Episod 3 : QR Code

Saturday, March 30, 2013

Muahahaha...
Terbaik...
Entrie ketiga dalam satu malam...
Sebab banyak sangat aktiviti dalam satu hari..
Kalau tak habiskan bercerita, memang akan tergantung dan tak bersambung sampai bebila..
Ini pengakuan jujur..
Buktinya?
Entrie yang lepas-lepas..

Mana Episod 1 dengan Episod 2?
Kliklah Link tu.. hehehe...
Ha!
Tahu apa itu QR code?
Kalau dulu memang saya menganga..
Hampir-hampir tertinggal flight angkara kehilangan QR code lepas buat mobile check in..
Tapi lepas pergi MISF 2013, saya dah tahu apa itu QR code.
Ceit! Bangga diri pula..
(-___^)

Ha! Sebelum masuk hall tu, dekat bahagian luar ada ruang untuk scan dan menang.
Maksudnya?
Ada berpuluh QR Barcode untuk di"scan" oleh pengunjung dan kalau bernasib baik, dapatlah perkataan "CONGRATULATIONS...bla..bla..bla"
Memula, macam blur juga.. Macam mana nak scan QR code tu?
Doklah intai orang dok scan QR code tu...
Tengok Handphone, macam up to date jugalah handphone i tu..
Telefon pintar kan???
Kihkihkih...
Jenguk sana jenguk sini...
Ohhhh....
Cepat-cepat buka Playstore, cari QR Barcode..
Jumpa! Install lah.. tunggu apa lagi weh??

 

Tudiaa...
Gigihkan??
Nak buat lagi, tapi tak larat dah nak scan QR code tu.. Ngeee....

Tapi... serius!
Ada sesuatu yang saya tak puas hati..
Sangat..sangat!

Untuk 
"CONGRATULATIONS! You have just won yourself a mystery gift from the sponsors of MISF 2013"

Perghhh... baca macam bahagia je kan? Cepat-cepat pergi kaunter nak buat redemption.
Excited habaq kat hang bila dapat ayat "mystery gift" tu..
Ye lah.. dari sponsors pula tu kan??

Tapiiii...
Guess what??
Mystery gift itu adalah MAGGI KARI!
Perghhhh... sentap waktu dapat!
Apakah perkaitan Maggi + SPonsors + Shoe Festival???
Damn!
Berpeluh dok scan QR code tu, kau bagi Maggi je as a Mystery gift from the sponsors?
Agak-agaklah...
Tak ekslusif langsung!
At least bagilah pen ke, keychain ke, paper bag, towel or maybe anything yang relate dengan shoe dah kata festival kasut.
Tak ke rasa bengang??

Dalam 20 scan, 1 je yang congratulate. Dan hampir 60 scan jugalah nak dapatkan ketiga-tiga congratulate tu.. And end up dapat maggi? SPoil!

Ok.. dah..enough..
Chopp.. ada yang nak coupon yang saya dapat tu? saya nak let go! Muahaha.... More detail, PM me.. Free of charge! Don't worry.. 
 



Episod 2 : Festival Kasut

Yatta!
Kasut...
Sana sini sinun..

The 4th Malaysia International Shoe Festival 2013

Open for public from 29th - 31st March 2013 at Hall 2, PWTC KL.
Dari Putrajaya, kami singgah pula dekat PWTC.

Ngeee... berjalan sungguh kan?
Eh, salah. Naik kereta je pun. Yan drive, saya melantak skew kambing.. kihkihkih..

MISF 2013: Step Into the world of Shoes!
Sexy stilletos, comfy flats, stylish pumps, trendy sneakers, classic men's leatherwear, kid's shoes - just name it and you will find it at MISF 2013 : a four day shoe festival and exhibition which will feature over 150 brands.

Haaa... tu dia.. speaking english.. Itu adalah sebahagian dari ayat yang saya petik dalam pamplet yang diberi. Ngee..
Eh, bila tengok pamplet baru perasanlah!
Ada "Professor Dato' Dr. Jimmy Choo Gallery"
Ceit! Hampeh.. Tak perasan pun masa hall tu. Maklumlah. Tak boleh nak beza antara retail dengan trade..
Atau hakikatnya rambang mata tengok banyak sangat kasut cantik-cantik??
Ngee...

 

Wedges dengan stilletos memang banyakkkk sangat..
Cantik-cantik..
Ada yang affordable...
Bagi penggemar XES macam saya, hampir-hampir jugalah tergoda..
Mahunya tidak??
Buy 1 free 1..
Price dalam RM30-RM50 sepasang!
Maksudnya, beli dengan harga RM39.90 boleh dapat dua pasang kasut!
Perghhhhh....
Teruja kejap walaupun duit tak ada.. Hahahaa...
Perempuan...

Ok.. enough of it..
Ingat nak sambung Episod 3 pula. Apa dia?
Tentang ketidak puasan hati terhadap organizer MISF 2013..
Grrrr.... Hot i tahu??
 
 
 



Episod 1 : Belon Udara Panas

Atau bahasa Inggerisnya...
HOT AIR BALLOON

Secara jujur, ini bukan pengalaman yang pertama.. Tapi pengalaman pertama di Putrajaya. Sebelum ni saya pernah tengok belon udara panas dekat Aloq Setaq. Kalau tak salah tahun 2010.. Nak tahu, bolehlah singgah entry yang ini: Hot Air Balloon Mai Kedah!! 

Dan kali ni saya pergi 5th Putrajaya International Hot Air Balloon fiesta 2013. Fiesta belon udara panas ini bermula dari 28hb Mac sehingga 31hb Mac, iaitu esok!

Urmmm...pada pendapat saya... Tak dinafikan fiesta dekat Putrajaya ni memang meriah. Superb. Tapi dari segi HOT AIR BALLOON, saya rasa yang diadakan dekat kedah beberapa tahun yang lalu lagi menarik. Puas hati sebab ada banyakkkkkk belon udara panas di ruang udara Aloq Setaq..

Tapi...
Yang dekat Putrajaya ni, naik hanya dalam jarak 50-100m dari tanah je. Mudah kata, tak naik pun tak ralat! Hehehe... Saya dan kengkawan pergi pagi tadi. Taklah pagi sangat. Tapi sekitar jam 9.30 pagi. Pagilah kan?

Oh... mungkin sebab saya sampai 9.30pagi, jadi tak ada belon udara panas di udara agaknya.. Sebab dalam pamplet tulis,
0700-0900 : Hot Air Balloon Flying Show..

My bad.. Huhuhu...
So, dapatlah pengalaman yang tak berapa nak best tu.. Kihkihkih...
Tapi....
Yang bestnya pasal Fiesta kat Putrajaya ni adalah makanan!
Perghhhh...
Heaven giler!
Makanan macam-macam jenis. Skew kambing memang terbaik.. Nyum..nyum..

 

Layout untuk Fiesta Hot Air Balloon ni dibahagikan kepada lima zone. Blue Zone + Green Zone + Yellow Zone + Red Zone dan Purple Zone..

Blue Zone:
HOT AIR BALLOON EXHIBITION
Free Flying ( 0730 and 1730)
Paper Airplane Contest (1130)
Night Glow & Fireworks (2100 Saturday)
Tethered (0800 & 1800) Ticket sold 1 hour earlier at RM20
ATV (1100-1630) at RM20
Cold Inflation (RM2 per entry)

Green Zone
MOUNTAIN DEW EXTREME PARK
Wall Climbing (RM15)
KMX (RM15)
Trikke (RM15)
Car Simulator (RM5)
Paintball (RM20)
Water Orb (RM20)
Bumper Orb (RM10)
Segway (RM25)
Hamster Roll (RM10)
Kids Orb (RM10)

Yellow Zone
HELICOPTER AND KIDS PLAY AREA
 Inflatables (RM5)
Choo choo train (RM5)
Archery (RM8 for 12 arrows)
Bazaar
Art & craft (RM5)

Red Zone
CORPORATE AREA
KFC
Pizza Hut
RasaMas
Libresse
Quaker

Purple ZOne
Food and Beverage

So... bagi yang duduk berdekatan dengan Putrajaya tu bolehlah singgah. Just having fun! Hehehe... Lagipun hujung minggu kan?
Kalau rajin, sama dengan lepas subuh tu, bolehlah terpacak dekat Sana. Tak pun pergi yang sesi petang punya.. Jujurnya, saya keluar duit untuk makan je! Hahahaha... dan selebihnya adalah sight-seeing.. Cuci mata sambil snap gambaq.. Bahagia~..

Ok.. Nak taip entry SHOE FESTIVAL pula.. ngeee... 
 



Omedetou...

Friday, March 29, 2013

Update lagi...
Mood : Wartawan Hiburan..

Tahniah buat Ayu Raudhah dan zaquan atas kelahiran putera kesayangan mereka petang tadi...

Kihkihkih....
Ini berita fresh dari instagram.. Bukan lagi baca surat khabar... Muahahaha....

Omedetou!!

Hahaha... Nak menyibuk juga...
Tahniah Irma Hasmie dan suami!!..

Diorang dapat baby boy!! Kawaiiiii...

Oh ya! Ayu Raudhah pun dah masuk wad.. Agak-agak dah bersalin ke? Fasha sandha pun tengah tunggu masa je... Tak lama lagi, meriahlah dunia seni ni... Kihkihkih...

Eh, sejak bila aku pun jadi wartawan hiburan ni?? Miahahaha....

Harus dimiliki!

Salam Jumaat!

Hari ini saya nak kongsikan satu buku. Buku ni saya jumpa dekat Popular KL Festival City secara tidak sengaja..
Warna dan ilustrasi halaman hadapan menarik perhatian saya untuk melihat dan membelek buku tersebut.

Buku apa?
Naaaa....

Tadaaa...

 

Haa....
"Al-Quran pertama ku- Juzuk Amma"

Sangat awesome!
Di dalamnya ada asbabul nuzul bagi setiap surah-surah dalam Juzuk Amma. Dan kalau tak salah saya, Asbab maksudnya penyebab. Bila google, asbabul nuzul maksudnya...

  "Asbabun nuzul dalam bahasa Melayu bermaksud sebab-sebab sesuatu ayat itu diturunkan. Al-Quran ini telah Allah turunkan ke Luh Mahfuz secara sekali gus, tetapi diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur2. Sebahagian ayat-ayat Al-Quran merupakan refleksi kepada sesuatu peristiwa. Peristiwa itu merupakan sebab ayat itu diturunkan, dan ini akan memberi kefahaman yg lebih jelas tentang risalah Allah yg disampaikan oleh Rasulullah. Perlu diingatkan bahawa peristiwa-peristiwa yg berlaku itu telah tersurat dalam takdir Allah akan berlaku dengan kekuasaanNya, selari dengan ayat Al-Quran yg diturunkan beransur2 kepada Nabi S.A.W "

InsyaALLAH.. betul maksudnya itu.
Di dalam buku ni juga ada penceritaan dan maksud surah-surah Juzuk Amma. Pendekatan dan ilustrasi yang digunakan sangat menarik! Saya suka.. Berhajat nak beli, tapi sebab jumpa tanpa perancangan, saya hold dulu.

Lain kali, saya beli..
Dan pada pendapat saya, buku ini wajar dimiliki oleh kita semua. Lepas ni, bila nak dodoikan anak atau adik kecil tidur, tak payahlah dok baca kisah dongengan untuk jadi bedtime story.. Sebab kisah-kisah dalam Juzuk Amma ini lebih menarik untuk dijadikan sebagai bedtime story..

Semoga lepas ni, kita akan lebih memahami dan mengingati asbab penurunan surah-surah al-Quran.. InsyaALLAH..

Till then,
XoXo
 

 



Sketsa malam すいようび

Thursday, March 28, 2013

"Kenapa ni?" Tanya boboy bila dilihatnya gugurl seolah-olah dalam kesakitan.

"Sakit perut." Jawapan selamat dari gugurl setiap kali boboy tanya.

"Pergilah tandas." Usulan boboy membuatkan gugurl hangin satu badan. Emo bertambah-tambah. 

"Bukannya sakit perut sebab nak uhuk.." Perlahan gugurl menjawab. Mata dah berkaca. Tunggu saat je nak mengalir..

"Dah tu?" Sekali lagi boboy bertanya. Susahnya nak faham perempuan. Kenapa tak berterus - terang je?

"Saya nak balik!" Tinggi suara gugurl menjawab. Biasalah.. bila "teman baik" datang mengunjung, memang emo satu badan. Tetiba rasa nak marah.. Tetiba rasa nak menangis.. Tetiba semua prarasa nak diekspresikan..

"Ok." Boboy tak memahami. Sebab bukan dia yang mengalami. Mungkin dia pernah mempelajari. Tapi praktikalnya tak sama macam teori!

Lepas dah kahwin..

"Awak sakit apa sebenarnya?" Boboy bertanya lagi. Muka gugurl dah merah menahan malu. Nak berselindung, boboy dah jadi suami. Bukan kawan-kawan macam dulu lagi.

"Boleh tolong saya?" Mahu atau tidak, dia dalam kecemasan. Kalau bukan si suami, pada siapa lagi hendak mengharapkan pertolongan fizikal yang satu ini?

"Tolong apa?" Soal Boboy. Soalan yang ditanya tak dijawab. Sebaliknya dibalas dengan soalan memohon pertolongan.

"Belikan saya roti kering.." Merah muka menahan malu. Cukup punya susah nak sampaikan maksud.

"Roti kering? Laa... awak lapar ke?" Balas boboy. Tak tahu pula gugurl lapar sampai mata dah berkaca tunggu saat je nak berderai..

"Bukanlah.. Tolong belikan saya pad.." Ujar Gugurl membetulkan salah faham boboy.. Kenapalah lelaki susah nak faham?

"Pad? Apa benda tu?" Soal Boboy sambil buat muka blur. First time dengar. 

"Ala..yang perempuan pakai bila datang bulan. Saya punya dah habis stok." Jawab Gugurl. Menebal rasa malu bila perlu berterus terang tentang itu. Boboy mengangguk. Mungkin tak berapa faham, tapi baik buat-buat faham.

Sampai di kedai..

"Banyaknya.. Kotex, Intimate bla..bla..bla.. Mana satu yang gugurl nak?" Terlalu banyak pilihan sampai susah nak buat keputusan. Ada banyak jenama, berjenis pilihan. Boboy mencapai dua tiga pilihan sebab sangat sukar membuat keputusan.

Sampai di rumah...

"Banyaknya.. Nak buat apa ni?" Soal Gugurl terkejut. 

"Hadiah dari boboy untuk gugurl." Boboy mula bercanda. Seharian ini Gugurl asyik Emo. Sindrom kedatangan "teman baik" katanya. Gugurl menahan malu..

"Tapi kenapa yang ini ada sayap?" Soal Boboy sebelum sempat Gugurl berlalu ke tandas. Gugurl terdiam. Muka merah menahan malu. Apa jawapan yang boleh gugurl beri?

Kenapa lelaki tak memahami? Perlu ke bertanya itu dan ini? Sedangkan ada soalan, gugurl sendiri tak tahu jawapan..

Kenapa perempuan tak berterus-terang? Sedangkan ada perkara bukan mudah itu ditebak dan difahami boboy tanpa penjelasan..


p/s : Ini namanya pengaruh novel melayu. Sebab hakikatnya, entah! Hanya yang pernah melalui situasi itu sahaja yang tahu kebenaran.

Kata gugurl : Untuk memahami, bukan hanya dengan menyusun 1001 persoalan. Sebab kadang-kadang, 501 persoalan itu gugurl tak ada jawapan..

Kata boboy : Kalau apa yang terkandung dalam hati boleh di-scan atau dix-ray, pasti mudah untuk boboy memahami apa yang terbuku.

Till then,
XoXo
  



WW : Memories never die

Wednesday, March 27, 2013


 





"Tentera" ALLAH..

Monday, March 25, 2013

"Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa." (Surah Al-A'raf, 133)

Subhanallah... Allahuakbar..
Sungguh! Allah Maha Berkuasa..

Gambar-gambar ni saya dapat dari page AMAN PALESTIN..

Benarlah, kuasa ALLAH tiada siapa mampu menduga..
Semoga menjadi iktibar buat kita semua..

 

 

 

Berita | Khym Village

Baru-baru ini ; 6 Mac, Khym Village - Penduduk haram Israel terpaksa melawan serangan belalang ke atas tanaman yang sangat banyak di perkampungan Khym (mereka namakan Kemehin) yang datang daripada Mesir.

Khym terletak di daerah Barsheeba (bawah Gaza, rujuk pada peta). Pemandangan awan hitam yang sebenarnya terdiri daripada kumpulan-kumpulan belalang memenuhi langit selama 3 minggu, sebelum hari Jewish Passover yang mengingati 10 kemusnahan dalam kitab mereka, antaranya adalah belalang.

Serangga ini hampir mememuhi kawasan padang pasir seluas 800ha (hektar). Pegawai mereka menyembur pestisid drp udara pada awal pagi menggunakan pesawat ringan sbg usaha membunuh belalang-belalang itu.

Lebih lanjut boleh baca di sini: http://www.straitstimes.com/breaking-news/world/story/israel-fights-swarms-locusts-egypt-20130306

Allahuakbar!
 


 



おめでとうございます : Selamat Pengantin Baru!

Saturday, March 23, 2013

おめでとうございます

Omedetou Gozaimasu!
Tahniah!
Selamat Pengantin Baru buat Wan Aizat dan Pasangan.
Semoga ikatan yang dibina berkekalan dan bahagia sampai ke Syurga.. 

Kredit gambar dari Majidah. The one at the centers..

Another 1 down. More to go!
Keep going guys...
May this ukhuwah stay till jannah..

For us, wedding mean reunite!
Meraikan pengantin serta mengeratkan ukhuwah sedia ada...

Oh ye! Hari ni dari Kolej, g Kepong ambil Aimie lepas tu masuk Selayang-Kepong Highway tembus MRR2 sampai dekat UIAM. First time jejak UIA. Yea!
Masa balik, sampai je Kepong hujan lebat. Lepas hantar Aimie, masuk Duke.. Elok je ambil exit Jalan Semarak, hujan lebat + Kilat sabung menyabung!
Fiu~

Sampai bilik, pengsan! Muahaha.. Drive balik Aloq Staq pun tak pengsan macam tu.. Apakah?

Oooopppsss...
Once again, Omedetou Gozaimasu! Tahniah! Congratulation! Selamat Pengantin Baru Wan Aizat!




Earth Hour 2013

Sebuah perjalanan...
Suka duka yang penghujungnya bukan kita penentu...

Jom bergelap malam ni!!! Lalalala...

P/s: hari ni attend wedding kawan dekat UIA.. Tapi disebabkan tak ambil gambaq guna mr.samsung putih ni, jd lambat sketlah beta nak update story. Mengantuk! Nak tido!
P/s/s : betul ke aku g wedding kawan yang aku kenal 4 tahun yg lalu? Rasa macam kenalan rapatlah juga.. Tp hari ni aku rasa macam attend wedding orang asing pula.. Aih.. Perasaan aku ja kannn?.. ZZZZzzzzzzz....

Lirik : Aku Yang Tersakiti

Tuesday, March 19, 2013

こんばわ

Sebelum tidur jom layan lagu ni..
Serius macam luahan hati sendiri je..

Pernahkah kau merasa  
Jarak antara kita 
Kini semakin terasa 
Setelah kau kenal dia 
Aku tiada percaya 
Teganya kau putuskan 
Indahnya cinta kita 
Yang tak ingin ku akhiri 
Kau pergi tinggalkanku 
Tak pernahkah kau sadari  
Akulah yang kau sakiti 
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari 
Oh Tuhan tolonglah aku Hapuskan rasa cintaku  
Akupun ingin bahagia 
Walau tak bersama dia 
Memang tak ‘kan mudah 
Bagiku ‘tuk lupakan segalanya 
Aku pergi untuk dia  
Tak pernahkah kau sadari  
Akulah yang kau sakiti 
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari  
Oh Tuhan tolonglah aku  
Hapuskan rasa cintaku 
Akupun ingin bahagia  
Walau tak bersama dia… dia… 
Oh Tuhan tolonglah aku 
Hapuskan rasa cintaku 
Akupun ingin bahagia  
Walau tak bersama dia


"Tak pernahkah kau sedari, akulah yang kau sakiti. Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari. Oh Tuhan tolonglah aku, hapuskan rasa cintaku. Aku pun ingin bahagia, walau tak bersama dia..."

Ya.. dia masa lalumu. Lepaskan dari hatimu walau sekuat mana rasa cintamu kepadanya. Inilah permainan cinta insani. Tuhan, aku juga ingin bahagia.. Tapi bukan dalam bayangan episod lalu. Bukan juga dalam sangkar kenangan lama. 
Tuhan, aku juga ingin bahagia.. Tapi bukan dengan rasa sakit dan peritnya hati..
Aku pun ingin bahagia. Kehidupan bukan untuk meratapi masa lalu. Kehidupan juga bukan untuk mengingati cinta kasih yang sudah berlalu..
Kehidupan untuk kebahagiaan di masa hadapan.
Ya, dia yang pertama dalam hidupku..
Tapi bukan yang terakhir..
Izinkan aku mencari kebahagian bersama dia yang terakhir dalam hidupku..
  
Till then,
XoXo


p/s :: Entry ala-ala emo. Siapa suruh "dia" datang dalam mimpi-mimpiku, ganggu tidur malamku! Bengang! Pergi !. Jangan usik jiwaku! Jangan duga hatiku!
 
 




Tahukah anda ? : Wujudnya Jambatan Hidup.

Sunday, March 17, 2013

Tahukah anda?
Tak rugi kalau sekali sekali kita menonton Siri Dokumentari di TV1..
Tambahan pula ketika TV3 menayangkan cerita hindustan yang agak membosankan..

Tahukah anda?
Reka bentuk bangunan/fasiliti yang terbaik di dunia adalah Jambatan Hidup?
Tahukah anda apa itu Jambatan hidup?


Living bridge!
Jangan ingat bas je ada double deck. Jambatan pun ada double deck ok! (^__^).
Cantik sungguh Jambatan hidup ni. Very-very natural sight-seeing.


Tahukah anda di manakah letaknya Jambatan hidup atau Living Bridge ini?

A bridge in Meghalaya constructed by the living roots of fig trees. This is actually "sustainable living architecture"

Tahukah anda?
Kalau nak tonton dokumentarinya, dijemput.. Tambah pengetahuan..

 

Dan tahukah anda?
Saya baru je tahu.. Hehehe...

Till then,
XoXo..




p/s : next would be "Masjid Lumpur"!



A slice of SR cake hanya RM1!!

Saturday, March 16, 2013

Ini serius.. Bukan main-main!
Haaa.. betul.. Seringgit je untuk sepotong kek dekat Secret Recipe.
Murah habaq kat hang...
Tapiii...
Haaa.. tetap ada tapinya..


Ngeee.... seringgit untuk sepotong kek SR hanya valid dengan pembelian 2 a la carte main meals. DINE-IN!. Take away tak layan!.. Macam mana boleh tetiba terjebak ke Secret Recipe ni?

Haaa... semuanya gara-gara ni!


Tak tergoda ke tengok? Terus terasa-rasa nak makan kek Secret Recipe! Muahaha... Lepas maghrib, laju-laju pergi Wangsa Walk. Dekat situ ada Secret Recipe. Bila tengok menu, terfikir juga..

Kalau dinner makan kek je, tak mustahil kejap lagi lapar semula. Belek-belek menu.. Nyummy! Macam menarik je.. Ok, kek buat dessertlah.. Muahaha... Nak main menu dulu. Kuat makan sungguh! Belek punya belek...urmmm.. nak try yang inilah..


Japanese Soba!
Eh, kau demam ek cik Sara? Tak pernah-pernah nak order yang bukan-bukan.. (^_^)

Lepas tu order pula air ni!


Iced Honey Lemonade!

Haaa..sudah! Memang putus fius budak sorang ni.. Sebelum ni, dia juga yang anti dengan segala air yang ada lemon apatah lagi madu! Apakah? Hikhik...

Dan untuk dessert, saya pilih ini!


Chocolate Indulgence!

Nyummy!
Kenyang habaq kat hangpa..
So, in total kita cuma bayar untuk Japanese Soba + Iced Honey Lemonade + Curry Mee + Hot Tea Lemonade + RM1 for the Indulgence!

Murahlah kan? Selalu sepotong kek pun dah dekat RM7++ kan?
Haaa.. promosi ni cuma dua minggu je. Sampai 24hb Mac ni..
So, cepat! cepat!..
Pi dating dekat Secret Recipe nun!

Till Then,
XoXo..
 
 
 



Bintang Mencari Bintang

Friday, March 15, 2013

Salam Jumaat...
Siapa tengok Bintang Mencari Bintang?
Saya tengok siaran ulangan je. (Fiu~ kantoi tak g LAB.. Eh, keje jalan..Cuma rasa sesak dok dalam Lab yang tak bertingkap tu.. kihkihkih..peace)

Haaa... antara anak-anak didik Bintang (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Senario, Kak Engku, FBI, Sabri Yunus dan siapa lagi ek?)
Yang sempat saya tengok adalah beberapa pasangan. Dan setakat ni bagi saya anak didik Afdlin Shauki the best!

Kenapa?
Sebab ada ilmu dalam lawaknya. Dalam erti kata lain, tidaklah lawak bodoh. Maklumlah, saya tahu bukan mudah nak menjadi seorang pelawak. Malah, lebih susah nak berlawak sambil memberi ilmu. Yang paling penting, melawak tapi tak nampak ANNOYING.. Haaa.. susah tu..

Kenapa saya kata anak didik Afdlin Shauki the best untuk masa ni? Sebab contents dalam lawak diorang ada makna. BOCHIK. Combination yang menarik. Al-kisahnya tentang seorang anak muda yang bekerja sebagai seorang bomba. Sesat dalam mencari rumah yang terbakar (walaupun secara logiknya, tak sepatutnya sesat! Hehehe..) terserempak dengan seorang pak cik Tua yang rupa-rupanya tersesat juga!

1st. Kalau sesat jangan malu bertanya..
2nd. Bertanya pada yang arif. Kalau sesat, tanya pada orang yang sesat juga maka sesatlah keduanya.

Begitu jugalah dalam kehidupan seharian kita. Dalam usaha nak memperbaiki iman dan amal ke arah yang lebih baik, adalah dituntut untuk kita sering bertanya pada yang arif. Yang pakar. Sebab yang arif itu ada jawapan untuk persoalan yang kita ada. Tapi, kalau kita bertanya pada yang sesat juga, pastinya persoalan tidak berjawab sebaliknya kita akan ikut tersesat..

3rd. Anak muda jaga bicara..
4th. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Senario hari ini, terlalu ramai anak muda yang bercakap lepas. Langsung tak ambil kira perbezaan tua dan muda. Orang kampung cakap "Main cakap lepaih ja. Langsung tak hormat orang tua!" Haaa..gitu..

Dalam mereka berlawak, itu antara "amaran" yang saya dapat dari lawak mereka. Lawak mereka bukan lawak kosong.

Semoga Afdlin SHauki dapat mendidik BOCHIK menjadi pelawak yang punya ilmu. Jadikan lawak sebagai satu medium untuk menyebarkan ilmu dan peringatan juga untuk menyebarkan dakwah. Jangan hanya memeriahkan pentas seni dengan lawak-lawak kosong dan langsung tidak bermanfaat. =D

 
.google.
 



Pendidikan Percuma?

Urmmm...
Selagi Parlimen tak dibubarkan..
Selagi Pilihan raya belum diadakan..
Isu Pendidikan Percuma terus kedengaran dengan hebatnya..
Terbaru, kenyataan daripada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe untuk berikan pendidikan percuma kepada semua rakyat Malaysia yang menyambung pengajian di bumi Matahari terbit itu.. Pendidikan percuma dalam bentuk biasiswa. 
Ok. Fine! Biasiswa memang percuma. Lainlah kalau dapat pinjaman. Dah tentulah kena bayar semula.

Tapi...
Ada sesuatu yang masih belum saya fahami..
Bentuk Pendidikan Percuma bagaimanakah yang sedang dituntut dari Kerajaan sedia ada ini?
Dan sudah tentu jugalah saya tak berapa nak faham kenapa Kerajaan tak mampu nak sediakan sebab perkara pokok pun saya tak faham lagi..
Cuma yang boleh saya katakan,
Selama 6+5+4 tahun saya menuntut ilmu, semuanya percuma.

Ye.. umum dah tahu bahawa Pendidikan peringkat Rendah dan Menengah adalah percuma (tapi pihak sekolah yang manipulasi yuran yang pelik-pelik). Malah diberi lagi bantuan buku teks bagi murid yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah. Tapi, kalau masuk Maktab Rendah Sains Mara tak payahlah dok bising sangat. Memang tak dapat pun pinjaman buku teks. 5 tahun saya beli buku teks sendiri. Tapi tak pernah pun nak bising-bising kata tak mampu. Kalau duit yang ada sedikit, beli aja buku-buku teks terpakai dari senior. Mudah. Jimat juga.

Sambung pengajian di peringkat Matrikulasi, masih lagi percuma. Kalau ada sekali pun bayaran yang dikenakan, tak melebihi RM300 malah setiap pelajar diberi elaun bulanan. 
Tamat di peringkat Matrikulasi, sambung pula peringkat Universiti. Nahhh... di sini agaknya pendidikan percuma yang dituntut.
Masuk Universiti, kita diberi pilihan. Biasiswa Swasta (SHELL, TNB, TELEKOM, and etc), Biasiswa Persekutuan (JPA), Biasiswa MARA ( Boleh Ubah),Biasiswa Yayasan Negeri, PTPTN dan pilihan terakhir PAMA cooperation (Your Daddy and Mommy Finance!)

Sehingga tahun 2013 ini, sudah berapa ramai graduan lepasan universiti tempatan ini menikmati pendidikan percuma. Tak percaya? Boleh semak dengan JPA (pemegang biasiswa JPA). Boleh semak dengan Syarikat-syarikat Swasta yang menawarkan biasiswa. Dan boleh semak juga dengan MARA. Malah, yang terbaru. PTPTN telah mengubah sistem PTPTN dari pinjaman penuh kepada pinjaman boleh ubah. Maksud saya, bagi mahasiswa yang mendapat Kelas Pertama boleh ubah pinjaman kepada biasiswa. Bukankah itu satu berita baik? 

Malah, permohonan biasiswa persekutuan boleh dibuat setiap tahun pengajian. Maksudnya, kalau tahun pertama guna PTPTN dan berjaya mendapatkan pointer yang baik anda layak untuk memohon biasiswa JPA ini untuk tahun-tahun yang berbaki. InsyaALLAH, kalau ada rezeki anda, pasti ada bahagian anda. Lagipun, kalau tak nak berhutang.. Janganlah pergi mohon PTPTN. Tak dipaksa pun. Pilihan pada kita. Nak pendidikan percuma?
What you get, you give it back.

Nak pendidikan percuma? Tak susah pun. Tunaikan amanah anda sebagai seorang Mahasiswa. Ya! Berprogram itu perlu untuk menambah Soft SKills, tapi jangan sampai melebihi tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Bila keputusan bagus, secara automatik anda akan menikmati pendidikan percuma. Keputusan bagus tak bermakna anda perlu dapatkan 1st class setiap semester.. Atau dapatkan straight A dalam SPM. Apatah lagi score 3.50 and above dalam peperiksaan peringkat matrikulasi. Bahagian Biasiswa tak sekejam itu. 

Saya antara berpuluh ribu mahasiswa di Malaysia yang menikmati pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi ini. Oh ya! Ada yang kata, tak nak ambil biasiswa persekutuan sebab terikat dengan kerajaan. Tapi, apa salahnya? Kembali berbakti pada masyarakat dan negara? Dan setahu saya, "terikat" itu bukan sesuatu yang sangat strict. Kalau tak ada jawatan kosong dalam kerajaan, kerajaan takkan tahan anda dari berkhidmat di syarikat-syarikat swasta lain yang menawarkan pekerjaan pada anda. Buktinya? Ramai juga kawan-kawan saya, pemegang biasiswa JPA tapi masih berkerja di syarikat swasta.
 

Lagipun, mana ada benda yang percuma dalam dunia ni. Nak masuk tandas sekalipun dekat Kampung Kuala Pilah, kena bayaq 20 sen tahu? Jadi, saya tak nampak kenapa isu Pendidikan Percuma perlu diperbesar-besarkan. Maaf.. Ini sekadar pandangan dua sen saya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya. Mungkin pemikiran kita tak serupa. Cuma yang pasti,adakah dengan memberi "pendidikan percuma" seperti yang dituntut akan menghasilkan kualiti yang jauh lebih baik? Lagi tinggi bayaran untuk mendapatkan sesuatu, kita akan lebih menghargai sesuatu itu. Itu fakta!

Till then,
XoXo






p/s : Undi adalah rahsia. Jangan cepat menjatuhkan hukum hanya dengan penulisan tidak seberapa ini.. (y) peace!

 



What time is it? : 2PM!

Thursday, March 14, 2013

LINE.
Salah satu medium sosial yang digerakkan oleh sebuah syarikat yang beroperasi di Korea Selatan. (Kalau tak salah). Ada masuk dalam surat khabar beberapa hari yang lepas dalam ruangan bisnes. Tapi, lupa nak snap gambaq. 

LINE ni macam WASSAP.. Macam VIBER.. Macam FACEBOOK juga. So far, saya suka guna LINE sebab LINE ada banyak icon comel yang boleh digunakan untuk eskpresikan rasa tanpa kata. Seperti WASSAP, LINE pun kena registerkan no.phone kita. LINE pun ada TIMELINE macam facebook juga. Boleh share gambar. Ha! Boleh juga follow LINE artis lain. For example, entah macam mana saya boleh ter"follow" 2PM punya LINE NAVER. Kihkihkih...

Hasilnya...


Perghhhh... Ini kalau peminat Fanatik 2 PM mesti dah terjerit-jerit.. Kawaiiii...=D.
Ooops! Saya biasa-biasa je. (^___^)*.

Dan yang terbaru :
"Happy White Day ~ <3 2pm="" 314="" 4th="" candy="" font="" hottest="" of="" people="" randomnly....="" send="" sweet="" the="">

By the way, Happy White Day tu apakah ya?
Tak pe..tak pe..nanti kalau rajin, saya tanya Prof. Google.. Jom layan gambaq depa buat wrap all the candies..




maknae~

Ok! Got to go! Jom..solat maghrib yok..