu.. Ehehe... Ok! i nak tido! Ngantuk giler! Esok awal-awal pagi dah nak masuk lab! Oyasumi minnasannnnnnn...



Wordless Wednesday!







Bercuti ke Cameron Highlands!

Sunday, January 13, 2013

Selamat malam.. Eh, belum nak tidur lagilah. Tapi..nak sambung kisah percutian ke Cameron Highlands yang entah berapa kali dah tertunda tak berkesambungan tu.. ahaks..

Nak sambung pergi MARDI Agrotech Park, Cameron Highlands pula. Destinasi wajib kalau dah panjat Cameron Highlands tu. Dari BOH Tea Plantation, we all naik balik ke Tanah Rata. Singgah sekejap dekat Cameron Bharat Plantations. Alang-alang dah nampak tepi jalan tu kan, singgahlah sekejap. Yang ini, tea plantation tepi jalan je. Tak payah nak penat-penat panjat bukit bagai. Dan kebanyakan orang memang lagi suka ke sini. Tepi jalan. mudah akses kata orang. Fullstop.

Dekat MARDI, nak masuk kena bayar ye. Kalau tak salah saya, dewasa RM3, kanak-kanak RM1.50 kot. Ala.. terlupa sudah. Bianata.. Dari pemerhatian saya, MARDI ni sangat luas! Patutlah abah tak mau singgah petang sebelumnya. Dah masuk tu, memang dilepas bebaslah. Pergilah mana pun nak pergi. Dan yang paling menarik perhatian retina mata saya, sudah tentulah ROS GARDEN! Awesome!


Banyaaaakkkk jenis bunga ros yang ada. Warna-warni. Saya suka! Eheh. Jatuh cinta di Cameron Highlands. .(^____^).

Selain tu, ada ladang anggur, ladang apple, ladang tomato. Tapi, unfortunately tak berapa nak nampak pun anggur dengan applenya. Yang saya nampak cuma buah tomato yang dah masak tu.. Nyum..nyum.. Rasa nak petik je sebiji! Eheh. Tapi, tak buleh..

Lepas tu, jalan-jalan lagi, jumpa Taman Herba Dapur. Waaa..gitu.. Dan mulalah terbayang.. Kalaulah aku ada Taman Herba Dapur ni dekat rumah sendiri satu hari nanti.. Kan best! Ada labu air, salad, cili padi, cauliflower, herbs yang pelbagai. ohsem! Rasa macam masuk taman dalam halaman orang!..

Dan jalan-jalan lagi jumpa pelbagai jenis orkid. Dan yang paling menarik perhatian saya orkid liar yang warna baby blue + purple tu. Cantik kan? In reality, saya nampak warnanya macam biru turqoise kehijau-hijauan sikit. Tak pe.. Yang pentingm cantik!.

Oh ye! Yang pasti, mestilah ada ladang strawberry, vegetable farm and etc. Tak rugi pun datang MARDI ni. sangat menarik pada retina mata saya..=D
 

Dari MARDI Agropark tu, saya dah tak ingat kitorang ke mana. Sebabnya, berhenti je dekat setiap destinasi masa on da way nak turun ke Simpang Pulai. Berhenti beli sayur-sayuran. Oh ye! We all borong je strawberry yang dah siap pack. Sebabnya...intai punya intai. Dah tak bergayut sangat pun buah strawberry dekat pokok. So, kalau nak petik sendiri macam tak berbaloi je. Plus, harga petik sendiri lagi mahal dari harga yang dah siap pack! Jadi, kita kena egonomiclah..~

Malam sebelumnya dah beli sayur-sayuran dekat Pasar Malam Brinchang tu. Ye lah, selonggok yang banyak tu baru RM10. Beli je lah. Simpan semalaman dalam bonet kereta pun bukannya nak layu. Segar bugar lagi ada. Tapi, sebelum balik Aloq Setaq, abah kata nak beli tambah. Nak bagi dekat atok nenek di kampung. Takkan nak bawa balik tangan kosong je kan??  


Dannn.. ini dekat Cameron Bharat Plantation menghala ke Simpang Pulai. Singgah sebab abah nak beli teh lagi. Saya, kakak dan adik-adik apa lagi.. pakat dok menggedixs ambil gambar lagilah. Tak masuk pun cafe tu tengok apa teh yang ada! Hahaha... Maaflah.. Saya lagi tertarik dengan environment dan view-view yang indah. Sebab tu kalau saya pergi holiday, jarang perhabis duit! Sebab lebih tertarik dengan panorama yang terbentang! Eheh.. 
 
Dan itulah dianya...Penutup kepada Kisah percutian di Cameron Highlands. For the first time, ini pengalaman yang sangat-sangat berharga. Since, i drive there by myself. Memang sangat-sangat mengujakan. Lebih mengujakan bila duit minyak dan tol, abah yang support! =D. Jadi, tak sampai seratus pun saya berbelanja dekat atas tu.
 
RM10 saya beli fridge magnet yang 4 biji RM10.
RM50 saya beli buah strawberry. Berapa paket ntah. 
RM25 untuk dua biji bantal strawberry yang saya letak dalam Mr.Elegance.
Baki beberapa puluh ringgit ntah, saya buat beli strawberry coklat, udang goreng, brocoli goreng and...
Oh ye! RM23 for my lovely pink sweater! Eh, RM100++ juga but still less than RM150 in total!
 
Kami sampai rumah sekitar jam 9.30malam waktu tempatan. And it rest hour! Let's sleep..



Jalan-Jalan ke Bukit Tinggi

Semalam sebelum tidur, saya ada update entrie baru kan? Wink..wink.. Entry Cameronn Highland dulu pun tak sampai penghujung lagi.. Eheh...

Tak pe..Simpan dulu yang itu.. Kisah yang ini pendek je. Sambung dari entrie semalam. erk?

12.01.2012
Tak adalah seawal pagi pun. Lebih kurang pukul 9.30 pagi macam tu baru keluar dari Hostel yang terletak di Desa Rejang ni. 1st weekend after 3 months. Yeszzzaaa.. Itu hakikat..eheh. Yan ajak jenjalan shoot gambar guna DSLR dia dekat Bukit Tinggi. Makanya, pukul 9.30pagi keluar dari bilik. Lebih kurang 9.45pm cenggitu dekat pukul 10.00, kitorang singgah dekat kawasan Taman Melati (ke gombak ek? errr..) untuk branch dulu. Eheh.. Terus santap nasi lemak. Makan kenyang-kenyang. Lepas tu singgah Petronas berdekatan nak isi minyak.. Dan ada kisah yang membuatkan mata memerhati ikut tergamam telah berlaku. Full story come later lah!.. Hehehe..

Ok! Nak pergi Bukit Tinggi ni kena lalu Karak-Kuantan tu. Plaza Tol Gombak tu. Sekali masuk, RM5. Fuiyyyooo... Tak susah pun nak ke Bukit Tinggi. Ikut je signboard yang kerajaan buat banyak-banyak tu. Lepas tu rapat ke kiri, ambil simpang ke Bukit Tinggi, Berjaya Homes kot. Apa ntah yang berjaya tu. Naik bukit sikit. Straight je. No kona-kona.. Sampailah dekat entrance.. Oh ya! Ticket Per entrance dalam RM12 per person. Sampai dekat satu simpang tu, boleh pilih nak terus atau ke kanan dulu. Kalau terus jumpa Japanese Tea House + Taman Botani, Kalau ke Kanan jumpalah Colmar Tropicale tu.

We both pergi Japanese Tea House. Kalau tak nak bawa kereta ke sana, boleh naik shuttle bas diorang. Tapi sebab malas nak menunggu, bawa je lah kereta ke atas. Bukannya tak ado parkingkan?


Haa ini jalan on da way nak ke Japanese Tea House tu. Dalam Tropical Forest gitu.. Oh ye! Nak gambar banyak-banyak, mehlah datang ke sini. Sajo nak banyak-banyakkan blog! Hahaha...


Urmmm... tak ingatlah pula we both sampai ke sini pukul berapa. Tapi rasanya dalam pukul 12.00 macam tu lah. Panas? Tak pun. Nama pun bukit tinggi kan? Berkabus je. Tak panas pun. redup-redup gitu. Sedap berjalan. Hijau semulajadi di kiri kanan. Ada air terjun lagi. Awesome!
Subhanallah.. Segala puji-pujian hanya untuk-MU ALLAH.. 


Oh ye! Ada kera/monyet yang bergayut-gayut di atas pokok-pokok besar disitu. Jadi, jangan terkejutlah kalau tetiba ada ranting yang jatuh! Eheh.. Dari Japanese Tea House ni, kami teruskan berjalan. Kawasan ni macam dalam bulatan. Jadi, tak payah nak buat U-turn. Jalan je. Ambil gambar puas-puas. Dannn...Kalau nak bergambar sambil memakai KIMONO pun boleh. Tapi RM20 untuk KIMONO dan gambar. Per Person. Errr... RM20? Ok! Tak pelah. Bajet tak masyuk. Tak payahlah nak berkimonon sangat kan? Weee...

Dekat sini, bolehlah berjalan dengan suasana santai sambil menikmati pemandangan dan kehijauan bumi Malaysia ni. Sampailah jumpa Botanical Garden. Tapiii kannn.. Tak berapa nak ada bunga pun. Uhuk.. Eh, Botanical Garden = bunga ke? Ok! Gasak je lah. 


Dah puas bergambar dekat Kawasan Japanese Tea House tu, we both turun ke Colmar Tropicale pula. Ala... kawasan yang dikenali sebagai French Village. Ok lah tu! Tak payar bayar tiket flight dah boleh rasa macam duduk dekat France gitu..

Dekat sini boleh cuci mata tengok reka bentuk bangunan yang dianak angkatkan dari negara France tu. Cumaaa kann... Rasanya France Village dekat Seoul, Korea yang dalam Running Man tu lagi besau je.. Eheh..


Kalau ada yang tanya apa yang ada dekat sana, entahlah. ada bangunan ni lah. Untuk shoot gambar memang bestlah. Ada tempat makan juga dekat sini. Tapi disebabkan kitorang tak berapa nak lapar, jadi tak ushalah sangat makanan yang dijual dekat atas ni. Motif kitorang cuma jalan-jalan ambil gambar je. Sebab Yan nak praktis ambil gambar guna DSLR baru dia.. pheeewitt.. hehe.. Jadi, duit kita simpan. Gambar kita ambil.=D 


 Punyalah tak tahu nak kata ada apa dekat atas tu, pukul 3.30petang kitorang dah gerak turun bawah. Dari Bukit Tinggi we both lanjut ke Putrajaya pula. Konon kalau balik kolej terus, macam awal sangatkan? Eheh..

Jadi, secara totalnya.. Kejap je kitorang pergi Bukit Tinggi ni. Seharian pun tak sampai. Apatah lagi sampai nak bermalam bagai kan? =D. Next destination??.. urmmmm..still thinking about it..

Salam Petang Ahad buat semua..~