Knitting? Done!

Thursday, August 30, 2012


Daebak!..
Di saat anak muda remaja yang lain sedang asyik kira duit nak beli telefon pintar, tetiba saya kira duit nak beli colorful yarn? Ok tak? Muahaha.. Ada ghupa nak masuk fasa dolu-dolu kala kah? Eheh..


Ha! Apa kebendanya tu? 
Jujur chek bagitau hangpa semua, yang chek pun tak taulah menatang apakah itu. Ghupa dah ado nampak macam topi. Ke bonnie? Tapi...disebabkan kait tak ukur di badan sendiri, keciklah jadinya.. Hahahaha..
1st try. Inilah hasilnya. Gabung habis semua knitting teknik dalam tu. Basic knit, purl, cast on and whatsoever istilahnya. Disebabkan ianya kecik, saya buat tutup Air Wick yang sembuq wangi-wangi tu jelah...
Ni dah tahu, bolehlah cuba-cuba buat scarf, tak pun sarung tangan.. Manalah tahukan? Ada rezeki pergi tempat sejuk-sejuk (hatta Cameron highland + Genting Highland), boleh pakai.. Tak payah beli dah.. muahahaha...
Angan-angan tak sudah!..

Halloooo Kakak! awak tu kena siapkan paper untuk submit ke conference tahu? Bukannya buat kemenda alah ni.. Nasib baik jarum kait yang tulip tu tinggal kat rumah, kalau tak..... lagi haru jadinya.. isy..isy..isy...

Ha! 1 lagi yang saya tak dapat nak belajaq sampai sekarang.. Anyam tikaq menkuang! Muahaha..Mana pula chek nak cari mengkuang tu kan? Kot reben dengan kertas majalah tu, berlambaklah.. (^o,-)
 
 



Kuning VS Merah

Ah ha! Tetiba jumpa entrie lama. Aidilfitri 1432H. Tahun lepas. Lepas tu bukaklah entrie Aidilfitri 1433H pula. Tahun ni.

Haaa... tahu, kome tak rajin nak click link tu.. sebab saya pun malas juga! Muahaha... Apa yang nak dikisahkan?
Haaa.. Raya tahun lepas, sedondon tema kuning. Kuning you~..
Dan tahun ni, sedondon tema merah maroon. Merah mak ngah!



Persamaan?
Tetap comot macam dulu! Hahaha.. Dan yang paling ketara persamaannya adalah... tiada pertambahan ahli baru! Ehehe... Dan alhamdulillah.. masih diberikan kesempatan untuk beraya bersama emak, abah, kakak dan adik-adik..

Ha! Tahun sebelumnya pula, sedondon tema hijau pucuk pisang! Adoi!
Semuanya my big sister punya kerjalah....

Cumanyaaaa... tahun ni tak snap pula gambaq big family macam tahun lepas. Sebab balik kampung, memanjang tak cukup ahli.. Itu yang tak dapat snap. Yelah, kita balik kampung pagi, ye balik kampung petang.. Ate..macam mana nak jumpa reramai??
 
 



Gangnam Style???

"Gangnam Style?
Apakah?


Serius tak faham... Cumanya nampaklah Jaesuk dengan Kwangsoo. Eheh..
Gilerlah berapa juta view.. 
Siap dah masuk dalam Wikipedia lagi tu..
Sedangkan baru je release dua bulan lepas...

Ini yang ditulis encik Wikipedia:
"Gangnam Style" is a Korean language colloquialism that refers to a luxurious lifestyle associated with the Gangnam district, an affluent and trendy area of Seoul. The music video depicts Psy dancing at various locations in Gangnam.[6] The song's theme is about "the perfect girlfriend who knows when to be refined and when to get wild."
Nak lagi? Pergilah search.. banyak oooo dekat tenet tu..

p/s: oooooo... ini ke gangnam style yang disebut-sebut orang.. Ingatkan apakebendanyalah.. Eheh..
Sekali dengar, bolehlah.. Nak dengar dua tiga kali...adoi!
Kang dok "Oppa Gangnam style...ooooo..."
Hahahaha...

Selamat pagi Isnin khamis semua.. Eh, esok cuti! Salam Kemerdekaan..
Janji Ditepati.. Kalau dah berjanji, ingat-ingatlah ye.. ^^,
Sebangsa, Senegara dan 1 Malaysia! Muahaha...
Se mean 1!
MERDEKA!



No U-turn!



p/s :: Saya sukakan kraftangan..
Baik sulaman, anyaman, seni felt dan terbaru knitting and crochet...
I'm eager to learn all those skills...
It's not for me to earn some incomes..
But for me to see the beautiful of the arts..
Dari helaian surat khabar lama yang tiada nilai kepada hasil seni kertas yang cantik dan kreatif..
Dari segulung benang yang nampak tiada effect pada kehidupan, kepada sepasang sarung tangan, bonnie, hat dan etc..
The beautiful of them!
At least, i know what behind them!

Eheh... tak ada kaitan dengan tajuk.. Selamat malammmm.... ^^,



Janji denda dah bayaq....

Wednesday, August 29, 2012

Coooooollll beb!!...
$1 billion dibayar dengan 30 buah track penuh muatan duit syilling 5 cents (US). Giler! But that's really happens!.. Bila mana, Samsung yang terpaksa bayaq saman dekat APPLE angkara telefon pintar itu.. Dasattt... Jom dengaq apa kata CEO SAMSUNG tu pasal duit syilling yang dihantar ke APPLE tu..


You can use your coins to buy refreshments at the little machine for life or melt the coins to make computers, that’s not my problem, I already paid them and fulfilled the law.


See??
Dasatlah kan? Dunia korporat pun ada cenggini.. Tapi, ye lah.. Kalau tanya hambo pun, memang tak mampu nak beli gadget APPLE tu. Kot makan buah apple, lebih dari mampu. Nak dibandingkan pula dengan SAMSUNG yang lebih mampu milik tu. Hal saman menyaman itu, urusan mereka.. Sebagai pengguna? Pilih yang termampu dimiliki je lah..eheh.. Nak beli yang mahal-mahal, duit dalam bank pun boleh kering kontang der..

Oooopppsss.. untuk lebih lanjut, pergilah baca dekat website sinun.. Tapi, english version ok!..



1 September? Apa Istimewanya?

Monday, August 27, 2012


A'a.. Apa istimewanya 1hb September ni? Yang pasti, 31hb Ogos tu hari Merdeka. Cuti. Tapi, 1 September? Hari minggu. Pun cuti juga! Eheh.. Selain dari tu.. Apa istimewanya 1hb September ni?

Haaa... orang lain saya tak tahu.. Tapi yang saya tahuuuuu....



Tu diaaa.. Pakat nak buat kenduri kahwin 1hb September ni.. 1 dekat Pokok Sena, 1 dekat Pendang, 1 dekat Jitra and another 1 dekat Penang, if not mistaken. Semuanya dekat Zon Utara.. Unfortunately, i'm not coming home that week. So, tak dapatlah nak memenuhi jemputan walimah tu.. Tapiiiii...apa-apa pun, doa tetap bersama kalian..

Semoga bahagia di samping pasangan masing-masing..
Biasalah kan, sebelum kahwin orang tanya bila nak kahwin.. Dah kahwin, orang tanya bila nak dapat anak.. Dah dapat sorang anak, orang tanya lagi, bila nak tambah anak.. Soalan yang tiada pengakhiran.. Tapi..tahniahlah buat korang semua.. Satu fasa dah lepas! Ehehe..

Barakallahumma wabarakah..~

p/s::: Saya suka September.. September bulan kesukaan saya...(^o,^)
 




Baju Raya buat sendiri je.... ^^,

Sunday, August 26, 2012



Raya tahun ni....
Temanya merah marrooonnn..
My big sister insist nak warna ni. Dan since dia yang beli kain, i follow je lah..
Tapiiiii...
Tak sangka pula dia beli kain plain. Kosong! Oh man! i tak suka baju plain ni. Rasa macam baju prep sekolah dolu je.. Oh no! 
Mayday..Mayday!!
Oh mommy! Jom berjimba! Cari manik tampal.. Nak buat jahit manik, kot tak dapat pakai raya ni.. EHeh...
So, sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Aloq Staq dari keretapi tempoh hari, rehat-rehat.. Lepas tu, around 11.30 keluar dengan mak. Pergi cari dekat Pekan Simpang Kuala ja.. Kalau tak da, baru pi Pekan Aloq Staq. Standardlah tu. Cari yang dekat dulu..
Sekaliiiii...ohhhhhoooo.. Banyaknya manik tampal.. Berbulu mata nak memilih.. Erk?
Dan itulah hasil tangan sendiri.
Kos?
Hanya kos membeli kain sahaja. Baju kurung moden tu, mak yang jahit. Pastu, manik saya tampal sendiri. Jadi, kos untuk hari raya? Tak adalah mahal tahap membazir bagai tu..
Yang penting, selesa untuk dipakai dan kelihatan mewah! Muahaha...

Tak terfikir pula nak berposing seorang diri.. =D
 




Makan-makan di rumah

Air tangan ibu, emak, mama, umi memang yang terbaik.. Boleh buat kita teringat-ingat. Tapi, air tangan seorang anak pun boleh buat emak dan abahnya tersenyum bangga. Nak pula kalau masakan tu ikhlas dari hati. Kurang garam pun, tetap rasa sedap! Eheh...

Begitulah rutin di rumah. Saya bukanlah cooking mania, tapi dek kebosanan makan makanan luar, setiap kali balik rumah haruslah ikut mak pergi pasar cari seafood, landfood dan apa-apa food yang diri sendiri teringin nak makan! Dan setiap kali balik juga, haruslah jejak masuk ke dapur. Agak-agak putus idea nak makan dan masak apa, bukalah buku resepi emak yang bertimbun-timbun tu. Tak pun, zaman kan dah pantas? Onlinelah! Cari resepi. Dan bermulalah operasi menderhakakan resepi tu. Al-maklumlah resepi tu cuma guideline kasar je. Pandai-pandailah kreatip dan inovatip kan? asalkan jadi makanan dan enak di makan. Dan hasil penderhakaan resepi bulan puasa.....jom tengok!..


Yang atas tu, ayam masak kicap black pepper. Ikut resepi mat gebu, tapi buat derhaka sket! muahahaha... Sedap! Nyumm..nyumm... Terbuka terus selera..


Udang petai masak berlado.. terasa-rasa daun limau purut yang menyegarkan tu.. Ini pun terbaik. Dan memang tak sahlah kalau tak derhaka resepi kan? Mak saya kata, tak payahlah ikut straight to jalan lurus sangat bab-bab masak ni. Kena ikut rasa lidah kita. 


Haaaa.. yang ini favourite saya.. Kangkung tumis sambal belacan. Muahaha.. sesuka hati je bagi nama. Alahhh..tak kisahlah kan? janji sedap dan menyelerakan.. Nyumm..nyum..

Tapiiiii..satu je yang saya fail. Saya tak pandai rasa makanan. Sebab kitakan masak dari hati?..hehehe... Semua yang dimasukkan mengikut citarasa dan tingkah tangan je. Lepas tu ambil bau. Kalau dah naik bau tu....urmmmmm...siap! cukup semuanya.. Hidang, dan tunggulah satu family makan. My abah terror bab merasa ni. Kalau tak cukup garam tu, laju je dia komen. Tapi, kalau makan tak de bunyi, terbaiklah tu..^^,

Kalau nak try, bolehlah google resepi mat gebu. Lepas tu, ikutlah kreativiti memasing ye.. Selamat Hari Isnin!.. (^o,^)
 



Kahwin-Kahwin (Musim Kahwinlah!)


Ok.. ini bukan entrie ajak main kahwin-kahwin.. Tapi entrie nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU untuk rakan-rakan semaktab yang dah pun selamat menjadi suami serta isteri orang.. Heeee..maksudnya, dah selamat diijabkabulkanlah.. Syawal dirai, pengantin pun turut dirai. Sana sini sinun dok buat sibuk buat persiapan kahwin. Tahniah.. Tahniah..dan Tahniah...

Barakallahumma.. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat.. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga.. Dan selamat menuju ke arah baitul jannati..

Haaa..diam tak diam, ramai juga rakan semaktab yang mendirikan rumah tangga. Tapi, sempat attend satu jemputan je. Yang lain-lain tu, minta maaplah ye.. Kengkangan masa.. Tak sempat nak pi semua.. Apa-apa pun doa tetap ku kirim buat kalian semua..


Haa.. Farihain.. Ini teman seunit (serumah, tapi we all panggil unit) masa dekat MRSM PDRM. Sat ja.. Lepaih tu, Farihain tukaq sekolah. Tapi seronok bila keep in touch semula. Dah akad nikah. Tapi majlis resepsinya 1hb September ni.. Adoi! Tak dapat nak pi.. Tak balik Aloq Staq masa tu.. (-__-)".. Apa-apa pun, semoga berbahagia ye..
 


Yang ini pula, Shafreen. Classmate masa tingkatan 5 dekat MRSM PDRM. Selamat ye.. Dah kahwin pun! Eheh.. Saya kenal juga isteri dia. Yen kenalkan masa lepas habis SPM.. Kalau tak salahlah.. Tapi, apa-apa pun...alhamdulillah, dah sah ijab dan qabul..  Tumpang gembira! Sempat g walimah diorang hari tu.. Sweet tau mereka berdua ni.. (^o,^)
 


Dan yang ini pula, Kid dan isteri. Baru je akad nikah. Baru balik dari Rusia terus dapat jemputan ke walimah dia.. Saya kenal kid dari F1 sampai F5. Geng MRSM PDRM lah ni.. By the way, tahniah! Barakallahumma. Majlis 1hb September ni, tak dapat nak datang juga. Dekat Pokok Sena, tak lah jauh mana dari rumah..Tapi dah dok KL, jauhlah jadinya! eheh.. Ehemm..dua-dua Doktor tau!

Dan ada beberapa orang lain kawan semaktab yang turut mengakhiri zaman bujang mereka. Tapi, yang belum update dekat facebook, tak dapatlah nak "curi" gambor dan status cengginikan? hehehe...

Selamat Pengantin Baru You alls...~
 
 



Crochet? Knitting?


Hari tu, bawa kakak, adik-adik dengan adik sepupu jenjalan dekat Aloq Staq. Al-maklumlah, mak dengan abah sibuk dekat kenduri jiran, anak-anak berjalan macam tak cukup tanah! Dah tak tahu nak buat apa, khabor dengan abah nak pinjam kereta nak jenjalan. Jenjalanlah sangatkan? Pi Star Parade je. Kebetulan time tu ada IT Fair.. Errr.. ke computer Fair? WHatever~

Jenjalan dalam Star Parade, terjumpa satu kedai ni... Eh, benang bulu! Dah lama tak main benang bulu (Macam anak kucing pula).. Amiklah dua (apa penjodoh bilangan dia ek?) warna benang bulu tu.. Konon-kononnya nak buat one of my favourite craft tu, but then sampai rumah ter"google" pasal knitting..Ngeee...

Teringat mak ada jarum kait Tulip tu. Fuhh..selamat jumpa. Nak buat knitting, tak adalah pula alat dia tu. Knitting needle tu. Takkan nak pakai batang chopstick pula kan? Hehehe..walaupun tak mustahil.. Kreatif and inovatif kan? Sudahnya, cari pasal crochet pula. Jumpalah crochet guna satu jarum. Gila tertarik! Bahan ada depan mata. Tapi....asas? Kosong! Mana pernah belajar buat semua ini! Nganga!

Buka youtube (Yang sepatutnya buat research..), tengok online tutorial. Dari situlah dapat faham sket-sket. Chain. Double crochet and etc.. Marvellous. Nak try buat headband, tapiiiii...fuhhhhh... bersilang jari jemari! Adoi!...



Hasilnya? Back to research modelah.. Kot-kot in future jadi suri rumah tangga sepenuh masa (Erk? Belajar tinggi-tinggi sampai sambung belajaq, ada cita-cita nak jadi suri rumah sepenuh masa?? Tapi, why not??), bolehlah melakukan aktiviti ni semula. Dari observation saya, knitting lagi best! Sebab ye pakai dua knitting needle yang besaq tu!
 



Sayur Keladi... nyum..nyum..

Friday, August 24, 2012


Salam 6 Syawal 1433H...

Ha.. makan apa tengah hari ni? Ke masih berjalan raya, atuq rumah sana sini? Hari ni saya tak masak banyak pun. Panaskan lauk-lauk kenduri semalam, lepas tu masak sayuq keladi! My Favourite. Sayuq kampung yang jimat oooo nak masak.. Haaa..Let's Check it out!



Jom! Usha resepi mak saya! Resepi Sayur Keladi..

Bahan-bahan:
Sayur keladi (amik dekat belakang rumah Pak Ngah. Kadang-kadang belakang rumah Tok!)
3 cili kering
Seulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
Sesudu lada hitam
Belacan
Kunyit sedikit
Ikan kembung (Rebus dulu dengan garam dan asam keping ye..)
Daun Kesom

Cara nak buat?
1. Haaa.. memula sianglah batang keladi tu dulu. Kot baru ambil dekat belakang rumah ke kan? Lepas tu, basuh bersih-bersih dan Rebus! Rebus sehingga empuk!
2. Sambil tu, tumbuk bawang putih + bawang merah + cili kering + lada hitam dan belacan. Lepas tu masukkan sedikit serbuk kunyit. Nak lagi sedap, masuk kunyit hidup!.
3. Lepas tu, ambil isi ikan yang direbus tadi, hancur-hancurkan.
4. Dah siap? Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dengan isi ikan hancur tu ke dalam periuk.
5. Masukkan air. Kacau. Lepas tu masukkan sayur keladi yang direbus dan ditapis tu ke dalam periuk.
6. Masukkan asam keping + garam + daun kesom (ke...selom ek?)
7. Masaklah sehingga masak.. Dan sedia untuk di makannn..nyum..nyum..

Kos? RM 0. Hahaha.. sebab ikan kembung ada dalam peti ais. Sayuq keladi dapat free tadi. So, semuanya free..ngeee..
Selamat menjamu selera.. 



Jenjalan dengan Train!

 

Lalalalalala...(^o,^).. I'm home!
Selepas hampir 9 jam di atas kereta api tanah melayu.. Ohsem! 
This is not my first time naik train. Yup! Dah pernah naik kecik-kecik dulu. And looks like nothing had change! The train. The bed coach. and even the station! Everything look same! Sama seperti yang saya pernah naik few years back!.

Bezanya, dulu naik train dengan mak, abah, kakak dengan adik. Sekarang, travel lone ranger.. Sensorang je.. 
Dari KL Sentral, pukul 9.05 pm dah mula masuk ke koc. Mencari-cari juga gerabak L8 nya. Jalan punya jalan..perghhhh..Gerabak terakhir menanti! Sabau je lah.. Hujungnya tempat tu. Masuk koc, cari bed pula. Saya ambil bed bawah. Senang! Niatnya, sebab nak tidoq all the way back to Aloq Staq! Ngee..

Rupa-rupanya, KTM kat mesia ni masih ada bunyi "pomnnnn..ponnmmmm.." sebelum keretapi bergerak meninggalkan stesen.. Perlahan..perlahan.. KL Sentral ditinggalkan..
Dan bermulalah perjalanan ke utara..

And the rest is history..
Sampai di Stesen KTM Alor Setar pukul 7.16am seperti yang dinyatakan dalam tiket train.
Yang pasti, keretapi ni berhenti dekat Bukit Mentajam. Lama jugalah. Time sahuq. Me? Sahuq dengan KFC yang beli dekat KL Sentral sebelum naik keretapi tadi.. Ngee... ohsemkan?? Menu bersahur yang paling mewah di bulan Ramadhan ini! Muahaha...

Syukur...
Ha! one more thing! Tandas keretapi tidak boleh digunakan ketika keretapi berhenti. Tapiiiii...disebabkan dah terbiasa naik bas, masuk tandas waktu bas berhenti, saya pun masuklah ke tandas keretapi. Selesai semua urusan, baru perasan ada nota "Jangan menggunakan tandas ketika keretapi berhenti!"
Muahahaha... Lambat jumpa note.. Selamattt..

^^<
 





2 Syawal 1433H

Monday, August 20, 2012


Assalamualaikum..
Salam Syawal.. Weee.. ^^,.. menu untuk raya kedua adalah udang masak lemak rebung. Kos? RM5 je.. beli udang sekati.. Muahaha.. Resepi? Giler simple!.. Pergi dapur, ambil bawang putih + bawang merah + halia + cili padi + kunyit sikit, lepas tu tumbuk. Ha! Jangan tak kupas pula bawang dan halia tu.. Malas nak story stage tu. Semua pun tahu kan? Kunyit tu, kalau pakai kunyit hidup, lagi marbellous. Kata orang, rasa semulajadi! Hehehe..

Pastu, dah siap tumbuk-tumbuk semua tu, bolehlah ambil periuk masukkan semua yang ditumbuk tu ke dalam periuk. Lepas tu, masukkan santan. Masuk sket je dulu. Bakinya, nanti baru masukkan. Haaa..bolehlah letak atas api. Kalau nak sihat, bolehlah gunakan susu Dairy Champ macam yang Shila Rusly suka guna tu. ^^, Minyak? Oh, kita tak menumis ye adik-adik. Kita masak je macam tu. Sebab tu boleh jadi menu sihat kalau gunakan susu Dairy Champ untuk gantikan santan tu.

Masak-masak. Sambil ketuk-ketuk Syawal!..Muahaha.. Dah masak rencah dalam periuk tu, bolehlah masukkan udang. Lepas tu, masukkan lebihan santan tadi. After that, masukkan rebung yang diambil dari belakang rumah tok yang telah dipotong dan dicuci bersih tu ke dalam periuk. Masak sehingga masak. Dan sedia untuk dihidang.. Ok, dah tengah hari der.. Raya tu raya juga, nasi mahu makan juga! Takkan nak telan kuih muih je kot..

Masakan kampung yang simple + jimat + murah. Tak perlu keluar duit banyak-banyak.. Selamat mencuba.. Dan Salam Aidilifitri. Gambar?? Errrr... tak terambil gambar. Perut lapar gilerr.. ^^, 



Buah rantai!


"Cincin tanda ke tu?"
Ek?
"The one on your neck. Cincin kan? bukan pendant. Betul tak?
errrr...
Cincin emas putih yang dijadikan rantai di leher dibelek.
"Yang ini ke?"
"A'a"
Senyum..
"Kalaulah betul cincin tanda, senyum leborlah sambut lebaran ni.."
Dah tu?
"White gold. Sendiri beli. Tapi sebab tak tahu saiz cincin, terkecil pula. Tak boleh pakai kat jari, itu yang pakai kat rantai. Tak danya nak bertanda-tanda.."
(^________^)

Bila cincin yang cantik dijadikan buah rantai...
Dannn.. persoalan normal bila dah habis belajar degree dan dah besar panjang. Betul tak?
Apa-apa pun, pray for the best..
Sebab jodoh itu rahsia ALLAH..
Jadi, berdoa..dan berdoa.. dan terus berdoa..

Salam Syawal 1433H buat semua kenalan yang singgah di blog ini..^^,
 



Salam Syawal 1433H

Friday, August 17, 2012


Di hari yang mulia ini,
saya menyusun 10 jari memohon kemaafan..
Andai ada kekhilafan yang terlihat mahupun tidak..


Syawal dirai disamping keluarga tersayang. Yang jauh kita dekat-dekatkan..
Semoga silaturahim yang terjalin akan terus mekar..
Salam Syawal..
Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Istimewa buat semua rakan blogger yang jauh mahupun dekat..
Juga teristimewa buat teman-teman semaktab, sematrikulasi, suniversiti, sekuliah, sekelas, sepraktikal dan semakmal..
Serta buat semua rakan taulan tak kira dimana juga kalian berada..
teramat istimewa buat cikgu-cikgu dan para pendidik yang tak jemu menabur ilmu..
Teramat-amat istimewa, salam syawal buat sepupu sepapat sanak saudara yang jauh dan dekat..
Semoga syawal yang dirai mendekatkan lagi ukhuwah sesama kita..

Jemput-jemputlah datang beraya ke rumah.. (^o,^)/
 



Bila Tok Wan bercerita!

Thursday, August 16, 2012

Entrie tanpa gambar.
Assalamualaikum..Salam Ramadhan yang semakin hampir ke penghujungnya..=)..
Sedar tak sedar, dah hampir ke penghujung Ramadhan. Sedih! Sudah semestinya!.. Dah 2 hari ada di rumah. Tapi tak berupdate pun blognya. Update. Tapi entrie masuk envelope! Eh, salah. ENtrie masuk draft.. Eheh.. Bianata..

Hari ni saya dan keluarga berbuka puasa di kampung tok abah. Maknanya, emak dan ayah kepada abah!. Seperti biasa.. Sebelum balik kampung, buat aktiviti memasak terlebih dahulu. Dan menu yang menjadi pilihan sudah semestinyalah Mee Kuah Kepok-kepok Akmar! Muahaha.. Penangan tengok ketuk-ketuk Ramadhan tengah hari tadi.

Sampai rumah tok, ternampak satu surat jemputan terbuka ke Waris Keturunan Wan Kedah! Ngeeee... Wan? Mai tang mana pula ni? Dekat nama tak ada pun pangkal "Wan" tu. Dok tak dok, wan pun buka cerita tentang susur galur keturunan we all adik beradik ni dan kenapa sampai kitorang dah hilang pangkal "Wan" tu.

Rupa-rupanya, susur galur keturunan kami bermula dari Acheh, Indonesia. Ketika itu, ada seorang pemuda yang bernama Wan Putra datang berdagang ke tanah Melayu. Singgah di Kota Kuala Muda dan Pulau Pinang untuk berdagang. Masa tu Pulau Pinang, masih milik Kedahkan? Tak pastilah beberapa tahun yang lalu. Nak dijadikan cerita, Wan Putra ni memiliki 7 orang anak yang akhirnya bertebaran di seluruh pelosok negeri Kedah ni. Dan salah seorangnya adalah Wan Deris (kot). Dari Wan Deris ni turunlah kepada Wan Ishaq (kot juga.. tak ingat namanya! eheh.. kena ada tab lah cenggini. senang nak note bila wan bercerita!). Dan Wan Ishaq memiliki 4 orang puteri. Dan salah seorangnya adalah Wan Kamaliah. Nenek saya..

Nak dijadikan cerita pula.. Kalau sebelum-sebelum ni, diorang kahwin sesama sepupu sepapat je sebab nak kekalkan "WAN" tu. Tapi, nenek saya berkahwin dengan seseorang yang tak ada pangkal "Wan" tu. Bukan keturunan Wan lah. Dan bermula dari situ, wan saya dah tak ada pangkal WAN. Abah dan adik beradiknya pun dah tak ada. Kami? apatah lagi kan?? muahahaha.. Tapi, darah yang mengalir tetap dari susur galur keturunan Wan Putra. Cumanya, bila perempuan yang bernama WAN kahwin dengan lelaki yang tak ada WAN, tak dapetlah nak turun ke anak cucu.. Jadinya, setiap kali ada jemputan Wan Kedah ni, mana ada kami pi pun! Sebab dekat nama dah tak ada WAN. =D

Tok Wan saya kata "Kalau nak kembalikan pangkal Wan pada nama, kahwin dengan orang dari keturunan WAN. Boleh bawa ke anak cucu semula!" Wahwahwahhh.. Dasat kan? Tapi itu semua salah silah keturunan je. Bukanlah sesuatu yang hendak dihebat-hebatkan!
Kata Tok Wan, ayah kepada emak Dr. Mahathir tu adalah Wan Md.Saman salah seorang cucu Wan Putra! Maknanya ada bau-bau bacanglah dengan Dr.Mahathir tu! Muahaha..

Dipendekkan cerita, kalau keturunan Wan Kedah ni..memang tak pusing jauhlah.. Satu keturunan lah tu!

Urmmm... siapa yang biasanya bertanggungjawab menjaga salah silah keturunan dan asal usul susur galur keturunan macam ni ek? Ye lah, yang tahu orang tua-tua je. Remaja muda belia macam hambo ni? Konfem tak tahu! Kalau nak di kira dari Wan Putra tu, sampai dekat tok Wan dah generasi kelima. Kalau dikira sampai ke saya, dah hampir 7 generasi! Tapi yang saya kenal cumalah generasi tok wan (kelima) sampailah ke generasi kami (ketujuh). Yang sebelum-sebelumnya, memang konfem. Blurrr...

Eheh.. itu cerita di pihak Wan (ayah kepada abah!). Di pihak tok (Emak kepada abah), tak pasti pula... Ngeee... i got something from my grandfather today!
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa!
 



Everything...DONE!

Monday, August 13, 2012



Alhamdulillah..
Setelah berlari dengan masa..
Akhirnya siap juga slide itu.. Any correction, saya buat dari rumah neh.. 24 hours online available at home. So, noo worries. Haa!! unless the TM cable kena curi lagi!! Wuhaaa...

Oh ye! Speed entry. Kerja yang perlu disiapkan, dah pun siap..
At least the rough slidelah.. Animation, saya sambung kat rumah boleh? Hang sekejap otak. Tak ingat dah macam mana buat animation dalam power point tu.. kena menuntut ilmu balik..

Haa.. my train, malam ni. Pukul 9.20pm from KL sentral to Alor Setar. 
Balik awal sebab lambat beli tiket..
errr..boleh ke macam tu?? eheh.. acilah..
Nak kemas-kemas dolu.. Bilik pun tak sudah mengemas lagi..^^,

Selamat bercuti..
Doakan saya selamat sampai ke Aloq Setaq esok pagi..
Balik kampunggggg......

^^, smile!



Majlis Khatam Al-Quran



Alhamdulillah...
Selesai sudah kami graduate dari tadarus Al-Quran..
Pada Jumaat yang lepas selepas hampir 3 minggu bertadarus beramai-ramai.. ^^,
Dapat Scroll sejadah!! Weee...
Majlis Khatam Al-Quran bermula pada pukul 12.45 tengah hari. Dan berakhir pada pukul 2 petang. (sewaktu solat jumaat!)
Menuntut ilmu bukan menjadi satu penghalang untuk kami turut bertadarus di bulan yang mulia ini. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat dan keberkatan di bulan Ramadhan ini..
Tadarus sendiri?
Errr... sedang berusaha.. Sekalipun tak dapat habiskan, sekurang-kurangnya lebih baik dari sebelumnya.. Maklumlah, puasa pun tak cukup sebulan kan? Hehehe...
Bukan sesuka hati jiwa raga tak nak puasa. Dah namanya perempuan. Allah sayang. Ada waktunya dia bagi CUTI.
Bila cuti, mampu baca terjemahan je lah.^^,
Memahami maksud di sebalik ayat...
Dan sampaikan walau sebaris ayat......
Oh ye! Kalau terkejar-kejar nak habiskan bacaan Al-Quran tapi tajwid tunggang terbalik pun tak guna kan? So, slow and steady ok!

Salam penghujung Ramadhan buat semua..=D
Chaiyok! Ganbatte ne! untuk Ramadhan-ramadhan terakhir ini....

p/s: Gambor dari K.Ena Kamal.. Pinjam boh sini naaaa....




Love Letter #10 : Sabar

Sunday, August 12, 2012


Wahai Muhammad! Kobarkanlah semangat para Mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.

Surah Al-Anfal : Ayat 65



p/s : Mereka tidak mengerti bahawa berperang itu haruslah untuk membela keyakinan dan menaati perintah ALLAH. Mereka berperang hanya semata-mata mempertahankan tradisi jahiliah dan maksud-maksud duniawi lainnya.
 




Sudu dan Garfu : Ramadhan Set

Awas!! Sesuatu yang menyelerakan bakal mengiringi pembacaan kamu!!
Hehehe..^^, smile!..
Bianata.. Gomennn.. Bagi yang tersosat ke ruangan ini sebab tak pakai GPS di bulan puasa yang penuh rahmat ini.. Gomennnn... Kalau tak tahan godaan, cepat keluar.. Terliur karang, batal pula puasa deme-deme.. Muahaha..

Semalam.. yang sampai ke KEPONG chek pi tu.. Bukannya apa.. Nak jumpa cik mimito. Eh, dah dua kali ulang! Ngeee.. Dalam tak tahu nak berbuka apa dan di mana, sudahnya ke Chicken Rice Shop bukan sekadar nasi ayam.. punya kedailah.. The one dekat Jusco Kepong tu. Jom nyanyi ramai-ramai.. Chicken Rice Shopppppp bukan sekadar nasi ayam..kok kok kokkkk... Hahahaha
 

Nyummy. Service diorang mantap. Bila sampai je waktu berbuka, everything dah complete. Yang ini namanya... seperti yang tertera di gambar. Ok! Can i say that i am too lazy to type?? So, enjoy the pictas!
 



Dan airnya adalah Bandung + Soda! Jadilah Fizzy Bandung! Nice!


Haaa.. ini semua set Ramadhan dari Chicken Rice Shop. Kami ambil set B untuk 2 orang. Kenyang jugalah. Overall, dari segi rasa saya bagi 7.5 out of 10. Wee.. lain orang, lain tekaknya kan? So, ini menurut prarasa lidah saya. (^o,-)*



Kalau ada yang nak mencuba bolehlah pergi ke kedai Chicken Rice Shop ni. This is my second time. And not badlah. You should try the Ramadhan set too.=)

Selamat berpuasa.. Dan selamat meneruskan perjuangan di bulan Ramadhan ini.. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.. Makan tu, makan juga.. Jangan lupa rebut malam lailatulqadar. Malam seribu bulan yang dijanjikan ALLAH...

p/s::- "Ya ALLAH, semoga ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir sebagai seorang remaja single.. Moga-moga ramadhan tahun depan dapatlah menyambut sebagai isteri kepada seorang lelaki (^o,^).. Ya ALLAH, andai jodohku mendatangkan kebaikan dan seribu satu manfaat buatku dan ummahMU, KAU dekatkanlah dan permudahkanlah... Ya ALLAH.. sampaikan aku pada ramadhan berikutnya.. amiiinnn...." 
 




Yeay! Jenjalan Naik KTM!

Fuyyoo!!
KTM has changed a lot u know!
^^,  smile~
Hari tu.. for second time.. pergi KL Sentral. Tujuan? Nak pergi KEPONG.. Jumpa cik mimito.. Rindu! Plus nak ajak berbuka bersama..
U know, saya pengguna pengangkutan awam yang sangat tegar..
Kemana jua saya pergi, i appreciate those public transports. They make my life easier..
^^, smile~

Tapiiii... selalu pergi KL sentral, naik KTM tak pernah ingat nak bawa kamera Olympus tu sekali! Huhuhu.. Always forget!.
Suasana kat KL Sentral memang terbaik. Bersih. dan terbaik semuanya. Tempat menunggu yang selesa. Dengan kewujudan Ladies Coach, bertambah-tambah selesanya.. Kalau untuk laluan Rawang/ Tg. Malim, ada train baru tuuu.. Warnanya putih. High technology. Tempat duduk yang selesa. Pengudaraan yang tip top. Selesa untuk travel. Dan lajuuuuu...

Semoga KTM dapat menambahbaikkan lagi perkhidmatan train tu. Kalau boleh, semuanya pakai train putih tu pun comel juga! Eheh.. Kawaiiii...
 

Gambar yang kat atas tu, gambar KTM. Hasil dari kamera handphone yang cuma 2Megapixel ni je. huhuhu.. Kalau pakai lens high speed mesti cantik gambar dia kan? Tak pelah.. Esok malam journey dengan train, saya akan pastikan sentiasa memegang kamera untuk mengambil gambar banyak-banyak. From LRT Sri Rampai, till KL Sentral dan sehinggalah sampai ke bumi Alor Staq the next day.. Pheewwit.. tak sabaq!


Haa.. Yang ini pula.. biasa tengok tak? Shooting Nur Kasih ada buat dekat sini kan? Rupa-rupanya, inilah rupa KTM untuk stesen Kuala Lumpur! Muahahaha.. baru tahu? Teruk deh kamu ni Sara! But still,saya masih dalam proses mengenali bumi Kuala Lumpur yang biasalah, indah khabar dari rupa! =D.. Saya masih seorang anak rantau.. Meskipun hanya merantau di bumi Malaysia, tapi still kira anak rantau kan?? (^o,-)

Selamat berbuka teman-teman!..