Ekslusif : Gubahan Bunga Felt untuk Raya~

Sunday, August 28, 2011


Salam 28 Ramadhan..

Dan Salam Aidilfitri. Kalau ikut takwim Hijrah, Ramadhan kali ini hanya 29 hari sahaja. Bererti esok adalah hari terakhir untuk berpuasa. Kalau anak bulan muncul esok malam, makanya lusa akan raya. Dan tulat, Malaysia akan menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara yang ke...... 54. Betul tak?  Heee...

Penat sungguh.. Semalam tolong emak tukar langsir. Hari ni tukar bunga. Dan salah satu gubahan bunga itu adalah hasil kerja tangan saya.. Serius cakap, saya tak reti menggubah bunga ni.. Lomah den..  Jom tengok gambar kat bawah ni..


Bunga felt ni saya buat masa dekat UTM beberapa bulan lepas final exam. Kalau tengok dekat sidebar, ada gambar koleksi bunga-bunga ni. Di sebalik gambar-gambar tu ada link ceritera saya. Nak baca, g lah klik..

Biasanya bunga-bunga felt ni orang buat dan jadikan hair pin, skarf and etc. But for me, saya nak cuba sesuatu yang lain. Dah nama pun bunga kan? Haruslah kita gubah masuk pasu baru kena dengan konsep bunganya tu..=D Ada lebih kurang 25 kuntum bunga semuanya. Dan hasilnya seperti di bawah ni..



Keseluruhannya, semua ni adalah handmade. Cuma pasu tu abah yang buat lepas saya tunjuk ajar hujung tahun lepas. Maaflah kalau hasil tak seberapa.. Amatur lagi dalam bidang gubah menggubah ni. Nak meriahkan lagi bunga-bunga ni saya gunakan bahan-bahan dari koleksi bunga telur yang dapat dari kenduri kahwin sebelum-sebelum ni..

Janji dah ditunaikan.. Yeay! Bunga raya dah dapat!..
Ekslusif ni.. tempat lain tak bleh dapat... LOve~ 

p/s: Cantik juga bunga felt ni kalau buat bunga pahar kan? Hias pakai reben dengan renda. Tambah marble, butterfly sket.. Gotcha!





End to End

Saturday, August 27, 2011


Salam 27 Ramadhan...

Tup tup..dah seminggu dok rumah.. Ahaks.. bercuti sungguh noo..satu apa pun tak buat.. Bukannya tak da kerja, saja buat2x macam tak da.. Hahaha.. Skip this part..

Hujan sepanjang hari. Hari-hari pun hujan. Tak da lah hari yang tak da hujan.. Kedah dok basah ja.. Risau gak kalau banjir. Kan Aloq Staq pernah ada rekod banjir.. Ingat lagi tak? Lumpuh seluruh pekan Aloq Staq tu.. Apa kebendanya pula yang saya merepek ni? Aih..

Ok.. Sekian lama tak meng"update" blog.. Hari ni nak berkongsi cerita tentang semalam. Apa yang berlaku semalam? Semalam saya dan keluarga tour satu Perlis. Tak besar mana pun Perlis tu. Kalau ambil Highway, tak jauh pun dari rumah saya..

Simpang Empat ----> Aloq Staq -----> Jitra ------> Kodiang -----> Arau -----> Mata Ayer -----> Beseri ---------------> Padang Besar ------------------> Back to Home.

Sampai rumah setengah jam sebelum waktu berbuka. Ikut perancangan nak singgah bazaar Stadium.. Tapi disebabkan pukul 5.30pm masih di Masjid Negeri, Arau, Perlis. Makanya, kami singgah di bazaar area Kodiang sahaja untuk membeli juadah untuk berbuka puasa..

Sebenarnya, abah ada kerja kat Perlis. Dah alang-alang nak g perlis tu, abah ajaklah pergi sekali. Bagai pucuk dicipta ulam mendatang, eh salah peribahasa.. Hahaha.. Terus bersiap nak ikut. Masa on da way nak g Padang Besar, lalulah Empangan Tasoh. Abah tanya, nak singgah tak? Terus jawab tak mau.. Hahaha.. Nak g Padang Besar sebab tak pernah sampai lagi..

Dan..akhirnya..menjejak juga kaki ke Padang Besar yang tak da padang mahupun taklah besar sangat.. =D. Sebelah tu ada imigresen. Kalau bawa passport bolehlah seberang masuk Thailand. Kalau kat JB, seberang masuk Singapore. Yeay! Dah sampai end to end. Suka..suka..suka..

Dah sampai Padang Besar, cam rambang mata pula. Tak tahu nak beli apa. Kebanyakkan barangnya made in Thailand. Betul tak? Entah. Tapi dekat Padang Besar ni tak banyak pilihan tudung.. Mewah lagi dekat Pekan Rabu nun. Tapi kalau nak cari kemeja wanita, blouse, jersi, skirt labuh memang masyuk beb.. Suka saya tengok skirt-skirt labuh yang banyak tu.. Rasa nak cekup beli semuanya.. ahaha...

Dulu tak suka pakai seluar. Suka sangat pakai skirt labuh, maxi or gaun. Kalau seluar pun, prefer slack and track suit. Tapi..masa banyak merubah manusia.. =D.. Tetiba jadi pandai pula pakai jeans. Lupa terus dengan skirt labuh.. Dan hasilnya, saya rembat 2 helai skirt labuh. Purple layer and grey.. Wahaha..

Tapi...dah ada skirt labuh, tak reti pula nak mix and match dengan baju yang sedia ada.. Eh, dah macam story pasal skirt labuh pula... 

Nak tahu tak? Hujan dari Aloq Staq sampai ke Padang Besar.. Jadi, tak singgah banyak tempat sangat. Kan dah bagitahu awal-awal tadi, abah ada kerja.. Tak pe.. Lain kali datang lagi.. 

urrmmm..nak masak apa pula ye untuk juadah berbuka kejap lagi? 




kosong+journey = holiday~

Friday, August 19, 2011





It's empty.. 

Rasa macam dah lama je tak mengarut di blog sendiri.. Ahaha... Salam 19 Ramadhan.. Wahhh..cepat kan masa berlalu? And i'm going back home..Again(?).. ya!

Dari semalam dok mengemas saki baki barang yang masih di sini.. Tapi..bukan mengemas untuk bawa balik ke rumah..sebaliknya...

I'll be back..

Hahaha...cumanya tak pasti bila dan di mana.. =) Soalan yang malas hendak difikirkan jawapannya.. Lelahlah.. ngee.. Selamat Bercuti~ Hohoho..balik kampung..Hati girang...('o,')

Tiket bas pukul 9.30pm. Confirm. Sampai Shahab Perdana around 8.00++ am.. Standard. Bersahur dalam bas. Biasa dah. Mujur boleh berbuka kat bilik.. Hehehe...

Ramadhan tahun lalu, saya berbuka dan bersahur dalam bas! Kenapa? Sebab ambil tiket pukul 6.30pm dari JB. Daebak! Sampai aloq staq around 7am keesokan harinya.. Marvellous beb.. Siap berbuka dengan nasi lemak kukus + ayam percik + sate yang dibeli di bazaar sebelum itu. Berbuka dalam bas ok.. Wahahaha... Sabor ajelah den..

Oklah semua.. Selamat bercuti.. I'm gonna have a long journey tonight. Doakan supaya saya selamat sampai ke kampung Halaman.. Amin ya Rabb..





Wordless Wednesday #4 : Nuzul Al-Quran

Wednesday, August 17, 2011







Saengil Chukhahamnida ('o,')



새일 축하합니다
Saengil Chukhahamnida

생일 축하합니다
Saengil Chukhahamnida

사랑하는 Aizat-씨
Saranghaneun Aizat-shi

생일 축하합니다
Saengil Chukhahamnida...

Apa maksudnya? Ace search kat google translate.. Ini versi Jepun plak..

お誕生日おめでとうございます
otanjōbi omedetō gozaimasu

Hehehe..nak wish banyak2x bahasa lah plak.. Hari ni hari jadi kawan saya. 17hb Ogos 2011. Bersamaan dengan Nuzul Al-Quran yang jatuh pada 17 Ramadhan setiap tahun. 

Kepada Wan Aizat

Otanjobi Omedeto Gozaimasu. Happy Birthday to you. Semoga Allah lanjutkan Usia, Dimurahkan Rezeki dan memperoleh rahmat ALLAH. Happy Burfday to you!!


Note : Dalam bahasa Korea, Saengil Chukhahamnida means congratulation for your bithday. Urrmmm..Dan happy birthday membawa maksud penambahan usia rite? So, not many people love to be congratulate for their penambahan usia. But in term of korean song, that it is.. 

Tapi..untuk kawan saya yang sorang ni...saya nak ucap juga "Congratulation for your birthday.." Hehehe...

Adios~






Human Sensor


Human sensor.. Weee....

Ari tu, adik air ada story pasal sensor which is her mom.. Tak caya, g selongkar blog dia.. Heee.. Ari ni saya nak citer pasal human sensor. Malas nak godek-godek wikipedia mahupun note sensor and actuator yang belajar sem lepas, this is my definition. Eheh..

Sensor adalah satu alat peranti elektronik yang sensitif dan boleh mengesan sesuatu. It can be describe as light sensor, ultrasonic sensor, flow sensor and etc. Dalam dunia ni banyak alat elektrik yang mengaplikasikan sensor untuk memudahkan kerja.


Setelah hampir satu semester mempelajari tentang sensor, saya rasa saya boleh jadi human sensor... Hahaha.. Bukan setakat sound sensor but also light sensor. Dan sejak dua menjak ni, sensor saya begitu teruji.. Hahaha...

Kenapa?
Bayangkan, tengah tido tetiba suasana yang gelap menjadi cerah? Toink. Terus terjaga. Mana pula datang cahaya ni??? Golek kiri-golek kanan..Tak boleh juga nak terlelap. Kalau konsep sensor, berada dalam state 1 iaitu On. Hahaha.. Dush! I can't sleep this way. Bangun. Tolak comforter. G cari arah source. Switch off back. Done. Sensor back to state 0 which is off.. Dan saya pun tido dengan enaknya..

Untuk sound sensor, tak de masalah. Off je terus. Selalunya tido, handphone tak pernah silent mode. Tapi kalau rasa banyak sangat message coming in, terus silent mode kan handphone. Sebab.....tak bolehlah.. Automatik masuk state 1 ataupun On ataupun terjaga bila terdengar bunyi.. Sebab tu lah boleh je nak terjaga pukul brape selagi set jam loceng...


Tapi...syaitan tu selalu je dok bisik yang bukan-bukan. Sampaikan kalau jam loceng berbunyi, tangan laju je buat kerja.. terminate the sounds. Back to sleep. Sebagai manusia yang kadang-kadang lemah dengan godaan syaitan tu, lantas membiarkan syaitan berlonjak gembira.. Sebab apa? terbabas subuh angkara terminat alarm clock! Hahaha... Astaqfirullah..

Aih, itulah kehidupanku sebagai human sensor. Very the sensitive one. Ingat nak kurangkan kesensitiviti itu..tapi cam dah sebati pula dengan kehidupan.. Agaknya, bagaimanalah kehidupan saya tanpa sifat-sifat human sensor ini?? hahahaha...

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa..
Adios~



We Got Married : Khuntoria Couple

Tuesday, August 16, 2011



Wallawei..Comei tol budak berdua ni.. Cute.. Hahaha... Disebabkan lama sangat menunggu next episode for Running Man, yok kita layan We Got Married plak. Hehehe.. Sebenarnya, jadi tertarik lagi menarik untuk tengok We Got Married ni sebab ada Nichkhun 2PM.. Ngee.. Comel betol dia ni.. Itu yang layan sungguh We Got Married Khuntoria Episode.

Sambil2x layan gelagat Nichkhun dengan Victoria as a husband and wife, nak siapkan juga book chapter. Tugasan yang diberi Dr. sebelum beliau bertolak ke Hong Kong hari ni.. Ok..tak bleh nak ngarut panjang2x.. Book Chapter baru siap 2 out of 20 pages.. Hahaha..

Adios~



Itulah Kawan ('o,')


Fuhh..nantok sudah.. Mahu tido.. Tapi nak update last untuk hari ni.. Sat tadi sempat update salam perantauan dekat blog lagi satu.. Eheh..nak tahu. Ace g klik situ.. Haaa..dah alang-alang tercakap pasal blog lagi satu tu, mehler saya ambil kesempatan untuk..Eh, bukan..salah ayat pula.. Dengan ini saya mengambil peluang yang ada untuk membuat sedikit penerangan.. Ye ke? ('o,')..

Untuk pengetahuan kamu-kamu semua, Medictronic Traveloque itu saya buat untuk dedikasikan kepada kawan-kawan sekuliah saya.. Untuk mengingat memori sepanjang 4 tahun pengajian bersama-sama. Persamaan kami semua adalah TRAVEL. Meskipun poket cam kering je, tapi tetap nak jalan-jalan juga.. By the way, thanks pada semua rakan-rakan blogger yang sudi singgah dan follow blog tersebut. Maaflah kalau ada yang tak sempat difollow semula..=)

Medictronic Traveloque ni ada beberapa orang penulis yang terdiri daripada rakan-rakan sekursus saya.. Saja meramaikan jemaah penulis.. Bosanlah nak tulis sensorang. Dan C.E.R.I.T.E.R.A Sara ini adalah personal dan blog utama saya. Kesayangan hamba ni..=)

Ok..cukup takat itu..Jom tengok gambar ni..



Pernah buat tak? Arahan dia:- Dekat facebook korang, cuba eja nama sendiri dengan cara @_. Pada _ masukkan huruf dan ambil nama yang pertama sekali muncul. Dan tengoklah siapakah mereka..

Saya buat pendek je. S.A.R.A. dan hasilnya..tengoklah sendiri... Weee..saya suka.. Semua tu kawan terbaik yang saya ada sepanjang 4 tahun di Universiti.. Saya sayang mereka semuanya..Anda dah cuba? Tapi..saya tak tahulah first name yang muncul tu best on apa kan?.. But i just like it!.. Happy sebab nama kita menggabungkan kawan-kawan sekeliling kita..

Bergabung! Meletup!..wahaha.. Itulah kawan..('o,')




Itu Ben Ashaari!

Monday, August 15, 2011



Itulah dia orangnya.. Tak lah kenal rapat pun. Tapi pernahlah bertemu muka di Sedenak dulu. Selebihnya, kenal di dunia blogger. Ala, rasanya satu Malaysia ni dah kenal dengan Enche Ben. Lepas gathering VLOG dengan Ben Ashaari dan Mat Gebu dekat Sedenak dulu, saya dah kurang aktif berblogging(aha..sebelum tu pun taklah aktif sangat!)

Masa tu final sem..So, aktiviti berblogging tu tak delah serancak sekarang ni.. Ye tak? Hehehe.. Lepas tu, semalam, sajalah join teka dan menang Ben Ashaari.. Bosan time tu. Join ajelah. Tak sangka plak bleh keluar entrie ni dengan pantas dan tepat pula tu. Hahaha...Kelakar. Tapi gembira pada masa yang sama.

Sampai dua kali gaklah tinggal komen sebab salah baca arahan..eheh..Tup2x..tengok bilangan dekat follower bertambah. Malas memula nak tengok.. Sebab dok layan Prince Hours time tu.. Tak lama lepas tu, buka blog tengok, Eh dia dah follow!! Ahaks..

Dan rupa-rupanya dah menang dan dapat promosi blog di blog beliau selama 2 jam. Tengok sini. Ben Ashaari memang sangat membantu kenaikan traffiklah.. Mencanak-canak orang datang blog. Follower pun bertambah2x tanpa sempat saya menjeling..ahaks.. Thanks Enche Ben.. Sudi singgah dan follow blog saya ni.. Terima kasih juga pada rakan-rakan blogger yang lain...

Nak menjejak kembali jejak2x yang ditinggalkan..Wee...

Lepas ni bleh lah join lagi teka2x macam ni..sonok plak..hahaha..('o,')

@>----^------ 

Flowers for everyone. Thanks sebab sudi singgah dan baca..




Best ke ek?




Salam 15 Ramadhan. Bertemu kita di pertengahan Ramadhan. Syukur ke hadrat Ilahi..

Urrmm..Best ke ek? Apa yang best?
Best ke dok cerita buruk-buruk pasal orang ataupun pasal kawan kita kat orang lain? Yok, btau sikit. Best ek? Ada kepuasan yang menyelubungi hati tu ke? Mengadu dengan memburuk-burukkan orang lain..Tak sama kan? Kita mengadu if kita ada masalah yang stok direct contact dengan orang tu, dan tak mampu tahan makanya kita mengadu dengan insan yang paling rapat dengan kita.

Tapi kalau memburuk-burukkan orang lain? Yang tak berkenaan pun ikut diburukkan. Astaqfirullah..Apa nak jadi? Takut kan ada kawan macam ni? Ye lah, entah apa je yang dia dok citer kat orang, tetiba orang tengok kita semacam je.. Ala-ala pandang slack gitu.. Dengan orang macam ni, susahlah sket nak amalkan konsep "Forgive and Forget". Double F. Susah2x.. Walaupun memaafkan itu lebih baik daripada meminta maaf..Eh, ye ke? 

Nak tahu apa major problem saya? Saya mudah lupa! Lupa dengan cerita-cerita yang disampaikan pada saya.. Hari ni orang bercerita itu ini,malam jap g saya tido..Esok, orang tanya, konfem lupa! Tapi bila orang start bercerita, saya pun..."Urmm,mcm pernah dengar!" Hahaha...Inilah namanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri!..

Mungkin otak saya tak cukup besar untuk simpan semua cerita tu. Kalau betul tak pe gak. Yang tak betul tu, automatik otak saya akan syncronize,defragment kan segala data dan mana yang dirasakan tak perlu, dia akan buat proses cleaning. Menarik kan?! Hahaha...Banyak lagi wei kegunaan otak saya ni daripada nak simpan cerita yang pelik-pelik tu.. Lainlah kalau ada orang cakap macam ni:

"Sara, aku nak cerita kat ang ni.. Masalah aku. Tapi ang jangan btau sesiapa tau."
"Sara, jangan gtau sesiapa ek."
"Sara, rahsia!"

Ok. Otak saya menjalankan tugasnya dengan begitu baik. Macam ada satu folder,"Biar pecah diperut jangan pecah dimulut!". Maksudnya, segala kisah yang berkaitan dengan tukang cerita yang meluahkan itu dan minta saya jangan btau sesiapa akan dimasukkan ke dalam folder itu. Mudah! Mana-mana yang terkeluar dari folder-folder pemikiran, delete adalah yang terbaik..

Hahahaha...apa point cerita hari ni? --------> Best ke Memburuk-burukkan orang lain? Kome ada kawan yang macam ni tak? Apa yang korang buat dekat dia ek?

Adios~



Whoa!! Teddy!! Teddy Bear!!


Daebak! Jjang!.. Hahaha.. terbaiklah.. Kenapalah dah sampai Korea dulu tapi tak sampai sini??? Aih, terkilannya rasa hati.. Bilalah boleh sampai sini ?.. Bayangkan korang masuk sebuah muzium yang dipenuhi dengan ribuan teddy bear yang comel-comel tu. Tak ke rasa sangat teruja? Muzium tempat untuk belajar tentang sejarah. Tapi, kalau sejarah itu diolah dan diadaptasikan melalui teddy bear yang comel macam ni, tak ke orang lagi teruja nak tahu tentang sejarah tu? Ahaks..


Ini semua penangan cerita Princess Hours dengan Prince Hours. Berkali-kali tengok sebab di akhir cerita akan ditunjukkan gelagat teddy bear ini..Soooo cute ok.. Nak tahu tempat ni dekat mana? Dekat sini..


Jeju Teddy Bear Museum. Dibuka pada 24 April 2001. Muzium ini diasaskan oleh Presiden Amerika yang ke-26 iaitu Theodore "Teddy" Roosevelt. Menurut rangkaian sejarah, Presiden Roosevelt dikatakan gemar mengikuti Bear-Hunting Trip tetapi tidak menembak seekor pun beruang di penghujung trip itu. Bermula dari situlah, kebangkitan pelbagai teddy bear di seluruh dunia.. Hahaha..nak tahu cerita sebenar, sila klik sini...


Walaupun muzium ini diasaskan oleh Presiden Amerika, tetapi kebanyakkan teddy bear ini disusun dan dipamerkan mengikut keunikan budaya masyarakat Korea. Bermula dari pertabalan Hwang-ta jae mama, Perkahwinan di antara Crown Prince dan Crown Princess in other word, Royal Marriage and etc. 


Dengan pendekatan sebegini, kanak-kanak akan lebih tertarik dan berminat untuk mengetahui sejarah dan kebudayaan masyarakat setempat. Saya yang dah dewasa ni pun jadi tertarik untuk mengetahuinya. Contohnya :"Eh, teddy bear ni buat apa? Dia pakai baju apa ni? Eh, istiadat apa pula ni..Weee..comelnya teddy bear ni pakai hanbok..and etc" Betol tak? Betol tak cakap saya? haaaa...

Cantikkan hanbok ni? Menutup Aurat.. Kalau macth pula dengan tudung, jadilah versi macam dibawah ini.. Ini versi saya dan kawan-kawan..Heee...


Kisah di sebalik Hanbok ni? Awal tahun ri tu dah story banyak2x..Jom usha sini.. Seronok beb melancong ke Korea..


Ok.. dalam proses nak kumpul duit ni.. Banyak tempat dalam angan-angan ni.. Nak g Pulau Manukan, Universal Studio Singapore, Jeju Island + Seoul Korea, Jepun and ultimate..of courselah nak g Mekah. Teringin sangat-sangat nak tengok Kaabah + Masjid Nabawi dengan mata sendiri.. Jom2x..kumpul duit..hehehe..



Kururu Task

Sunday, August 14, 2011

Yeay! Hip hip hooray! Akhirnya sampai juga ke task yang terakhir.. Yippe!!!.. Task kelima daripada Segmen 5 Alien Task ini adalah...




Matlamat dan Harapan dalam Dunia Blogging?


Matlamat :- Untuk menambah lebih ramai kenalan dan berkongsi cerita dan berita dengan rakan-rakan di alam maya. Meskipun blog saya ini lebih bersifat personal blog, tapi ada kalanya saya suka berkongsi ilmu dengan semua. Muge-muge apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada yang membaca..

Harapan :- Untuk menambah lebih ramai kenalan di dunia maya ini.. Follower pada saya adalah kenalan alam maya. Lebih ramai kenalan, lebih bercambah isu semasa yang saya peroleh. Dan semoga blog saya juga mendapat tempat di dunia blogging ini..Toink toink..

Dan yang paling penting......Boleh dijadikan rujukan di masa hadapan.. Yeay! Manalah tahu, kalau umur panjang, nak kenang zaman muda-mudi, remaja, single mingle..blehlah mengunjungi ruangan maya sendiri ni.. Ye tak?? hahaha..

Salam perkenalan semua..=)


Jom usha task kawan-kawan Kururu yang lainnya..
Keroro Task - Ceritakan Tentang diri Anda
Tamama Task - Ciri-ciri Pasangan Pilihan Anda
Giroro Task - Kelebihan dan kekurangan Diri Anda
Dororo Task - Idola Blogger dan Blog Kegemaran





Dororo Task


Sejak siang tadi dah buat 3 task. Sekarang ni masuk task yang keempat. Kalau rasa cukup bertabah untuk membaca dan melihat ketiga-tiga task yang sebelum ni, yok usha:

Dah g baca? Jom kita lanjutkan dengan task yang seterusnya.

Dororo punya task berkisarkan tentang Idola Blogger dan Blog Kegemaran?

Idola blogger? Wahh..soalan susah juga ni.. Tapi memula saya kenal dunia blogging ini melalui Sunah Sakura dan Kak Mutiara aka K.Ena. Both of them merupakan senior saya masa undergrad dan tinggal kat s24. Terkadang terlihat mereka berdua mengupdate blog. Jadi, terus tertanya2x..dan bermulalah aktiviti berblog. Bolehlah saya katakan mereka idola saya dalam berblogging...('o,')

Selain itu, Ben Ashaari juga antara Idola Blogger saya sebab sangat pesat perkembangannya di dunia blogging. Sekejap je dah dikenali ramai. Walaupun tulisannya santai dan bersahaja, tapi ada isi tersirat dan tersurat yang hendak disampaikan. Rasanya ramai je blogger kat luar sana yang bersetuju dengan saya... Ye tak?

Ok.. Blog kegemaran? Banyak deh. Tak terucap. Yang pasti, blog rakan-rakan sekampus sentiasa menggamit kedatangan saya untuk mengetahui perkembangan mereka. Begitu juga dengan Dapur Tanpa Sempadan(DTS) milik Mat Gebu. Saya pernah rasa masakan dia, jadi sangat percaya dengan resepi yang ditampilkan..ngee.. 

Dan..mana-mana rakan blogger yang update isu best, konfirm saya singgah. =)





Giroro Task




Kekurangan dan kelebihan diri? Warghh..dah macam penemuduga pula Giroro ni. Ok. Kita cakap pasal kekurangan dululah ek. Manusia ni lebih banyak kelemahannya dari kelebihan. Itu point yang sangat saya persetujui.

Kekurangan yang pertama : Ketinggalan zaman. Hahaha..kenapa? Sebab saya tak reti nak lilit2x kepala dengan tudung yang pelik-pelik tu. Apatah lagi nak sarung tudung yang dah macam  kain rambu meja dengan langsir tu.. Kekuranganlah kan? Orang lain, pakat up to date je. Sampaikan tumbuh bonggol dekat kepala sebab nak nampak cantik..Hehehe..saya? 10 kali tengok mesti orang dok tanya soalan :"Sekolah tingakatan brape ni?." Haaa..tak ke ketinggalan zaman tu? Tak up to date sampai orang pun ingat dok zaman dulu kala. Budak sekolah pun lagi bergaya.. Haaa..point apa ni?

Kekurangan yang kedua? Tak seksi macam awek-awek kat luar sana. Kalau pakai baju stok cari saiz XXL.. sampai melebeh je orang nengok. Baju kurunglah paling best. Buat baju kurung tahun 2004, sekarang dah 2011 pun bleh sarung cantik lagi.. Nak pakai legging? Aih, terasa melekat-lekat di tubuh badan..

AHhh..cukuplah tu kelemahan yang entah apa-apa itu.. Kelebihan(?).. Rajin beb.. Kelebihan yang tidak boleh disangkal-sangkal lagi meskipun semakin dipuji Rajin, semakin bertambah malas rasanya.. grrr... Kekurangan(?) yang jelas adalah, kesempurnaan. Saya sukakan yang sempurna but yet, itulah kelemahan paling nyata buat diri saya sebab tiada makhluk yang sempurna melainkan ALLAH S.W.T..betul tak???

OK.. yang perenggan kedua dengan ketiga tu, buat tak tahu je lah.. Itu merupakan kekurangan yang menggembirakan saya..weee..daebak!




Ben ajak teka lagi


Ayat tu rasanya dari buku:
........

// Diedit selepas diumumkan oleh Enche Ben..\\

Ngeee..betullah jawapan yang saya teka tu.. Apa jawapannya?
Saya teka :- Satu Rasa Dua Hati tulisan Pahrol Mohd Juoi.

Dari 8 buku tu, satu ni je saya pernah baca.. So, main tembak je lah yang ayat tu kuar dari buku tu.. Tak sangka pula betul. Tak caya? Klik sini..



Tamama Task




Sambungan 5 Alien Task. Tadi dah jawab Keroro Task. Sekarang nak jawab Tamama Task plak.. Aigoo.. Ciri-ciri pasangan pilihan anda? gulp!

Tamamamamaaaaaaa!!!! Susah sih mahu jawab. Apa ciri-cirinya? Gantang? hahaha.. Tak2x.. Cukuplah indah di pandangan mata saya.. Kalau terlebih gantang, tak senang duduk pula wanita-wanita di luar sana.. Ahahaha..

Ok2x..Ini betul2x..Saya bukanlah cari yang sempurna segala hal. Tak2x.. sebab tiada yang sempurna dalam dunia ni. Yang penting agamanya. Ada pegangan Islam yang sempurna. Kalau tak, sesat di dunia dan akhirat saya nanti. Tak embohlah. Senang cerita, tak ada ciri-ciri yang spesifik sangat. Apa yang penting, pasangan itu haruslah menerima saya apa adanya. Sebab saya tak kaya. Tak juga cukup matang..Hahaha..

Jadi, cukuplah pasangan itu menerima seadanya dan saling melengkapi antara satu sama lain. Itu lebih penting kan? Nak tulis 10 ciri-ciri pun macam tak guna juga. Sebab dah tertulis di Laut Mahfuz siapa Adam yang tercipta untuk saya. Makanya, berdoa dan bertawakkal mohon yang terbaik pada ALLAH..

Walla.. Ok..i memang fail kalau cerita pasal ciri-ciri pasangan ni.. Ngee..

Adios~



Keroro Task


Daebak! Hehehe...jom join segmen berangkai anjuran alien. Nak join? g lah klik gambar keroro tu.. Eh, Keroro ni abang ke kakak? Haroro tahulah..ngee... Ok, untuk Keroro Task ni....Urmm..apa yang dia nak ye? jom usha..



Heee..sebesar-besar alam saya attach gambar Keroro ni..heee..

Ceritakan tentang diri anda? :

Diri saya? Simple. Saya tak suka yang rumit-rumit. Serabut otak ni fikir. Ada mata untuk melihat, ada akal untuk berfikir. Cukup sifat untuk berjalan di bumi Allah. Apa lagi? Think Positive! Ya! Nak fikir negative2x buat apa? betol tak? serabut semua tu. Saya tak suka benda-benda yang serabut ni. Nak yang kemas lagi tersusun je. Cantik(?). Subjektif je semua tu. Yang penting dalam mahu cantik. Hati yang cantik. Itu lebih penting kan?

Lagi? Pendiam. Ye. Sebab tu orang ingat saya ni sombong sebab kurang peramah. Tapi ace datang berkenalan dulu. Pastu barulah decide sombong ke tak? betol tak? Urmm..udah2x ler tu..karang jadi masuk lift tekan butang sendiri plak.. 

Nak kenal saya? Nama saya....panjang sangat nak tulis. Cukuplah sekadar anda panggil saya Sara.. Nice ah?.. Salam perkenalan~




Tertegaknya Islam Di Korea

Saturday, August 13, 2011

Hujan yang turun bagaikan mutiara..
Lebatnya membadai bumi UTM...
Lalu terkurunglah insan di balik ruang...
Menanti azan berkumandang untuk berbuka...

Ok. ini bukan pantun 4 kerat. Tak berirama pun. Tadi macam banyak idea nak menulis. Tapi tetiba, bila dengar guruh di langit segala idea dalam tempayan mencurah-curah ke ladang gandum tanpa sempat ditahan-tahan. Tup tup tup! Hilang terus idea.. Wee.. apo den nak buat ye?

Berbicara tentang Islam? Urmm..not really. Ilmu tak cukup lagi di dada saya ni. Tapi apa yang boleh saya kongsikan adalah tentang Islam di Korea. Sebagai seorang insan yang dikurniakan akal untuk berfikir dan kaki untuk berjalan, Bumi Korea dah pun saya jejakkan. Ini betul. Jujur. Tiada dusta antara kita. Ahaha.. Tapi sebelum tu, jom tengok gambar kat bawah ni..


Apa yang kamu-kamu sekalian perasan lewat sekeping gambar ini? Sebelum tu, Maaflah Udi..Kidnap gambar ni dari FB kamu. Malaih deh nak edit-edit. Ambil direct je.. Mohon pinjam ye.. Hehehe...

Ok. Dah detect apa-apa yang kome rasa familiar tak? Meski pun sepatah pun tak faham, tapi ada word yang boleh difahami di situ. Apa dia? Kalimah "ALLAH". Jumpa tak? Kalau tak jumpa, cepat-cepatlah buat kaca mata..ngee.. Sebelum ni pun saya tak perasan. Lalu kat situ, asyik sangat nak bergambar. Malah pemilik gambar pun tak sedor hal itu. Dah dekat setahun punya cerita, barulah dia tergerak hati nak godek2x gambar tu.. Terus tertarik dengan kalimah "ALLAH". dan tanpa menunggu, di'tag'nya nama saya sekali di situ..

Ok..itu cerita bagaimana boleh terjebak dengan semua ini..Ngee..

Dengan bantuan Uncle Google, Udi pun translate. Saya? copy paste je. Ini ayatnya:

dan itu perdamaian dan pejuang kemerdekaan sepanjang sejarah yang telah melakukan di Korea, menjadi putra bangsa Turki yang besar, aku membusuk, adik sehrimiz kesejahteraan rakyat Seoul dan kota-kota dunia Rutu Allah SWT, aku berharap


TemplateName i.melihAnkara Kota Metropolitan

Tunggang terbalik kan? Biasalah. Uncle Google kurang fasih berbahasa Melayu.. Hee.. Kalimat ini tertulis di atas batu pada Time Capsule yang terletak di kawasan bukit Namsangol Village, Seoul, Korea Selatan.

Makanya, tergeraklah hati untuk mencari kebenaran.. Chewah.. Macam mana kalimat ni boleh tercatat dekat sana? Apa sebenarnya time capsule ni sehinggakan tertulisnya kalimat-kalimat tersebut? Sejauh mana perkembangan Islam di Korea? Ye lah, susah sungguh nak jumpa makanan halal dan juga kaum islam di sana. Nak jumpa masjid pun susah. Nak solat pun mencabar. Belum kira nak ambil air sembahyang lagi. Semuanya serba mencabar.

Dek kerana tergerak hati bertambah pula dengan perasaan ingin tahu yang melonjak-lonjak, sekali lagi uncle google dijadikan tempat rujukan. Baik uncle google ni. Tanyalah banyak mana soalan pun, tak pernah dia bising-bising tak mau jawab.. Heee..ok.ngarut. Memula saya cari pasal time capsule dulu. Just wanna know. Buat pelah dibinanya batu yang tak ada apa-apa di atas bukit tu kan? Dah lah penat nak panjat. Sampai atas jumpa batu ala-ala piring terbang je. Tak ke pelik? ye tak?

Hasil pencarian mendapati, time capsule dibina dengan tertanamnya "sesuatu" di perut bumi dan akan digali dan dibongkar oleh generasi akan datang selepas 400tahun. Apa yang diorang tanam? No one knows. Tapi yang pasti, apa yang ditanam adalah sesuatu yang berkaitan dengan kebudayaan, adat resam and etc. Teringin kan nak tahu? Manalah tahu, kot dalam tu ada tentang kedatangan islam di bumi korea yang ditanam.. sebab tulah ada tulisan turki kat situ yang sebut ALLAH.. Cheewah...

Tetiba cam ada aura penyiasat muda plak.. Haa..pasal Islam dekat Korea? Nanti saya kongsikan lagi. Tapi kalau dah tak sabar sangat, search je lah. Konfem jumpa banyak info. Saya pun tengah dalam proses pembacaan lagi..('o,')




400 & 403

Halohai...hai..hai..hai...

Dah tidoq ka? Wee...Jumaat sudah pun berlalu tanpa kehadiran sebarang penulisan dari saya. Baik yang berbentuk ilmiah mahupun merapuk merepek dari saya.. Ngee.. Bukan tak nak update, tapi saja nak tunggu angka dekat follower tu cecah 403. Kenapa? Haaa..sebabnya..ini..












Haa...sama kan? Hehehe.. Thanks awak-awak semua sebab sudi jadi kawan saya. Siapa insan bertuah ini? Check dis out.------> Awak Bertuah!.

Dah klik? Namanya.. Cik Azeelia Azman. Nak tahu lebih lanjut, silalah terjah blog beliau..Baru lagi dalam dunia blogging ni. Kalau tak salah, baru 2 minggu. Yok, bagi semangat kat kawan baru kita ni.. Jom meriahkan lagi blog dia..=)

@>-----^-------

Bunga untuk awak.. terimalah..heee... ('o,') Happy Blogging..
Salam Ramadhan Azeelia..

Tengok tajuk entrie? Ada angka 400 kan? Hohoho.. Beliau adalah Saudara AwangKu. Tapi tak jumpa pula link dia. Andai tersinggah lagi, drop link ye.. Bleh saya attach kat sini juga.. Terima kasih pada semua..


Urrrmmm...teringin nak buat giveaways.. Tapi tak tau nak bagi apa.. Masih terfikir-fikir lagi.. Agak-agak ada yang nak join ke?? heeee...




"Mama.."

Thursday, August 11, 2011

"Mama, could you get pregnant again?."

Haaa...ingat lagi tak ayat ni? Tak ingat? cuba tengok dalam entrie niiii... Dan ingat lagi tak entrie niiiii yang saya kata nak berbuka dengan lecturer tu? Dan nak menjawab kepada komen yang ditinggalkan Kakak Bidadari Syurga di siniii..

Alahai...akak..bukan saya yang kuarkan soalan tu.. Hehehe.. Soalan ini diajukan oleh seorang budak lelaki berusia dalam lingkungan 5-6 tahun kepada ibunya yang baru je lepas habis pantang.. Hehehe...



Al-kisahnya begini...

Semalam...Kan saya ada btau nak berbuka puasa dengan Lecturer dekat Singgah Selalu U Mall.. Ramai beb orang berbuka dekat sini. Kalau tak tempah awal-awal memang tak ada tempat untuk berbuka di sini. Tapi datang lepas waktu berbuka insyaALLAH. Disebabkan kami sampai lebih awal berbanding rakan-rakan dan lecturer, teruslah g kaunter nak dapatkan tempat duduk. Dalam Singgah Selalu tu, oklah. Ada style.

Lepas tu one of my lecturer yang ajak berbuka bersama ni pun sampailah dengan wife and kids.. Comel. Nama pun budak kan? Ada ke yang tak comel? hikhik.. Pas salam dengan wife dia, teruslah minta izin nak pegang baby dia yang sangat cute tu. Baru 2 bulan katanya.. Si abang ni, tengok je orang ambil adik dia. Dia ingat kita nak ambil betul-betul.. Budak-budak..Biasalah kan? Diorang sangatlah protective. 

Atas izin mamanya, teruslah saya angkat baby tu dari tempat baby tu... I'm in love with babies.. Hahaha.. Suka saaaaangat. And my mom knows about it!. Tetiba. 

Dekat Singgah Selalu ni style makan buffet. Makanya, wife dengan lecturer ni pergilah ambil makanan dulu sementara saya dan mereka volunteer nak jadi babysitter for a while.. Hahaha.. Makanan slalo jumpa, baby jarang-jarang. Haruslah dipegang baby dulu.. Hahaha.. At that time, this boy follow his mom.. But then, ini mama dialah yang cerita pada saya. You know what?

Dia nangis but tak kuatlah kan. Mungkin macam sedih sebab adik dia berada di tangan orang lain yakni tangan saya. He told his mom, "Mama, Could you get pregnant again?." Hahaha.. Sweet ha? a 5 years old kid asking his mama to pregnant again sebab nak adik. Comel kan? Memang tergelak lah saya dengar. Cerdik sungguh budak ni. Tahu juga dia yang that baby come to this world because mama dia pregnantkan baby tu. Cumanya, mungkin this kid belum tahu yang nak menjadikan baby inside her mummy tummy tu bukan sekelip mata.

But, so comel.. Dan berbuka puasa semalam sangatlah enjoy. Enjoy with the kids and also enjoy with the foods.. Nama pun buffet ke? Rasa macam nak letak je semua jenis lauk tu dalam pinggan. Nak rasa semuanya. Banyak jenis lauk dengan kuantiti yang serba sedikit. 

Iklan sat..
Sepanjang bulan puasa ini, Restoran Singgah Selalu UMall menyediakan perkhidmatan Buffet bagi Berbuka Puasa dengan harga RM20 seorang bagi dewasa dan RM12 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun. Pakej yang disediakan adalah untuk 10 orang, akan percuma 1. Maksudnya, bayar RM200 bleh makan 11 orang. Macam tu lah kot. 

Sedap ke tak? Urmm..daging bakar dia kureng.. Liat sangat.. Tom Yam dia pun kureng. Since i love tom yam, so saya boleh katakan tom yam dia kureng. What else? Sambal belacan dia yang variety tu sangat sedap beb! Kerabu mangga pun sedap. Daging masak merah dia awesome. Itu je kot.. 

Maaflah..tak de gambar. Semua orang sibuk nak makan untuk berbuka.. Begitu juga saya.. Aha..maka gambar dilupakan seketika.. wee..



Perlukan 5 Bekalan?


Assalamualaikum...

Halloooooo....Korang buat apa? Haa..Jangan ponteng puasa ek melainkan mereka-mereka yang dibolehkan.. Heee.. Eh, jap! Ada dengar bunyi tak? Alamak! Malunya.. Bunyi dalam perut! Hahaha..Berkeroncong versi rock punya. 

Ok2x.. tak mau berleter panjang punya, petang nan indah ni saya nak share satu artikel tu. Original artikel tu bahasa Indon. Aduh! Susah banget mahu difahaminya. Makanya, jom tengok versi bahasa melayu mengikut fahaman saya.. Dush2x!! Kalau salah, sila betulkan. Maklumlah, belajar bahasa indon dalam Sinetron ja..

Ok. Tajuk artikel itu adalah : 5 Bekal Istri Aktivis Dakwah . Dah lama tak menulis sesuatu yang bersifat ilmiah. DOk merepek je banyak. hehehe..

Tengok tajuk, dah faham ke belum? Maksudnya, nak jadi isteri kepada seorang lelaki yang berjihad di jalan ALLAH bukanlah sebarangan. Bak kata penulis tu, isteri para aktivis ni bukan yang biasa-biasa. Tapi luar biasa. Ek? Haha..jangan fikir pelik-pelik beb. Luar biasa ni bukannya bermaksud kau kena ada kaki empat atau mata sepuluh ke. Tak tak. Bukan yang itu. Tapi apa yang ada pada diri sebagai seorang wanita yang menjadikannya luar biasa. Nak jadi wanita luar biasa untuk lelaki yang luar biasa ini? Nak? nak? Jom usha apa bekalan yang dikatakan tu..

1. Understanding. (Speaking London plak dah..). Pemahaman. Fikrah.

Pentingnya seorang wanita yang hendak menjadi isteri kepada seorang aktivis dakwah, malah isteri kepada seorang lelaki untuk mempunyai bekalan Understanding yang tinggi. Dalam kes ini, isteri seorang aktivis. Sebagai isteri, dia kena faham yang suaminya tak sama dengan "model" suami secara umum di luar sana. Macam yang saya dah tulis awal-awal tadi, aktivis dakwah adalah lelaki yang berjihad di jalan ALLAH. Makanya, seluruh hidupnya adalah untuk menegakkan agama ALLAH dan meraih redha ALLAH. Ketahuilah, tiada yang dicintai seorang aktivis Dakwah melebihi cintanya pada ILAHI. Jadi, bersedialah untuk menjadi cinta 'kedua'nya. Sebab yang pertama adalah jihad dan dakwah di jalan ALLAH..


Urmm..pada saya, cinta seorang lelaki pada isterinya tidak akan melebihi cintanya pada ibu yang mengandung dan melahirkannya. Dan pastinya tidak melebihi cintanya pada ALLAH s.w.t. Jadi, sama ada anda isteri seorang aktivis dakwah mahupun tidak, letaklah pengertian yang tinggi buat suami anda. Malah ikhlaskan setiap tindakan dia selagi tidak bertentangan dengan syariat ALLAH.


2. Ruhiyah. Roh.

Macam mana nak ikhlaskan diri? Haa..Itulah pentingnya Ruhiyah. Yang bersifat Roh. Err, betul ke penggunaan ayat ni?? Urmm.. yang pasti dan yang saya faham, perlunya bekalan yang bersifat spiritual ni..urrmm..bekalan hati mungkin? Selemah-lemah manusia, ALLAH adalah tempat untuk bergantung. Connection antara kita dengan ALLAH adalah wireless. Tak kira tempat dan masa. Anytime. Jadi, berusahalah untuk mendekatkan diri kita kepada-NYA. Tak payahlah jadikan Facebook, twitter and etc sebagai tempat meluahkan kekecewaan dan terlalu bergantung harap kepada semua ini sebaliknya, jadikan ALLAH tempat bergantung semata-mata. Yakin dengan setiap ketentuan ALLAH. Yakin pada Qada' dan Qadar-NYA. Sebab bila yakin, kita akan rasa tenang je nak melepaskan suami berdakwah di jalan ALLAH. Masa nilah, wujudnya keikhlasan dalam diri.

Selain tu, bekalan Ruhiyah ini sangat penting untuk membantu kita menjalani kehidupan secara bersederhana dan tidak dilimpahkan dengan kemewahan yang bersifat material. Beb, kalau yang ini tak kuat, mahu rasa nak memberontak je bila tengok orang naik kereta mewah, kau naik kereta lembu. Ye tak? 

Tapi andai kehidupan kita dikelilingi dengan kemewahan material, bekalan Ruhiyah ini akan membuatkan kita sedar diri, tidak kufur nikmat, tak menjadi seorang yang lalai dan takabbur. Sebab kita tahu, rezeki ini datangnya dari ALLAH. Kalau DIA tak lapangkan rezeki kita, macam mana boleh dapat semua ni kan?


3. Ma'nawiyah (Mentaliti)

Aih, panjanglah plak.. Hehehe..Eh, mentaliti tak sama ke dengan pemahaman dan Ruhiyah? A'a kan? Berbezakah? Jawapannya TIDAK.. Ada orang, bekalan ruhiyahnya sangat tinggi tapi mentalitinya lemah. Tak kuat. Tak cukup bertabah. Owh, sangat tidak selari!. Orang Indon cakap "Tahan Banting"! Hahaha...demi ALLAH beb, saya pun tak faham. Tapi yang saya faham, mentaliti ni lebih kepada kita melatih minda kita. Dalam nak mencapai sesuatu dalam hidup, kita kena gigih dan kuat berusaha. Jangan cepat putus asa. Jangan terlalu mudah melatah dan bersifat cengeng. Atau mengada-ngada. Yang penting, pandai bawa diri!

Sebagai seorang isteri aktivis dakwah, Bekalan Ma'nawiyah adalah sangat penting terutama sekali bila suami keluar berdakwah. Tadi dah ikhlaskan kan? So, tanpa kehadiran suami di sisi, kenalah pandai bawa diri. Jaga maruah diri dan suami. Kena kuat. Tak boleh lah nangis-nangis sebab tak jumpa suami dekat sebulan. Nehi kabi nehi. Mentaliti kena kuat juga!. Eh, suami tak aktivis dakwah pun kena macam ni juga kan?.

4. Aqliyah (Intelektual)

Penulis sebenar artikel tu bagitahu, seorang aktivis dakwah itu bukan sahaja memerlukan seorang pendengar yang setia tetapi dia juga memerlukan seorang isteri yang boleh diajak menyambung perbualannya, atau bertukar-tukar fikiran mahupun untuk berdiskusi. Err..maknanya, bila balik rumah dari dakwah si suami masih boleh berbicara dengan isteri perihal-perihal tersebut. Oleh itu, sebagai isteri yang taat pada suaminya, takkanlah kau nak biar suami cakap sensorang kan? Jadi perlunya ilmu pengetahuan tentang agama, fiqh, akidah dah sebagainya. Juga untuk bekalan diri sendiri. 


Macam mana? Belajar! Belajar! dan Belajar!. Belajar dalam erti kata menghadiri majlis-majlis ilmu dan juga melalui pembacaan. Kalau ada yang kita katakan salah, bukankah tanggungjawab suami untuk membetulkan? Jadi, melalui bekalan intelektual atau ilmu ini, kita akan dapat berdampinganan dengan lebih selesa.

5. Jasadiyah. Fizik.Fizikal

Haa.. sampai pun pada point yang terakhir. Ada lagi ke yang membacanya? Hehehe.. Bekalan yang terakhir adalah bersifat Jasadiyah. Atau fizikal. Pentingnya kesihatan diri yang tip top. Sebabnya, bila kita sihat sejahtera, kita boleh buat banyak perkara. Hatta menguruskan suami yang sedang sibuk berdakwah! Sihat fizikal ini bukan sahaja sihat tubuh badan tapi juga menjaga wajah. Biar menjadi isteri yang "sedap dipandang suami." Cantiknya kita di pandangan suami lebih penting daripada cantik di mata lelaki-lelaki lain. Harap maklum. Hehehe..


Haa..ambik kau..panjang kan? Baca artikel asli pun tak sepanjang ni.. Hahaha..Ha? Apa dia? Isy, bukan bercakap berdasarkan pengalaman. Suami pun tak da lagi beb. Ini semua adalah penulisan berdasarkan pembacaan dan pemerhatian. Mata diberi untuk memerhati dan menganalisa. Jadi, jangan sia-siakan peranan mata itu. Sekadar sebuah perkongsian untuk direnung-renungkan bersama. Bukan untuk dibuat bekalan termenung ya!

Persediaan untuk diri sendiri? Urmm..macam mana nak cakap ek? Kang semangat kata itu ini, tup tap jadi kot lain, haru juga kan? Korang baca dan faham je lah. Nak tahu itu untuk persediaan diri saya atau pun tidak, stay tune sampai keluar entrie walimah saya nanti..ahaks..Bila? Andai ada jodoh dan dipanjangkan usia untuk melangkah di bumi ALLAH..InsyaALLAH.. Tiada yang mustahil kan? *wink('o,')

Note : Tak menjadi isteri seorang aktivis dakwah juga boleh jadikan bekalan-bekalan ini sebagai persediaan diri sendiri..

K..adios~