For Irma : Till Jannah~

Friday, June 29, 2012

Malam ni giler update! Takpe2x..kita buat auto-publishlah yang ini (yo je..).. Update blog tak hengat! bukan kira nak buat conference paper or journal paper ke.. Isy, nak kena ketuk juga budak ni! Eheh.. Ok.. Malas nak story banyak.. Nak kongsikan gambar-gambar perkahwinan Irma Hasmie dan pasangannya yang baru sahaja diijabkabulkan selepas solat jumaat tadi (29 June 2012) setelah bertunang hampir 3 bulan. Honestly, saya suka dengan perubahan Irma. Sweet sangat. Semoga Irma terus istiqamah.. Dan ikatan yang di bina kekal sehingga ke syurga ILAHI.. Semoga bahagia selaluuu...

Oh ye! Gambar-gambar ni saya ambil dari twitter Diana Amir, pelakon yang turut berubah memakai hijab itu.. Minta izin ye kak Diana..=D..







Yang ini pula dari twitter Wardina Saffiyah.. Mohon izin ye Kak Wardina..=D


Hahaha... banyak sangatlah pula.. dah rasa macam jadi wartawan hiburan pula..adoi! Apa-apa pun, saya suka tengok busana Irma hari ni.. soooo sweet.. Dannnn Irma pegang bunga orkid kan?? oooo mmmm geeee.... orkid! eheh...

"Selamat menjadi isteri Kak Irma.. Semoga bahagia selalu dan ucapan seperti di atas..~"
Nak tengok gambaq lagi? Pergilah klik sana sini sinunnn... eheh... psssttt.... yang sana tu banyakkkk... dari Oh BULAN!!...





Konfius! Cincin punya pasal!

Giler konpius! Tak tahu mana yang betul.. Nak ukur saiz cincin je pun.. Ponat den! Sudahnya tawakal jelah... Agak-agak kecik atau terbesar, memang selamatlah jadi pendant je.. Kalau tak....hehehe...blehlah bergaya di jari.. Dah lama tak pakai cincin ni.. EHeh.. Ha? Tak faham? Hahaha... sesuka hati je buat entrie main terjah kan??

 
Haaa... ari tu kan ada beli voucher white gold. Dari semalam lagi nak redeam voucher tu. Tapi terbantut bila dia tanya saiz cincin. Sebab saya beli set Ring pendant and necklace. Ring pendant maksudnya, nak jadikan buah rantai pun boleh nak pakai kat jari pun boleh.. Haaa..macam ni..


Pastu, tadi dok cari-carilah cara nak ukur saiz cincin. Kalau boleh biarlah boleh jadi buah rantai dan cincin pada masa yang sama..=D Sekali yang jumpa, pelik-pelik. Konfius! Tak tahu mana satu yang betul. Sigh~.. Ok, memula chart untuk panduan yang diberi dalam groupon tu macam ni...


Pastu..cari-cari dekat google, jumpalah website yang ini.. Ring size conversion tools. Menariklah juga. Caranya kena ukur lilit jari kita pastu ukur guna pembaris dalam unit mm. So, dapatlah macam ni...


Tapi..apakah? Hong Kong size ikut panduan yang diberi mana ada sampai 25 tu.. dari 9 sampai 16 je.. Ok..cari lagi... Google dan dapat pula yang ini.. Website menarik! Ring size calculator. Caranya sama juga. Ukur lilit jari. Eh, lupa pula nak btau. Ini untuk orang-orang yang tak ada cincin macam saya! hahaha... Nak g kedai emas pula dah macam satu kerja kan?


Soooo... mana satu yang betul ni? Kalau ditelek-telek, Ring Size calculator ni macam logik dek akal sketlah kan? Eheh... tapi, apa-apa pun, tawakal jelah.. huhuhu... Kalau muat, kita pakai. Tak muat, kita buat buah rantai. Ye dak? Nanti kalau betul-betul nak cari cincin yang ehem-ehem tu, kita g ukur dekat kedai emas terus. Senang cerita! Tak yah konfius. Tak yah serabut! Hahaha.. 

Kalau ada sesiapa yang nak cuba ukur saiz cincin bolehlah cuba dua-dua ni.. pastu nanti btau ek mana satu yang logik! hehehe... Till thennn...

Oooooppppsss... saiz cincin sendiri ke tu?? eheh.. saiz setelah ditambah lemak-lemak pada jari.. Muahahaha... Sebab diri sendiri pun tak tahu saiz cincin sendiri! kahkahkah...=P
 



MOCK Interview at MRSM PDRM...


Assalamualaikum.... malam ini kita bersiaran dari maktabku memoriku.. eheh.. koya! Haa.. dari gambar pertama tu apa yang boleh kamu tafsirkan? Tak kisahlah.. tafsirlah apa jua pun sebab tafsiran sebenar gambar hanya saya dan dia yang tahu..weeeee... Wallaweh.. lepas juga rindu dendam kesumat nak melawat maktabku yang terindah ni.. Setelah hampir 6 tahun(?) meninggalkan zaman baju putih kain khaki? Yuuuuhuuu... MRSM PDRM!!! Here i come!!...

Haaa...24 june yang lepas, errr minggu lepaslah.. Saya pergi maktab sebab ada undangan a.k.a jemputan untuk jadi panel penemuduga untuk MOCK Interview Pelajar Tingkatan 5. Walla.. Kalau cikgu sekolah sendiri yang mengundang, mestilah tak tolak kan? Kalau 6 tahun dulu, kita dapat memacam dari maktab.. Jadi, inilah masanya kita pula nak memberi jasa bakti permai pada maktab sendiri. Ye tak? 


Haaa... program MOCK INTERVIEW ni bermula seawal jam 9 pagi. Dan saya diletakkan dalam kumpulan Panel D iaitu JURUTERA! Walla.. Diri sendiri pun terlupa nak apply jadi JURUTERA. eh, tapi borang BEM dah hantor ok! Eheh.. Memang dasatlah adik-adik i ni.. Tetiba saya jadi teringat dengan pengalaman sendiri beberapa tahun dulu. Masa MOCK Interview dulu, saya nak jadi Mechatronic Engineer! Wahahaha...sekarang jadi apa? Dekat U pun tak ambil MECHATRONIC!. Mock Interview ibarat temuduga tipu-tipu. Mereka perlu berimaginasi yang mereka telah pun menamatkan pelajaran peringkat universiti dan ingin memohon kerja yang diiklankan.. Yaaa...here we gooooo...
 

Macam-macam aksi dan ragam. Membuatkan hati ini merindui zaman dan waktu sekolah dolu-dolu. Haaa.... ramai jugalah ex-student yang datang on dat day. Ramai kan? And most of them memang dari BATCH SPM 2005 saya. Masing-masing dah berjaya. Ada kakak senior saya yang dah jadi Doktor Perubatan macam Kak Sabrina tu. Ada abang senior saya yang jadi Engineer dan business man macam Zul Mahadzir dan abang Tarmizi tu.. Ada kawan-kawan saya yang dah jadi Executive, Pilot dan kaunselor macam apool, acap Pau, Park Li dan Umai. Dan ada juga adik-adik junior saya yang baru je balik dari Obersea macam Farhana, mimi and the gang!..

Dan perkara yang paling best adalah, cikgu-cikgu still remember us! That's the memorable part. ever. Seronok dapat jumpa Cikgu Nafsiah, Cikgu Anuar, Cikgu Fauziah, Teacher Noreha dan ramai lagi cikgu-cikgu yang turut terlibat dalam MOCK Interview ni.. Tapi, sedih juga tak sempat nak buat lawatan tapak ke jabatan-jabatan untuk berjumpa dengan Cikgu Roslaini, Cikgu Hashimah, Cikgu Wan dan ramai lagiiii... Apa-apa pun, MRSM PDRM is the best!

Dan semakin banyak perubahan u olls.. Kalau dolu, ada majlis dalam Dewan Sri Lanang tu, pakat dok kipas dengan buku je sebab panas. Sekarang Dewan Sri Lanang dah bertutup..siap ada aircond lagi! Dah cantik. Dewan makan pun dah kemaih. Pejabat pentadbiran?? Perghhhh...mantap! Cantik.. Banyak perubahan yang dah berlaku dalam tempoh 6 tahun ini.. Apa-apa pun, saya tetap sayang dan rindukan MRSM PDRM dan isi-isinya..^^,
 
Haaa... lepas program, saya lepak dengan my BFF.. Ana Humairah. Classmate. Kadetmate. Homeroom mate. Dan segalanya.. weeee... Seronok dapat jumpa Umai! You look so matured dear! Jeles i! Eheh.. Sebelum balik Aloq Staq, sempatlah borak-borak panjang sambil menikmati angin pantai di tepi pantai tepi highway tu!! EHeh... Dear, panjang umor kita jumpa lagi ye~.. Adios everyone..







Broga Hills -> Done!

Assalamualaikum....
Eheh.. muncul setelah pengsan setengah hari! ^^,.. Sebelum tu...

Warning! Warning! Warning!
Entrie penuh dengan gambaq(s) daaaaaannnn cerita... 
 
Haaaa...so, tiada paksaan untuk scroll sampai habis cerita. =P.
Al-kisahnya, hari ini dalam sejarah... 29 June 2012.. Akhirnya Bukit Broga berjaya aku tawan!! Muahahaha... permulaan entrie yang tak boleh blah. Ok! Lama beb buat planning nak panjat bukit Broga ni. Dan lama jugalah tertunggak planning tersebut dek waktu dan keadaan yang tak mengizinkan. Jadi, hari ni kami redah juga nak panjat Bukit Broga ni. Ala, Datuk SMS (Sheikh Muzaffar) dengan isteri beliau boleh buat, kita pun boleh! Sebab Malaysia boleh! Hehehe...


Haaaa.... nak sampai ke sini? Taklah susah.. Tapi sosat jugalah! Mahunya tidak? Papan tanda kocik sangat untuk dilihat pepagi buta. Dah tu, kena masuk kawasan kelapa sawit pula tu. Lebih kurang macam unexpected place lah. Tak sangka dari situ nak panjat Bukit Broga rupanya. Kami panjat lepas subuh prayer. Lebih kurang pukul 6.40am. Dan disebabkan stamina yang sangat rendah ni, orang kata ambil masa 30-45 min! Tapi, saya ambil masa sejam untuk sampai ke puncak! Wahahaha... Giler penat! Rasa dah nak tercabut kaki ni. Mencabarlah juga. Tak percaya? Haaa...scroll lah tengok gambaq kat bawah.. Baru panjat tak sampai 10meter pun boleh tercunggap-cungap penat. sebab cerun sangat. ke curam sangat? apa-apa jelah..
 


Haaaa.... kita berehat dulu bersama Kit Kat! Ahahaha... Dek keletihan, berehat dulu dekat batu-batuan ni. Sambil mendongak ke atas. Betul ke aku nak panjat ni? Gila curam.. Macam mana nak turun nanti?? Perghhh... pikir 3,4,5,6,7,8,9 kali jugalah sebelum meneruskan pendakian itu. Dekat situ pun dah cantik, just imagine kalau dapat sampai ke atas. Lagilah cantik kan? Subhanallah.. Indahnya ciptaan ALLAH...
 


Ha! curamkan? Menuju puncak impian yang nyata.. eheh.. setiap kemanisan itu memang perlu melalui kepahitan dulu. eh?. Di setiap kejayaan untuk sampai ke puncak itu perlu ada daya usaha susah dan senang kita bersama. Kalau hujan, sangat tidak sesuai untuk mendaki. Sebab kalau hujan, kawasan ni jadi ala-ala sunway lagoonnn.. Boleh mengelungsuq turun je. Tak gaduh nak rendah-rendahkan graviti bumi bagai. Ha! Waktu turun, there's something happen! Something yang positiplah.. Adalah seorang mamat ni dan kawan-kawannya, beb! tak sempat nak ucap terima kasih for your concern to us!.. Tengah dok berhati-hati turun bukit yang curam ni, mamat ni dengan kengkawan dia menujuk cara dan arah sambil menanti di bawah. Pada hemat saya, bimbang andai kami jatuh tergolek-golek. Maklumlah, kami pergi perempuan sahaja. Tak de mahram lelaki nak jaga! Ahaha..ada kaitan ke??

Memula ingatkan dia tunggu kawan dia yang lain. Tapi bila tengok sekeliling, kitorang je yang ada dekat situ sedang berusaha untuk turun tanpa tergelincir. Rupa-rupanya, mamat tu dengan kawannya sedang concern pada kami. Bimbang something bad happen to us! Dah turun dengan selamatnya dari kawasan yang curam tu, barulah mereka meneruskan perjalanan tanpa memandang ke belakang lagi! Hahaha.. Kotlah mamat tu tersesat baca blog ni kan? Arigatou Gozaimasu! Terima kasih di atas perhatian yang kamu berikan. (^o,^)
 



Yeay! Akhirnya kini pasti. Kakiku sudah menjejak bukit Broga! Together with Yan. Perasan tak, dekat gambaq tu ter"typo" lah.. It suppose to be We are soooo happy to be here! Not too. Aigooo..malaslah nak betolkan lagi. Gambaq ni cantik. sangat! Background yang indah. Dari atas bukit Broga tu, memang sangat menenangkan hati dan fikiran. Angin yang bertiup...wahhhh selendangku ibarat iklan rambut sunsilk tu! Ahaha.. Dannn..sempat jugalah tengok matahari terbit dari sebalik bukit sana. Ala, zaman sekolah dulukan suka lukis matahari tengah-tengah dua bukit. Haaa...macam tulah nampak matahari memunculkan diri pagi tadi. Subhanallah.. Indahnya.. Ciptaan-MU sungguh sempurna Ya-RABB..
 


Dan dikesempatan ini, saya mengambil kesempatan untuk bergambar dengan matahari terbit. Sunrise! Suka-suka.. gambar telah diedit menggunakan teknik illusion.. Hahaha.. Isy, tak tahu nak cerita pasal apa dah..sebab all i can say, SUBHANALLAH.. Thank You ALLAH for this precious view..
 



Haaa... akhir kata, majulah sukan mendaki untuk negara(?).. Muahahaha.. tak..tak.. akhir kata, jemput-jemputlah datang ke Bukit Broga. Hint untuk masuk ke kawasan kelapa sawit untuk ke Bukit Broga ini adalah Rabbit Farm! Yeeehaaa... Tapi, ingat! mental dan fizikal kena kuat! Stamina pun kena ada.. Kalau tak, jadi macam saya.. Kalau ada lampu ultraman dekat dada tu, mesti dah berkelip-kelip sebab tak cukup stamina meskipun mental dan fizikal sangat kuat.. Hahaha..

Dannnn...lagi satu saya nak pesan. Janganlah buang sampah merata-rata. Sangatlah mencemarkan keindahan alam ciptaan ALLAH ni. Kalau tadi nak panjat Bukit, larat pula bawa botol air + air. Jadi, bila dah habis minum tu tak salahkan simpan botol kosong tu dalam beg dan bawa turun ke bawah. Buang kat bawah. Sedih tahu tengok keindahan alam dicemarkan dengan sampah-sampah begitu. Malu tahu untuk tunjuk dekat pelancong asing. Behave yourself guys! Jangan harap orang kutipkan, kamu pun haruslah ada rasa tanggungjawab untuk menjaga persekitaran kita..



Ok.. sampai di sini sahaja perjalanan kami ke Bukit Broga atau popular sebagai Broga Hills.. Lain kali kalau nak panjat lagi, mungkin 5,6,7,8,9,10 kali jugalah pikir dulu.. Sebab nak panjat sangatlah meletihkan meskipun output yang diperoleh sangat awesome!!!.. AHahaha... Okkkk..next nak pergi mana pula ek? 

Urmmmmmmm....




Ini je yang termampu~

Thursday, June 28, 2012

Assalamualaikummmmmm...

Wahhhhh..dah lama tak bersiaran di blog sendiri! Eheh..poyo je kan? Tak bersiaran sebab tak tahu nak story apa walhal banyak je cerita yang boleh dijadikan cerita. Tak bersiaran sebab masa itu ibarat white gold...mahal tapi bila dapat discount, memang murah tak ingat! Ahahaha... tetiba je kan? Haaa... sebab tak mampu nak beli emas yang gold tu, eh? sama jekan? Ala..buat-buat faham jelah.. Mahal beb emas yang gold tu! Akan jadi macammmmm....nak gelang emas atau kereta?? Haaa...macam tulah nak buat perbandingan mahalnya emas yang gold tu. Jadi, kita beli mana yang termampu jelah.. Apakah? Jom usha..

 
Hahahaha.. Harga asalnya RM200++.. Untuk manusia macam saya ni, RM200++ tu mahal ok untuk aksesori begitu.. EHeh..kedekut! Jadinya, tetiba groupon yang begitu setia hantor  mesej tu bagilah deals yang ada.. Ooo mmmm geee!!! Tinggal RM78 je untuk ring pendant and necklace?? Biaq betoii.. Sekali dengan batususahnaksebut tu.. Free Nationwide Delivery lagi tuu.. Heee.. nak beli ke tak? Beli rantai, konfem pakai.. Beli subang, buat simpan je nanti.. Tengah dok berkira-kira nak beli ke tak, tetiba dapat email dari groupon lagi.. Bagitahu yang saya dapat voucher RM20 dan kena redeem ASAP kalau tak, burn! Wahahaha.... tunggu apa lagi?? Boleh beli white gold dengan harga RM58.. bukan selalu.. Hahahaha... Untung-untung boleh melaram raya ni..eheh..

Haaa.. kan dah kata beli yang ring pendant + necklace tu. Oooopppssss.. status dekat facebook membuatkan orang sekeliling ikut teruja! Hahaha... tak tahu nak ukur saiz cincin plus dekat lab tak jumpa pembaris.. Walla.. sibuk nak cari saiz cincin u olls.. Tapi, jangan salah faham ok.. Beli untuk diri sendiri je..=D smileeee...

Nak juga?? Jap naaa...cari link dia..

http://www.groupon.my/deals/national-deal/mon-meill/716149465

Kalau ada yang berminatlah.. adios~




Gud Nite!

Monday, June 25, 2012

Assalamualaikum...
Konbanwa minnasan~...

Yeay!..Oooppss.. Alhamdulillah.. selamat sampai ke Kuala Lumpur. Perjalanan selama 6 jam 30 minit yang dipenuhi dengan tido! 90% masa dihabiskan untuk tido!.. Aigooo..tak pernah dibuat! Eheh.. beli majalah solusi, tapi tak baca pun. Yang pasti, lepas tepon mak bagitahu dah naik bas, tup tup tertidoq. Jaga-jaga nampaj signboar RnR Gurun dah! Eh? Ok.. tertidoq lagi. Memang letihlah habaq kat hang! Kenapa letih sampai macam tu? bacalah entrie sebelum ni..=D..

Terjaga bila bas berhenti dekat Hentian rehat Simpang Pulai! Aigoo.. dah bangun, surelah perut lapaq kan? eheh.. After 30 min, bas gerak semula. Dan saya pun tertido lagi! Sungguh! Tido yang memang bukan lagi tido-tido ayam seperti sebelum ini. Eh, tak kisahlah.. takkan sampai habis entrie nak cerita pasal tidoq ja! Jap lagi kita tidoq naa..

Ok.. malam ni nak pesan kat semua. Kalau boleh buka mata luas-luas. Buka telinga. Berfikir di luar kotak. Tak semua yang kita nampak dan dengar itu benar. Kena juga kaji. Kemudian berfikir di luar lingkungan kotak. InsyaALLAH, kita akan nampak mana yang baik dan mana yang buruk. Kita kan dah besar. Diberi akal untuk berfikir. Bukan duduk hanya menurut.

Mata dah mengantuk. Selamat malam! Oyasumi Nasai~



Unexpected Events!

Assalamualaikum...

Haaaa.. boleh je pun tak buka blog, tak buka facebook sampai 3 hari! Bukannya tak boleh! Quick update for today,yesterday and day before yesterday.. Yup.=D

Rabu (20 June 2012)
  • 12.00 tengah hari @Kuantan : Makan tengah hari dekat sebelah sungai Pahang. Gile mahal! Makan untuk 5 orang mahu RM240++.. Dasat.. Seumur hidup, pertama kali bayaq mahal sungguh untuk sekali makan je.. Bukan makan kat hotel atau restoran 5 bintang pun. Restoran tepi sungai je. Sebab apa? Gulai tempoyak ikan patin dengan ikan karai goreng kot!
  • 2.30 tengah hari : Gerak balik ke Alor Setar. Haa.. sebelum tu singgah KL jap, abah nak ambil dokumen dekat pejabat dekat KL.
  • 5.45 petang @Lebuh raya DUKE : Ohoooo Kedah! Here i come! Bercuti dulu! Eheh...
  • 10.30malam @Alor Setar, Kedah : Alhamdulillah... selamat sampai ke rumah! Next to do? Rehat! Urmmm...haaa... Habis baca 1 novel untuk perjalanan 8 jam tu! ahaha.. dasat!.. 
Khamis (21 June 2012)
  • 10.00pagi : Mak ajak pi Nat/Nad Khamis (Pasar minggu) dekat area rumah tu. Beli lala, sebab teringin nak makan! Beli sotong, udang, ikan mamu(?). Semuanya, apa yang saya nak makan! hahahaha...
  • 11.30pagi : Aktiviti memasak di dapur! Waaaa...rasa macam dah lama je tak pegang periuk belanga ni.. Al-maklumlah, dok makan kat kedai je..huhuhu.. 
  • 8.30malam : Pi rumah tok (mak kepada mak). Sekali-sekala balik, kenalah jenguk tok. Singgah beli durian! Yeay!.. Nyum..nyumm... Makan durian dengan tok.. Terbaikkk..
Jumaat (22 June 2012)
  • 2.30petang : Lepas solat Jumaat, abah ajak pi melawat Tok Long (Ayah sedara kepada mak) yang baru keluar hospital (lepas pembedahan). I follow sahaja. Tak salahkan pergi menziarah. Sebab, saya ni kalau dah balik rumah tu, mak ajak pi mana pun ikut.. Hatta kenduri kahwin sekalipun! EHeh..
  • 5.00petang : Gerak balik.. Haaa... sebelum tu sempat lagi ambil buah putat dengan buah ambra! Wahaha.... Ambra..Favourite tuuu.. Tau dak buah putat tu apa? Kalau tak tahu, google! Hehehe...
  • 5.45petang : Sampai rumah tok Wan Omar pula (Mak + ayah kepada abah). Haaa...ini part yang seronok! Kait buah bachang (ke machang ek?), korek rebung, cantas jantung pisang! Terbaikkk.. semuanya saya suka.. Rancang dengan mak, esok nak buat kerabu jantung! Wahhhh...lama giler tak makan jantung pisang idaman kalbu tu!
  • 8.00malam : Home sweet home. Sampai rumah, panas lauk + masak nasi.. Mandi, makan dan berehat-rehat.. Golek-golek atas katil.
Sabtu (23 June 2012)
  • 12.20pagi : Wa (Abang Mak) telefon. Bagitahu yang Tok Long dah meninggal dunia pukul 11.00malam (Jumaat) tadi. Adik dok jerit-jerit panggil + bagitahu. Blur sekejap! Sebab baru je melawat beliau petang tadi. Tak sampai 12 jam pun lagi. Macam mana boleh kata meninggal pula? Terkedu! Semuanya lengkap. Mak kata, jom pi sana. Bawa baju, tidoq sana ja.
  • 12.30pagi : Go go gooo to rumah Tok Long. Mak dah menangis. Saya? Terkedu! Sungguh! Beliau sudah pergi bertemu DIA. Jasadnya kini di depan mata. Bukan mimpi, tapi realiti. Kesian tok chik (isteri tok long). Anak-anaknya jauh. Usai dapat berita, masing-masing bergerak dari tempat masing-masing. Kami yang dekat, ziarah dulu. Mata dah ngantuk. Tok suruh pi baca Yasin, tapi mata nampak hurup macam menari-nari. Tok Chik suruh naik atas, tidoq dulu.
  • 2.30-3.00pagi : Mengantuk. Tapi sebab tempat orang, tak reti nak tidoq. Pukui brape ntah terlelap. 
  • 5.00pagi : terjaga. Eheh.. Pak Ngah naik atas rumah! Seganlah chek nak tidoq lagi.. Bangun, sarung tudung turun bawah. Lepak dengan mak-mak dekat luar rumah. 
  • 6.30pagi : Mandi! Subuh..pastu ada orang mai untuk mengaji. Eheh.. tumpang sekakilah dengan mak cik tu sementara ada air sembahyang ni. Dapat 1 juzuk pun jadilah. Daripada tak baca langsung. Sedaq tak sedaq, orang semakin ramai. Menziarah untuk terakhir kalinya. Lepaih mengaji, dok luar rumah + tersengguk-sengguk sebab tak cukup tidoq! Tapi tak boleh tidoq juga!..
  • 4.30petang : Abah ajak balik rumah dulu. Orait juga! Nak mandi lain! Pagi tadi mandi tak basah rambut sebab nak pakai tudung lagi kan..Sampai rumah, basuh baju+mandi segala, tak sempat juga nak tido!
  • 8.00malam : Pi rumah tok long lagi. untuk tahlil pula. Lepas tahlil, balik rumah..
  • 12.00tengah malam : Golek-golek, tidoq!
Ahad (24 June 2012)
  •  6.00pagi : Bangunnn..bangunnn...bangunnn!!! Kena pi Maktab. Bukannya sebelah rumah! Nun dekat Kulim nun.. Adoi! beratnya mata. badan pun tak hilang letih lagi. Tapi janji kena kota! Lawan syaitan yang goda suh tido lagi tu! Aigooo..
  • 7.20pagi : Gerak ke Kulim! Since dah lewat, niat asal untuk drive sendiri kereta ke Kulim terpaksa dilupakan. Sebab standard masa adalah 2 jam dari rumah untuk ke maktab. Kalau kereta banyak, boleh drag sampai 2 jam setengah. Maknanya kalau drive sendiri, mahu pukul 9.20-10.00 baru sampai nih! Ahahaha.. terpaksa guna khidmat abah untuk sampai on time! Sebab abah boleh buat within 1 1/2 hours!
  • 9.00pagi : Sampai maktabku tercinta~.. Having program with teachers and juniors..
  • 3.00petang : End of program. Jumpa kawan-kawan. Lepak-lepak sekejap.
  • 6.30petang : Naik bas (Butterworth - Alor Setar).. Tertidur seketika! Eheh.. khabor dah tak cukup rehat + tido!
  • 7.30petang : Sampai ALoq Setaq. Kenalah tunggu abah mai antaq adik pi tusyen kat situ baru balik rumah.. Alang-alang dekat tandop, jalan masuk aloq staq mall dulu. Abah nak mai pun dalam pukul 8.15malam jap g!
  • 10.00malam : Adik habis tusyen, balik rumah! Rehatkan badan sebelum mandi dan makan..Sanggup ooo tak makan burger sebab mak kata mak masak gulai ikan talang + kerabu jantung pisang + jantung pisang rebus! Perghhh... meleleh dengaq!.So, dinner malam ni pada pukul 11.00malam! Ahahaha...
Isnin (25 June 2012)
  • 12.50pagi : Tidoq chek, tidoq! Esok nak kena bangun awal lagi~
  • 11.30 pagi : bas pukul 11.30 pagi.. Tapi, abah dah cakap, kena keluar sama dengan abah g kerja.. Ye nak singgah company kejap! Wahhhh... Tunggu apa lagi??? Tidoqlah walaupun barang tak kemas lagi! Ahahaha...
Sungguh! Kita hanya mampu merancang. Tapi, perancangan ALLAH lebih sempurna. Kematian bukan sesuatu yang boleh kita duga. Al-fatihah buat arwah Tok Long. Semoga belaiu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Kepulangan ke rumah kali ini taklah recharge sangat..=D Esok pulang ke KL dengan keletihan. Namun, tetap berharap, hari Selasa akan dijalani dengan penuh bertenaga!. Aja-aja fighting!..



Yeeeehaaaaa.... Vrrooooommmmmm

Thursday, June 21, 2012

"Mereka bercakap seolah-olah yang mentadbir urusan negara kita adalah kafir. Mereka bercakap seolah-olah mufti, ustaz, ahli agama dan ahli masjid yang sentiasa memberi nasihat pada pimpinan itu dadanya kosong tidak berilmu... Dan mereka bercakap seolah-olah lupa, kemajuan dan keamanan yang mereka kecapi kini adalah hasil usaha golongan yang mereka caci, kutuk dan tentang habis-habisan itu.."

Okkk... lama kan tak mengomel. Sebab apa? Sebab ikut parents jenjalan sebelum gerak balik ke Alor Setar. KL -> Kuantan -> KL -> Kedah.. Wahhhh... 4K! hehehe... Suka..suka.. Sempatlah juga test drive atas jalan.. Hahaha.. jangan tak percaya.. Ada lesen tak bererti sentiasa memandu kereta! Nope! Jarang-jarang! Jadi, rekod di jalan raya memang bersihlah..(^o,^)

Haaa... sempatlah test drive dari Bentong (Gambang?) sampai Hentian Genting Sempah. Gila mencabar lebuh raya karak tu.. Memula kemain tekan minyak around 110-120km/j.. Sebab lebuhraya lurussss... sonok je.. Masuk je jalan berliku, perghhh abah dah bagi amanat. Jangan laju sangat! Takut tak pandai nak balance dekat selekoh nanti. Haip! Terus turun 70-80km/j je..ehehe.. Keselamatan perlu diutamakan. Nak nak pula selekoh semuanya style selekoh tajam. Hilang kawalan, terbabas! Biar lambat asalkan berhemah dan selamat! Berhenti dekat Genting Sempah, tukor driver. Abah sambung sampai ke KL..

Tengah sonok-sonok layan novel dekat seat belakang, abah berhenti dekat RnR Rawang.. Eheh.. beliau letihlah tuuu.. Dari semalam lagi dok drive dari Kedah -> KL -> Kuantan. Stop baca.. (Haaaa...sekarang dah tak pening kalau membaca dalam kereta atau kenderaan bergerak.. Suka..suka..).. Kebetulan pula hari masih cerah.. (Sebab hambo tak terer lagi drive malam. Kalau nak exchange kena buat masa matahari masih di situ).. Okkk.. Tukor driver lagi.. Abah suruh berhenti dekat RnR Tapah untuk cooldownkan enjin. Dah hampir 400km tanpa matikan enjin. Yeeehaaa... Bila jarang memandu ni, dapat memandu tu memang eksaitedlah habaq hang.. Tak delah lesen tu rasa nak bubuh frame gantung kat rumah je..ehehh..

So, dari Rawang -> Tapah stereng saya yang kawal! Wahahaha... Perjalanan paling jauh saya pernah buat! Lebuhraya utara selatan kan straight.. Tak ada lekok-lekok tajam kecuali dekat IPOH nanti.. SO, Tapah sebelum Ipoh!..Tak de hal. Drive! Kena sampai TAPAH sebelum matahari terbenam! Drive..drive.. jeling tengok signboard.. Eh, jauh sangat ke Tapah yang tak ada tanda-tanda muncul lagi nih?? Drive lagi.. Highway besau. Dok lane tengah sambil kekalkan kelajuan.. Tak laju pun.. 110-120km/j je.. Abah tido.. Mak pantau! Hahaha.. Jadi, jangan exceed! Agak-agak hampir 130km/j, pepandai sendirilah slow down balik.. Nanti kena ehem-ehem.. susah!

Alhamdulillah..sampai RnR Tapah sekitar jam 7.25pm.. Elok je matahari terbenam. Berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan pulang ke ALor Setar. Sampai rumah pukul 10.30pm. Dari Kuantan pukul 2.30pm. Take about 8hours.. Dannn..rehat!

Psssttt:: Buah laici sangat sedap! Bukan laici dalam tin, tapi buah laici!

[Biasalah.. benda yang jarang-jarang buat, rasa eksaited je nak cerita.. Esok kalau dah jadi lumrah, senyaplah..=D]



Lunch Box!

Monday, June 18, 2012


Haaa... tahu apa itu Lunch Box? Kat negara kita, dah tak berapa nak popular sangat fenomena Lunch Box ni. Dah semakin ditelan zaman. Orang dah tak suka bawa homemade food ke tempat kerja. Apatah lagi ke sekolah. Maklumlah..ada duit. Semuanya boleh didapati dengan mudah. Tak payah susah-susah bazirkan masa untuk memasak. Tapi, kalau kita pandang ke timur sekejap, mesti kita dapat lihat fenomena lunch box masih popular di sana. Malah sering dipaparkan di dalam drama-drama mereka. Malah, masyarakat di sana semakin kreatif dalam menonjolkan lunch box mereka.

Tapi, itu bukan isunya sekarang. Isunya sekarang....Siapa nak lunchbox percuma?? Sila angkat tangan!!! Hahahaha... Haaa... jom tengok ni.. Ini lunchbox percuma!


 Pssssstttt:: Tak payahlah fokus sangat pada novel dan background tu. Tak penting pun. Amacam? Comel tak lunch box tu?? Lunchbox signature! Siapa tak tahu, angkat tangannn...

Haaa... Signature ni, kalau nak tahu foodcourt dekat KLCC tu.. Macam mana nak dapatkan lunch box tu? Senang je.. Dengan pembelian air 22oz f&N dan hidangan yang bernilai lebih dari RM9.90. Pendek cerita, beli makanan + minuman large = (>RM9.90) lunchbox free!!.. Dan kebetulan pula tadi, saya dan kengkawan pergi KLCC.. Buat apa?? Cari nasi ayam penyet! Hahahaha.... Harga set nasi tu dalam RM8.80. Dan air large = RM2.70.. Lebih dah kan??? Dapatlah lunchbox tu.. Ada 2 warna.. Putih dengan hijau. Tapi tadi ye cakap warna hijau dah abis!! Huhuhu..

Walaupun tak tahu bila zaman nak guna lunchbox ni, tapi kita simpanlah dulu ye..~ eheh.. 



Lambat atau cepat.....





Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.

♥ Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
♥ Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan ..
♥ kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


Mode : Menanti saat hadirnya seorang lelaki yang dengan berani dan jujurnya melafazkan "Aku terima nikahnya...". Kerana aku ingin menjadi yang HALAL.

Lambat atau cepat, semuanya sudah tertulis. Janji ALLAH itu pasti. Yakinlah pada-NYA. Amiiiinnnnn...

Pesan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid:
"Bagi yang tak da pasangan hidup lagi (Sayalah tuuu..), "Jaga Hubungan dengan ALLAH" (Baik Ustaz). Tak gaduh cari.. InsyaALLAH dia mai. Pasai ALLAH sayang kita. ALLAH bagilah orang yang sayang kat kita. ALLAH bagi orang yang sayang kat DIA tu sayang kat kita jugak. Kenalah~.."

Haaaa... gituuu.. Baiklah.. Ingat pesanan itu... JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH!..




"Mesra Wanita"

M.A.S.J.I.D

Ok.. topik kita pada malam ini adalah masjid. Lengkapkan slogan di bawah. Tiada patah perkataan untuk dikira...

"Saya prefer masjid yang......."

Wahhhhh...gitu.. Ok2x.. saya tahu jawapan yang paling famos amos mestilah masjid yang suka buat majlis-majlis ilmu, tak pernah lekang dari solat berjemaah, ada bacaan ayat al-quran terutamanya sebelum masuk waktu solat, ada qiamullai setiap minggu dan etc. Okkkk..itu jawapan dari sudut pengisian rohani kita.. Sekarang jawapan yang saya nak cari adalah dari segi kemudahan kepada kita. Contohnya, macam sayalah...

Saya lebih gemarkan masjid yang menyediakan kemudahan wudhu wanita dan ruang solat wanita dalam satu ruang lingkup. Errr... maksud saya, tempat wudhu wanita dan ruang solat tidak dipisahkan dengan kawasan jemaah lelaki. Errrr...faham tak?

Senang cerita, saya sukakan masjid atau surau yang bila nak pergi ambil wudhu' tu, tak perlu dah lalu dekat kawasan yang ada lelaki. Contohnya surau dekat kawasan RnR... Haaa... itu memang terbaiklah. Kenapa? Yelah... Kita ni perempuan. Bertudung pula tu. Jadinya, bila nak ambil wudhu' mestilah nak buka tudung, buka anak tudung, naikkan lengan baju dan lengan kaki(?). Betul tak? Lepas berwudhu' tu, konfem-konfemlah basahkan? Especially kawasan muka dan ubun-ubun. Jadinya, bila tempat wudhu tu terpisah dari tempat solat, pahtu kena pula lalu kawasan yang ada jemaah lelaki, agak rumitlah jadinya. Takkan muka basah-basah nak sarung tudung teruskan? Sememeh je ghupanya. Dah tu, takkan nak jalan selamba badak je tak tutup kepala pula kan??

Tapi... tak banyak masjid yang "mesra wanita" macam ni. Kebanyakkannya, ambil wudhu' hujung belah sana, pastu kena lap kering-kering air tu, baru pakai tudung lepah tu berjalan ke hujung sinin pula untuk ruang solat wanita. Memang take time sungguhlah dekat tempat ambil wudhu tu sebelum nak boleh pergi sembahyang. Tapi, ada juga beberapa buah masjid yang saya suka. Sebab mereka "mesra wanita". Contohnya masjid dekat KEM PGA tempat saya belajar dulu. Sampai je masjid, buka tudung dengan sarung kaki, letak tepi pahtu g ambil wudhu. Selesai ambil wudhu' terus angkut tudung n sarung kaki, blah naik tempat solat dekat tingkat atas . Tak payah risau-risau nak tutup kepala takut orang lelaki nampak dan basahkan tudung pada masa yang sama. Eheh.. Tapi dengan syarat, pintu tepi itu ditutup!..

Lagi? Haaa...masjid UTM! Pun best juga. Memang "mesra wanita". Tapi masjid UTM dekat Skudai tak berapa nak mesra wanita. Walaupun ruang wudhu' nya sudah privasi, tapi ruang solatnya ada CCTV dong! Untuk keselamatan katanya. Jadi, selesai ambil air sembahyang kering-keringkan dulu di tangga kemudian pakai kembali anak tudung n tudung sebelum melangkah masuk ke ruang solat itu! Dan lepas solat, tak boleh sewenang-wenangnya membuka tudung untuk bebaskan rambut supaya "bernafas" seketika. Susahkan? Tak mesra wanita!.. Ehehe

Honestly, kita yang bertudung ni bila masuk waktu untuk solat... itulah masanya kita nak bagi ruang dan peluang rambut untuk bernafaskan? Ye tak? Sebelum mahupun selepas solat. Sebab, waktu-waktu lain rambut kita sentiasa di dalam serkup dan tudung kepala. Jadi, bila kawasan wudhu' dan ruang solat wanita sangat jauh, tipislah peluang dan ruang itu.. 

Urmmmm... ini sekadar pendapat saya sahaja. Jangan pandang dari sudut pengisian rohani sebab hari ni saja nak tukar topik perbualan berkenaan masjid. Bolehkan? Kalau ada yang tahu mana-mana masjid yang "mesra wanita" ni, bolehlah kongsi-kongsikan. Sharing is about caringkan???? Tapi kalau nak kongsikan aktiviti-aktiviti rohani di masjid pun apa salahnya..

Guuuuuddddd niiitttteeee....!!!!!
 



Back to work!

Alhamdulillah... Terima kasih ALLAH..
Terima kasih juga buat kawan-teman yang mendoakan.. LEGA! Mungkin itulah yang dirasakan ketika ini. benar! Walaupun bukannya pertama kali buat semua ini. Tapi debaran itu tetap tak boleh dinafikan. Tetap terasa. Cuak itu tetap ada. 

Apa-apa pun, take everything as positive things. Teguran, kritikan dan idea yang diberikan adalah untuk tujuan penambah baikkan di kemudian hari. Ada perkara yang tidak kita lihat tetapi jelas di pandangan orang lain. Perkara seterusnya yang perlu dibuat?

Fokus..Fokus..Fokus.. and continue your research. It have been 8 months! Oready?? Wahhhh... Ganbare! Ganbaro! Ganbatte ne!!!


 



Selamat Hari Abah!

Sunday, June 17, 2012





Masa kecik-kecik dulu, abah suka bawa kami adik beradik pergi airport. Bukan masuk dalam airport tu. Tapi berhenti kereta dekat luar pagar airport. Lepas tu tengok kapal terbang turun naik dekat runaway tu. Bukan kami sekeluarga je. Ramai je lagi yang lepak dekat luar lapangan terbang tu untuk tengok kapal terbang. Al-maklumlah, masa tu tinggal dekat Sarawak. Jadi, setiap kali tengok kapal terbang turun naik macam eksaited sangat-sangat. Nak balik semenanjung bukan boleh selalu. Tunggu abah punya giliran, baru naik kapal terbang balik semenanjung. Jadiiii... pengubatnya, tengok kapal terbang on the runaway!..


 
Bukanlah tetiap hari.. Tapi selalu jugalah. Seronok kalau naik kapal terbang. Tengok awan-awan yang macam gula-gula kapas tu. Awesome! Especially kalau naik MAS. Sebab untuk budak-budak, MAS selalu bagi games. Antaranya replika kapal terbang! Suka sangat. Dan yang paling saya ingat adalah, dapat pergi kokpit jumpa pilot! Masa tu last flight kami sekeluarga dari Sarawak ke Kuala Lumpur. Sebab abah yang request kata anak-anak nak tengok tempat pilot bawa kapal terbang! Eheh...

Terima kasih abah! Sebab bawa kami merantau jauh. Dan sampai sekarang saya suka merantau. Cumanya, tak boleh nak naik kapal terbang selalu walaupun hati nak sangat-sangat naik kapal terbang biarpun hanya dari KL ke alor setar. Tapi... One important things, saya belajar tentang hidup. Saya belajar untuk merantau.. Dan saya belajar untuk menjadi seorang anak yang matang. Semuanya saya belajar dari Abah.



Terima kasih abah atas ruang dan peluang yang diberikan dari saya kecil sehingga kini. Terima kasih atas sokongan fizikal dan material dan segalanya untuk saya berada di mana saya berada kini. Terima kasih abah... untuk segalanya. Walaupun ungkapan ini sukar terucap di bibir.. Tapi tak pernah putus dalam doa. Selamat hari Abah! Abah!.. ^^,
 



Topup Iman : 4T

Salam Ahad!!..

Walla..walla..walla.. Tengah buat apakah? Ini adalah entrie ke-677 sepanjang saya berblog! Huhuhuhu... Ya ALLAH, apalah yang dah aku mengarut-ngarut dalam penulisan blog a.k.a e-diary ini?? Semoga tiada yang merepek dan bertentangan dengan akidah. InsyaALLAH..

Haaa.. untuk topup Iman kali ni, nak kongsikan tentang 4T. 4T yang sangat-sangat kita perlukan sebagai hamba ALLAH. Sumber? Ikim.fm siaran pagi tadi..

Sebagai hamba ALLAH, kita perlukan 4T ini. Apakah?
  1. Tauhid
  2. Tasbih (Segala pujia-pujian kerana ALLAH S.W.T)
  3. Tunduk (Dihadapan ALLAH)
  4. Tawadhuk 
Ok. Yang saya sangat tertarik adalah berhubung point ke-2 dan ke-3. Sebab kita selalu tertinggal dua point ini. Tak percaya? Jom tengok situasi ini.

Minah : Alololo...comelnya baby niii..
Ali : Comelkan? tengoklah sapa mak dan ayahnya....

Urmmm.. nampakkan? Kita tak bertasbih pada ALLAH.. Sedangkan kita sangat dituntut segala puji-pujian kerana ALLAH... Subhanallah, comelnya baby ni.. Indahnya ciptaan ALLAH yang menjadikan setiap satu hambanya..

Sebab apa?? Haaa.. sebab tak semua ibu bapa yang cantik dan segak, anak dia akan comel dan segak juga. Semuanya ALLAH yang tentukan. Jadi, bukankah sewajarnya kita berikan puji-pujian itu kerana ALLAH s.w.t. Penciptaan ALLAH yang MAHA sempurna. MasyaALLAH..

Tunduk di hadapan ALLAH. Maksudnya, janganlah kita terlalu ego mendabik dada. Terus-terusan meletakkan kesalahan itu pada ALLAH. Hakikatnya, sebagai hamba kita perlu tunduk di hadapan ALLAH. Mengakui kesalahan sendiri. Ya ALLAH, sungguh aku khilaf. Tidak meminta petunjuk daripada sebelum mengambil keputusan ini. Dan aku akui inilah hasil kepada kekhilafanku sendiri.

Contohlah.. masa nak kahwin, tak nak buat solat istikharah minta petunjuk ALLAH. Ikut sangat rasa suka. Bila dah berkahwin, keluarga tak bahagia, kita salahkan ALLAH. kita lupa untuk tunduk kepada ALLAH mengakui itu adalah salah kita. Astaqfirullah.. Ya ALLAH, ampunkan segala dosa dan kekhilafan yang pernah aku lakukan. Sungguh! Aku lupa!..

Hehehe..gambar ni macam ada unsur pengajaran je disitu.. Contohlah ini yang berlaku.. Emak-emak, ayah-ayah nak salahkan ALLAH juga ke? Nak meninggi ego juga ke? Anak-anak?? Nak salahkan ibu bapa sebab tak beri didikan yang betul? Enough! Hentikan. Kembalilah kepada ALLAH.. Sehina-hina diri kita, tunduk dan mohonlah kemaafan dari ALLAH. Akuilah kesilapan yang dah kita lakukan. Allah maha mendengar setiap rintihan hamba-NYA. Ingat! 1 jari kita tunding pada orang lain, 4 lagi akan kembali kepada kita. Jadi, tunduk! tunduk dan mohonlah keampunan dari Tuhanmu. Cukuplah yang lalu kita jadikan teladan atas keegoan kita..
 
Sungguh! Carilah kemuliaan di sisi ALLAH dengan memohon keampunan ALLAH dan sentiasa menyerah diri kepada ALLAH. ^^, smile~

Dan sebagai penutup, saya kongsikan pula 4 perkara yang boleh menjadikan kita seorang manusia yang hina..
  1. Kalau kita menyerahkan hidup pada SYAITAN.
  2. Ketika kita mengikut hawa nafsu sama ada sepanjang waktu atau ada ketika dan waktunya.
  3. Ketika kita tidak berbuat baik dengan ALLAH dan insan lain.
  4. Ketika kita hilang kepercayaan kepada ALLAH.
Astaqfirullah.. Marilah kita sama-sama koreksi diri kita. Ini hanyalah perkongsian untuk peringatan buat diri sendiri dan kalian semua.. Wallahualam...



Topup Iman : R.E.F.L.E.C.T.I.O.N

<- Such an interesting and knowledgeable talk show program brought by TV Al-Hijrah..

Seperti kata Imam Shuaib Webb, for him "TV Al-Hijrah adalah satu-satunya TV yang seimbangkan keperluan Dunia dan Akhirat tapi tetap melebihkan akhirat."

Okkkk... malam ni i skip from studying for my 1st evaluation preparation. Duduk depan TV and then terjumpa dengan Rancangan REFLECTION. Dan kebetulan pula pengisian REFLECTION malam ini adalah berkisar tentang Isra' dan mikraj. Ethics and success. Bagaimana kejayaan dunia dan akhirat yang seimbang dan diiringi dengan akhlak yang baik. Urmmm... i guess i have to search for the full video to completely understand the contents.


Let's check it out contents yang saya dapat dan faham. Selebihnya, sama-sama kita cari full video REFLECTION SPECIAL EPISODE. ISRA' MI'RAJ at UIA.
  • Iman itu bukan sekadar pengetahuan semata-mata tetapi ianya sesuatu yang bernilai. Yang diberi pada insan terpilih iaitu kita. Muslim. Anak-anak Adam. Saudara seagama. Dan pengetahuan itu tak semestinya perlukan keyakinan. 
  • Kejayaan yang sebenar adalah kepercayaan kita kepada ALLAH tanpa mempertaruhkan apa-apa. Dan kejayaan itu bila mana kita gembira di dunia dan akhirat. Dunia adalah jambatan kepada akhirat.
  • Untuk meraih kejayaan yang berlandaskan tuntutan Islam, kita janganlah memisahkan dunia dan akhirat. Keseimbangan kejayaan dunia dan akhirat perlu seiring dengan akhlak yang baik.
  • Tetapi kejayaan juga boleh menjadi fitnah. 
  • Sebagai seorang imam atau ilmuwan (Walau apa pun profesion kita : Doktor, Jurutera, Peguam, cikgu dan etc), jangan kita mendabik dada dan menjadi ego. Sebaliknya kekalkan kesederhanaan dan sentiasa membantu golongan yang memerlukan.
  • Kisah sebenar Sheikh Sharawi di Mesir. Menurut Imam Shuaib Webb, tandas di masjid sekitar Kaherah sangat kotor. Dan suatu hari, anak beliau yang memandunya pulang ke rumah mencari-cari beliau. Dan anaknya terjumpa beliau sedang duduk mencuci lantai bilik air. Anaknya bertanya "Apa yang ayah lakukan?"......
  • Imam Shuiab Webb menceritakan peristiwa Isra' Mikraj di mana ALLAH menyebut "HAMBAKU" sewaktu menjemput Muhammad naik ke syurga. Jadi jelas di sini bahawa ketinggian sesebuah kejayaan itu adalah dengan menjadi Hamba ALLAH. dan apa yang membezakan kita adalah darjat ketaqwaan kita kepada ALLAH.
  • Hakikatnya, untuk memisahkan dunia dan akhirat sangatlah mudah tetapi yang paling sukar dilakukan oleh kebanyakan kita adalah untuk menyatukan kejayaan dunia dan akhirat. Kerana keseimbangan kejayaan dunia dan akhirat akan menjadikan kita berkuasa dan apa yang lebih penting, seimbang dan seiring dengan akhlak.
  • Siapa orang yang paling hebat?
  • Jawapan yang perlu anda berikan adalah Nabi Muhammad S.A.W kerana kalau diteliti sirah dan sejarah hanya Rasulullah sahaja yang mampu pergi ke 7 buah syurga. Is it COOL right?? Yeay! Its COOOOOLLLLL...
Oklah.. Itu sahaja buat masa dan tika ini. Nak berehat pula.. Esok nak sambung buat preparation untuk 1st evaluation. Doakan saya ye sahabat-sahabat maya!.. Sampai berjumpa lagi dalam ruangan ini.. 

Semoga kita mengambil pengajaran daripada kisah Isra' Mikraj ini. I'm really want to look for the whole video. Tentang 7 buah syurga yang Rasulullah pergi, dan bertemu dengan nabi-nabi ALLAH, kemudian ke Sidratul Muntaha, Baitul Ma'mur dan seterusnya bertemu dengan ALLAH. I really want to hear that story again..
Next to do after Presentation : Looking for the full video!!



LEGOLAND!!!

Saturday, June 16, 2012


Haaa... siapa tengok majalah 3 tadi?? Angkat tangan!!! Majalah 3 yang mengupas tentang LEGOLAND!!.. Quite interesting! Saya suka! Sebab saya berjiwa kanak-kanak. LEGOLAND MALAYSIA telah di bina di kawasan ISKANDAR MALAYSIA. Saya pernah dengar tentang kawasan itu sewaktu menuntut di UTM SKUDAI tapi tak berapa aware tentang pembinaan LEGOLAND ini. Jadi, bila menonton kupasan TV3 berhubung LEGOLAND MALAYSIA, hati ikut teruja!! Nak pergi!!!...

Maklumat yang diperoleh, LEGOLAND MALAYSIA bakal dibuka kepada umum pada 15hb September 2012, sehari sebelum Hari MALAYSIA.. Wahhhh... Ini yang rasa nak pergi ni! Hehehe.. Sebuah taman tema yang berasaskan LEGO! Quite interesting u all.. Tengok pun dah rasa teruja. Kebanyakan teknologi untuk pembinaan LEGOLAND MALAYSIA ni berasakan teknologi kejuruteraan dari GERMAN. Antara model LEGO yang boleh kita tengok dekat LEGOLAND MALAYSIA nanti adalah Replika Masjid Sultan Abu Bakar Johor, Downtown Johor, Menara Jam,KLIA dan pelbagai lagi replika bangunan dunia bakal berada di sana.. seperti Taj Mahal, China Palace and etc. Teruja kan??

Model LEGOLAND Malaysia
 
Dan perkara yang menarik tentang LEGOLAND MALAYSIA adalah, replika bangunan yang terdapat di LEGOLAND MALAYSIA ini adalah ciptaan anak muda kita sendiri. Rakyat tempatan yang menongkah arus dalam menghasilkan semua replika itu. Very the Malaysian. Sesuatu yang boleh kita banggakan pada masyarakat dunia. Memang tak sabarlah menantikan pembukaan LEGOLAND MALAYSIA ni.


Tengok-tengok juga tadi. TIKET untuk masuk  LEGOLAND MALAYSIA adalah:
> Single day ticket untuk Dewasa (RM140) dan Kanak-kanak/Warga Tua (RM110)
> Annual Pass untuk Dewasa (RM275), Kanak-kanak (RM210) dan Warga Tua (RM210)

Jom baca apa sebenarnya LEGOLAND ni..
"Inspired by Asia’s growing love affair with all things LEGO®, the new 76-acre theme park will cater to kids from 2 to 12 with more than 40 rides and attractions – from roller coasters to race cars as well as family-focused interactive shows. Nearly all of the rides are hands-on, so you can push, pull, pedal, program, steer, squirt, splash, crawl, climb and yes – build your way through a full day of non-stop fun.

LEGOLAND Malaysia is the sixth LEGOLAND to be built in the world and the very first in Asia. The park is divided up into seven themed areas. Each theme area is designed to ensure that heroes of all ages will find much to explore and enjoy at the LEGO® experiment centres, roller coasters, water attractions and shows. The whole family can thus embark on a day-long voyage of discovery and adventure.

The centrepiece of the park is MINILAND. Here, on a scale of 1:20, famous Asian towns and landscapes have been recreated from over 25 million LEGO bricks, with loving attention to detail. To make MINILAND as realistic as possible, people, animals, cars, ships, trains and aeroplanes can be moved at the touch of a button – together with the appropriate background noises."   



Pssss.... Kena mula menyimpan duitlah ni.. At least sebulan RM47. Kalau nak masuk on Grand Opening Day tu.. Tapiii.. Simpan sebulan RM30 pun ok.. pergilah bulan 10 nanti.. Okkk...Jom Menabung!! hahaha..