Invitation

Wednesday, May 30, 2012


Esok balik UTM KL..
 




Wedding Rant

Biar gambar-gambar ini berbicara ok!

 

 


 





 



Gunung Jerai ditutup?


Whatttt???
Heee.. saja bikin gempaq.. Mana ada Gunung Jerai ditutup. Ditutupi awan adalah. Adoyai.. Tapi.... Yang sebenaqnya, buat masa ni jalan menuju ke puncak Gunung Jerai ditutup bagi semua jenis kenderaan. Tak percaya? Nah tengok!


Haaaa... amacam? dah percaya sekarang? Tapi itu bukanlah bermakna anda tidak boleh sampai ke puncak. Nehi khabi nehhi.. Sebuah van mengangkut disediakan untuk membawa anda ke puncak sana..

Apa dia? Kenapa van boleh naik?
Sebetulnya, berlaku tanah runtuh di sana. Menurut Pak cik saya yang pergi melawat tapak kejadian, Tanah runtuh tu tebing kiri jalan ni ha.. Mungkin disebabkan aliran air bawah tanah. Jadi, kalau kenderaan 4 roda dok pi mai-pi mai tang tu, dikhuatiri memudaratkan mereka sendiri. Kang jadi mangsa tanah runtuh, sapa nak jawab??? Tak ke haru! Jadi, mencegah lebih baik daripada mengubati..

Tapi... still boleh naik ke puncak.. Dengan beberapa cara:
1. Naik Van yang disediakan pihak regency hotel gunung jerai tu. Bayaqlah. Tapi tak tahu berapa. Dari bawah sampai separuh perjalanan, naik van A. Sampai dekat tempat kejadian, tukar van B pula. Hanya dua buah van ini sahaja yang dibenarkan beroperasi..
2. Tak pun, naiklah kenderaan 2 roda. Beskal kah, motosikal kah? Apo-apo ajalah.. Janji ada dua roda. Kereta lembu dengan kereta kuda tak dikira. sebab dia ada roda dan kaki menjadikannya enam roda! hahaha..
3. Jogginglah beb. Apa susah? Badan sihat, otak cergas. Pak Cik saya kata, tak jauh.. Dalam 12km jer..
4. Drivelah kenderaan sendiri.. TAPI, kalau jadi mangsa tanah runtuh jangan dok bising-bising! Orang dah khabor tak mau dengaq cakap!.. Heee...

Penutupan jalan sehingga diberitahu kelak!..




Wordless Wed



Me at 24.. No heels.. No shawls..
Only baju kurung + Pashmina with casper (my sandals!)
motif?
tiada~
sekian terima kasih




Big moment!

Tuesday, May 29, 2012



Selamat Pengantin Baru buat Mak Lang Jamilah dan Pak Lang Fuad~
Barakallahumma...

Welcome to the big family.
Tahun depan boleh tambah sepupu lagi..=D...



Saat aku terima nikahnya...

Walla.. entrie macam nak karang novel je.. eheh. This is what happened today (28hb Mei 2012). Something sweet and of course memorable! For them and for our big family. Sejak mereka bertunang lagi, i've already told my mom, "Mak, angah nak tengok akad nikah mak lang!". Ya! Angah is me. Mak Lang itu adalah sepupu mak saya. But they are so close to each others. So, today is their solemnization's day. 

Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Felda Bukit Tembaga selepas Asar tadi. Urmmm... agak panjang juga bicara tok kadi itu. Kemudian, adalah momen air mata antara anak dan ayah. Yang dah pernah kahwin mesti tahu kan? Saat si anak perempuan meminta izin dari walinya untuk berkahwin. Bahasa utaghanya, "Abah, chek minta izin nak kahwin!".. Hahaha.. Formaliti gitu. Alhamdulillah, akhirnya mak lang bersatu juga dengan pak lang baru. Weee... pasangan ni muda lagi ok. Tapi i lagi mudalah..=D..


Dekat dalam masjid ini, ada beberapa perkara yang tidak dibenarkan antaranya adalah upacara membatalkan wuduk, menyarung cincin atau gelang tangan. Perkara-perkara sebegini digalakkan untuk dibuat di rumah pengantin perempuan. Jadi, apa yang berlaku di masjid selesai majlis akad nikah adalah penyerahan mas kahwin sahaja. Selesai di majlis akad nikah di masjid, of courselah kami terus gerak ke rumah tok long (ayah maklang), tok sedara sepupu saya.. hahaha... apakah banyak sangat pangkatnya???...

Haaaa... besalah, kalau dah namanya anak dara, mana ada pergi duduk goyang kaki je. Masak? Eh, tidak.. itu kerja orang-orang tua dari felda tu sendiri. We all? Lepas je sesi gambar-gambar dengan pengantin baru, we all naik tingkat atas rumah. Banyak lagi goodies bag yang tak packing! Bunga telur pun tak siap lagi weiii... heee... Esok (29hb Mei), eh hari ni lah... kendurinya. Nak tak nak kena siapkan all those things. Simple. Memang cucu tok kama (Tok saya. Wan dah tak ada) je yang penuh dekat ruang atas tu siapkan semua tu. Cucu yang tua? Of courselah saya.. hahaha..sebab kakak tak datang, kerja.. Yang lain semuanya adik-adik je.. Adik-adik sepupu..weee..

Entah sampai pukul brape kitorang dok pulun buat. Lepas maghrib, pi makan dulu. Sebab lepaih isyak nanti, orang masjid mai buat tahlil. Haaa... pagi ni mesti dok sibuk dekat rumah tok long tu. Mak je yang tiduq sana. Heee, kami adik beradik balik rumah dengan abah. Jap g, lepas adik yang bongsu tu habis tuisyen, baru gerak g umah kenduri.. Weee, at last.. merasa juga kemeriahan majlis perkahwinan dari majlis akad nikah sampailah ke majlis persandingan... Suka-suka.. 

Nak kahwin, bukan perkara mudah ye semua.. Tapi, masa majlis-majlis beginilah nak jadi rapat dengan big family. Hari-hari biasa susah nak jumpa. Dan masa majlis-majlis beginilah, boleh duduk sesama sepupu dok sembang kencang.. Tangan gerak, mulut pun gerak. Sedikit sebanyak, hubungan adik-beradik sepupu sepapat menjadi rapat. Al-maklumlah, saya ni kakak sepupu diorang yang paling susah ditemui di abad ini. Susah benor nak balik rumah sendiri. Apatah lagi rumah tok nenek kan? heee... Real gambaq? Lepas majlis petang ni lah.. Adios~
 



'Budak kecik' vs 'Budak besaq'

Monday, May 28, 2012


Hahahahaha... Kelakar je rasa.. Bak kata Hidayah Naqiah, ada 'budak kecik' dalam diri setiap dari kita. And you know what? Budak kecik tu tengah membentak sekarang.. Habis jampi serapah sumpah setia semuanya dia nak hambuq. Klakar habaq hang! Nasib baik 'budak besaq' yang cukup akal dan kewarasan ni mengawal. Kalau tak, aih.. mahu hilang segala tatasusila ketimuran yang cukup dijaga selama ini. Saya! Saya tak suka mencarut. Apatah lagi menyumpah. Dan pada saya, itu semua perkataan negatif dan saya takkan biar diri saya dipengaruhi dengan perkataan negatif.

Oh, ye! pasal 'budak kecik' tu? Urmmm... 'budak kecik' tu membentak sebab dia rasa tertipu. Hahaha.. Itulah, 'budak besaq' ni dah khabor, tak payahlah nak serius setia sangat. Dah jadi macam ni, kan tak terkawal 'budak besaq' nak slow down kan mood 'budak kecik' tu. Aigoooo.. Sebelum ni 'budak besaq' ada tanya buddy dia. Kenapa buddy dia tu giler benci dengan one person yang pada dia dah break janji. Masa tu 'budak besaq' memang baguih. Macam mana giler benci buddy tu pada person yang break janji tu, 'budak besaq' ni tetap harapkan yang buddy dia akan maafkan orang tu.. Tapi, hari ni 'budak kecik' ni pula yang macam sedar sesuatu. 'Budak kecik' tu benci juga pada orang itu. Eh, bukan benci pada orang yang buddy dia benci. Tak..tak.. tak ada kaitan pun.. 'Budak kecik' tengah membentak. Marah. Sebabbbbbb.... haaa... ini yang 'budak kecik' nak menyumpah ni.. Mujur 'budak besaq' tahan..

Eh, 'budak besaq' bagi entrie ni dekat 'budak kecik' je lah. Biar terlerai segala yang terbuku. Jadi, entrie hari ni kerja 'budak kecik'. 'Budak besaq' nak tidoq dulu sebab 'budak besaq' kata dia redha dengan perancangan ALLAH. Haa.. inilah yang terbuku dalam 'budak kecik' tu. Dulu, 'budak kecik' dan 'budak besaq' ni selalu seiring dan sekata. Cuma satu je yang tak seiring. Bila berdepan dengan ungkapan I LOVE YOU, NOW, FUTURE and FOREVER. 'Budak besaq' selalu pesan, jangan care sangat dengan ungkapan tu. Sebab sekolah, monyet je semua tu. Tapi berbeza pula dengan 'budak kecik' ni. Konon 1st timelah dengaq. Terus 'budak kecik' declare setia sampai tak tahu bila. Akibatnya, 'budak kecik' dengan 'budak besaq' jadi tak seiring dan sejalan. seindah bunga di tamannn...

Bagi 'budak besaq', masa depan dia lagi penting. Apa yang dia nak, dia kena dapatkan. Kecuali C.I.N.T.A. Sebab 'budak besaq' ni selalu leka dengan akademik dan aktiviti jimba bersama kawan-kawannya. Tapi tidak 'budak kecik' ni. Pantang 'budak besaq' dok rehat-rehatkan minda, terus je 'budak kecik' ni datang cucuk-cucuk pasal cinta monyet dia. Ngok ngek kan 'budak kecik' ni. Tak boleh tengok 'budak besaq' relax sket! Sampailah one fine day.......

Seronok giler 'budak kecik' tu sebab ber'temu' semula dengan dia. Hahaha... 'Budak besaq' dok gelak je.. Siap pesan lagi... Jangan taruh harapan yang tinggi. Don't expect something high!.. Tapi, 'budak kecik' ni mana jenis makan saman. Dia punya teruja tu, sampai kiri kanan umat manusia ikut teruja. Tapi..... 10 bulan kemudian, memang terduduklah 'budak kecik' tu bila dapat tahu kebenaran. 'Budak besaq' ketawa melihat, 'budak kecik' menangis terkesima. Kan dah pesssannn dulu. Don't expect something high. Now you gain something unexpected! Haaa... Padan muka 'budak kecik'. Tapi yang nak menyumpahnya, apsallah 10 bulan yang lalu ko tak bagi tahu? Bohonglah kalau masa tu belum ada apa-apa perancangan untuk 10 bulan ni. Walaupun hanya YM, bukan susah pun kan nak bagitahu? Zaman dah moden beb! Ada telefon boleh SMS kalau tak nak call. Tak pun tinggal je message kat FB tu bagitahu. Perlu ke 'budak kecik' ni tahu dari orang lain? Apa yang kau takutkan? Takut 'budak kecik' ni kecewa? Damn!. At the time i know about it from others, lagi aku kecewa. Kau tahu!. Eh, bukan. Bukan sekadar kecewa. Tapi, 'budak kecik' ni dah benci giler-giler dekat kau. Benci sebab 'budak kecik' tu tahu daripada orang lain, bukan dari kau sendiri. Dan bertambah benci, sebab kau ada all the source yang boleh contact 'budak kecik' ni and tell the truth..

 
Eh, eh.. slow down 'budak kecik'. Behave yourself! Macam yang 'budak besaq' habaq dekat buddy dia, "Let's Forgive and forget!". 'Budak kecik' baikkan? I ask you to forgive sebab besar pahalanya orang yang memaafkan orang lain. And i ask you to forget sebab dengan cara itu your hati/liver don't feel any pain. You know why 'budak kecik'? When you can't forget, your hati/liver will feel the pain. and without any reason, you'll cry. And for what reason you nak membazirkan air mata you for that kind of person? Now 'budak kecik', be strong. Kuat seperti 'budak besaq' and cry because of ALLAH. Sekarang, pimpin tangan 'budak besaq' dan kita melangkah bersama-sama. Bantu 'budak besaq' capai cita-cita dia ok!.. Sekarang, belajaq dekat UTM, lagi 3-4 tahun insyaALLAH bakal mengajaq dekat UTM pula. So, 'budak kecik' tolong 'budak besaq' capai perkara itu ye..~

That's the end of the story of Dr.Jeckyll and Mr.Hide. 
Semua orang pernah melaluinya tapi mungkin berbeza situasi dan keadaan. Apa-apa pun kita pilih yang terbaik untuk diri kita. Jangan biarkan anasir negatif mendominasi pemikiran dan penilaian kita..=D
 



Sungkyuwan tu apa?

Sunday, May 27, 2012

entah!.. hahaha...

tapi sungkyukwan Scandal tu tahu. hot drama.. ngee.. tang cerita korea, memang layan sungguh!.. jom layan satu scenery ni.. Kalau terror, meh habaq mai drama atau filem korea apa je yang pernah buat setting tempat cam gambar kat bawah...



Oyasumi Nasai minnasan~



Kenapa Matrikulasi?

Saturday, May 26, 2012


<-- Sebab bukan Politeknik, Kolej Mara, Diploma mahupun tingkatan 6!

Ok.. kita tinggalkan seketika isu debat PTPTN tu. Sekarang ni mesti adik-adik lepasan SPM sedang bertungkus lumus menyiapkan barang keperluan untuk mendaftar masuk ke institusi pengajian tinggi. Tak kisahlah sama ada sambung diploma ke, matrikulasi ke, kemahiran or so what ever. Janji sambung belajar. Jangan terhenti di tingkatan 5. Sebab potensi diri belum digilap sepenuhnya lagi. Dan saya tahu, mesti ramai yang teruja diberikan duit pendahuluan RM1500. Bagi yang mendesak kerajaan hapuskan PTPTN, dok dendiam. Tak yah dok sibuk-sibuk nak ambil duit pendahuluan ni. Bukan apa, masa ambil tak ingat pula akan datang nak kena bayar balik. Manusia kan mudah lupa!.

Ok, berbalik kepada topik..
Lepas SPM saya sambung matrikulasi. Diploma pun bukan, STPM pun bukan. Masa tu mana tahu sangat yang sijil Matrik tak laku kalau dibandingkan dengan STPM dengan Diploma. Dan masa tu tak terfikir pun STPM lagi susah or matrik lagi susah?. Sungguh! Lagipun, susah senang tu mindset kita je. Mindset yang penghujungnya mempengaruhi siapa diri kita. Jadi, secara jujurnya pengalaman selama setahun di Matrikulasi saya tak tahu apa yang susahnya. Maaf, bukan nak mendabik dada.. Tapi itulah saya few years before.

Lepas SPM, orang apply UPU, saya pun apply juga.. Background family saya tak ada yang high educated, belajar sampai universiti. Jadi saya tak banyak sumber rujukan nak pilih diploma apa. Entah apa yang saya isi dalam UPU tu pun saya tak tahulah. Bila cikgu suruh apply matrikulasi, pun saya apply juga. Entah kenapa, tika dan waktu itu saya tidak tergerak untuk mengisi Perguruan seperti rakan-rakan lain.. Saya tak dapat UPU. Perguruan? lagilah tak kalau isi pun tidak kan? Tingkatan 6? Entah. Mungkin sebab dekat MRSM tu tak ada Tingkatan 6, jadi lagilah tak tergerak nak masuk tingkatan 6. Alhamdulillah, dapat matrikulasi. Sebab itulah lepas SPM saya masuk Matrikulasi.

Tak lama. setahun je. Setahun yang tak sempat pun saya nak digest susah tahap berapa matrikulasi ni. Jadi, kalau ada yang tanya susah ke tidak matrikulasi ni, saya hanya tersenyum. Sebab apa? Pokok pangkalnya diri kita. Mana ada benda yang senang dalam dunia ni. Ko usaha, ko dapat. Itu je. Saya percaya dengan teori mindset ini. Sebab dari form 5 lagi saya dah praktik positive mindset ni. Jadi, kalau orang tanya add math tu susah ke senang, saya akan tersenyum. Sebab saya tak tahu dekat mana susahnya. Mindset saya tidak membenarkan istilah susah dan impossible hadir dalam diri..=D

Tapi satu je yang pasti.. Biologi dan bahasa Inggeris tu bukanlah susah pun, cuma saya yang tak minat! Jadi, mindset saya menolak kedua subjek ini menyebabkan saya tak cemerlang seperti subjek yang lain. Sungguh! tak susah pun. Tapi, manusia mudah lupa! alpa!. Tahun ketiga di universiti, ntah macam mana di awal sem lagi dah ter"mindset" yang few subject tu susah. Hasilnya, memang tak berbuah dengan ranumnya lah. markah cukup makan. Atas pagar je. Tapi, once dah sedar kita positive kan kembali mindset kita dan alhamdulillah, saya gembira menuai hasilnya September yang lalu. Sungguh!. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Mindset kita akan menentukan siapa kita.

Jadi, lepas ni bolehlah simpan ke tepi je result SPM tu. Tak kisahlah bagus ke tidak result kita tu. Once dah masuk ke institusi pengajian tinggi ni, orang tak pandang dah semua tu. Kita akan bermula kembali. Setiap pengakhiran pasti ada permulaannya bukan?. Jadi, tak payahlah frust tonggeng-tonggeng sangat dengan result yang kita dapat. Ukur baju di badan sendiri. Kalau dah dapat tawaran diploma dari mana-mana IPTA mahupun Politeknik, kenapa tidak kita sambut tawaran itu. Betul tak? Tak minat dengan kos yang ditawarkan? Dah buat research dulu tak pasal kos tu? Kalau belum, buat kaji seledik dulu. Sekalipun tak minat dengan kos yang ditawarkan, pergilah mendaftar dulu. Jangan sampai kita terikut peribahasa yang satu itu. "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Faham ke tidak peribahasa ni? 

Tak minat kos, lepas mendaftar boleh buat pertukaran kos. Tapi janganlah ko demand nak tukar kos hebat-hebat sedangkan result SPM tak seberapa. Contohlah, dah dapat tawaran diploma bussiness admin tetiba ko nak tukar buat Asasi perubatan. Sedangkan result Sains, bio ko hampeh. Agak-agaklah kan? Ukur baju di badan sendiri. Tengok kemampuan diri sendiri. Tapi pada masa yang sama, janganlah ko pandang rendah pada diri sendiri pula!. You are what you think. If you think you are a loser, then you are a LOSER. But if you think you are the best, then you are the BEST of yourself. 

Percayalah, once ko dah melangkah masuk ke IPTA mahupun politeknik mahupun Matrikulasi, asasi dan sebagainya tu orang dah tak tanya result SPM ko dulu dapat brapa. Yang orang nak sibuk-sibuk tanya "Eh, PNG ko berapa semester ni? Weh, ko dapat dean list ek?.. Wah, ko score 3.00 above, hebatlah..." dan dialog-dialog seadik beradiknya. Masa tu lah korang akan nampak the reality of life!.. Orang yang score hebat dalam SPM, tapi bila buat diploma dia asyik nak berlagak dan bergaya tak tentu hala, sem satu pun boleh hancusss.. Dan ada juga orang yang SPM di suam-suam kuku je. Tapi sebab dia ada motivasi tinggi dan matlamat yang besar, tetiap sem dia boleh score dean list untuk bidang yang dia ambil. Jadi, kenapa perlu takut? Kenapa perlu fikir apa yang orang lain fikir pasal kita. We are what we think we are. Kita adalah siapa yang kita fikirkan.

Jadi adik-adik, just forget about your SPM result and move onnnnn... Set your mind. Ini adalah permulaan bagi fasa baru hidup aku. Mungkin SPM dulu aku dapat suam-suam kuku je. Jadi, apa yang ada di depan akan aku jadikan satu platform untuk aku berjaya dalam bidang itu. Tak semestinya tak ambil perubatan tak boleh berjaya. Tak semestinya tak ambil bidang kejuruteraan tak boleh maju ke hadapan dan tak semestinya tak dapat kos yang famous amos tu boleh buat aku jatuh terlingkup.. Katakan tidak pada semua itu. Setiap kerjaya ada kepakarannya masing-masing. Setiap bidang ada cabaran yang tersendiri. Dan setiap sesuatu itu ada hikmah yang ALLAH sediakan untuk kita..

Akhir kata, selamat mendaftar masuk ke institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Be positive. Nothing is impossible. Selamat memasuki fasa baru dalam mencari sebuah ilmu.. Adiossssss.....

p/s: Actually this entrie special made for my adik-adik, adik-adik sepupu sepapat yang juga ingin berjaya.. Eh, buat mereka yang saya ingin lihat maju jaya di masa hadapan..
 



sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Friday, May 25, 2012


Besar nilainya..
Apa? Duit syilling..
Sejak duduk dekat KL ni, macam dah jadi satu habit je.. Bawa duit kertas je. Kiranya paling minima duit dalam dompet, RM1. Duit syilling semua tinggal dekat bilik.. Duit 50sen dengan duit baru, semua masuk tabung besi..

Dulu masa dekat JB, simpan 50 sen sebab nak basuh baju guna mesin basuh. Tapi mesin basuh dekat KL terima duit 10sen dan 20sen. Jadi, 50sen terus simpan dalam tabung besi. Duit syilling baru ada warna emas dengan gangsa(?) silver kan? ahahah..
Nampaklah colorful sket duit-duit dalam tabung tu.. Tapi, tabung kecik tu penuh.. Keluarkan syilling-syilling tu.. Saja nak mengira. Kot lepas buat beli tiket kapal terbang ke?? eheh..

Hasilnya...
64 keping syilling 50 sen lama..
6 keping syilling emas 50 sen baru..
13 keping syilling emas 20 sen baru..
11 keping syilling silver 10 sen baru
dannnnn...
2 keping syilling silver 5 sen baru..

Wahhhh... hasil tuaian sangat menarik.. Lepas buat beli topup celcom ni..

Mode: Kena g cari tabung baru. Tabung sedia ada dah tak muat. 50 sen tu besau sangat!.. 

p/s : kejap lagi nak balik aloq staq. Home sweet home. Nak ambil mood baru.. Nak recharge balik minda.. InsyaALLAH, kembali ke Kuala Lumpur dengan mood yang baikkk..
Doakan saya selamat sampai ke Kedah malam ni ye..
Duit syilling ni? Aih, berat kot nak ngangkut balik kampung.. Dok dendiam dalam tabung tu..huhu..



Berubah ke?


Annyeong..\(^o,^)

Salam Jumaat u olls.. Heee.. apa yang berubah? Tak ada apa yang berubah. sama je.. Macam mana dulu, macam tulah sekarang.. Dah tu bila nak berubah? Bila nak keluar jenjalan, berubah lah kejap.. hahaha... Transform...

Apa yang berubah? Heee... penampilan je.. Dari kebudak-budakkan kepada imej dewasa dan matang.. Selama ni tak matang ke? Eheh.. matang pada corak pemikiran tapi tidak pada penampilan.. Kenapa?

Perghhhh... siyesly, saya tabik dengan gadis-gadis di luar sana.. Rajin giler lilit-lilit palo.. Saya? aigooooo... malas amat. Tapi, bila mood rajin datang tu, lilitlah juga pashmina ke kepala. Masa tu nampaklah...
"Wahhhh...comel juga aku pakai pashmina, idaklah nampak macam budak sekolah menengah je.."

Eheh.. masuk lif, tekan butang naik sendiri. Sekian...

Tapi, jangan sampai jadi mangsa fesyen ye adik-adik, kakak-kakak, mak cik-mak cik.. Tutup aurat bukan tutup kepala semata-mata. Haaa... eh, jujur! Rimas betul saya tengok orang pakai tudung dengan bonggol tinggi atas kepala tu.. Tak berat ke kepala tu ek? Hahaha...

Saya pernah baca, Kalau tak salah haram ke berdosa ntah pakai sesuatu yang menyerupai bonggol unta tu. Kalau rambut memang dah panjang, sanggul jadi tinggi, tak buleh nak buat apolah kan? Tapi jadi masaalah bila kat pasaran memang terjual dah anak tudung with bonggol unta tu..heee....

Eh, apa isi khutbah Jumaat hari ni ek? sayup-sayup je saya dengar.. 

p/s : Balik jap lagi nak pakai tudung apa ek? Bawal? Ke lilit pashmina? Ke sarung tudung segera tu je?? EHeh.. 
 



Debat PTPTN

Wednesday, May 23, 2012

Saya dah menonton debat tu..
Anda bagaimana?
Belum?
Ce usha link ni...
Bukan nak ajak berpolitik..
Saja nak ajak buka minda, buka fikiran.. eheh..

Debat PTPTN Rafizi Ramli VS Khairi Jamaluddin
Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi

Kenapa saya menonton debat ni?
Sebab terbaca ulasan ini
http://www.facebook.com/notes/helmi-effendy/analisis-debat-ptptn/363515647034827

Jadi teringin nak menonton sendiri..
tapi bila banyak sangat angka-angka yang keluar,
saya rasa berselirat neuron-neuron otak saya..
Jadi, saya tak tahulah orang yang menyorak, bersokong tu betul-betul paham atau pun tidak hujah mereka berdua..
yang pasti, saya tak berapa nak fully understand lagi..eheh..

Cuma satu yang pasti...
Pandai pinjam, pandailah bayar..
Kena tipu? Bohonglah tuuuu...
Sebelum sign agreement pinjaman lagi dah diberitahu secara jelas ada interest yang akan dikenakan...
Pendidikan tinggi percuma?
Apa istimewanya kualiti pendidikan tinggi itu nanti?

Urmmmm...
 



Kau dan aku



Kita pernah berada di jalan yang sama..
Kau dan aku..
Kita melangkah seiring sambil tersenyum..
Kita merakam setiap memori sambil bergelak tawa dengan riang..
Bersama kita mengatur langkah..
Tanpa aku sedar,
aku ingin terus melangkah di jalan itu..
Kau dan aku...
Bersama melangkah hari ini, esok mahupun akan datang..
Sungguh!
aku terlupa jalan itu tidak selalu lurus dan satu..
Jalan itu bersimpang..

Sehinggalah kita sampai di sebuah persimpangan..
Kau terus melangkah..
Langsung tidak memandang ke arahku..
Langsung tidak menitip pesanan buatku..
Langsung tidak meninggalkan kata putus buatku..
Membuatkan aku terkesima di persimpangan itu...

Saat aku tersedar,
kau telah pun melangkah jauh ke depan..
Mengikut jalan yang kau pilih..
Dan aku?
Seperti kau yang melangkah tanpa memandang,
begitulah juga yang ingin aku lakukan...
Jalan yang terbentang di hadapanku masih panjang..
Aku tinggalkan segala kisah kita, kenangan kita..
Aku tinggalkan di persimpangan ini..
Aku ingin melangkah..
Dan aku tidak mengharap untuk berpatah kembali..
Andai kau melangkah ke jalan itu,
maka aku akan melalui jalan yang kau tinggalkan..
Kerana aku yakin, itulah jalan yang di aturkan buat aku..

-The road not taken-

p/s: Sara seorang gadis yang kuat. Tak mudah patah semangat. Tak mudah kecewa jatuh terduduk. Tak mudah menangis sehingga memudaratkan diri sendiri.. Sara seorang gadis yang cekal, tabah dan bersemangat. Tak mudah berhenti di persimpangan. Tak mudah alpa dalam kenangan dan memori..
Setiap yang berlaku hanyalah sebahagian dari kenangan yang mematangkan diri. Teruskan melangkah Sara, kerana ada SESUATU yang menanti kamu di hadapan sana..
Be Strong and always SMILE..=D
 




Visual Keyboard




Hahaha...selamat pagi semua~~...
Dah buka google?
Prof Google ajak main keyboard hari ni.. Jomler try main...
Adjust-adjust sket dekat mixer, oscillators, filter dengan envelope tu.. Kot2x dapat hasilkan satu lagu! hahahaha...

Wordless Wednesday konon!



Nak teguq pun biarlah kena caranya..

Monday, May 21, 2012


Betul tak?

Apa yang betul?

Yelah nak teguq pun biarlah kena caranya. Betul pada tempatnya.

Maksud kau?

Kau nak dengaq satu kisah tak? Kisah realiti.

Kalau kau nak ceghita, aku sedia mendengar. ^^,

Ok. aku cerita, kau dengar dan analisis sendiri.

Ok. Shoot.

One fine day, aku dan kawan-kawan bermusafir ke Johor Bharu. Tuntutan kerja. On the way back to Kuala Lumpur, the driver stops at RnR Air Keroh. Macam biasalah, untuk solat dan dinner.

Ok. Tapi apa yang berlaku?

Sabaqlah. Aku nak ceghitalah ni..

Ok..ok.. bianata.. Sumimasen.. Teruskan..

Lepas makan, aku dan kawan-kawan pergilah surau. Nak buat jamak takhir. Nak buat jamak takyah, berdosa pula nanti. Tak ada darurat. Eheh..

Kau nak bagitahu aku yang kau tak buat Jamak Takyah?

Eh, bukan itu pointnya..

Ok,.ok.. i'm listening. Sambung story...

Kau nak tahu? Tengah-tengah aku dengan kawan-kawan nak solat jamak isyak maghrib tu, adalah sorang makcik ni. Aih, tak taulah macam mana aku nak story. Aku memang tabiklah dengan sikap dia yang nak meneguq salah silap dalam solat yang kita terlepas pandang, tapi...

Tapi???

Tak kena tempat. Tak kena gaya. Tak kena semuanya..

Maksud kau?

Iyelah, kuat sangat suaranya tu. Aku yang nak solat ni pun jadi tak khusyuk sebab dia dok berbual sebelah aku. "Kita kalau nak solat, kena pakai sarung kaki. Tutup aurat. Selalunya kakilah yang senang nampak kan?.. Tapi mak cik hari ni pun tak pakai.." Tinggi suaranya. Tapi, kau tahu tak? Dek suaranya yang kuat tu, aku hilang kosentrasi dalam solat. Surah pendek je pun aku baca. tapi aku keep baca ayat pertama. Rasa nak menyebai pun ada masa tu. 

Lepas tu apa yang berlaku?

Hahaha.. take time jugalah rakaat pertama tu. Nak concentrate balik. Sampai ke belakang mak cik tu dok citer. Aku ingatkan aku je yang ulang surah pendek dalam rakaat pertama tu banyak kali, rupa-rupanya member-member aku yang solat sebelah menyebelah aku pun cakap benda yang sama. Dari niat nak baca surah panjang, sudahnya jadi surah Al-alaq je. Hilang kekhusyukan..

Ohhh... tinggi jugalah oktaf mak cik tu ek? 

Tinggi beb. Itu cerita aku. Dalam aku tengah solat tu, rupa-rupanya mak cik tu jadikan kawan aku yang tengah solat tu as model dia kepada seorang lagi mak cik ni. Aih, membara hati kawan aku tu. Boleh pula dia tengah-tengah solat, orang tunjuk demo sentuh-sentuh dia. Yang kelakarnya, mak cik tu siap cakap lagi "Ada budak bagus, bila kita teguq terus dia buat solat semula."

Pastu kawan kau solat semula ke?

Mestilah tak. Kawan aku tengah berinteraksi dengan ALLAH dalam solat dia. Tetiba mak cik intterupt. Tak ada manner kan? Nak teguq pun agak-agaklah. Berhemah. Perlahan-lahan supaya tidak mengangguk jemaah yang lain yang tengah solat juga. Tak pasal-pasal je lepas solat, bertambah dosa kitorang sebab hangin dengan mak cik tu..

Hahaha.. sabau jelah.. Mak cik tu terlupa agaknya dalam surau tu ada jemaah lain tengah sembahyang. =D

Memang sabau. Tapi, apa pula hukumnya kalau mengganggu orang lain yang sedang beribadah??? Urmmmm....
 



wish #1 : Ber"ice skating"

Fuhhh... ari ni boleh update entrie banyak-banyak. Ala, entrie weekend hari tu.. Mood hari ni ke laut u olls.. Sobs..sobs..sobs.. terasa lagi sakit-sakit badan.. Semuanya gara-gara ber"ice skating"!.. Hahha.. one of my wishlist dah terlaksana.. Haaa.. lepas je selesai event Fahrin Ahmad Birthday Gathering dekat Fullhouse Sunway Giza Mall, me, Yan dan Nisa gerak ke Sunway Pyramid pula. Konon-konon dah dekat, naklah g tengok ice skating.. Weee..dok tengok dalam TV je sebelum ni. Kalau tak ramai, nak juga try main! hahaha...


Sampai-sampai je Sunway Pyramid terus cari ice rink. Harga untuk main ice skating ni berbeza-beza untuk weekend, weekdays dan public holidays. Since kitorang pergi weekend, bayaran masuk adalah RM20. Tapi, since kitorang tak ada glove, need to pay extralah kan? About RM28 per person. Kalau tak ada stokin, add up lagi. So total around RM32. Tapi, since we all memang dah pakai stoking, we all paid for the glove and entry jelah. RM28 per entry. Bayaran dikira sekali masuk. Ko nak masuk pagi, keluar petang pun tak apa. Tak ada extra charge. Mainlah puas-puas. Dengan syarat, jangan keluar dari autogate tu. 

Dah selesai bayar tiket, dapat wrist ticket. Dekat tiket tu ada kod bar. So, nak masuk scan bar kod tu. Lepas tu pergi kaunter skates. Ukur kaki dan dapatkan kasuk skate. Mine -> 5. haa.. barang berharga jangan tinggal cenggitu je. Boleh beli token dekat kaunter skate tu dengan bayaran sekitar RM2 sehingga RM4. Token ni gunanya untuk locked loker barang. Selesai menyimpan, pakailah kasut skates tu. Saya dan Yan main skate pukul 6.30 petang. Lepas di resurface balik permukaan ice rink tu.



Honestly, i don't know how to skate. Tak pernah main. Even roller blade pun tak pernah main juga. Kira this is my first time. First time yang menyakitkan but yet menggembirakan hati. Oh! i don't trust the ice. But i trust those peoples. Hahaha..1st round main, gedebuk golek jatuh dalam ice rink sebab lost of balancing. After all, takut sebenarnya. Ehehe.. Tapi, one thing for sure yang saya suka dalam ice rink ni adalah the peoples. Tak kira bangsa, warna kulit mahupun agama, they are willing to help. bila kita jatuh, ada tangan yang menghulur. Mengajar dan memberi nasihat untuk kita skate dengan lebih baik. Honestly, saya kagum dengan suasana itu.

I fall. many time. Yes. many time. and each time, pasti ada yang datang menghulur tangan untuk membantu. Memula macam hesitate jugalah. Ye lah, yang datang membantu lelaki. ada yang lain agama, but then sedar yang kita bersarung tangan. Why not kan? Bukannya nak buat yang bukan-bukan. Just a hand to help you get up from the wet ice. Main ice skating untuk pertama kalinya, meskipun tak pandai dan sampai sudah pun tak berjaya skate dengan well, but it worth to try. At least i try once better than never right? hehehe..

Thanks to Adik Nurul. She just 8 years. A new learner. But yet, sangat baik. Tetiba datang menghulur tangan waktu terkial-kial dalam ice rink. Scared to move!. Sweet sangat. Dia pun baru belajar, but she already get her balancing. And for me, maybe i still need more practices!. Hehehe.. Thanks juga to ice police. They help a lot. Juga kepada peoples in the ice rink!.. Lots of thanks. I don't trust the ice. and my leg move and ingnoring what my brain thought!. fuhh, finally gedebuk jatuh and basah!.. Huhuhu.. Saya buat 3 round je. nak cari balancing diri. 1st round, couple of time jatuh terduduk. 2nd round, successful without any kejatuhan. And third round, when the confidents level move up, i manage to move more relax than before but Unfortunately, dek asyik sangat melihat orang, tak sedor diri hilang imbangan dan kedebuk jatuh lagi!!!.. Waaa... basah seluar dan baju since the ice start to melt.. Wuuuu....

After prayer, makan-makan and kitorang gerak balik ke kolej. Sampai bila sekitar jam 2200++... Eheh... Bangun pagi ni badan terasa-rasa lagi sakitnya.. Eheh..

Nice experience ever~
 


Seminar Fiqh sains dan Teknologi 2012


Alhamdulillah.. Selesai sudah seminar sehari di UTM JB. Kalau nak tahu, seminar ni sebahagian daripada markah untuk subjek falsafah kitorang. About 40%? Banyakkan? Jadi, haruslah bermusafir jauh ke selatan untuk memenuhi kredit subjek tersebut. Saya dan rakan sekelas naik bas UTM je. Bermusafir secara berjemaah. Afdal sket kan? hehehe.. Ikut tentatif, seminar diadakan selama dua hari. kitorang pun ada submit paper untuk present dalam seminar tu. Tapi, since kitorang the one and only students yang kena turun ke JB dari KL, kami semua hanya attend seminar satu hari sahaja. Bertolak pagi, petang balik KL semula.. Long journey~


Ikut perancangan awal, sepatutnya bertolak ke JB tepat jam 5 pagi. Tapi sebagai manusia kita hanya mampu merancang. Dan disebabkan beberapa hal yang tak dapat dielakkan, kami bertolak usai solat subuh di Masjid UTM KL.. Wee.. around 6++ jugalah. Mata dah ngantok ooo... Tido pukul 10pm, bangun pukul 3.45am untuk mandi, bersiap bagai.. Dalam bas, lolap lah jawabnya.. hehehe..

Kalau tak salah, kitorang sampai ke UTM JB sekitar jam 10.00++. Masa tu tengah keynote untuk seminar tu. Sampai je Fakulti Tamadun Islam, pergilah ke meja yang dikhaskan untuk mahasiswa UTM KL mendaftar. Bayaran adalah sebanyak RM50.. Waaaa...sampai JB dah kena keluarkan duit.. adoi!.. Dapatlah paper beg sorang satu. Dalam paper bag tu ada kertas putih, pen, notepad dan juga tentatif seminar. Lepas mendaftar, ambil makanan. menu breakfast pagi itu adalah nasi lemak + sambal udang. Lepas makan, rehat jap.. eheh.. baslag. lama sangat dok dalam bas..


Presentation bermula jam 11.00pg. Ada beberapa bilik dan dewan digunakan untuk seminar ini. Kumpulan kitorang kena present paper untuk sesi ketiga. Lepas zohor. So, pagi tu rehat-rehat sambil dengar paper presentation from others. Paper yang kami submit untuk seminar ini bertajuk "Jenayah Siber: Cabaran dan implikasinya terhadap masyarakat". Eheh.. Ari tu kupas buku dalam kelas tajuk Jenayah Penderaan Kanak-Kanak. Kali ni present paper tajuk Jenayah Siber pula. Everything pasal jenayah!. Hahaha..

Setiap kumpulan perlu hantar wakil untuk present paper. and since kitorang berempat ni dah "mental breakdown" siapkan proposal report untuk proposal defense, makanya perlulah meminta Eqen membuat persiapan untuk present the paper. Ehehe.. Dasat ooo.. minggu lepas memang sangat hectic!.. Selesai present, Q&A pun tak ada soalan.. Sekitar jam 3.00++ kitorang mengundur diri dari Dewan Al-Marbawiy tu. Nak solat dan rehat dan jumpa kawan. Kitorang bertiga je yang mengundur diri.. Hehehe.. Saya, Yan dan Nisa. Terlepas pandang K.ena. Tapi tak risau, k.ena ada ramai junior di sana..hehehe..

G lepak bilik Q. mandi, solat siap tukor baju. Yan dengan Nisa dah selamat tido. Terlelap langsung. Lepas asar, saya dan Q pergi bilik siti.. nak bersembang dengan siti.. heee.. Dok sembang-sembang, tak sedor masa berlalu begitu pantas. Dah kena berkumpul. Tinggallah bumi UTM JB lagi..

Sebelum naik bas, sempat snap gambar dekat banner!.. hee.. K.ena tiada dalam gambar sebab dia bersama junior-juniornya. Kami gerak pulang dari UTM JB sekitar jam 5.45petang.. Sampai bilik di KL sekitar pukul 10.30++.. Fuhhh, badan penat! Semuanya penat!.. Haaa! ada sesuatu yang berlaku dekat RnR air keroh. Nanti kalau ingat saya cerita lagi.. eheh..~
 

me, yan, Nisa dan Eqen..~

Adios~





Is this what people say Heartbreaking?


English tunggang langgang memang nak pandang sebelah mata je..
Sebab kalau sesi luahan rasa, automatic bahasa mat saleh jadi lancar..
Jadi, jangan tanya kenapa tak berbahasa melayu..
Sebab tak tahu nak express rasa dan hati dalam bahasa melayu..

Hearing the facts, triggered my tears...
Is this what people say heartbreaking?
Me? i don't know..

One of the friends told me about it before...
And i'm speechless.
Few seconds, i realize there are tears coming out from my eyes..
I keep asking myself, why..
But then, i can't answer my own question...

Still..
I cheer up myself. Hope those only lie..
Just to make myself smile..
And for ALLAH sake,
the truth come to me..
And again..
I don't know why..
The tears keep coming out from my eyes..
I can't define my own heart!
Is this what people says heartbreaking?

I sleep...
with the tears...
And the memories keep moving like a video player..
And i realize...
I have to let go all the memories and promises..
That's the only way to cheer up myself..
Is this what people says heartbreaking?
Damn it! as i don't know what is it!

Whatever it is...
I just pray for the best. For me. for myself..
I'll pray for their happiness...
And i believe, in that way i'll be happy..
As i always believe...
Allah always be by my side..

He make the promises. And he break them..
Please..please..please...
It enough. Don't promise anything to me if you can't fulfill them..
Now, i really hate promises!
Is this what people say heartbreaking?
And again, i don't know!
 



Date with Fahrin Ahmad..



Picture tells you everything. Betul tak? Ehehe.. Otanjobi Omedetou Gozaimasu Fahrin-San.. Saengil Chukhahamnida Fahrin-shi.. Sanah Helwah Ya Fahrin Ahmad!.. Heee.. Different languages. But they give u one and only meaning "HAPPY BIRTHDAY Fahrin!". Kalau penilaian saya betul, Birthday Fahrin Ahmad jatuh on 9th May. Birthday yang ke-33 kata mereka. And today (20th May 2012), Fahrin buat birthday party untuk fans beliau. Eheh..

Tema untuk birthday party ini adalah biru. Anything relate to blue, accepted!. Dan saya? Saya pilih warna biru turquoise. Sebab warna tu cantik! Hehehe.. Saya suka lakonan Fahrin Ahmad, tapi tidaklah sampai memuja beliau. Jadi, tidaklah boleh dikategorikan sebagai Die Hard Fan. Kipas susah mati(?).. hahaha... Jadi bertempat di Fullhouse Sunway Giza, bermulalah eksplorasi mencari yang akhirnya menyesatkan.. Kahkahkah.. Jumpa Sunway Pyramid, tapi macam pelik tak jumpa-jumpa lagi Sunway Giza Mall.. Hampir dua jam jugalah perjalanan kami. Birthday party Fahrin bermula jam 11.00 pagi. Dan kami sampai, sekitar jam 11.40pagi. Masa tu tengah events potong-potong kek you all..
Nisa & Yan with Fahrin Ahmad~

Lepas event potong-potong kek, sempatlah juga bergambar dengan Fahrin. (^o,^)*. As for me, he is a nice person, very humble and soooo loving towards his nieces and nephews (hahaha.. betul ke tidak maksud anak buah?).. Berpeluang mengenali Fahrin secara dekat, membuatkan saya kagum. Kagum sebab Fahrin tidak meninggi diri.. hahaha.. ayat cliche gile. Actually, tak tahulah dunia artis ni macam mana kan? Tapi, dari pandangan mata kasar, he's good. Nak tahu? Seindah Sakura pun tak sempat nak layan sangat. Dapatlah tengok one episod hari rabu tu.. hahaha.. Masa sangat pack. Jadi, tak berapa nak follow sangatlah kisah Fahrin Ahmad ni.. eheh..Honest tak? eheh...

Ok. Selesai je kitorang click-click gambar dengan Fahrin Ahmad, sorang dua keping, tunggu apa lagi? pergi makanlah.. Malaslah nak story insiden yang mencomotkan diri sendiri di situ.. Apajelah yang serba tak kena itu.. Aih... Ambil makanan. Menunya kalau tak salah saya, nasi kebuli, daging kurma, ayam black pepper and a lots more. 

Yeeehaaa... ikut tema tu.. sedondon tak? eheh..

Haaa.. dah selesai makan-makan, ada sesi karaoke. Fahrin Ahmad berduet dengan En.Adi, kawan beliau. Wohoooo.. dengar suara Fahrin Ahmad nyanyi live you all.. Hahaha... Amacam juri? pitching ok? hehehe... Pastu ada few games. And as for me and them, kitorang bertiga jadi pemerhati jarak jauh.. Hahaha... Fan tak berapa nak die(?) bukan gheti sangat attend artist-fans ghatering bagai ni. So, tengok je lah. Memerhati gelagat manusia dan artis. Sweet kan? Masing-masing punya character masing-masing. How they behave themselves, and how they show their "fan's spirit" to the idols.. 

Ate, dah ghupa macam nak kutip kualitatif data plak.. hahaha... For us, it just for fun and we want to relax our minds~.. So, we joint the fans gathering.

Haaa... signage activities

Haaa.. tengok gambar yang atas ni dengan gambar atas-atas ni, mesti pakat tanya "eh, fahrin ahmad tukor baju pula?". Simple answer:"Beliau kan lelaki? Sekejap je nak tukor kemeja ke t-shirt tu..".. Eheh.. kitorang tengah beratur nak ambil makanan, then fahrin muncul dah pun berjersi biru itu. Around 1.15pm, majlis dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada fans untuk solat zohor dulu. After zohor prayer, majlis diteruskan. Apa lagi ek kitorang buat? main games? karaoke? spontan apa ntah. Hahaha.. inilah bila duduk hanya memerhati. Lupa dah tentatif tadi!..

Yay! Happy birthday Fahrin Ahmad. A small gift from us. Hope you like it! Smile and always be yourself

Haaa... event terakhir sudah pastilah event tandatangan sana sini sinun tu. Since saya suka membaca, jadi saya bawa buku jelah untuk Fahrin Ahmad sign. Ada yang bagi dompet, telepon dan tak ketinggalan juga yang bawa novel "Seindah Sakura". Nak minta Cikgu Airil sign!. Oh! lupa pula nak bagitahu, masa registration kitorang dibekalkan goodies bag garnier. Dalam goodies bag tu ada moisturizer, pencuci muka lelaki, poster fahrin ahmad dan juga kalendar beliau.

Most of them memang bawa poster dan kalendar tu bagi Fahrin Ahmad sign. But for me.... urmmm.. how can i keep his signature? Kalendar? Setahun je. Habis setahun, dah tak rujuk kalendar, tak tahulah letak ke mana nanti. Poster? Aih, brain diagram pun cukup susah nak tampal dalam bilik, inikan pula poster fahrin ahmad kan? But then, i come to a simple solution, buku!.. Eheh.. since saya suka baca buku. Saya minta fahrin ahmad sign dekat buku yang saya baru nak start baca tu. Buku saya simpan rapi. Jadi, secara tak langsung tandatangan beliau pun saya simpanlah juga.. Kihkihkih.. 2 in one! Siap.
TQ, <3 F.a

Haaa... itulah goodies yang dapat dalam goodies bag tu. Bukti yang saya dah jumpa beliau face to face. Bukan lagi di facebook semata. Hahaha.. Apa-apa pun saya akan sentiasa menyokong karier seni Fahrin Ahmad dan mendoakan Fahrin ahmad sukses dalam kerjayanya. Gembira selalu ye Fahrin!. and live well.

The family~ (crdt from F.A fanpage~)

Last but not least, i really enjoy the day.. Lepas ni nak jumpa artis mana pula? Ehehe.. 
Misi baru di kuala lumpur(?) kah???? hahaha... Live well too Sara~



Party Time~

Friday, May 18, 2012

Yok kita berpesta. Hahaha.. gila ah, baru 6 bulan dok KL dah pandai berparty segala bagai kan? Kejutan budaya apa??? Hahahah.... Ketawa golek-golek.. Bengong je rasa dua tiga minggu ni. Gile tak bengong? Ikut tentatif, fast track kena submit proposal report untuk proposal defense 1... Perghhh... memang tetiba jadi transformer yang transform dari malas jadi rajinlah.. Kihkihkih... Teruk-teruk.. Tapi, alhamdulillah.. Within 1 week berjaya hasilkan sebuah proposal yang memikat jiwa dan sanubari sendiri (hehehe...).. Proposal dan penulisan yang sepatutnya yang dibuat sejak 6 bulan yang lalu! =D

Eh, nantilah cerita macam mana within 1 week boleh siapkan semua tu. Eh, bukan within 1 week. Within 4 days i think.. Sekarang nak ajak korang berpesta.. Eheh... Tapi, maaplah ye.. Event hanya untuk mereka yang berdaftar sahaja.. Sekian terima kasih..


Amacam? Hehehe... Kawan-kawan, jangan risau deh.. Belum kena kejutan budaya lagi.. Still chillax.. Saja suka-suka.. Siapa F.A? Teka sendiri.. Ok bye~

Nota kakitangan: Yeay! Berjaya juga submit proposal untuk defense. Tepat jam 4.59pm..hehehe..

Nota kakitanganbahu: Esok, Sabtu bersamaan dengan 19hb Mei, akan bertolak ke Johor tepat jam 5pg dari KL.. Yea! Attending Seminar Fiqh dan teknologi.. Yuhuuuu...

Nota kakitanganbahupinggang: Eh, ahad nak attend yang atas tu pula.. Pheewiitt.. Schedule pack.. Nak dating? Buat appointment dulu ok.. I'll put into my planner.. Weee..~
 



RM21 untuk 2013



Pagi-pagi, macam biasalah. Buka emel, buka facebook, buka tweeter buka blog. Then, dalam gmail nampak ada email dari Air Asia. Email promotion. Big sale untuk free seat tu..

Heee... sebelum-sebelum ni pernah cuba. tapi bila memanjang masuk ke waiting room, jadi give up. malas nak try banyak-banyak kali. But then, tadi sajalah try tengok tiket Kuala Lumpur Alor Setar untuk tahun depan..

Sekali.. Fuhhh... dapatlah tiket yang the lowest fare tu. RM21. Weh, tiket bas balik Aloq Staq dari KL ni pun dalam RM40++ tau.. Dapat RM21 tu macam heavenlah kan? Tapi, tak berani nak book banyak-banyak. So, book satu tiket jelah.. Bulan 3 punya..
Aim nak balik sebulan sekali, sebab tu nak cari tiket flight terus.. sementara dapat murah.. betul tak? hehehe...
Tapi, dari Alor Staq ke Kuala Lumpur, nampak gayanya kena naik baslah.. Kalau cari tiket murah gak, cuti panjanglah gamaknya.. Hahaha...

Eh, tiket pergi Padang pun murah.. Kawan usha pergi balik boleh dapat RM62 all in fare.. awesomelah kan?? hahaha...

Ok.. dah lama sangat melagho ni.. Proposal tak fully finished lagi.. Aja-aja fighting Sara! Think positive and you'll earn big things!.. Ganbatte ne~ 





Bila emoticon berbicara

Thursday, May 17, 2012


Dia di sana..
Aku di sini..
Dia di selatan..
Aku di tengah kota raya Kuala Lumpur..

Persahabatan yang terpisah..
dek tuntutan menuntut ilmu..

Tapi...
inilah yang jadi bila...
EMOTICON YM mula berbicara..
hehehe..